10 Ciri Pembelajaran Abad ke 21 Pembelajaran Abad ke 21 merupakan salah satu program yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Di sini saya kongsikan 10 Ciri-Ciri Pembelajaran Abad ke 21 1. Berpusatkan pelajar - pelajar berperanan penting, guru sebagai pembimbing - meletakkan minat pelajar sebagai keutamaan 2. Penggunaan komputer - alat penting untuk kelas abad ke 21 - sangat membantu dalam pdp 3. Pembelajaran aktif - penglibatan yang lebih aktif sama ada dengan perbincangan bersama rakan atau pun penggunaan komputer 4. Pembelajaran kendiri - kelas masih boleh berfungsi dengan pelabagai aras pembelajaran 5. Persekitaran yang kondusif - tidak terlalu sesak - peralatan mengajar yang asas seperti papan putih interaktif dan lcd projektor 6. Pelajar faham dan mematuhi arahan - pemebelajaran dirancang dengan teliti dan tersusun - peraturan kelas, prosedur dan notis ditampal di ruang khas bagi memudahkan pelajar sentiasa berada dalam landa san yang betul 7. Saling hormat menghormati - perlu hormat menghormati antara guru dan pelajar - guru perlu menggalakan pelajar berucap dengan yakin dan menghargai pendapat mereka - pelajar perlu belajar bekerjasama dan menghormati rakan sekelas 8. Pelajar bertanggungjawab terhadap pelajaran mereka - sekiranya pelajar digalakkan untuk terlibat aktif dalam pembelajaran, maka mereka akan lebih bertanggungjawab d engan pembelajaran mereka 9. Penilaian berasaskan pencapaian - guru sentiasa menjalankan penilaian dengan pelbagai kaedah tanpa terikat dengan sesuatu bentuk ujian sahaja 10. Pembelajaran kolaboratif - pembelajaran secara berkolaborasi merupakan kaedah paling berkesan dalam pembelajaran