TEKS PENGACARAAN KURSUS MANIK KAYU 3 (1) 2018 JENGKA PUSAT 2018 Dari Raub pergi ke Pontian Terus pula ke Kuala Perlis Harap semua berikan perhatian Mohon kami mulakan Majlis.
BismilLahirRahmanirRahim Assalamu `alaikum wa RahmatulLahi wa Barakatuh. Yang Berbahagia …………………………………………………………………………. Yang Berusaha ………………………………………………………………………… Yang Dihormati ………………………………………………………………………… Barisan…………………………………………………………….. Ahli Jawatankuasa Pelaksana………………………………………………………………………… barisan Fasilitator Guru-Guru Para ibu bapa, Peserta-Peserta Kursus hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian.
Selamat datang ke : Majlis Penutupan....................................................................................................
Melayang serindit di atas permatang Merbah berkicau di hujung muara Pemanis kata selamat datang Awal BismilLah pembuka bicara.
TEKS PENGACARAAN KURSUS MANIK KAYU 3 (1) 2018 JENGKA PUSAT 2018 Sarung ketupat berisi inti Dibawa budak sambil berlari Kehadiran semua sangat dihargai Moga Majlis bertambah seri.
Alhamdulillah, seiring kita menadah tangan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Rabbul Izzah, Tuhan Yang Maha Esa kerana dengan limpah dan izin-Nya jua, dapat kita dipertemukan dalam Majlis Penutupan ……………………………………………………………………………… Majlis jua ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kehadiran Yang Berbahagia ………………………………………………………………………………… kerana sudi hadir merasmikan Majlis Penutupan ……………………………………………………………pada pagi/ tengahari yang berbahagia ini.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Bunga mawar cantik tersemat Dipetik gadis di tepi titi Doa dibaca memohon Rahmat Moga Majlis sentiasa diberkati.
Bagi menambah keberkatan Majlis kita pada hari yang penuh bermakna ini, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa yang akan dibacakan oleh al-Fadhil Ustaz ……………………………………………………………………… Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan. Amin Amin Ya Rabbal `Alamin. Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada al-Fadhil Ustaz............................................... atas bacaan doa itu tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian, Kem....................................................................merupakan Program yang dianjurkan oleh ........................................................................., yang menghimpunkan PEMIMPIN PENGAKAP. Antara objektif Program ini diadakan adalah untuk melahirkan pelajar yang berilmu, cemerlang, bersahsiah dan berkualiti tinggi.
TEKS PENGACARAAN KURSUS MANIK KAYU 3 (1) 2018 JENGKA PUSAT 2018 Hadirin dan hadirat sekalian,
Tak molek jika ada alu tiada lesungnya Tak berguna jika ada dayung tiada perahunya Tak berkat ilmu tanpa amalnya Tak lengkaplah Majlis jika tidak ada yang berbicara.
Majlis dengan ini ingin mempersilakan kepada .........................................................., selaku ................................ bagi kem............................................................... untuk menyampaikan ucapannya. Dengan segala hormatnya dipersilakan. Terima kasih diucapkan kepada ............................................................. atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi. Seterusnya, marilah sama-sama kita dengarkan ucapan aluan daripada Yang Berusaha ..................................................... Dipersilakan Tuan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha ................................................................... atas ucapan alu-aluan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat sekalian, Kini, tibalah masanya untuk kita sama-sama dengarkan ucapan perasmian penutup ..................................................................................... Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia ..................................................................................... untuk menyampaikan ucapannya. Dipersilakan Tuan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Yang Berbahagia .............................................. atas ucapan yang telah disampaikan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat Yang DiRahmati Allah sekalian, Majlis diteruskan dengan upacara penyampaian sijil dan hadiah. Untuk menyempurnakan upacara tersebut, Majlis dengan ini ingin menjemput dan mempersilakan kepada Yang Berusaha ............................................., untuk mengiringi Yang Berbahagia ............................................................... Dipersilakan Tuan.
Kita mulakan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada ..................................................... Dipersilakan ........................................................
TEKS PENGACARAAN KURSUS MANIK KAYU 3 (1) 2018 JENGKA PUSAT 2018 Diteruskan dengan penyampaian sijil penyertaan kepada......................................................... Dipersilakan ........................................................
Seterusnya adalah penyampaian sijil penghargaan kepada wakil Ahli Jawatankuasa Pelaksana.................................................................................. Untuk itu, dipersilakan kepada ...................................................................... untuk menerima sijil penghargaan tersebut. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia ................................................................... di atas kesudian menyempurnakan upacara penyampaian sijil dan hadiah sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, Sebagai tanda ucapan terima kasih di atas kesudian Yang Berbahagia ...................................., hadir ke dalam Majlis kita pada hari ini, dan sudi untuk menyempurnakan upacara perasmian penutup ......................................................, Majlis ingin menyampaikan sedikit tanda penghargaan kepada beliau. Untuk itu, Majlis ingin mempersilakan kepada Yang Berbahagia ....................................................................., untuk menyampaikan tanda penghargaan tersebut. Dipersilakan dengan segala hormatnya. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berusaha ........................................................................ di atas kesudian menyampaikan tanda penghargaan sebentar tadi.
Hadirin dan hadirat yang diRahmati Allah,
Sudah teradat si anak lelaki Mati berjuang, berundur jangan Berani kami menjunjung adat Bukan memberi kata dan puji Hanya budi dalam ingatan Buat kenangan sepanjang hayat.
Dan tiada untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang tulus ikhlas buat semua, atas kesudian hadir memeriahkan Majlis Penutupan kita pada hari yang penuh keberkatan ini.
TEKS PENGACARAAN KURSUS MANIK KAYU 3 (1) 2018 JENGKA PUSAT 2018 Hadirin dan hadirat sekalian, Inilah yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan Umpama berkayuh telah sampai di muara Umpama berjalan telah sampai di destinasi.
Para hadirin sekalian, kita telah pun berada di hujung Majlis. Dikesempatan ini, kami ingin memohon ribuan kemaafan andai ada salah dan silap sepanjang mengacarakan Majlis ini.
Pergi ke dusun memetik kelapa Kelapa muda si kelapa barli Jari disusun maaf dipinta Panjang usia bersua kembali.
Bunga mawar cantik berseri Mekar disirami si embun pagi Majlis Penutupan ......................................................................... mengundur diri Semoga tahun hadapan berjumpa lagi.
Sekian sahaja, salam hormat, wa bilLahit Taufiq walHidayah wassalamu `alaikum wa Rahmatullahi wa Barakatuh.
Dijemput kepada Yang Berbahagia ............................................................................. diiringi dif-dif jemputan untuk menikmati sedikit hidangan yang telah disediakan. Dipersilakan juga kepada hadirin dan hadirat sekalian untuk turut menikmati hidangan yang telah disediakan. Majlis bersurai.