19 September 2009 2.30 am Bangun dan mula bersiap untuk pulang ke alor setar eg kota setar. Berdoa doa agar tidak terperangkap di dalam traffic jam, walaupun hati tidak tenteram, berdebar dan perasaan agak hambar. Hambar bukan kerana tidak seronok menyambut hari raya, tapi di sebabkan sekali lagi aku tidak boleh beribadat dengan tenang kerana aku di datangi kawan baikku sekali lagi. Habis lah peluang untuk aku sembahyang sunat, mengaji alquran, berzikir, namun tak ku hentikan dengan berdoa doa sepanjang masa. Jauh di sudut hati, ada hikmah yang tuhan sorokkan buat ku. Aku pasti dan yakin. Yakin bahawa kemudahan aku berpejalanan tanpa perlu langsung bersusah payah di mana jua aku berada dan ketika apa. Indah kan. Mudah. Aku boleh jadi sebahagian dari mereka yang tidak langsung mempedulikan solat lima waktu. Aku boleh menggunakan kulit ini untuk kedika ini. Aku ceritakan kepada Nur, kawan jauh juga yang tak beridentiti, di suruhnya aku berdoa, doa juga dapat mencukupkan apa yang terkurang, atau pun di teruskan juga dengan berzikir. Aku selesaikan dengan tidur. Perjalanan di mulakan dengan mengisi minyak di setesen shell di taman Connaught. Perjalanan lancar, hinggalah kami tiba di slim river, berlanjutan ke sungkai, berlanjutan changkat jering dan berlanjutan ke ipoh. Jalan mengengsot engsot, aku dan suami yang memang terkenal benci sampai ke tulang hitam akan traffic jam..berborak serba sedikit untuk menghilangkan kekecewaan di hati. Hanya tuhan yang Maha mengetahui. Pengalaman pertama kali yang boleh ku kongsikan dengan mereka mereka untuk esok hari, bahawa aku telah terperangkan di dalam traffic jam yang mengambil 8 jam ke Alor Setar . Anak anak ku bersahur dengan air masak dan keropok yang suami ku beli di kedai bersebelahan setesen minyak. Alhamdulillah seorang pun tak mengomel atau banyak mulut. Minum air masak, berniat dan tidur semula. Pukul 6.00 pagi, kami tiba di tapah, suami ku dan anak anakku mengerjakan subuh, aku apa lagi, pusing line ler. Kena gak. Aku beli kerongsang yang kecil kecil. 7 biji 10 ringgit, murah bagi ku, pulak yang akan menghabiskan kerongsang yang kecil kecil ini, anak anak ku juga.
Dalam pukul 8.00 pagi kami baru tiba di ipoh, akhirnya pukul 11.00 pagi kami tiba di alor setar. Keluarga ku bersalam salaman dengan Abang ipar dan kakak iparku. Aku minta kebenaran untuk tidur. Pukul 3.30 aku bangun, kejutkan suamiku untuk mengerjakan zuhur. Pukul 5.15 kami berangkat ke Pekan Rabu, cari apa yang patut lagi. Suami ku yang memang mengidamkan songkok baru, tujuan utama, ke pekan rabu. Aku tahu, dan ini memang sifat terpuji suami ku, mencari kawan kawan ayah dan ibunya. Bersalaman dengan mereka dan bertanya khabar. Aku sangat kagum, dalam riangnya orang muda bertemu orang orang tua. Seperti biasa dia akan berkongsi dengan aku, setiap kisah yang dia tahu. Aku mungkin sudah berbelas kali mendengarnya, masih mendengarnya dengan teliti. Mereka nampaknya gembira bertemu dan bercerita kisah kisah lama. Mana taknya suami ku juga salah bekas seorang peniaga pekan rabu. Ada kedai arwah ayahnya dulu di situ kini, saudara terdekat yang mengambil alih. Selepas pukul 6.00 petang, dan membeli serba sedikit juadah kami bertolak pulang. Penuh satu meja dengan lauk dan kuih. Kakak iparku, yang tidak masak nasi tetapi masak kuih, tiga piring besar di sediakan juadah itu kami berbuka. Kegemaran suami ku mee hoon kuning, kami beli, kami makan. Itu lah makanan untuk aku berbuka. Aku sambung sedikit dengan borak bersama sama keluarga ipar dan kemudian, tidur. Aku merebahkan kepala ke beg..(beg menjadi bantal)…dalam pukul 2.30 pagi.
Hari Raya…tersedar Pukul 6.00 kami tersedar, macam biasa, suami dan anak lelaki ku, ku dulukan untuk pergi menunaikan solat sunat sembahyang aidil fitri. Suamiku mengikut abangku ke masjid Zahir, di pekan untuk menunaikan solah sunnah aidil fitri. Kemudian ceritanya mereka ke kubur, menziarahi pusara ayah dan ibu mertuaku. Sesampai dia di rumah, aku yang sudah bersiap cantik bersama sama suami ku memohon maaf dan bersalaman dengan keluarga iparku. Suami aku berdua beradik sahaja yang ada di rumah tua ini. Aku mengajak suamiku ke rumah pak sedaranya di banai, namun suami ku menunggu adiknya untuk pergi bersama sama. Pukul 2.00 pm adiknya yang bongsu dari che Pukul 5.00 baru adiknya tiba, Nothing much happen. Pukul 12.30…aku pun membuka buku.dan pukul 1.30 pm. He he he..kerja sekolah tinggal dalam kenangan. End here..
Hari Raya Kedua Serang rumah abang yang ke 4 dari 14 adik beradik. 5 abang (Abang Derus (lain emak), Abang Cha, Abang Radzi, Abang Nuar, Abang Tam) 2 kakak (Kak Njang, Kak Ann) Suami ku (5 Adik lelaki (Sharfi, Rushdan, Ninja, Yasir, Yusri) (1 Adik perempuan – Kak Ja) Kemudian kerumah Abang Radzi – Pak Ndak ngan Emma ada di sana (membantu memasak). Sebelum pulang, ini adalah trajis hari raya kedua – lepasan perasaan seorang abang yang bertahun sudah berbuku. Treated as, unhappy, brother, his real concern is, greedy, not sure what he is saying is from his heart, I am sure, it is not transparent because, all 40 years history was brought up to show how caring he is. I just hate this type of human being. Should be stomped by angry elephant.
Hari Raya Ketiga My friend from KL that went back from Kota Serang Semut, came for a visit. At 11.00 my husband wanted me to come along to buy some mutton meat for our barbecue tonite. Now is 8.17 pm. The barbecue session has started. Lot’s of trashing is being done by my beloved husband. My mood – normal
23rd September 2009. The Tsunami has ended.