Penerangan Autocad

  • Uploaded by: NAA12
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penerangan Autocad as PDF for free.

More details

  • Words: 1,575
  • Pages: 10
BAB 5 AUTOCAD

5.1

Pengenalan Kepada Lukisan Terbantu Komputer Lukisan Terbantu Komputer atau lebih dikenali sebagai ‘Computer Aided Drafting’

(CAD). Ianya merupakan satu perisian komputer yang menyumbang kepada penghasilan lukisan kejuruteraan.

Perisian CAD akan menjalankan arahan-arahan yang diberikan,

manakala perkakasan komputer melaksanakan perisian komputer. Dr. Ivan Sutherland dari institute Teknologi ‘Massachusetts’ merupakan individu yang bertanggungjawab dalam menghasilkan lukisan dan reka bentuk melalui sistem CAD pada tahun 1963 dan dipasarkan pada tahun 1964. Sistem ini mampu menghasilkan produk yang berkualiti, cepat dan pada masa yang sama ia menjimatkan kos.

Di samping itu,

perkembangan sistem CAD menyumbang kepada pembangunan pesat pelbagai bidang, lantas menyebabkan CAD menjadi pilihan utama kepada jurutera dan pereka bentuk. 5.2

Kelengkapan Dalam Sistem CAD

Kaedah menghasilkan lukisan kejuruteraan boleh diklafikasikan kepada dua: i. Secara manual ii. Secara CAD Kelengkapan

dalam sistem CAD mengandungi komponen peranti masukan,

pemprosesan, peranti keluaran dan peranti storan. i.

ii.

Peranti masukan : •

Papan kekunci



Tetikus



Pengimbas

Peranti keluaran : •

Monitor



Pencetak



Pemplot

1

peranti

` iii.

5.3 i.

Peranti storan : •

Cakera keras



Disket



CD



‘Pen-drive’ dan sebagainya.

Perkakasan Komputer Peranti Masukan Sistem CAD mampu menggunakan satu atau lebih kombinasi peranti masukan bagi

membentuk lukisan pada papan monitor. Peranti ini digunakan sebagai punca masukan arahan dan data.

Peranti masukan yang biasa digunakan adalah papan kekunci dan

tetikus. Papan kekunci mempunyai ciri-ciri seperti kekunci huruf, angka dan simbol. Manakala pergerakan kursor dikawal melalui tetikus. Tetikus merupakan alat peranti yang menggunakan bebola guling dan laser bahagian bawah untuk mengesan pergerakan. ii.

Peranti Keluaran Lukisan kejuruteraan yang dibentuk melalui perisian AutoCAD boleh dicetak dengan

menggunakan peranti keluaran seperti pencetak dan pemplot. Pencetak

pencetak boleh mencetak lukisan bersaiz A4 dan A3 berwarna atau

hitam putih. Pemplot

digunakan untuk mencetak lukisan bersaiz A4 hingga AO.

Terdapat pelbagai jenis pemplot seperti pemplot pen, elektrostatik, microgrip dan yang terkini teknologi pemplot laser. iii.

Peranti Paparan Peranti paparan yang berinteraksi dengan pengguna CAD. Maklumat lukisan atau

reka bentuk dipaparkan pada peranti ini.

Pengguna melukis dengan memasukkan

maklumat seperti angka, huruf, simbol atau garisan melalui peranti masukan tetikus dan papan kekunci. iv.

Peranti Storan

2

Lukisan CAD boleh disimpan dalam peranti storan data seperti cakera keras, disket, cakera padat (CD), ‘pen-drive’, ‘thumb-drive’ dan sebagainya. 5.4 i.

Perisian Lukisan CAD dan Fungsinya Pengenalan Perisian AutoCAD Selama beberapa tahun AutoCAD telah berubah daripada program yang berasaskan

DOS kepada aplikasi tetingkap (Windows). AutoCAD 2007 meneruskan aliran ini dengan persembahan dan ciri-ciri baru yang lebih banyak, menjadikan kerja melukis lebih mudah dan berkesan. Dengan memberi tumpuan kepada sistem pengendalian tunggal, Autodesk mampu mencipta AutoCAD yang lebih cekap dan pantas. Dengan tetingkap, pengguna mempunyai kebebasan untuk menyusun paparan AutoCAD dengan mengklik dan memindahkan kompunen-komponennya. Lukisan yang dibentuk melalui perisian ini boleh dipindahbentuk untuk kegunaan perisian grafik yang lain melalui beberapa format seperti DXF ( Data Exchanged File), IGES, dan SLD. Tambahan pula berbantukan perisian ini juga, berkemampuan untuk membentuk dan menganalisa model pepejal dalam kerja-kerja rekabentuk kejuruteraan. Untuk memenuhi keperluan yang lebih canggih, perisian ini mampu membawa pengguna mengautomasikan kerja-kerja penggunaan pengaturcaraan sokongan seperti LISP, dan ADS untuk membentuk arahan tambahan tersendiri. ii.

Kelebihan AutoCAD Kerja menyunting dan mengubahsuai lukisan boleh dilakukan dengan mudah dan

cepat.

Hal ini sangat berbeza dengan membuat lukisan kerja secara manual yang

memerlukan perkakas yang banyak yang serta mahal harganya, manakala jika menggunakan perisian AutoCAD kerja yang dilakukan menjadi mudah dengan hanya menggunakan peranti komputer sahaja tanpa membuang masa yang banyak. Selain itu, salinan lukisan yang sama mutu boleh dicetak berulang kali. Lukisan kerja yang dihasilkan dari perisian ini menyumbang faedah dari segi kualiti lukisan dan jika berlaku lukisan kerja terkoyak atau rosak disebabkan air atau kawasan lembap, ia boleh dicetak lagi menggunakan pemplot (plotter). Pada masa yang sama, lukisan yang dihasilkan lebih kemas dan tepat. Perintahperintah (command) yang digunakan dalam perisian AutoCAD memberi fungsi yang tepat

3

dan sangat bersesuaian dengan kehendak kerja melukis.

Kelebihan yang ada dalam

perisian ini menggunakan perintah-perintah (command) yang sama dalam melakukan lukisan kerja secara manual. Contohnya; garisan (line), bulatan (circle), lengkok (arc) dan sebagainya. Lukisan kerja boleh diplot dengan cepat dalam pelbagai skala dan berwarna. Terdapat peranti yang digunakan untuk mengeluarkan hasil lukisan kerja seperti pencetak dan pemplot. Peranti-peranti inilah yang akan mengeluarkan lukisan dengan cepat pada skala dan warna yang telah dipilih serta mampu memplot dalam jenis saiz kertas yang dikehendaki. Hasil kerja lukisan boleh disimpan dalam peranti storan seperyi cakera keras, cakera liut atau cakera padat (CD), ‘pen-drive’ atau ‘thumb-drive’ dan sebagainya. Lukisan kerja yang dibuat dalam perisian AutoCAD membolehkan ianya disimpan dengan selamat tidak memerlukan ruang yang luas untuk menyimpan lukisan. iii.

Perintah Kendalian Pengurusan Perisian AutoCAD

a)

Tetingkap AutoCAD Rajah 5.4.3 Contoh paparan tetingkap Program AutoCAD Tetingkap program AutoCAD terbahagi kepada lima bahagian iaitu :

i.

Bar menu tarik turun ( pull down menu bar )

ii.

Tolbar kekal dan tolbar apungan ( Docked and floating toolbars )

4

iii.

Kawasan melukis ( Drawing area )

iv.

Baris perintah ( Command line )

v.

Bar status ( Status bar )

Menu Tarik Turun (Pull Down Menu) Kaedah yang mudah difahami telah tersedia daripada bar menu tarik turun untuk mencapai kawalan am dan persediaan AutoCAD. Dalam menu tersebut terdapat beberapa perintah dan mempunyai fungsi yang merupakan suatu yang utama kepada AutoCAD. Itemitem pada menu melaksanakan empat fungsi asas seperti memaparkan pilihan-pilihan menu tambahan. Selain itu, memaparkan kotak dialog yang mengandungi ‘setting’ yang boleh diubah, mengeluarkan arahan yang memerlukan ‘input’ papan kekunci dan lukisan, dan juga menyediakan satu set tambahan tol-tol yang sama dan terdapat pada tolbar ‘modify’ dan tolbar ‘draw’. Tolbar Piawai (Standard Toolbar) Tolbar piawai biasanya dipaparkan pada sebelah atas tetingkap AutuCAD. Tolbar tersebut memaparkan ikon-ikon serasi tetingkap seperti ‘new’, ‘open’, ‘save’, ‘print’, ‘print preview’, ‘cut’, ‘copy’, ‘paste’, ‘undo’, ‘redo’ dan lain-lain. Tolbar Ciri-ciri Objek (Object Propeties Toolbar) Spesifikasi ‘layer’ seperti warna, jenis dan ketebalan garisan serta status ‘layer’ merupakan paparan daripada tolbar ciri-ciri objek.

‘Layer’ boleh dibayangkan sebagai

lapisan lut sinar yang boleh diaktifkan dan ditentukan spesifikasinya. Contohnya, ‘layer’ teks digunakan untuk menempatkan segala jenis garisan objek, manakala ‘layer’ dimensi untuk menempatkan pendimensian. Penggunaan ‘layer’ bagi kerja-kerja lukisan AutoCAD tiada terhadnya dan ia digalakkan untuk kerja-kerja suntingan menjadi lebih mudah dan cepat. Tolbar ‘Modify’ dan Tolbar ‘Draw’ Tolbar ‘modify’ dan tolbar ‘draw’ menyediakan ikon-ikon perintah untuk melukis objek baru dan menyunting lukisan sedia ada. Kawasan Melukis (Drawing Area) Kawasan melukis merupakan ruang kerja untuk melukis. Ianya hamper memenuhi sebahagian besar pada layer.

Semua jenis lukisan yang dilukis akan terpapar pada

kawasan ini. Tetikus digunakan dan kursor rerambut silang akan kelihatan pada kawasan ini. Selain itu, ‘scroll bar’ di sebelah kanan dan di sebelah bawah kanan berfungsi untuk

5

melaraskan pandangan. Titik koordinat pepenjuru kiri bawah dan koordinat pepenjuru atas adalah penentu bagi dasar saiz kawasan melukis. Baris Perintah (Command Line) Ruang bagi memasukkan arahan atau perintah AutoCAD selain penggunaan menu tarik turun, ia juga berfungsi sebagai memasukkan nilai atau respons yang dikehendaki oleh AutoCAD. Individu boleh memasukkan perintah menggunakan abjad pada papan kekunci. Sesetengah perintah hanya memerlukan satu atau dua huruf awal untuk mengaktifkan perintah, contohnya, perintah ‘line’ hanya taipkan sahaja ‘L’ pada baris perintah. Bar Status (Status Bar) Bar status terletak di baris bawah tetingkap AutoCAD. Ia menunjukkan paparan koordinat, kursor rerambut silang dan juga status butang ‘snap’, ‘grid’, ‘ortho’, polar’, ‘osnap’, ‘otrack’, ‘line weight’ dan butang pilihan ‘mod model’ atau mod kertas. b) Perintah Perisian AutoCAD

i.

Garisan (Line)

digunakan untuk membuat garisan lurus atau garisan yang bersudut seperti yang dikehendaki.

ii.

Bulatan (Circle)

digunakan untuk membuat bulatan. Bulatan ini

boleh ditetapkan dengan beberapa pilihan syarat seperti :

iii.

Lengkok (Arc)



Titik pusat dan jejari (Center, radius)



Titik pusat dan diameter (Center and diameter) digunakan untuk membuat garisan lengkok.

Osnap

merupakan kemudahan

pada

suatu AutoCAD

bagi menentukan pada

satu-satu objek semasa pengubahsuaian.

6

titik

Rajah 5.4.4 Ikon-ikon dan fungsi osnap

Ubahsuai (Modify)

i.

Padam (Erase)

untuk memadam objek atau garisan dalam lukisan yang tidak dikehendaki. Penggunaannya boleh didapati pada bar menu ’modify’-‘erase’ atau tolbar ‘erase’.

ii.

Kemasan (Trim)

perintah ‘trim’ ialah untuk membuat kemasan atau potongan sebahagian garisan pada objek atau lukisan.

c) Arahan (Command) AutoCAD Bagi penggunaan arahan (command) ianya dilakukan dengan mudah sekali kerana tidak perlu untuk mencari pada menu bar. Contoh penggunaan arahan (command) : i.

Tulis arahan pada baris perintah (command line). Contoh ‘L’ untuk ‘Line’.

ii.

Selepas itu, tekan papan kekunci ‘enter’ atau ‘space bar’.

iii.

Tentukan titik permulaan bagi garisan (line) tersebut dan pilih panjang garisan dan seterusnya tekan lagi sekali bagi menetapkan titik akhir bagi garisan tersebut.

Beberapa Arahan (Command) AutoCAD •

A =ARC



AA=AREA



AP=APPLOAD



AR=ARRAY



B=BLOCK



BB=BREAK

7



BH=BHATCH



C=CIRCLE



CC=COPY



CH=CHANGE



CL=CLAYER



CM=CHAMFER



D=DDLMODES



DC=DDCHPROP



DD=DDIM



DE=DDEDIT



DM=DIM



DN=DONUT



DS=DIST



DT=DTEXT



DU=DDUCS



DI=DIVIDE



DW=DVIEW



DDE=DDEMODES



DDI=DDINSERT



DDM=DDMODIFY



DDO=DDOSNAP



DDP=DDPTYPE



DDR=DDRENAME



DDU=DDUNITS



DWG=DWGNAME



DDRR=DDRMODES



E=ERASE



EE=EXPLODE



F=FILLET



I=INSERT



L=LINE



LA=LAYER

8



LI=LIST



LS=LTSCALE



LT=LINETYPE



M=MOVE



MI=MIRROR



MS=MSPACE



MV=MVSETUP



O=OFFSET



OO=OOPS



OP=OPEN



P=PAN



PL=PLINE



PN=PLAN



PP=PEDIT



PS=PSPACE



PT=PLOT



Q=SAVE



QQ-QUIT



R=REDRAWALL



RE=REGENALL



RR=ROTATE



S=STYLE



SC=SCALE



SS=SOLID



ST=STRECH



T=TRIM



U=UNDO



UU=REDO



CX=VPOINT



W=VPORTS



W=UCS



WW=WBLOCK

9



EX=EXTEND



XX=XREF



Z=ZOOM



TR=TRIM



ARRY=ARRY



OR=ORBIT



REC=RECTANGULER



Ctrl C=COPY CLIP

10

Related Documents

Penerangan Autocad
June 2020 17
01.03 Penerangan
April 2020 13
Penerangan Skpm
April 2020 20
Autocad
November 2019 34
Autocad
November 2019 33
Autocad
August 2019 45

More Documents from ""

Microsoft Word
June 2020 38
Penerangan Autocad
June 2020 17