02.keselamatan Semasa Kebakaran

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View 02.keselamatan Semasa Kebakaran as PDF for free.

More details

  • Words: 644
  • Pages: 5
4.3 KESELAMATAN SEMASA KEBAKARAN. -

Kebakaran boleh menyebabkan bencana besar dan kehilangan nyawa di bangunan-bangunan seperti pejabat, hotel, pusat membeli belah, hospital, sekolah dan rumah. Bencana sedemikian boleh dicegah jika amalan keselamatan semasa kebakaran yang baik dilaksanakan.

-

Pencegahan yang terbaik ialah dengan menghapuskan bahaya

kebakaran. Oleh itu, sebagai rakyat yang bertanggungjawab, anda perlu tahu apakah bahaya kebakaran dan apakah yang harus dilakukan untuk menghapuskannya dari berlaku dirumah atau tempat kerja anda.

-

Sekiranya anda mendapati ada kebakaran, anda boleh melaporkannya kepada Jabatan

Pertahanan Awam Malaysia atau Bomba dan Penyelamat Malaysia.

-

Api hanya akan bermula jika terdapat ketiga-tiga punca iaitu haba, oksigen dan bahan bakar. Punca-punca haba

termasuk

percikan api, api yang

menyala, kuasa

elektrik dan besi panas.

Bahan mudah bakar seperti suratkhabar, langsir, pakaian, dan perabot adalah tergolong dalam bahan bakar selain minyak tanah atau petrol.

Haba

Oksigen

Bahan bakar Segitiga Api

24

4.3.1 MENCEGAH KEBAKARAN DI RUMAH.

-

-

Padamkan api mancis dan puntung rokok sepenuhnya

-

Elakkan daripada meninggalkan dapur semasa memasak.

-

Jangan menggunakan soket elektrik berlebihan.

-

Jauhkan bahan yang mudah terbakar daripada kanak-kanak.

-

Letakkan bahan mudah terbakar di tempat yang sepatutnya.

-

Jangan membuang bara api ke dalam tong sampah.

-

Kalau boleh pasangkan alat Pengesan asap.

4.3.2 MENCEGAH KEBAKARAN DI TEMPAT-TEMPAT AWAM

-

Jangan berada dalam bangunan yang mempunyai muatan berlebihan.

-

Letakkan alat pemadam api di tempat yang senang diambil apabila berlaku kebakaran.

-

Pastikan alat pemadam api dalam keadaan baik dan elok.

-

Jangan meletakkan barang-barang Yang boleh menghalang pintu kecemasan.

-

Jangan mengunci pintu kecemasan.

25

4.3.3 CARA MENGHADAPI SEKIRANYA BERLAKU KEBAKARAN.

Apabila berlaku kebakaran, jangan cemas lakukan langkah-langkah tersebut:-

-

Sekiranya berlaku kebakaran pastikan setiap orang keluar dari kawasan itu.

-

Tutup pintu, untuk mengelakkan api merebak.

-

Tutup paip gas utama jika anda boleh melakukannya dan hubungi pasukan penyelamat seperti Jabatan Pertahanan Awam atau BOMBA dan Penyelamat.

-

Sekiranya di rumah anda mempunyai alat pemadam api gunakannya untuk kebakaran kecil.

-

Masuk ke dalam bilik yang selamat, jauh dari kawasan kebakaran sebaik baiknya menghadap jalanraya.

-

Sumbatkan dengan kain di bawah celah antara pintu dengan lantai seelok-eloknya gunakan kain basah untuk menghalang asap dari masuk.

26

4.3.4 CARA MENGGUNAKAN ALAT PEMADAM API.

-

Goncangkan alat pemadam api sebelum menggunakannya.

-

Cabutkan pin keselamatan alat pemadam api.

-

Acukan muncung alat pemadam api ke arah kebakaran.

-

Tekan muncung alat pemadam api.

-

Semburkan ke arah api dengan cara menyapu.

-

Jangan sembur lawan arah angin. Sebaliknya ikut arah angin.

-

Semburkan tepat kearah sumber api.

4.3.5 MELEPASKAN DIRI DARI BANGUNAN TERBAKAR.

-

Tutup mulut dan hidung dengan menggunakan sapu tangan atau kain, seelok-eloknya kain basah bertujuan menahan asap, debu-debu dan habuk masuk.

-

Apabila bergerak dalam bangunan berasap gunakan cara meraba-raba mengarah

kepada

halangan dan

dengan tapak tangan

kita

juga bagi

untuk

menyentuh

mengelakkan kejutan

elektrik. -

Seorang hendaklah

terperangkap menuju

ke

dalam

sebuah

dinding

dan

bilik

merayap

sekeliling sehaluan hingga berjumpa pintu. -

Memasuki bangunan terbakar secara merangkak kerana udara bersih dan sejuk ada di permukaan bawah lantai dan kita dapat mengesan sekiranya

cahaya kebakaran.

27

masih

ada

lagi



Dari Tingkat Pertama. -

Perhatian harus diberi kepada tangga ianya punca bahaya. Kemungkinan boleh hangus kerana kepanasan.

-

Sekiranya menggunakan tangga rapatkan diri ke bahagian dinding.

-

Menyusur ke bawah cara membelakang, rasa dengan kaki sebelum pijak.

-

Untuk tangga besi pastikan kepanasannya.

-

Ada masanya kita gunakan tingkap/bumbung dapur terus ke bawah dan terjun kebawah.



Dari Tingkat Dua. -

Jangan panik, gunakan kain-kain selimut, cadar untuk membuat tali dan ikat pada perabot berat atau tiang.

-

Hulur tali serendah-rendah yang boleh hingga ke bawah, tentukan keselamatan semasa menuruni cara ini.



Dari Tingkat Tiga Keatas. -

Sediakan tali belati untuk menuruni, jika boleh.

-

Tutup pintu, buka jendela dan menjerit untuk menarik perhatian orang dibawah.

-

Tunggu sehingga bantuan tiba.

-

Jangan gunakan lif semasa kebakaran.

28

Related Documents