3310412 Folio Geografi Ting3 Pmr2008

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 3310412 Folio Geografi Ting3 Pmr2008 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,185
  • Pages: 13
PENDAHULUAN

Bagi memenuhi keperluan sukatan pelajaran geografi, pelajar tingkatan tiga diwajibkan menjalankan amali lapangan. Kajian ini adalah berdasarkan tema–tema yang dipelajari . Saya telah memilih tajuk “ bentuk muka bumi dan potensinya diantara kampong sijangkang dan singapura’’. Saya memilih kawasan KG. sijangkang kerana ia adalah tempat tinggal saya dan memudahkan saya untuk menjalankan kajian pada hujung minggu. Manakala saya memilih Pulau Jawa kerana saya amat berminat untuk menkaji pulau ini dengan lebih mendalam dan lanjut tentang bentuk muka bumi dan potensinya. Kajian ini dijalankan selama 6 minggu dan dihasilkan secara individu.

.

OBJEKTIF KAJIAN Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif yang berikut: •

Mengkaji bentuk muka bumi dan ciri–cirinya diantara Kampung Sijangkang dan Pulau Jawa.



Memerhati potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia.



Menyatakan halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia.



Menyatakan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.



Menghuraikan langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar.



Menyatakan penerapan nilai dan unsure patriotisme terhadap kawasan kajian.

KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian pertama saya ialah Kampung Sijangkang terletak di kawasan tanah pamah yang rata di Mukim Telok Panglima Garang. Berdasarkan peta, kampung Sijangkang terletak di kedudukan barat laut daerah Kuala Langat dan berada di sempadan antara daerah Kuala Langat dan daerah Klang. Kawasan yang kedua pula adalah Pulau Jawa iaitu salah satu pulau yang berada di Indonesia. Ibu negeri Pualu Jawa ialah Jakarta. Pulau ini mempunyai dua kawasan gunung berapi yang aktif dan sering berlaku gempa bumi iaitu Gunung Merapi dan Gunung Semeru.

KAEDAH KAJIAN a)Pemerhatian Saya telah membuat pemerhatian terhadap jenis–jenis sistem pengangkutan di Pekan Batu 5. Hasil pemerhatian, saya mendapati 2 jenis pengangkutan yang terdapat di sini iaitu jalan raya dan jalan keretapi.

b)Soal selidik Saya telah mengumpul maklumat melalui edaran borang soal selidik yang telah diedarkan kepada 20 responden.

c)Tema bual Saya telah menemubual 3 orang responden secara lisan.

d)Rujukan Saya telah membuat rujukan daripada buku teks Geografi Tingkatan 2 dan Tingkatan 3,guru Geografi saya Pn. Tang dan buku – buku rujukan seperti Atlas Eksplorasi Geografi dan lain – lain.

DAPATAN KAJIAN

8.1 Bentuk muka bumi dan cirinya diantara Kampung sijangkang dan pulau jawa Bentuk muka bumi kawasan Kampung Sijangkang kajian adalah terdiri daripada tanah pamah. Kawasan tanahnya yang datar memudahkan pembinaan petempatan, pertaniaan dan jalan raya. Kawasan ini mudah di hubungi dan menjadi tumpuan penduduk. Manakala pulau jawa pula adalah kawasan tanah tanggi yang terdiri daripada kawasan gunung berapi, ini kerana banjaran gunung di Pulau Jawa adalah jenis gunung lipat muda. Pualu Jawa juga mempunyai dataran aluvium dan kawasan kaki bukit yang beralun. Kawasan tanah pamahnya lebih sempit. Cerun gunung berapi di pulau ini tediri daripada tanih lava bes yang subur.

8.2 Potensi bentuk muka bumi kepada kegiatan manusia dan pembangunan di Kampung Sijangkang dan Pulau Jawa Kampung Sijangkang terdiri daripada tanah pamah yang subur, tidak salah saya mengatakan ramai penduduk di sini menjalankan bidang pertaniaan seperti ladang sayur, ladang buah–buahan dan ladng kelapa sawit. Kawasan tanahnya yang datar memudahkan pembinaan jalan-jalan perhubungan seperti jalan raya. Kawasan ini mudah di hubungi dan menjadi tumpuan penduduk. Pengangkutan awam banyak di sediakan dan ini memudahkan penduduk menjalankan kegiatan harian serta mudah ke tempat kerja .Kegiatan ekonomi perniagaan juga terdapat di kampong sijangkang seperti deretan kedai, pasar , pasar raya, dan juga kilang. Mankala di Pualu Jawa mempunyai beberapa buah gunung berapi yang aktif dan selalu terjadi gempa bumi serta letusan gunung berapi. Keadaan ini menghasilkan tanah lava bes yang sesuai untuk penanaman padi. Penanaman berteres di lereng bukit digunakan untuk mengurangkan hakisan tanih terutamanya di selatan Surabaya. Selain itu, pokok kopi juga banyak ditanam di cerun bukit di Jawa Timur. Saya amat bersyukur dan bangga kerana tinggal di Kampung Sijangkang yang semakin maju dan kegiatan ekomoni yang semakin berkembang.

8.3 Halangan bentuk muka bumi terhadap kegiatan manusia. Di kampung Sijangkang terdapat halangan bentuk muka bumi seperti kawasan berpaya dan kawasan mudah banjir. Kawasan–kawasan itu menyukarkan kegitan petempatan dan pertaniaan. Di Pulau Jawa pula yang mempunyai bentuk muka bumi yang bercerun curam. Kawasan ini menyukarkan kegiatan petempatan, pertanian dan pembinaan jalan raya. Pulau Jawa juga sering berlaku gempa bumi dan ribut taufan. Saya amat bersyukur kerana Kampung Sijangkang, kawasan yang bebas daripada bencana alam besar seperti gempa bumi dan ribut taufan.

8.4 Kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar Kegitan manusia di Kampung Sijangkang menyebabkan pencemaran air, tanih hilang kesuburan dan mengganggu ekosistem air akibat kegiatan pertaniaan. Terdapat juga banjir di kawasan hilir yang berpunca daripada kegiatan penebangan pokok.

Manakala di Pulau Jawa pula berlaku perubahan landskap yang sangat ketara apabila cerun bukit yang ditumbuhi hutan ditebangi dan diteres untuk kegiatan pertaniaan dan petempatan. Penebangan hutan di cerun bukit juga menyebabkan kepupusan flora dan fauna seterusnya menyebabkan hakisan tanah berlaku Melalui kajian ini, saya sedar bahawa kita mestilah menghargai alam sekitar agar ia terus terpelihara dan kehidupan penduduk akan sejahtera.

8.5 Langkah mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Antara langkah yang di ambil di Kampung Sijangkang untuk mengurangkan masalah pencemaran air, tanih hilang kesuburan dan mengganggu ekosistem hidupan air dengan mengurangkan penggunaan baja kimia dan racun serangga. Kaedah pertaniaan pindah juga digunakan. Selain itu, pembakaran hutan juga telah di haramkan di kampung ini. Manakala di Pulau Jawa, langkah yang diambil ialah membuat teres di lereng – lereng bukit dan cerun begi mengatasi masalah kekurangan tanih. Selain itu, tanaman tutup bumi dijalankan bagi mengurangkan hakisan tanah dan tanah runtu berlaku. Saya amat brsyukur dapat tinggal di Kampung Sijangkang kerana pencemaran alam sekitar telah berkurangan apabila penduduk kampung telah menggunakan langkah – langkah yang bijak.

Kegiatan penduduk di Kampung Sijangkang

Carta di bawah adalah berdasarkan soal selidik 20 arang responden:

RUMUSAN

Di sini dapatlah saya merumuskan bahawa Kampung Sijangkang terletak di kawasan tanah pamah yang rata di Mukim Telok Panglima Garang. Kawasan tanahnya yang datar memudahkan pembinaan petempatan, pertaniaan dan jalan raya. Penduduk di sini menjalankan bidang pertaniaan seperti ladang sayur, ladang buah–buahan dan ladang kelapa sawit kerana tanahnya yang subur. Terdapat halangan bentuk muka bumi seperti kawasan berpaya dan kawasan mudah banjir yang menghalang kegiatan petempatan dan pertanian. Kegitan manusia di Kampung Sijangkang menyebabkan pencemaran air, tanih hilang kesuburan dan mengganggu ekosistem air akibat kegiatan pertaniaan. Langkah yang di ambil di Kampung Sijangkang untuk mengurangkan masalah ini dengan mengurangkan penggunaan baja kimia dan racun serangga.

RUJUKAN

Buku rujukan 1. Rape’ah bt Ahmad, 2002, Geografi Tingkatan 1, Arus Intelek Sdn Bhd, Kuala Lumpur. 2. Ismail B Ahmad, 2003, Geografi Tingkatan 5, Pustaka Sistem Pelajaran Sdn Bhd, Cheras. 3. Noraida A. Bakar, 2007, Input Fakta Dalam Grafik Geografi, Vital Star Sdn Bhd, Petaling Jaya

Internet 1. http://www.mpkk.yahoo.com 2. http://www.kpm-geografi.jaring.my

LAMPIRAN

SENARAI KANDUNGAN 1. SENARAI KANDUNGAN 2. PENGHARGAAN 3. PENDAHULUAN 4. OBJEKTIF KAJIAN 5. KAWASAN KAJIAN 6. KAEDAH KAJIAN 7. DAPATAN KAJIAN 8. RUMUSAN 9. LAMPIRAN 10. RUJUKAN

2 3 4 5 6 7 8 13 14 15

PENGHARGAAN Saya Khairul Faiz ingin merakamkan setinggi – tinggi penghargaan kepada guru mata pelajaran saya, Puan Afidah bt Ayob kerana telah banyak memberi tunjuk ajar kepada saya. Tidak lupa juga sekalung penghargaan kepada semua pihak dan individu yang terlibat iaitu ibu bapa saya, Samsuddin Padil dan Rosilawati bt Mokri serta rakan – rakan seperjuangan yang terlibat telah memberi serba sedikit bantuan dan dorongan semasa saya menjalankan kajian ini.

Related Documents

Folio Geografi
June 2020 11
Folio Geografi
June 2020 12
Folio Geografi
May 2020 16
Folio Geografi
May 2020 17
Folio Geografi
May 2020 6