MAJLIS BACAAN YASIN RAWATAN
Bersyukur kepada Allah yang menganugerahkan kekuatan berfikir dan bertindak, yang membolehkan kita merancang dan menjayakan setiap aktiviti ilmu dan kemasyarakatan kita secara bersama. Pada kebanyakan tempat sama ada di kampung-kampung atau di bandar-bandar, membaca Yasin beramai-ramai merupakan satu amalan yang lazim dilakukan, terutamanya pada setiap malam Jumaat di masjid –masjid, surau-surau atau dari rumah ke rumah . Kaedah amalan ini merupakan kaedah biasa, yang selalunya diketuai oleh orang –orang tertentu seperti imam dan sebagainya. Satu amalan baik yang perlu diteruskan disamping untuk menghubungkan silaturrahim di antara penduduk setempat. Namun demikian , kaedah-kaedah membaca Yasin untuk sesuatu hajat , terutamanya hajat-hajat besar kurang dimaklumi. Oleh sebab itu penerangan yang jelas perlu disebarkan kepada umum. Syukur kepada Allah Yang Maha Pemurah lagi Penyayang. Syukur kepada zat agung yang memberi taufik serta meletakkan harapan dan kepercayaan pada jiwa-jiwa orang Islam yang memahami tentang kebesaran wahyu Allah, yang diyakini boleh digunakan untuk kemakbulan. Terdapat banyak hadis yang menjelaskan fadilat Yasin; iaitu untuk keberkatan hidup di dunia dan akhirat. Agak banyak kitab yang dikarang oleh ulamak trenama dan muktabar yang membicarakan fadilat Yasin. Namun demikian , pembicaraan tentang kaedah membaca Yasin secara khusus untuk untuk sesuatu hajat tertentu seperti untuk kesembuhan penyakit atau menangani sesuatu masalah boleh dikatakan kurang ditulis.
Kaedah membaca Yasin itu sebenarnya banyak. Namun maklumat mengenainya boleh dikatakan tidak tersebar , dan hanya dimiliki oleh orang-orang tertentu , misalnya mereka yang melibatkan diri dengan ilmu rawatan pesakit yang menggunakan ayat-ayat Quran dan doa-doa, di kalangan alim ulama, guru-guru agama dan sebagainya. Bukti-bukti Quran Sebagai Penyembuh Terlalu banyak bukti daripada ayat-ayat al Quran juga hadis yang menyatakan Quran sebagai rahmat, penyembuh penyakit-penyakit dan mengatasi masalah. Antara ayat-ayatnya:
1.
Surah al Isra’ : 82:
Dan Kami turunkan daripada Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan Quran itu tidaklah menambah kepada orang zalim selain kerugian.
1.
Surah as Syua’ra’ : 80;
Dan apabila aku sakit, Dialah yang menyembuhkan daku.
1.
Surah Fussilat : 44;
Katakanlah, Quran itu adalah petunjuk dan penawar bagi orang yang beriman. Dan orang yang tidak beriman, pada telinga mereka ada sumbatan, sedangkan Quran itu sesuatu kegelapan bagi mereka. Mereka adalah seperti orang yang dipanggil dari tempat yang jauh. Allah s.w.t menyuruh setiap hambaNya agar mentaati Rasulullah s.a.w seperti yang tersebut dalam Quran ( al Hasyr : 7 ). Mengenai hal-hal yang berkaitan dengan rawatan, Rasulullah s.a.w ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan Quran. Baginda bersabda :
Hendaklah kamu semua sentiasa menjadikan dua kesembuhan ini, iaitu dengan menggunakan madu dan Quran. Quran adalah setinggi-tinggi martabat penawar dan kesembuhan. Setiap huruf yang terkandung di dalamnya adalah penawar penyakit fizikal dan rohani. Padanya ada rahsia ketenangan jiwa dan petunjuk, dengan syarat bahawa seseorang itu beriman dan yakin kepada Pencipta yang maha agung yang menurunkan Quran sebagai rahmat, petunjuk dan penawar penyakit. Sebahagian ulama menafsirkan bahwa Quran itu adalah penawar dan petunjuk secara menyeluruh , berdasarkan kepada zahir ayat-ayat Quran di atas. Penyembuh bagi penyakit dan derita, kesembuhan bagi sebahagian sakit fizikal kerana keyakinan dan beriman kepada Allah itu akan melahirkan natijah-natijah yang tidak dapat difikiri oleh akal bagaiaman ia boleh berlaku. Akal manusia begitu cetek untuk memahami rahsiarahsia di sebalik qada’ dan qadar ketentuan ilahi. Dalam penghidupan ini, setiap mausia itu memerlukan yang lainnya, sama ada pertolongan bebentuk material ataupun moral. Manusia perlukan teman untuk berbual, mengadu dan meluahkan persaan agar segala yang terbuku dan tersirat itu terkeluar tidak memendam dalam perasaan seumpama sekam dalam api. Setiap orang perlu memberikan pertolongan kepada saudaranya. Orang yang berilmu menuturkan kata-kata melalui lidah. Dari rangkaian kata ini manusia akan faham dan memikirkan sama ada yang dituturkan itu betul atau sebaliknya. Orang yang berharta perlu mengorbankan sebahagian daripada harta yang dimilikinya, demi meringankan beban yang sedang menindih saudaranya. Begitulah seterusnya dilakukan, termasuk yang jahil, yang miskin dan yang daif menurut keupayaan masing-masing.Orang yang miskin tidak semestinya jahil. Begitulah sebaliknya. Justeru itu di mana kita tinggal kita hendaklah menyuburkan sifat-sifat permuafakatan, kerjasama, bertolak ansur, jujur, ikhlas dan sentiasa penuh kesetiakawanan. Aktiviti membaca Yasin rawatan secara beramai-ramai yang dilakukan ini disamping ianya untuk memohon kesejahteraan dan kesembuhan penyakit daripada Allah, ianya juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sifat-sifat tersebut di dalam diri anggota masyarakat kita. Apabila seseorang itu ingin menggunakan surah Yasin untuk tujuan rawatan atau sesuatu hajat tertentu , orang yang berkenaan hendaklah mengetahui kaedahnya, supaya sesuatu yang dihajatinya insyaallah diberkati dan kemakbulkan Allah s.w.t. Kaedah yang kita lakukan ini adalah untuk semua tujuan. Sama ada tujuan rawatan gangguan makhluk-makhluk halus, sakit biasa, untuk kemakbulan hajat-hajat yang lain yang berkaitan denagn rumahtangga, seperti anak atau pasangan yang keras hati, anak-anak sering bergaduh sesama sendiri, penerang hati, keresaan jiwa, tekanan perasaan dan lain-lain hajat. Bahan utama Dalam bacaan Yasin rawatan ini, air merupakan bahan utama yang diperlukan . Firman Allah s.w.t.
Dan kami ciptakan dari air sesuatu yang hidup
( al Anbia’ : 30 )
Sebaik-baik air ialah air zamzam, dituruti air hujan malam Jumaat, air kolah masjid, mineral water dan air masak. Air yang sudah dibaca surah Yasin dan doa jangan dibiarkan terdedah atau dilangkah. Hendaklah disimpan di tempat yang elok. Apabila berkurangan anya boleh ditambah dengan air lain. Selain air, garam dan lada hitam boleh digunakan untuk memagar rumah, kampung halaman, premis perniagaan, memelihara harta
benda dan sebagainya jika perlu. Kita juga menggunakan madu lebah asli bagi tujuan penyembuhan penyakit kerana ianya telah terbukti melalui Quran, hadis dan kajian saintifik. Khasiat Air Apabila kita renungkan berpuluh-berpuluh ayat Quran tentang air, kita akan terpegun bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap oleh manusia. Islam adalah agama yang paling sinonim dengan air. Menyucikan najis, bersembahyang , memegang Quran, mandi hadas dan mandi jenazah; semua itu dengan menggunakan air. Tubuh manusia memang 75% terdiri daripada air. Otak 74.5%. darah 82% air. Tulang yang mampat pun mengandungi 22% air. Air diproses di tubuh meneruskan pesanan kepada air di otak dan pembuluh darah. Dengan izin Alah, pesanan tadi akan dilaksanakan oleh tubuh tanpa kita sedari. Rasulullah s.a.w. bersabda,
Air zam-zam akan melaksanakan pesanan dan niat orang yang meminumnya. Sesiapa meminumnya untuk kenyang, dia akan merasa kenyang. Sesiapa yang meminumnya untuk kesembuhan penyakit, dia akan sembuh. Kajian Saintifik ke Atas Air Seorang ilmuan Jepun Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama telah merintis kajian saintifik tentang molekul air. Beliau dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molukel air. Hasil kajiannya mendapati air ternyata boleh “mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan dan boleh “mengerti” pesanan. Dalam bukunya The Hidden Message in Water, Dr Masaru Emoto menghuraikan bahawa air bersifat boleh merakam pesanan, seperti pita magnetik atau compact disk. Apabila kata-kata yang baik diungkapkan pada air, didapati molukel air terbentuk seperti krsital yang sangat indah dan bersinar. Manakala apabila kata-kata kesat dan buruk diungkapkan kepadanya, molukelnya berubah menjadi buruk rupanya dan menggerunkan seperti sel barah. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Beliau juga telah telah membuat kajian ke atas air-air yang dibacakan ayat-ayat suci Quran dan mendapati hasilnya molekul air tadi seperti berlian yang berkilau-kilau, cantik bercahaya. Mengikut hasil kajiannya juga, antara molukel air yang paling cantik bercahaya ialah air zam-zam. .Molekulnya tersusun cantik, seperti berlian bersegi-segi, bersinar-sinar dan berwarna-warni melebihi dua belas warna ! Tidak hairanlah air zam-zam menjadi begitu berkhasiat kerana ianya menyimpan doa jutaan manusia selama ribuan tahun sejak Nabi Ibrahim a.s. Demikianlah juga dengan air kolah masjid yang telah merakam suara azan, bacaan ayat-ayat Quran, zikir, doa dan pengajaran ilmu agama di masjid tersebut. Semakin kuat konsentrasi orang yang berkata-kata atau berdoa pada air, semakin kuat kesannya yang terhasil pada molekul air. Air boleh memindahkan bacaan tadi melalui molekul air yang lain. Barangkali penemuan ini dapat menjelaskan kenapa air biasa yang dioakan boleh menyembuhkan penyakit. Semoga amalan kita membaca Yasin dan kombinasi doa-doa para anbia’ dari Nabi Adam a.s. sehingga Nabi Muhammad s.a.w. kepada air biasa dapat mengubah molekulnya menjadi lebih cantik dan seterusnya berkesan dapat menyembuhkan penyakit atau melindungi dan mencegah kita daripada terkena penyakit sama ada fizikal atau rohani. Insyaallah majlis bacaan Yasin rawatan seumpama ini akan terus dijadikan aktiviti bulanan kita di Taman Seroja. Mudah-mudahan apa yang dilakukan ini memberi manfat dan dikira sebagai ibadah jua yang diberikan ganjaran oleh Allah s.w.t. Salam hormat dari saya, Ustaz Hamdan Muda
TUESDAY, OCTOBER 28, 2008 Menguji Ilmu yang Haq atau Bathil
Assalammualaiku m, salam hormat saya pada para pembaca yang
budiman, AlhamduLILLAH, syukur kehadrat ALLAH, Tuhan sekalian alam. Ada yang bertanyakan saya tentang cara untuk mengesan ilmu
salah atau tidak. InsyaALLAH akan saya kongsikan bersama setakat yang saya tahu & pernah diuji setakat ini. AlhamduLILLAH berhasil selain dari amalan yang pernah diturunkan
guru sy iaitu membaca 41x Alfalaq & Annas selepas solat maghrib, ada sy menerima amalan dari seorang hamba ALLAH yang amat saya hormati. Di sini saya kongsikan
amalan tersebut: Selawat 7x Surah al-Baqarah 174 21x
174. Sesungguhnya
orang-orang Yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apaapa keterangan Kitab suci Yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia
Yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi Dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat,
dan ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa Yang tidak terperi sakitnya. Surah al-Isra 50
21x
50. Katakanlah (Wahai Muhammad):" Jadilah kamu batu atau besi Surah al-Isra 81
21x
81. dan Katakanlah:" telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara Yang
salah (kufur dan syirik); Sesungguhnya Yang salah itu sememangnya satu perkara Yang tetap lenyap". AlKautsar 3x
1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (Wahai Muhammad) kebaikan Yang
banyak (di dunia dan di Akhirat). 2. oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur). 3. Sesungguhnya
orang Yang bencikan engkau, Dia lah Yang terputus (dari mendapat sebarang perkara Yang diingininya). Selawat 7x
Diamalkan selepas solat maghrib atau isyak. Tanda-tanda jika ada bercampur Haq & Bathil: 1) Pening 2) Mengantuk (kecuali mmg
betul2 mengantuk, itu dah lain cerita) 3) Mata berpinau 4) Panas dalam perut (perut bergelora) Dsbnya. Setiap bacaan diniatkan supaya ALLAH tunjukkan
kebenaran & batalkan yang bathil. InsyaALLAH. Semoga ALLAH memberi petunjuk kepada anda. WALLAHUALAM. POSTED BY
WAN ASRUL
AT
11:28