Folio Geografi

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geografi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,809
  • Pages: 18
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DATO’ UNDANG HAJI ADNAN 71350 KOTA NEGERI SEMBILAN KAJIAN GEOGRAFI TEMPATAN 2009 BENTUK MUKA BUMI DAN POTENSINYA DI KAMPUNG BATANG NYAMOR

NAMA : MUHAMMAD IRWAN NADZMI BIN MOHD TAUPET TINGKATAN : 3 IBNU KHALDUN NO. KAD PENGENALAN : 940726-05-5319 ANGKA GILIRAN : GURU PENILAI : EN. MOHD AZLAN BIN ABU HASSAN

-------------------------(T. TANGAN GURU)

SENARAI KANDUNGAN TAJUK

MUKA SURAT

PENGHARGAAN PENDAHULUAN OBJEKTIF KAJIAN KAWASAN KAJIAN KAEDAH KAJIAN HASIL KAJIAN RUMUSAN LAMPIRAN RUJUKAN

PENGHARGAAN Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih saya kepada Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’Undang Haji Adnan,Kota ,Mejar Mohd Tahir Bin Mustafa yang telah memberi kebenaran kepada kami untuk menjalankan kajian ini selepas waktu persekolahan.

Terima kasih juga kepada guru geografi saya, Encik Mohd Azlan Bin Abu Hassan kerana sudi memberikan bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami untuk menjalankan kajian geografi tempatan ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada emak saya Pn. Rohaya Bte Ithnin kerana telah memberikan bantuan, sokongan moral dan bantuan kewangan bagi membolehkan saya melaksanakan tugasan ini. Terima kasih juga kepada kakak saya Siti Aishah Annura yang telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini dan tidak lupa juga kepada bapa saya iaitu En. Mohd Taupet Bin Tambi kerana telah memberikan penerangan dengan lebih mendalam lagi tentang kawasan kajian iaitu Kampung Batang Nyamor. Saya juga memanjatkan rasa bersyukur kepada Allah kerana tidak menghadapi halangan kepada saya dan ahli kumpulan saya, iaitu Mohd Isra Iqmal Bin Ismail yang saling membantu dan bekerjasama dengan saya untuk menjayakan tugasan ini.

PENDAHULUAN Untuk melaksanakan tugasan ini,Saya dan rakan saya telah bersepakat memilih Kampung Batang Nyamor seabagai kawasan kajian.Kami memilih Kampung Batang Nyamor kerana ia terletak berhampiran dengan tempat tinggal saya.Ini memudahkan saya untuk berulang-alik

ke kawasan kajian. Selain itu adalah mudah bagi saya mendapatkan bantuan daripada penduduk kampong ini kerana sebilangan besar mereka mengenali saya. Kawasan kajian ini amat bersesuaian dengan tajuk kajian saya iaitu Bentuk Muka Bumi dan Potensinya,Banyak maklumat yang bersesuaian dengan tajuk kajian boleh saya dapati di sini. Saya mengkaji tentang aspek penerokaan sumber tanih,dan menghuraikan kesan penerokaan sumber tanih di kawasan tersebut.Ia menepati tema kajian. Masa yang telah diperuntukkan untuk menyiapkan tugasan ini adalah selama lapan minggu.Jadi,saya dan ahli kumpulan saya telah membahagikan masa yang terte ntu seperti berbincang,melihat kawasan dan mencari sumber yang perlu.Saya telah menggunakan minggu ke lapan untuk menulis laporan lengkap hasil kajian yang telah dibuat. Dalam melaksanakan kajian ini saya telah memilih Negara Jepun sebagai perbandingan kerana negara itu juga terlibat dengan pertanian dan faktor guna tanah dengan penggunaan teknologi moden dalam melaksanaan pertanian di Negara itu.

TUGASAN 1 Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang bentuk muka bumi dan potensinya. Kajian tersebut mesti merangkumi perkara-perkara berikut:

a. Jenis bentuk muka bumi b. Ciri-ciri bentuk muka bumi c. Potensi bentuk muka bumi d. Mengenalpasti masalah e. Mencadangkan langkah-langkah penyelesaian

OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk: •

Mengenal pasti bentuk muka dan ciri-ciri bentuk muka bumi yang terdapat di Kampung Batang Nyamor dan membandingkan dengan cirri-ciri fizikal Negara Jepun.



Mengenalpasti potensi bentuk muka bumi dengan kegiatan yang dijalankan oleh penduduk Kampung Batang Nyamor dan perbandingan dengan penduduk di Jepun.



Mengenal pasti masalah dan halangan yang dihadapi oleh penduduk Kampung Batang Nyamor untuk menjalankan kegiatan pertanian dan masalah yang dihadapi oleh petani di Jepun..



Membandingkan kesan kegiatan penduduk Kampung Batang Nyamor terhadap alam sekitar dengan penduduk di Jepun



Mencadangkan langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar di Kampung Batang Nyamor.



Menerapkan nilai dan unsur patriotisme dan tanggungjawab kepada penduduk setempat supaya menjaga kepentingan bentuk muka bumi (tanih) dan alam sekitar dikawasan kajian demi warisan dimasa hadapan.

KAWASAN KAJIAN Kawasan kajian yang saya pilih ialah Kampung Batang Nyamor . Kampung ini telah dibuka dan diterokai kira-kira 40 tahun dahulu.Hari ini jumlah penduduk kampong ini adalah kirakira 200 orang.Selain dari mempunyai tanah kediaman sendiri sebahagian dari penduduk kampong ini adalah datang dari luar kerana diberi tanah anugerah oleh kerajaan untuk diteroka. Kampung ini terletak di selatan daerah Rembau. Kampung Batang Nyamor mempunyai keluasan kira-kira 133 hektar persegi. Ia terletak di satu kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi yang agak rendah sambungan daripada kaki Banjaran Titiwangsa yang terdapat di sebelah timur Kampung ini. Puncak yang paling tinggi di kawasan ini ialah puncak Gunung Datok. Batang Nyamor terletak kira-kira 15 kilometer dari pekan Rembau dan 30 kilometer dari Pekan Tampin .Kampung ini hanya boleh dihubungi melalui jalanraya.Dalam kehidupan

harian penduduk kampung ini menjalankan kegiatan ekonominya di Pekan Kota yang terletak kira-kira 5 kilometer kea rah barat kampong ini. Walaubagaimanapun terdapat landasan keretapi utara selatan merentasi bahagian barat kampong ini.Keretapi tidak dijadikan sebagai pengangkutan utama di kampong ini kerana stesennya yang hanya terdapat di Pekan Rembau dan Tampin.

KAEDAH KAJIAN ∗

PEMERHATIAN Saya telah membuat pemerhatian mengenai faktor yang mempengaruhi bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kajian.



SOAL SELIDIK Saya telah menggunakan 20 borang soal selidik yang telah dijawab oleh respondan seperti dalam lampiran.



TEMU BUAL Kaedah ini digunakan ketika menemu bual 3 respondan daripada pelbagai pekerjaan.

HASIL KAJIAN •

JENIS BENTUK MUKA BUMI Bentuk muka bumi di kawasan kajian adalah seperti berikut: ○ Tanah pamah ○ Tanah pamah beralun ○ Bekas tanah sawah ( ditebus guna ) ○ Tanah tinggi



CIRI-CIRI BENTUK MUKA BUMI Jenis bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kajian ialah tanah pamah. Ia merupakan kawasan yang paling luas. Di kawasan tersebut terdapat bekas tanah sawah, petempatan, pertanian dan sebagainya. TANAH PAMAH Ciri-ciri kawasan tanah pamah adalah seperti berikut: RATA Ia digunakan untuk kegiatan pertanian. Contoh tanaman yang ditanam ialah pokok

kelapa sawit, getah, pisang, tebu dan lain-lain. LUAS Petempatan

- 40 hektar

Wakaf

- 20 hektar

Pertanian

- 90 hektar

Jenis-jenis cerun Terdapat tiga jenis cerun di kawasan kajian:

Cerun Landai

Cerun Curam

Cerun Bertangga

Tumbuhan semulajadi Tumbuhan semulajadi yang teerdapat di kawasan kajian saya adalah seperti berikut: •

Mengundur ( reframalas nudif lorairac fileus )



Kelat ( syzqium )



Terap



Pulai



Petai



Jering



Orkid hutan



Pokok sakat

Pelbagai jenis hutan terdapat di Malaysia. Antaranya ialah Hutan Hujan Tropika, Hutan Gunung, Hutan Paya dan lain-lain. Berikut merupakan jenis-jenis hutan yang terdapat di kawasan kajian Kampung Batang Nyamor.

JENIS TANIH Terdapat banyak jenis tanih di Malaysia seperti tanih berpasir, tanih alluvium, tanih laterit dan tanih gambut. Namun, di kawasan kajian saya hanya terdapat dua jenis tanih laterit dan tanih alluvium.

Tanih Laterit Tanih jenis ini sesuai untuk banyak jenis tanaman. Tanaman yang paling sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian adalah seperti kelapa sawit, getah, tebu dan lain-lain. Di kawasan kajian saya tanih jenis ini di tanam pokok kelapa sawit dan tebu.

Tanah Aluvium Tanah jenis ini merupakan tanah lanar yang sesuai untuk penanaman padi. Bagaimanapun kawasan yang dahulunya ditanam padi telah ditebus guna untuk membuat kolam penternakan ikan air tawar.

JERAM / AIR TERUN Bentuk muka bumi yang terdapat di kawasan kajian juga terdapatnya gunung iaitu Gunung Datuk. Di gunung tersebut terdapat banyak jeram dan air terjun. Jeram ini juga terdapat di Lubok Petai Jeram dan air terjun terdapat di peringkat hulu sungai. Di peringkat ini, sungainya mengalir deras menuruni cerun yang curam. Oleh itu suingai di peringkat hulu mempunyai Kuasa menghakis yang giat. Bentuk muka bumi di peringkat ini termasuk jeram, air terjun dan gaung.

TANAH TINGGI Kawasan kajian saya juga terdapat kawasan tanah tinggi. Tanah tinggi ini jenis berabung

GUNUNG & BANJARAN Kawasan kajian saya juga terdapatnya gunung yang terletak di Kompartmen, Hutan Simpan Gunung Datuk. Ia mempunyai pelbagai jenis flora dan fauna. Tinggi gunung ini kira-kira 370 meter. Untuk mendaki gunung tersebut mengambil masa perjalanan dua jam naik dan dua jam turun dengan berjalan kaki. Di sana juga terdapat banyak kemudahan yang telah disediakan seperti chalet, dewan serbaguna, gerai makanan, surau dan lain-lain.



POTENSI BENTUK MUKA BUMI Kawasan kajian saya berpotensi untuk maju dan berkembang dalam beberapa aspek disebabkan adanya faktor-faktor yang menggalakkan. Berikut adalah potensi dan faktor penggalaknya:

Pengangkutan ○ Terdapat jalan raya berturap ○ Terdapat landasan keretapi Perhubungan ○ Menggunakan talian telefon tetap, telefon bimbit dan telefon awam Petempatan ○ Terdapat pelbagai jenis pola petempatan seperti berjajar, berkelompok dan berselerak Pelancongan ○ Di Gunung Datuk, jeram Lubok Petai ○ Homestay di Kampung Batang Nyamor Pertanian ○ Seperti pokok kelapa sawit, getah, pisang dan tebu Perindustrian ○ Kilang memproses air mineral ○ Perusahaan secara kecil-kecilan Kolam penternakan ikan air tawar perikanan Kolam pancing ikan



MASALAH BENTUK MUKA BUMI Masalah yang terdapat di kawasan kajian saya dan puncanya adalah seperti berikut:

Pemendapan •

Berlaku di kawasan sawah padi yang ditebus guna

Hilang kesuburan tanih •

Disebabkan oleh penggunaan baja kimia dalam menjalankan kegiatan pertanian



Disebabkan oleh aktiviti pembalakan



Sebelum



Selepas

Pencemaran •

Pencemaran sungai yang disebabkan oleh pembuangan sampah sarap dan sisa toksid.



Pencemaran tanih yang disebabkan oleh sampah sarap yang tidak lupus.

Kepupusan Flora dan Fauna •

Kepupusan flora disebabkan oleh penebangan hutan yang tidak terkawal untuk kegiatan ekonomi



Kepupusan fauna disebabkan oleh pemburuan yang tidak terkawal.



LANGKAH-LANGKAH YANG BOLEH DIATASI

Masalah-masalah di atas boleh diatasi dengan langkah-langkah seperti berikut: Sistem puritan •

Diperbaharui setelah ia digunakan sekian lama

Kempen kesedaran •

Dilakukan di sekolah dan di kampong-kampung di kg.batang nyamor

Penggunaan baja organik •

Untuk memelihara kesuburan tanih

Penghutanan semula



Tanam semula pokok yang telah ditebang untuk mengelakkan kepupusan flora dan fauna.

JENIS KEGIATAN Kolam Memancing Ternakan Ikan Air Tawar Pusat Pengumpulan Getah Ternakan Lembu Ternakan Kambing Perusahaan Air Mineral

JUMLAH 2 buah 10 buah 2 buah 250 ekor 100 ekor 1 buah

Jadual 1 : Jenis-jenis kegiatan Yang dijalankan di Kampung Batang Nyamor

BIL 1 2 3 4

JENIS TANAMAN Getah Kelapa Sawit Pisang Tebu Jumlah

Jadual 2: Jenis tanaman yang terdapat di kawasan kajian

KELUASAN (HEKTAR) 35 30 5 3 73

Graf 1 : jenis tanaman yang terdapat di kawasan kajian

Carta Pai : Jenis tanaman yang terdapat di kawasan kajian

RUMUSAN Hasil daripada kajian yang saya jalankan, saya mendapati bahawa penduduk Kampung Batang nyamor amat bertuah kerana mempunyai banyak keistimewaan. Terdapat banyak kegiatan ekonomi yang dijalankan bagi membantu penduduk meningkatkan taraf hidup mereka. Saya juga dapat mengetahui jenis dan ciri-ciri bentuk muka bumi di Kampung Batang Nyamor seperti gunung serta potensinya dalam pelbagai bidang seperti pelancongan. Selain itu, saya juga dapat mengenal pasti masalah bentuk muka bumi di Kampung Batang Nyamor seperti hilang kesuburan tanih dan langkah-langkah untuk mengatasinya dengan penggunaan baja organik. Kawasan kajian saya berpotensi untuk di majukan dengan lebih meluas kerana terdapat bentuk muka buminya yang pelbagai. Saya juga berbangga dapat menjalankan kajian di Kampung Batang Nyamor kerana penduduk di sini bersama-sama berganding bahu memajukan kampong mereka dan secara tidak langsung saya dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang kawasan kajian.

RUJUKAN... •

Abd.rahim md.nor,2004.geografi tingkatan 3.selangor.cerdik publications sdn.bhd.



Chong Yoon choi dll,2002.geoografi tingkatan 1.selangor:medoa network sdn.bhd.



Mohamad ismail dll,2006.ekspolarasi geografi tingkatan 1.selangor penerbit fasjar bakti sdn.bhd.



Mohamad ismail dll,2006.eksplorasi geografi tingkatan 2.selangor:penerbit fasjar bakti sdn.bhd.



Mohamad ismail dll,2006.eksplorasi geogarfi tingkatan 3.selangor:penerbit fasjar bakti sdn.bhd.

Related Documents

Folio Geografi
June 2020 11
Folio Geografi
June 2020 12
Folio Geografi
May 2020 16
Folio Geografi
May 2020 17
Folio Geografi
May 2020 6
Folio Geografi
May 2020 9