Folio Geografi

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Folio Geografi as PDF for free.

More details

  • Words: 3,893
  • Pages: 31
GEOGRAFI 23/2 KERJA KURSUS

NAMA CALON

: SITI SARAH BT MOHD AFFANDI

TINGKATAN

: 3 CERDAS

NO. KAD PENGENALAN

: 940807 – 10 – 5680

ANGKA GILIRAN

:

ALAMAT SEKOLAH

: SMK JITRA, 06000 JITRA, KEDAH DARULAMAN

TAJUK KERJA KURSUS

: PETEMPATAN DAN PERKEMBANGAN DI JITRA DAN NEGARA BANDINGANNYA DI TOKYO, JEPUN

GURU PENILAI

: PUAN AZHARINA BT AHMAD

BIL

ASPEK

MARKAH PENUH

1

Tajuk Kajian

1

2

Senarai Kandungan

1

3

Penghargaan

2

4

Pendahuluan

2

5

Objektif Kajian

2

6

Kawasan Kajian

8

7

Kaedah Kajian

2

8

Dapatan Kajian

25

9

Rumusan

2

10

Lampiran

2

11

Rujukan

2

12

Penilaian Umum Aspek 1 – 7 Aspek 9 – 12 Aspek 8

1

Jumlah Markah

MARKAH DIPEROLEH

25 25 50

Tahap Pencapaian

………………………………. (TANDATANGAN GURU) Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 1

SENARAI KANDUNGAN

Bil

Bab / Aspek

Muka Surat

1

Aspek 1 : Tajuk

1

2

Aspek 2 : Senarai Kandungan

2

3

Aspek 3 : Penghargaan

3

4

Aspek 4 : Pendahuluan

4

5

Aspek 5 : Objektif Kajian

5

6

Aspek 6 : Kawasan Kajian

6–8

7

Aspek 7 : Kaedah Kajian

9

8

Aspek 8 : Dapatan Kajian

10 – 19

8.1 Jenis dan Pola Petempatan 8.2 Faktor Yang Mempengaruhi Petempatan 8.3 Fungsi Petempatan 8.4 Masalah Petempatan 8.5 Langkah Mengurangkan Masalah Petempatan 9

Aspek 9 : Rumusan

20

10

Aspek 10 : Lampiran

21 – 40

11

Aspek 11 : Rujukan

41

PENGHARGAAN

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 2

Saya Siti Sarah Bt Mohd Affandi dari kelas 3 Cerdas ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pengetua SMK Jitra, Tuan Abu Seman Bin Sareh Md Isa, kerana memberi kebenaran untuk menjalankan kajian Geografi Tempatan. Saya juga ingin mengucapkan kepada Guru Geografi saya, Puan Azharina Bt Ahmad atas tunjuk ajar yang beliau berikan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada kedua-dua ibu bapa saya, Encik Affandi Bin Abdul Rahim @ Yusof dan Puan Aziyen Bt Mansor kerana memberi sumbangan dari segi kewangan dan tenaga untuk saya menyiapkan kajian ini. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya, NurNisa Amirah Bt Mohd Zaini, Nur Hidayah Bt Hashim dan Anissa Anis Afiqah Bt Abdullah kerana bekerjasama dengan saya dalam mengumpul maklumat. Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada responden saya, Puan Noraini Bt Mustapa dan Abdul Aziz Bin Mansor atas kerjasama mereka memberi maklumat kepada saya.

PENDAHULUAN

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 3

Bagi memenuhi kehendak sukatan pelajaran Geografi, saya Siti Sarah Bt Mohd Affandi, murid tingakatan 3 Cerdas telah memilih tajuk ‘petempatan dan perkembangan di Jitra dan negara bandingannya Tokyo, Jepun. Saya memilih kawasan Jitra kerana saya tinggal di sini dan ini memudahkan saya memahami petempatan kajian. Dengan memilih kawasan ini juga, saya dapat menjimatkan kos perbelanjaan dan tidak perlu menggunakan perkhidmatan awam untuk pergi ke kawasan kajian. Negara yang dibandingkan dengan kawasan kajian saya ialah Jepun. Saya memilih Tokyo, Jepun kerana terdapat banyak maklumat yang boleh didapati dengan berbagai sumber dan rujukan. Saya telah menjalankan kajian ini bersama beberapa orang rakan sekelas. Kami telah bekerjasama bagi memperoleh, mengumpul data dan maklumat yang diperlukan untuk menulis laporan lengkap secara individu. Saya menyiapkan kerja kursus ini selama dua bulan. Tiga minggu saya bersama rakan mengumpul maklumat dan tiga minggu lagi saya mendokumentasikan kajian saya. Selebihnya saya gunakan untuk memperbaiki kerja kursus ini.

OBJEKTIF KAJIAN

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 4

Kajian ini dijalankan bagi memenuhi objektif berikut:

 Mengenal pasti jenis dan pola petempatan.  Menjelaskan faktor yang mempengaruhi petempatan.  Menghuraikan fungsi petempatan.  Menerangkan masalah petempatan.  Menyenaraikan langkah mengurangkan masalah petempatan.  Menerapkan nilai dan unsur patriotisme terhadap kawasan kajian.

Saya amat berbangga dan bersyukur dengan segala kelengkapan yang ada di Pekan Jitra ini.

KAWASAN KAJIAN

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 5

Dalam kajian ini, saya telah memilih kawasan tempat tinggal di Pekan Jitra dan negara bandingannya iaitu Tokyo, Jepun sebagai kawasan kajian. Saya memilih kawasan ini kerana saya tinggal di kawasan ini dan ia merupakan kawasan yang sesuai dan sedang membangun sesuai dengan tajuk geografi yang diberikan. Pekan Jitra terletak di kawasan Parlimen Kubang Pasu, Kedah Darulaman. Jitra berhampiran dengan sempadan Kedah – Thailand, kira-kira 35 km dari sempadan. Rata – rata penduduknya boleh bertutur dalam bahasa Siam,malahan ada yang berkuturunan Siam, terutama yang tinggal berdekatan dengan sempadan. Pekan Jitra hampir dengan Lebuhraya Utara Selatan ke Bukit Kayu Hitam dan ke selatan iaitu Kuala Lumpur. Dalam peta, kedudukan Jitra ialah 6.3° Utara dan 100.4° Timur. Jarak Pekan Jitra dengan pekan yang terdekat iaitu Bandar Darulaman ialah 12 km. Bersama ini saya sertakan peta daerah Kubang Pasu, peta Tokyo,Jepun dan peta kawasan kajian.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 6

Peta Tokyo, Jepun

Peta Daerah Jitra, Kedah

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 7

KAEDAH KAJIAN Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 8

Ketika menjalankan dan menyiapkan kerja kursus Geografi ini, saya telah menggunakan pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian ini. Antara kaedah yang saya gunakan ialah: • Pemerhatian Saya telah memerhati tentang persekitaran dan perkembangan tempat kajian dan membuat sedikit sebanyak catatan yang berkenaan untuk dimasukkan ke dalam kerja kursus ini. Melalui pemerhatian ini, saya telah menangkap gambar kawasan kajian. • Internet Saya telah mengkaji tentang petempatan dan perkembangan negara bandingan iaitu Tokyo, Jepun melalui internet. Kaedah internet juga membolehkan saya mendapat maklumat yang lebih terperinci tentang Pekan Jitra. Saya telah melayari laman web http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo, http://ms.wikipedia.org/wiki/Tokyo, http://ms.wikipedia.org/wiki/jitra dan http://www.tokyo.com. http://www.tokyo.com. • Temu bual Saya telah menemu ramah responden saya iaitu Puan Noraini Bt Mustapha, berumur 41 tahun yang tinggal di No 436, Taman Suria 2, 06000 Jitra dan Abdul Aziz Bin Mansor yang berumur 49 tahun dan tinggal di No 216, Taman Siswa 2, 06000 Jitra, Kedah. Saya telah bertanyakan soalan yang berkaitan dengan kawasan kajian iaitu Pekan Jitra. • Soal selidik Untuk mendapatkan maklumat yang lebih terperinci, saya telah membuat soal selidik di kawasan kajian. Saya telah menggunakan borang soal selidik seperti dalam lampiran untuk dijawab oleh responden.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 9

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 10

POLA DAN JENIS PETEMPATAN

Jenis petempatan yang terdapat di Pekan Jitra ialah petempatan bandar. Ini kerana Pekan Jitra kini makin giat menjalankan kegiatan ekonomi. Kegiatan ekonomi utama di Pekan Jitra ialah perniagaan, perkilangan dan perkhidmatan. Pola petempatan yang terdapat di Pekan Jitra ini ialah berpusat dan berjajar. Bangunan yang dibina di Pekan Jitra kebanyakannya di sekitar persimpangan jalan yang menyebabkan pola berpusat dan dibina di sepanjang tepi jalan serta dibina rapat-rapat yang terjadinya pola bejajar. Di kawasan ini terdapat pelbagai kemudahan asas dan awam di sediakan. Jenis petempatan di Tokyo, Jepun juga merupakan petempatan bandar. Faktor pembandaran Tokyo, Jepun ialah kerana Tokyo dikenali sebagai pusat perniagaan dan ekonomi utama di serantau Asia Timur. Pola petempatan di Tokyo, Jepun pula ialah berpusat dan berkelompok. Pola petempatan di Tokyo, Jepun dipengaruhi oleh pembinaan pesat bangunan yang menyebabkan petempatan tersebut berpusat di tengah kota. Selain itu, pulau-pulau yang terdapat di Tokyo, Jepun juga menyebabkan petempatan berkelompok. Nilai dan unsur patriotisme yang saya dapat sepanjang menjalankan kajian tentang jenis dan pola petempatan ialah saya berasa selesa dengan sistem petempatan di Pekan Jitra yang teratur dan terancang seperti yang terdapat di Tokyo, Jepun.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 11

FAKTOR PETEMPATAN

Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi petempatan di Pekan Jitra. Antara faktor yang mempengaruhi Pekan Jitra ialah bentuk muka bumi. Permukaan bentuk muka bumi yang terdapat di Pekan Jitra ialah bertanah pamah sesuai untuk pembangunan dan perkembangan petempatan. Hampir seluruh bangunan di Pekan Jitra dibina di kawasan permukaan rata. Faktor ini juga membuatkan Pekan Jitra maju sebagai kawasan pertanian kerana penanaman padi pesat dijalankan di sini. Antara kawasan pembangunan yang sedang membangun ialah Pekan Jitra 1 dan Pekan Jitra 2. Jenis Kediaman

Bilangan Jenis Kediaman

Rumah teres 1 tingkat

5000

Rumah teres 2 tingkat

4500

Rumah kembar dua setingkat

4800

Rumah kembar dua dua tingkat

3000

Rumah banglo

2900

Bilangan Jenis Kediaman Di Pekan Jitra

14%

25%

Rumah Teres 1 Tingkat Rumah Teres 2 Tingkat

15%

Rumah Bekembar 1 Tingka t Rumah Bekembar 2 Tingka t 24%

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

22%

Rumah Banglo

Page 12

Faktor lain yang mempengaruhi petempatan dan perkembangan Pekan Jitra ialah ekonomi dan perniagaan. Faktor inilah yang menyebabkan Pekan Jitra berkembang pesat sehingga menjadi sebuah pekan yang dikenali ramai. Perniagaan yang dijalankan di sini kebanyakan terdiri daripada perniagaan perkhidmatan, restoran dan barangan. Contohnya seperti Mourice Saloon (perniagaan perkhidmatan dandanan rambut), Newtown (perniagaan makanan) dan Aneka (perniagaan barangan). Begitu juga terdapat banyak faktor yang mempengaruhi perkembangan petempatan di Tokyo,Jepun. Antaranya sama seperti faktor yang mempengaruhi pekan Jitra iaitu bentuk muka bumi. Bentuk muka bumi yang mempengaruhi Tokyo ialah bertanah rata namun kedudukannya berada dibahagian lingkaran aktif gempa bumi. Maka bangunan pencakar langit jauh lebih sedikit jika dibandingkan dengan bandar lain kerana peraturan pembinaan gempa bumi. Selain itu, faktor lain yang mempengaruhi Tokyo,Jepun ialah kemajuan ekonomi yang berasaskan perindustrian. Tokyo juga dikenali sebagai sebuah pusat kewangan antarabangsa utama yang menempatkan beberapa ibu pejabat terbesar dunia syarikat-syarikat bank pelaburan dan insurans. Kegiatan ekonomi di Tokyo juga menyebabkan perkembangan pengangkutan seperti Lebuhraya Tokyo yang dibina bagi memudahkan aliran eksport dan import. Nilai yang saya dapat ketika menjalankan kajian tentang faktor petempatan ialah timbulnya semangat daya saing dalam diri saya untuk bersaing dengan kemajuan Tokyo, Jepun. Saya berharap agar suatu hari nanti Pekan Jitra dapat berkembang maju sepertimana yang terdapat di Tokyo, Jepun. Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 13

FUNGSI PETEMPATAN

Pekan Jitra iaitu petempatan bandar mempunyai pelbagai fungsi kepada penduduknya. Salah satu fungsi yang berguna pada penduduk ialah pekan Jitra terkenal dengan kegiatan pertanian padi. Terdapat banyak sawah yang diusahakan oleh para penduduk di sini. Padi yang dikeluarkan juga merupakan padi yang amat berkualiti. Kebanyakan orang yang datang ke Jitra dapat melihat keindahan padi di merata tempat. Oleh kerana padi banyak dikeluarkan dan dimajukan oleh penduduk di sini, kilang-kilang beras dibina di beberapa kawasan. Antaranya terdapat kilang beras di Tanjung Pauh dan terdapat juga di kawasan perumahan Taman Suria 2. Selain itu, Pekan Jitra juga berfungsi sebagai pusat pendidikan yang maju. Banyak sekolah dan institusi tinggi dibina dikawasan ini. Kemajuan pendidikan di Pekan Jitra dapat dibuktikan apabila terdapatnya beberapa buah sekolah yang dianugerahkan ‘Sekolah Primier Daerah’ (SMK Jitra) dan ‘Cluster School’ (SMK Jitra, SMK Bandar Darulaman, SK Bandar Darulaman dan SK Ahmad Tajuddin). MRSM Kubang Pasu juga dibina disini. Antara institusi tinggi yang terdapat di kawasan ini ialah POLIMAS, IPDA, Kolej Komunitin dan Universiti Utara Malaysia. Tahun 2005 2006 2007 2008

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Purata Pelancongan Ke Pekan Jitra 600 800 1300 2000

Page 14

PURATA PELANCONG KE PEKAN JITRA 2500 2000 1500 1000

g o c ln e t a r u P

PURATA PELANCONG KE PEKAN JITRA

500 0 2005

2006

2007

2008

Tahun

Begitu juga fungsi yang terdapat pada negara bandingannya iaitu Tokyo,Jepun. Selain perindustrian berasaskan ekonomi, Tokyo juga terkenal dengan perindustrian berasaskan pertanian. Pertanian di Tokyo mempunyai subsidi yang tinggi dan merupakan satu sektor yang dilindungi. Antara pertanian yang giat dijalankan di Tokyo ialah pertanian beras. Tokyo juga sedang menghasilkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang sedap dan berkualiti tinggi namun sangat mahal.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 15

Selain itu, Tokyo,Jepun juga mempunyai fungsi yang sama seperti Pekan Jitra iatu sebagai pusat pendidikan yang terbesar diserantau Asia Timur. Pusat pendidikan yang disediakan di Tokyo amat maju dari segi kemudahan ICT yang berteknologi tinggi. Selepas saya mengkaji fungsi yang terdapat di Pekan Jitra serta negara bandingannya Tokyo,Jepun, saya amat berbangga kerana fungsi Pekan Jitra boleh dikatakan setaraf dengan fungsi kemudahan yang terdapat di Tokyo, Jepun.

MASALAH PETEMPATAN

Walaupun Pekan Jitra merupakan pekan yang kecil, namun terdapat juga beberapa masalah yang menimpa penduduk di sini. Perkembangan petempatan Pekan Jitra menyebabkan berlakunya kesesakan lalu lintas di beberapa buah jalan. Faktor yang menyebabkan kesesakan lalu lintas mungkin disebabkan sistem pembangunan mahupun pertambahan penduduk di Pekan Jitra. Selain itu, sistem lalu lintas di Pekan Jitra yang tidak cekap juga menyebabkan kesesakan terutamanya pada waktu puncak iaitu awal pagi ketika pekerja ke pejabat seperti di depan jalan raya berdekatan POLIMAS dan IPDA dan waktu petang ketika pulang kerja terutama di Jalan Osman Arof pada sekitar pukul 7.30 malam. Masalah lain yang menimpa penduduk di Pekan Jitra juga penduduk dunia kini iaitu pemanasan global. Faktor yang menyebabkan masalah ini mungkin disebabkan penebangan hutan yang cukup berleluasa di kawasan ini. Ini disebabkan banyak kawasan perumahan dibina mungkin kerana pertambahan penduduk yang mendadak di kawasan ini. Contoh yang ketara kita dapat lihat ialah seperti di Taman Cermai dan Taman Pulasan yang dibina pada dasarnya dahulu Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 16

kawasan tersebut merupakan kawasan berbukit namun digondol dan diratakan untuk membangunkan kawasan perumahan. Kesan daripada tindakan tersebut berlakunya pemanasan global yang semakin ke kemuncak dan timbul masalah-masalah lain yang bakal menimpa penduduk Pekan Jitra seperti banjir dan sebagainya.

Begitu juga dengan Tokyo,Jepun walaupun mempunyai kemudahan berteknologi tinggi namun negara bandingan tersebut tetap berdepan dengan pelbagai masalah yang menimpa. Antara masalah yang sedang menimpa bandar Tokyo, Jepun ialah pencemaran udara yang mencapai tahap yang tertinggi. Faktor yang menyebabkan pencemaran udara mungkin disebabkan banyak kenderaan dan kilang yang mengeluarkan gas-gas yang merbahaya seperti karbon monoksida, sulfur dioksida, hidrokarbon dan oksida nitrogen. Gas-gas tersebut boleh membahayakan penduduk Tokyo dan hidupan disana. Selain daripada masalah pencemaran udara, Tokyo juga sedang berhadapan dengan masalah penduduk yang berlebihan. Masalah penduduk berlebihan ini makin merumitkan kerajaan Jepun. Ini kerana pertambahan pendatang asing yang berhijrah ke Tokyo semakin meningkat. Penduduk berlebihan di Tokyo,Jepun juga telah menyebabkan kekurangan tempat tinggal. Disebabkan masalah ini, terdapat masalah-masalah lain yang timbul iaitu seperti pembinaan rumah di atas tanah kerajaan dan milik persendirian lalu mewujudkan kawasan setinggan. Masalah ini mungkin disebabkan penduduk yang berpendapatan rendah tidak mampu membeli rumah kerana harganya mungkin amat tinggi. Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 17

Melalui kajian ini, pengajaran yang saya dapati ialah sayangi tempat tinggal kita daripada terjebak dengan masalah-masalah yang berlaku. Saya amat bersyukur kerana masalah yang dihadapi oleh penduduk Pekan Jitra tidak seteruk yang dihadapi oleh penduduk Tokyo,Jepun.

LANGKAH MENGURANGKAN MASALAH PETEMPATAN

Sikap keprihatinan kerajaan terhadap masalah yang berlaku di Pekan Jitra telah menemukan langkah untuk mengurangkan masalah yang dihadapi. Antara langkah yang diambil oleh kerajaan dan penduduk di sini ialah melebarkan jalan raya. Melebarkan jalan raya telah dijalanakan bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas. Ini kerana jalan raya yang lebar dapat menampung jumlah kenderaan yang banyak walaupun pada waktu puncak. Contoh pelebaran jalan raya yang dilakukan ialah Jalan Jitra – Alor Setar. Jalan raya di Pekan Jitra juga telah dinaik taraf supaya pengguna jalan rayua dapat menggunakannya dengan selesa dan dapat mengelakkan kemalangan. Langkah seterusnya untuk mengurangkan masalah yang dihadapi seperti pemanasan global ialah kerajaan telah memperkenalkan kaedah ‘Green Belt’. Kawasan Pekan Jitra juga telah ditanam dengan pelbagai pokok.langkah ini bertujuan untuk penghijauan pekan dan untuk mengurangkan pemanasan yang dihadapi. Selain itu, kerajaan juga telah menyarankan pemeliharaan hutan dilakukan seperti di Universiti Utara Malaysia dan IPDA yang mengekalkan Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 18

kehijauan semula jadi.. Kempen-kempen yang berkaitan dengan pemeliharaan alam semulajadi juga giat dijalankan untuk menyedarkan penduduk Jitra betapa pentingnya hutan. Begitu juga dengan masalah yang dihadapi di Tokyo,Jepun. Kerajaan Jepun sedang mencari instiatif untuk mengurangkan masalah yang dihadapi. Antara langkah yang diambil ialah penguatkuasaan undang-undang dan Akta Alam Sekitar. Kilang-kilang di Tokyo dikehendaki memasang dan meninggikan cerombong asap dan kilang yang membebaskan gas merbahaya akan didenda. Kempen tentang pencemaran udara juga giat dijalankan di sekitar metropolitan Tokyo, Jepun.

Bagi mengurangkan masalah pertambahan penduduk dan kekurangan tempat tinggal yang dihadapi oleh Tokyo,Jepun ialah kerajaan dan pihak swasta telah memperbanyakkan pembinaan rumah kos rendah dan pangsapuri yang mampun dimiliki oleh penduduk bandar Tokyo yang berpendapatan sederhana dan rendah. Kerajaan juga telah menempatkan semula kawasan setinggan di petempatan terancang. Pembukaan kawasan perkilangan di luar bandar Tokyo juga dapat mengurangkan penghijrahan penduduk dari luar bandar ke bandar. Kawalan kemasukan pendatang asing ke Tokyo juga diperketatkan. Saya amat terharu dengan keprihatinan kerajaan yang begitu sensitif dengan masalah yang dihadapi oleh penduduk Pekan Jitra. Saya juga berharap agar penduduk Pekan Jitra sentiasa memelihara kawasan ini sebaik mungkin.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 19

RUMUSAN

Hasil daripada kajian yang telah saya jalankan sepanjang dua bulan menyiapkan kerja kursus ini menunjukkan bahawa Pekan Jitra merupakan sebuah petempatan yang sedang berkembang maju. Pemilihan Pekan Jitra dalam menjalankan kerja kursus ini amat bersesuaian kerana memenuhi segala objektif yang diinginkan dalam kerja kursus ini. Selepas saya mengkaji segala latar belakang dan objektif-objektif mengenai Pekan Jitra ini, saya dapat membuat beberapa kesimpulan mengenai kawasan ini. Apa yang boleh saya rumuskan, Pekan Jitra merupakan sebuah petempatan bandar yang sedang membangun kerana adanya kegiatan ekonomi yang giat dijalankan. Pola petempatan yang terdapat di Jitra merupakan petempatan berpusat dan berjajar yang dipengaruhi oleh sebab tertentu. Perkembangan Pekan Jitra juga disebabkan bentuk muka bumi yang bertanah pamah sesuai untuk pembangunan dan kegiatan ekonomi yang giat dijalankan seperti perniagaan. Pekan Jitra juga berfungsi sebagai pusat pertanian padi yang semakin maju diusahakan oleh penduduk tempatan dan Pekan Jitra juga merupakan pusat pendidikan yang semakin membangun Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 20

dan terdapat banyak pencapaian yang dicapai di beberapa buah sekolah yang boleh menaikkan nama Pekan Jitra. Namun, disebalik faktor dan fungsi perkembangan Pekan Jitra, terdapat juga beberapa masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini. Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk Pekan Jitra ialah kesesakan lalu lintas dan pemanasan global. Namun kerajaan telah mengambil langkah untuk mengurangkan masalah tersebut seperti penghijauan bandar dan pelebaran jalan. Oleh itu, saya amat bersyukur dan berasa amat selesa tinggal di Pekan Jitra kerana mempunyai kemudahan yang selengkapnya. Walaupun kemudahan Pekan Jitra tidak semaju Tokyo, Jepun namun saya amat berbangga dengan kawasan tempat tinggal saya ini.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 21

BORANG TEMU BUAL

Nama : Noraini Binti Mustapa Umur : 41 Tahun Alamat: Alamat: No 436, Taman Suria 2, 06000 Jitra, Kedah Darulaman.

Pelajar

: Adakah Pekan Jitra semakin bertambah maju sekarang?

Responden

:Ya, Pekan Jitra kini lebih membangun dan bertambah maju berbanding dahulu. Pencapaian ini amat membanggakan penduduk disini.

Pelajar

: Pada dasarnya sebelum Pekan Jitra dimajukan, Pekan Jitra membangun sebagai kawasan apa?

Responden

: Pekan Jitra dahulu merupakan kawasan pokok getah dan juga merupakan tempat penanaman padi yang luas.

Pelajar

: Bilakah Pekan Jitra mula membangun?

Responden

: Pekan Jitra mula membangun sekitar tahun 1984.

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 22

Pelajar

: Siapakah yang bertanggungjawab membangunkan Pekan Jitra?

Responden

: Orang yang bertanggungjawab membangunkan Pekan Jitra ini ialah Tun Hussein Onn dimana beliau ketika itu merupakan Perdana Menteri Malaysia serta Dato’ Osman Ishak.

Pelajar

: Sebelum Pekan Jitra membangun, nama Pekan Jitra dikenali sebagai?

Responden

: Nama pekan ini tidak berubah. Sama seperti sekarang iaitu Pekan Jitra.

BORANG TEMU BUAL

Nama : Abdul Aziz Bin Mansor Umur : 49 Tahun Alamat: Alamat: No 216, Taman Siswa 2, 06000 Jitra, Kedah Darulaman.

Pelajar

: Apakah pandangan encik tentang pekan ini?

Responden

: Pekan ini merupakan pekan kecil yang sedang membangun maju untuk memenuhi kehendak penduduk.

Pelajar

: Ketarakah perubahan yang dialami oleh Pekan Jitra?

Responden

: Apa yang saya lihat sejak saya menetap disini, Pekan Jitra banyak mengalami perubahan yang positif dan memberangsangkan.

Pelajar

: Selama encik tinggal di Pekan Jitra ini, apakah masalah yang paling besar pernah dihadapi oleh penduduk pekan ini?

Responden

: Masalah yang paling serius pernah dihadapi ialah kejadian banjir yang berlaku

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 23

tahun 2005. kami seolah-olah terperangkap didalam pekan ini selama beberapa hari dan tidak mempunyai bekalan yang mencukupi untuk makan. Pelajar

: Jika encik menjadi pegawai kerajaan, apakah langkah yang encik akan ambil untuk mengurangkan masalah yang dihadapi?

Responden

: Kemungkinan saya akan menguatkuasakan aktiviti penebangan hutan yang makin berleluasa di Pekan Jitra. Orang yang menebang hutan ini langsung tidak mempunyai kesedaran tentang alam sekitar dan kita patut bertanggungjawab untuk mendenda pihak-pihak yang sedemikian.

BORANG SOAL SELIDIK Bahagian A Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah. Nama

: Nur Farhana Bt Omar

Umur

: 23 Tahun

Jantina

: Perempuan

Bangsa

: Melayu

Pekerjaan

: Pelajar

Bahagian B Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah: 1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu? Ya 2. Adakah peluang pekerjaan lebih banyak berbanding dahulu? Ya Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 24

3. Adakah pencemaran di Pekan Jitra semakin serius berbanding dahulu? Tidak 4. Adakah jalan raya sekarang lebih sibuk berbanding dahulu? Ya 5. Nyatakan hak milik rumah anda. (Arahan (Arahan : Tulis ‘sendiri’ atau ‘sewa’) Sendiri

BORANG SOAL SELIDIK Bahagian A Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah. Nama

: Cheeya a/p Manne

Umur

: 38 tahun

Jantina

: Perempuan

Bangsa

: India

Pekerjaan

: Suri Rumah

Bahagian B Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah: 1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu? Ya 2. Adakah peluang pekerjaan lebih banyak berbanding dahulu? Ya Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 25

3. Adakah pencemaran di Pekan Jitra semakin serius berbanding dahulu? Ya 4. Adakah jalan raya sekarang lebih sibuk berbanding dahulu? Ya 5. Nyatakan hak milik rumah anda. (Arahan (Arahan : Tulis ‘sendiri’ atau ‘sewa’) Sewa

BORANG SOAL SELIDIK Bahagian A Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah. Nama

: Khoo Boo Chin

Umur

: 56 Tahun

Jantina

:Lelaki

Bangsa

: Cina

Pekerjaan

: Guru

Bahagian B Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah: 1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu? Ya 2. Adakah peluang pekerjaan lebih banyak berbanding dahulu? Ya Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 26

3. Adakah pencemaran di Pekan Jitra semakin serius berbanding dahulu? Ya 4. Adakah jalan raya sekarang lebih sibuk berbanding dahulu? Tidak 5. Nyatakan hak milik rumah anda. (Arahan (Arahan : Tulis ‘sendiri’ atau ‘sewa’) Sewa

BORANG SOAL SELIDIK Bahagian A Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah. Nama

: Nimme a/p Syoqrin

Umur

: 19 Tahun

Jantina

: Perempuan

Bangsa

: Siam

Pekerjaan

: Pelajar

Bahagian B Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah: 1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu? Ya 2. Adakah peluang pekerjaan lebih banyak berbanding dahulu? Ya Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 27

3. Adakah pencemaran di Pekan Jitra semakin serius berbanding dahulu? Ya 4. Adakah jalan raya sekarang lebih sibuk berbanding dahulu? Ya 5. Nyatakan hak milik rumah anda. (Arahan (Arahan : Tulis ‘sendiri’ atau ‘sewa’) Sendiri

BORANG SOAL SELIDIK Bahagian A Arahan : Sila isi tempat kosong di bawah. Nama

: Balla a/l Khuraman

Umur

: 55 Tahun

Jantina

: Lelaki

Bangsa

: India

Pekerjaan

: Pemandu Van

Bahagian B Arahan : Sila tulis ‘Ya’ atau ‘Tidak’ dalam tempat kosong di bawah: 1. Adakah kemudahan untuk orang ramai di kawasan anda lebih baik berbanding dahulu? Tidak 2. Adakah peluang pekerjaan lebih banyak berbanding dahulu? Ya Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Page 28

3. Adakah pencemaran di Pekan Jitra semakin serius berbanding dahulu? Tidak 4. Adakah jalan raya sekarang lebih sibuk berbanding dahulu? Ya 5. Nyatakan hak milik rumah anda. (Arahan (Arahan : Tulis ‘sendiri’ atau ‘sewa’) Sewa

Gambar – Gambar di Tokyo

Lebuhraya Tokyo

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Bandaraya Tokyo

Page 29

Eitai Bridge, Tokyo

NRT Tokyo, Jepun

Eitai Bridge, Tokyo

Pemandangan Penuh Bandaraya Tokyo

Bangunan di Tokyo

Gambar – Gambar di Pekan Jitra

Darulaman Golf & Country Club

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Sungai Kelubi

Page 30

Suasana di Pekan Jitra Lama

SMK Jitra

Petempatan dan Perkembangan Pekan Jitra

Suasana di Pekan Jitra Baru

Bank Islam Cawangan Jitra

Page 31

Related Documents

Folio Geografi
June 2020 11
Folio Geografi
June 2020 12
Folio Geografi
May 2020 16
Folio Geografi
May 2020 17
Folio Geografi
May 2020 6
Folio Geografi
May 2020 9