1.tkp 2201 - Bab 1

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 1.tkp 2201 - Bab 1 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,635
  • Pages: 23
KULIAH 1 Pengenalan komunikasi –Apa itu komunikasi –Fungsi, prinsip dan jenis

kom (bab1)

1

Komunikasi • Semua makluk bernyawa ciptaan Allah mengujudkan jalinan komunikasi yang unik contoh : Semut atau lebah - berkumunikasi secara tersendiri dengan bahasanya. • Komunikasi pada manusia berlaku dalam diri sendiri, dalam sesebuah keluarga, organisasi dan masyarakat. • Dengan akal fikiran kurniaan Ilahi, manusia mampu meningkatkan kemudahan berkumunikasi seperti mencipta teknologi berkomunikasi (spt. Telepon, satelit, telekonfren, internet dsb.) kom (bab1)

2

Apa itu komunikasi • Komunikasi terjemahan daripada perkataan Inggeris communication yang berasal dari perkataan Latin “communicare” yang bermaksud mengujudkan persamaan (Shamsudin 1993).

• Komunikasi adalah proses penyampai maklumat melalui satu perutusan yang pelbagai atau sedikit makna melalui simbul² yang dilahirkan dari satu individu kepada individu lain (International Encyclopedia of Social Science) kom (bab1)

3

• Komunikasi adalah proses menghantar dan menerima mesej antara dua peribadi dengan beberapa kesan dan maklum balas yang serta merta (De Vito 1978) • Komunikasi adalah proses dimana manusia berkongsi maklumat, idea dan perasaan komunikator (Hybels dan Weaver II, 1995)

• Komunikasi (perspektif Islam) adalah proses menyampaikan atau bertukar perutusan dan maklumat dngan menggunakan prinsip dan kaedah komunikasi yang terdapat dalam Al Quran dan hadis.(M.Yusuf Husein 1990) kom (bab1)

4

Apakah Fungsi Komunikasi • Komunikasi adalah satu proses interaksi yang membantu proses sosialisasi, melahirkan institusi sosial dan berpengaruh keatas budaya dan struktur sosial (Ahli sosiologi) • Semua interaksi sosial semestinya komunikatif dan sebarang proses sosial dianggap proses komunikasi (Mc.Quil 1975)

• Komunikasi adalah cara untuk mendapat pengaruh melalui kempen, memujuk mempengaruhi, menyebar propaganda, menggunakan media massa, dsb (Ahli Sains Politik) kom (bab1)

5

Fungsi komunikasi untuk menemuai penemuan bersifat peribadi, proses perbandingan social dan menemukan dunia luar (De Vito 1994) 1. untuk berhubung – membina hubungan yang bermakna 2. untuk memujuk – dengan tujuan untuk memanipulasi, mengawal atau mempengaruhi 3. untuk permainan – bertujuan hiburan kom (bab1)

6

Fungsi yang dipersetujui bersama ialah memberi maklumat – cara beritahu tentang objek, kejadian perasaan atau maklumat berkaitan kehidupan

memberi pendidikan – cara bagai mana manusia dapat dididik tentang sesuatu pekara.

untuk memujuk – satu cara bagaimana mempengaruhi atau mendapat kepatuhan

untuk menghibur – satu cara bagaimana memenuhi keperluan fitrah manusia yang inginkan keselesaan, ketenangan, dan kegembiraan.  kom (bab1)

7

Proses, Elemen dan Komponen Komunikasi •

Komunikasi adalah satu proses yang berterusan didalamnya ada beberapa elemen, seperti a) b) c) d) e) f) g) h) i)

konteks, sumber dan penerima, mesej, saluran, gangguan atau kebisingan, enkod dan dekod, maklum balas, kesan dan bidang pengalaman kom (bab1)

8

a) Konteks : melibatkan sekurang²nya empat dimensi iaitu 1) Fizikal – persekitaran dimana komunikasi itu berlangsung (kelas/dewan) 2) Sosial – melibatkan status, peranan, norma dan budaya masyarakat berkomunikasi 3) Psikologi – melibatkan aspek kesetiakawanan dan emosi 4) Batas masa – masa dimana proses komunikasi itu berlangsung (kesesuaian)

kom (bab1)

9

a) Sumber dan Penerima : Bergantung kepada jenis komunikasi dan selalunya melibatkan dua manusia (seorang sumber dan seorang penerima) tetapi komunikasi intraperibadi –mungkin melibatkan satu individu sahaja.



Mesej : Adalah kandungan maklumat yang dihantar kepada penerima oleh sumber atau yang diterima kembali oleh sumber. Mesej boleh berbentuk lisan (verbal) atau bukan lisan (nonverbal)



Saluran : Adalah organ tertentu yang menyalurkan mesej (merupakan perantara) bagi membawa mesej kepada penerima dari sumber atau pengirim. (komunikasi massa – radio/TV/ akhbar/ majalah dsb) kom (bab1)

10

a) Gangguan dan kebisingan : Adalah sebarang

penyimpangan yang berlaku terhadap mesej atau perutusan. Ianya berbentuk mekanikal (bunyi bising) dan psikologi (tanggapan melibatkan perasangka) b) Enkod dan dekod : Enkod – proses dimana sesuatu mesej (berupa kod spt bunyi atau tulisan) dikirim dan diterjemahkan oleh penerima (enkod) yang juga dalam bentuk kod. c) Maklum balas : Adalah mesej yang dikirim diterima kembali. (kita mendengar dan membuat tanggapan sendiri spt mengubah atau melakukan proses penyesuaian) atau maklum balas orang lain (gerak badan atau visual –senyum). Maklum balas bergantung kepada tafsiran sesaorang, negatif atau positif kom (bab1)

11

a) Kesan : Boleh berlaku keatas satu atau lebih individu (melalui andaian)

b) Bidang pengalaman : Ianya merupakan elemen khas

komunikasi (pengalaman sesaorang kanak-kanak adalah berbeza dengan pengalaman orang dewasa). Komunikasi berhasil jika wujud kesamaan pengalaman yang dapat dimanafaatkan bersama (Ibu vs anak) c) Model komunikasi : Untuk memudahkan kita memahami kerja kerja komunikasi dijalankan. Terdapat beberapa model seperti • • • • • •

Model Model Model Model Model Model

Laswell (1948), Shanon dan Weaver (1949), Newcomb (1953) Osgood (1954), Schramm (1954) dan SMGR oleh Berlo (1960) kom (bab1)

12

PRINSIP KOMUNIKASI • Komunikasi satu proses (ianya tidak static) dan sentiasa berubah (tanpa pemulaan dan akhiran) dan berlaku selagi manusia ujud didunia. • Disebabkan ianya sentiasa berlaku maka ianya mempunyai prinsip tertentu (Adler, Rosenfeld & Towne 1986, De Vito 1994) seperti; 1.Ianya satu pakej isyarat – Kerana melibatkan semua bentuk isyarat lisan atau bukan lisan (spt nada suara, perkataan, dan gerak bibir) yang berlaku serentak (cont: bercakap sambil mengangguk). Ianya juga boleh bersifat bersalahan antara lisan dan bukan lisan.

kom (bab1)

13



Ianya proses penyesuaian – Bila berlaku komunikasi, komunikator akan cuba melakukan penyesuaian dan cuba memahami syarat yang sama, walaupun kedua²nya tidak menggunakan isyarat yang sama (spt mengguna dua bahasa yang berbeza).

3.

Ianya melibatkan dimensi kandungan dan hubungan : Kandungan - merujuk kepada tindak balas tingkah laku yang diharapkan dan hubungan menerangkan bagaimana komunikasi itu berlaku. (Contoh: Pensyarah minta pelajar berjumpa denganya segera. Pelajar jumpa pensyarah (tindak balas), pensyarah dan pelajar (hubungan). Disini kandungannya sama tetapi aspek hubungan berbeza kerana terdapat unsur bawahan-atasan, unsur kesetaraan atau unsur ketua dan orang bawahan). kom (bab1)

14

1.

Ianya pertukaran dan perkongsian makna Komunikasi berlaku apabila simbol/ kod dihantar (lisan atau bkn lisan) oleh komunikator. Penerima akan memberi makna kepada mesej/kod (sama maksud atau berbeza maksud). Gagal jika penerima menerima maksud yang berbeza atau ada halangan.

 

3.

Ianya hubungan saling tindak dan saling melengkapi - Saling tindak ialah dua individu saling bertindak terhadap tingkah yang dilakukan (contoh: seorang cemburu - yang lain ikut sama). Saling melengkapi berlaku dalam dua tingkah laku berbeza (tingkah laku sesaorang akan meransang dan melengkap tingkah laku lain)

kom (bab1)

15

6.

Urutan komunikasi adalah berselang seli -Komunikasi - satu proses pegerakan berterusan dan boleh dipecah kepada beberapa segmen lain atau berselang seli. Komunikasi dalam satu masa melibatkan banyak peristiwa, dengan sebab dan akibat dipengaruhi oleh ransangan dan tindakbalas (tidak dapat diketahui mula dan akhir) contoh : guru malas jadi murid tidak berminat jadi guru malas)

7.

Komunikasi ialah proses transaksional- ialah proses dimana elemen yang berkaitan denganya saling bergantungan dan peserta yang terlibat saling bertindak dan bertindak balas dalam semua pekara secara berterusan (walaupun telah berlaku perubahan diri, persekitaran)

kom (bab1)

16

1.

Komunikasi adalah fitrah - Akan berlaku sama ada individu memikirkan ianya suka atau tidak berkomunikasi ianya tetap berlaku (contoh kanak² merajuk tidak mahu bercakap, tetapi perbuatanya satu bentuk komunikasi difahami ibunya)

9.

Komunikasi tidak dapat ditarik balik – kerana berlaku dalam satu arah dan tidak dapat ditarik balik. (contoh bila kita menyatakan sesuatu, bermakna kita telah mengkomunikasikan sesuatu samada betul atau salah dan jika salah kita perlu bina satu mesej baru…maaf).

10.

Komunikasi adalah proses kemanusian - Kerana melibatkan diri manusia yang berperasaan (spt gembira, sedih, yakin, rendah, ego, cemburu, marah dsb). Manusia juga boleh dipengaruhi oleh persekitaranya ianya berada (pengalaman dan pembelajarannya). kom (bab1) 17

Jenis komunikasi •

Boleh dibahagi kepada tujuh jenis iaitu; 1) intraperibadi, 2) antara peribadi, 3) komunikasi kumpulan kecil, 4) komunikasi keorganisasian, 5) komunikasi awam, 6) komunikasi massa dan 7) komunikasi antara budaya kom (bab1)

18

1. Komunikasi intraperibadi Komunikasi yang berlaku dalam diri individu itu sendiri (tidak berkomunikasi dengan individu lain) tetapi memproses maklumat diperolehi sebelum membuat sesuatu keputusan. 2. Komunikasi antara peribadi Mempunyai dua peringkat iaitu berbentuk diad (melibat dua komunikator berkomunikasi secara langsung) dan komunikasi melibatkan lebih dari tiga orang. Mesej cepat mendapat maklumbalas. 3. Komunikasi kumpulan kecil Komunikasi yang melibatkan empat hingga 21 orang komunikator berkomunikasi secara langsung. Komunikasi secara dua hala, maklum balas cepat kom (bab1) diperolehi

19

4. Komunikasi organisasi Komunikasi yang berlaku dalam sesebuah organisasi formal (boleh berbentuk diad, kumpulan kecil atau komunikasi awam). Lain2 komunikasi yang berkaitan ialah komunikasi perniagaan, kom.koperat, kom. Pengurusan. 5. Komunikasi awam Komunikasi antara individu dengan kumpulan. Berlaku bila sesaorang mengemukakan idea, perasaan, dan maklumat tanpa gangguan (tidak termasuk persekitaran atau khalayak) kepada satu kumpulan manusia.(Spt dalam persidangan, perhimpunan atau rapat). Lambat mendapat maklumbalas dan komunikasi lebih bersifat sehala kom (bab1)

20

6. Komunikasi massa Melibatkan khalayak, peringkat umur dan latar belakang yang tidak terbatas dan boleh melangkau sempadan negara dengan bantuan teknologi komunikasi. Berlaku tanpa melibatkan hubungan bersemuka tetapi melalui perantaraan (radio/ TV/ akhbar dsb).Mempunyai khalayak yang ramai dan tidak terbatas (mesej mudah disampai –maklumbalas lambat diterima) 7. Komunikasi antara budaya Berlaku melibatkan antara atau dikalangan anggota yang mempunyai budaya berlainan. Terjadi kepada mereka yang berkongsi bentuk pemikiran (sikap, kepercayaan, nilai dan pendapat) dan tingkah laku berbeza. Juga melibatkan perbezaan jantina, taraf umur (tua/muda), barat/timur, kulit hitam/putih, kom (bab1)

21

SALAH TANGGAPAN MENGENAI KOMUNIKASI 1.

Makna terdapat dalam perkataan – sebenarnya makna berada dalam diri dan bukan perkataan yang disampai atau diterima

3.

Komunikasi adalah proses lisan – komunikasi merangkumi lisan dan isyarat-isyarat tanpa lisan

5.

Menyatakan sesuatu adalah komunikasi – penerima mesej yang tidak memberi maklum balas kepada penyampai juga sedang berkomunikasi

7.

Komunikasi akan menyelesaikan semua masalah – banyak masalah boleh diselesaikan melalui komunikasi, tetapi ianya juga boleh membawa masalah. kom (bab1) 22



Komunikasi semata2 suatu yang baik – orang yang peramah (komunikasi lisan) tidak semestinya baik, kejahatan juga boleh berlaku melalui komunikasi



Banyak komunikasi bermakna lebih baik – banyak berkomunikasi yang positif adalah baik, tetapi jika yang negatif adalah tidak baik.(umpat, cela, keji dsb)



Komunikasi boleh dihentikan – komunikasi tidak boleh dihentikan (tidak dapat dielak/tidak boleh ditarik balik). Boleh berlaku secara lisan atau tanpa lisan.



Komunikasi merupakan keupayaan semulajadi – kita belajar untuk berkomunikasi dan dengan latihan berterusan kita berupaya meningkatkan komunikasi yang lebih berkesan. kom (bab1)

23

Related Documents

1.tkp 2201 - Bab 1
December 2019 8
2201
October 2019 29
Tkp 2201 - Bab 2&3
December 2019 10
09-06-2201
May 2020 2