3/27/2019
(31) Pencinta Dunia Ketenteraan Dan Pertahanan
Malaysia Military Power Suka Halaman Ini · 43 min ·
Bagi memudahkan pemahaman. Ada pelbagai doktrin pertahanan Udara. Secara asasnya A. VShorad atau Very Short Range Air Defence. Manpad termasuk dalam kategori ini jarak dari 1 ke 6km sahaja dan kebiasaanya bersifat pasif dan mengunci menggunakan optikal dan heat seeking. Sasaran bagi VSHORAD ialah musuh yang terbang rendah, helikopter. B. Medium Range Surface To Air Missile Misil jarak pertengahan. Mempertahankan ruang udara dari 10 ke 20km. Kadang2 ada versi SAM yang jarak tembakannya 20 ke 40km. Sasaran Mid Range SAM ialah jet pejuang, Helikopter dan pesawat pengangkut. Mampu mempertahankan sebuah bandar kecil jika di gabungkan berberapa unit dalam satu cohesive air defence layer. Sukar jatuhkan pesawat pengebom yang terbang tinggi atau pesawat musuh yang memiliki long range air to ground missile. Mudah terdedah dengan musuh yang memiliki anti radiation missile. C. Long Range Surface to Air Missile Dengan jarak missile sehingga 100 ke 200km. Sesetengah model SAM buatan Rusia jarak tembakan sehingga 500km. Mampu mempertahankan ruang udara bersaiz negeri. Mampu menembak jatuh apa sahaja sasaran pada jarak paling jauh. Juga mampu tembak jatuh nuklear ICBM. D. Jet pejuang. Jet pejuang boleh mempertahankan ruang udara yang lebih luas lagi sehingga 1000km. Dan jika di sokong dengan isi minyak di udara boleh mempertahankan lebih jauh lagi. misil pertahanan jet pejuang terdiri dari pelbagai jarak tembakan. Within Visual range atau Jarak Dekat dan juga Beyond Visual Range atau jarak jauh. Malah jet perjuang MRCA mampu bawa pelbagai misile serangan darat sehingga 200km jauhnya. Jadi mcm mana nak guna ABCD. Buat masa ni supaya semua tak pening admin letak tepi dulu sistem sensor dan radar yang menjadi tulang belakang pertahanan udara. D. Guna jet sahaja. Tetapi tentera udara terpaksa membeli banyak jet bagi mempertahankan ruang udara yang luas. Jet perlu penyelenggaraan dan latihan bagi hasilkan pilot yang baik juga kosnya tinggi. D+A Tugas pertahankan unit2 kecil dan pengkalan2 dan base dari serangan helikopter dan low flying aircraft boleh di sandang oleh A iaitu Manpad. Tapi ruang udara yang lebih luas dipertahankan dengan Jet. Maka masih
https://www.facebook.com/MalaysiaMilitaryPower/photos/a.741926769163675/2237962859560051/?type=3&theater&ifg=1
1/2
3/27/2019
(31) Pencinta Dunia Ketenteraan Dan Pertahanan
perlukan jet yang banyak gabungan ideal A+B+C Sebenarnya ini gabungan yang ideal. B atau Midrange SAM boleh mempertahankan lokasi strategik manakala A atau Manpad boleh fill gap yang Mid Range SAM tak boleh tembak. Manakala jet pejuang pun tak perlu terlalu banyak dan boleh di gunakan untuk menyerang sasaran darat musuh juga. Jika kayo A+B+C+D Ini apa yang di panggil Layered Air Defence. Takde ruang untuk musuh curi2 masuk dan menyerang sasaran pada setiap masa pada mana2 ketinggian. Biasanya jika ada A+B+C+D ni musuh tak serang dah. Cegah rintang yang baik. Melainkan musuh tu sama kayo dengan engkau dan sanggup kehilangan banyak jet dan nyawa pilot. sekain pelajaran kita hari ni Dr.GaGaK Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Chamlepo MMP
https://www.facebook.com/MalaysiaMilitaryPower/photos/a.741926769163675/2237962859560051/?type=3&theater&ifg=1
2/2