Penerangan Skpm

  • Uploaded by: Roszelan Majid
  • 0
  • 0
  • April 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Penerangan Skpm as PDF for free.

More details

  • Words: 2,644
  • Pages: 21
SKPM

8

BAB II: PERNYATAAN STANDARD Pernyataan Standard ini terdiri daripada dua belas elemen yang dikelompokkan kepada empat dimensi. Guru Besar atau Pengetua atau orang-orang yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sekolah hendaklah memastikan kesemua elemen berikut diamalkan di sekolah:

DIMENSI I : HALA TUJU KEPIMPINAN Elemen 1 : Visi Dan Misi Sekolah

hendaklah

mengadakan

visi,

iaitu

pernyataan

yang

menggambarkan hala tuju sekolah yang cekap menghasilkan murid yang sempurna. Sekolah hendaklah mengadakan misi, iaitu cara atau pendekatan atau kaedah merealisasikan visi tersebut. 1.1

Penggubalan visi dan misi hendaklah: a. berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Wawasan 2020 dan perkembangan semasa; b. mengambil kira kekuatan, kelemahan, peluang, ancaman, potensi murid, serta setempat; dan c. dibuat secara kolektif.

PERNYATAAN STANDARD

8

keperluan sekolah dan komuniti

SKPM

9

1.2

Visi dan misi yang digubal hendaklah: a. dihayati oleh warga sekolah; b. diterjemah secara terperinci dalam program, aktiviti dan kerja harian warga sekolah; c. boleh

diukur

dan

dicapai

dalam

jangka

masa

yang

munasabah; d. memberi impak kepada warga sekolah; dan e. dikaji semula dari semasa ke semasa mengikut keadaan dan keperluan.

Elemen 2 : Kepimpinan 2.1 Guru Besar/Pengetua hendaklah menerajui dan menggerakkan seluruh warga sekolah ke arah pencapaian visi dan misi dengan cara: a. menetapkan dasar sekolah secara jelas dan selari dengan visi dan misi; b. mengamalkan gaya kepimpinan yang sesuai mengikut situasi (misalnya dengan mengambil kira latar belakang warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat); c. membina kumpulan kerja yang mantap dan dapat bekerja secara sepasukan dengan semangat kekitaan;

PERNYATAAN STANDARD

9

SKPM

10

d. mengenal pasti punca, mencegah dan menyelesaikan konflik; dan e. menggalakkan pembangunan budaya ilmu dan berfikir di kalangan warga sekolah dengan menyediakan saluran pencetus minda di kalangan warga sekolah seperti kajian tindakan, pembentangan hasil kajian, perbincangan intelektual dan sebagainya.

2.2 Guru Besar/Pengetua hendaklah mengamalkan sistem komunikasi yang berkesan dengan: a. mewujudkan suasana interaksi yang mesra; b. memberi

peluang

kepada

warga

sekolah

untuk

mengemukakan pendapat; c. merangsang percambahan fikiran di kalangan warga sekolah; dan d. membuat sesuatu keputusan secara kolektif dan kolaboratif.

2.3 Guru Besar/Pengetua hendaklah memberi motivasi dan dorongan yang dapat membina dan membangunkan keyakinan serta daya maju warga sekolah secara berterusan dengan cara: a. memberi sokongan moral dan material; b. menghargai setiap sumbangan dan kejayaan; c. membuat penilaian secara adil; PERNYATAAN STANDARD

10

SKPM

11

d. menunjukkan sikap prihatin terhadap masalah dan kebajikan warga sekolah; dan e. memberi teguran dan nasihat membina.

2.4 Guru

Besar/Pengetua

hendaklah

memainkan

peranan

yang

berkesan sebagai pemimpin kurikulum1 dengan: a. mengajar sejumlah waktu mengikut Surat Pekeliling2 yang sedang berkuat kuasa; b. menjalankan penyeliaan pengajaran dan pembelajaran3; c. memberi bimbingan kepada guru untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan pembelajaran; d. menggerakkan dan memantau perjalanan Jawatankuasa Kurikulum, Jawatankuasa Kokurikulum dan jawatankuasajawatankuasa lain yang berkaitan dengannya; dan e. memantau kemajuan murid dalam pembelajaran.

2.5 Guru

Besar/Pengetua

hendaklah

mengupayakan

Guru-guru

Penolong Kanan, Guru Kanan Mata Pelajaran (Ketua Bidang), Ketua Panitia dan guru-guru untuk membangunkan diri menjadi pemimpin yang berkesan dengan: a. memberi panduan yang jelas tentang sesuatu bidang tugas;

1

2 3

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2020, AG Grafik Sdn. Bhd, 2001, Kuala Lumpur. Surat Pekeliling Pentadbiran Bilangan 3/67 (Pind. 82), Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 3/1987.

PERNYATAAN STANDARD

11

SKPM

12 b. melatih dan memberi kepimpinan; c. menurunkan kuasa untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan tertakluk kepada bidang kuasa masing-masing; d. memantau dan menilai pelaksanaan tugas yang dilaksanakan; dan e. memberi

bimbingan

dan

nasihat

untuk

meningkatkan

keupayaan kepimpinan.

DIMENSI II : PENGURUSAN ORGANISASI

Elemen 3 : Struktur Organisasi Sekolah hendaklah menjelaskan dan menyelaraskan tugas guru dan staf sokongan dengan: a. membentuk struktur organisasi yang relevan dan berfungsi; b. memastikan jawatan yang diwujudkan dan jawatankuasa yang ditubuhkan menepati keperluan pengurusan, program pembangunan sekolah dan program pendidikan; c. menetapkan bidang tugas, perincian tugas dan prosedur kerja bagi setiap tugas dalam setiap jawatan yang diwujudkan; dan d. menetapkan bidang tugas setiap jawatankuasa yang ditubuhkan.

Elemen 4 : Perancangan PERNYATAAN STANDARD

12

SKPM

13

Sekolah hendaklah mengadakan perancangan strategik, taktikal dan operasi meliputi bidang pengurusan kurikulum, kokurikulum, hal ehwal murid,

kewangan,

sumber

tenaga

manusia,

bahan

kurikulum,

kemudahan dan keperluan asas berasaskan prinsip penambahbaikan berterusan. Perancangan ini hendaklah mengambil kira: a. visi dan misi sekolah; b. tahap pencapaian semasa [Take-Off Value (TOV)]; c. peningkatan sasaran operasi [Operational Targeted Increment (OTI)]; d. sasaran hasil jangkaan [Expected Targeted Result (ETR)]; e. strategi yang bersesuaian; f. implikasi sumber; dan g. kaedah untuk memantau dan menilai keberkesanan program yang dilaksanakan.

Elemen 5 : Iklim Sekolah hendaklah mewujudkan iklim yang sihat dengan: a.

memastikan keadaannya selamat, bersih dan ceria;

b.

memastikan persekitaran sosial dan psikologikal yang selamat, kondusif, dan harmoni;

c.

mengadakan sistem komunikasi yang berkesan di kalangan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;

PERNYATAAN STANDARD

13

SKPM

14

d.

mengadakan permuafakatan di kalangan warga sekolah, ibu bapa dan komuniti setempat;

e.

memastikan guru dan staf sokongan mematuhi peraturan dan etika perkhidmatan;

f.

memastikan murid bertatasusila dan mematuhi peraturan;

g.

memberi kebebasan optimum yang terkawal di kalangan warga sekolah;

h.

memberi motivasi serta sokongan moral, material dan kepakaran kepada warga sekolah; dan

i.

memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada warga sekolah atau sesiapa sahaja yang telah memberi sumbangan kepada kemajuan sekolah.

Elemen 6 : Pengurusan dan Pembangunan Sumber Sekolah hendaklah mengurus semua sumber iaitu kemudahan dan keperluan asas4, kewangan, tenaga manusia dan bahan kurikulum5 dengan: a.

merancang, menyediakan serta membangunkan kemudahan dan keperluan asas berdasarkan keperluan dan keutamaan;

b.

menyelenggara

kemudahan

dan

keperluan

asas

bagi

memastikan keselamatan, kebersihan dan keceriaan terpelihara; 4

5

Rujuk: Bil (50) dlm UPE (P) 34/1/7 Vol. IX, bertarikh 18 September 1995 : (UPE: Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri) Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997

PERNYATAAN STANDARD

14

SKPM

15

c.

menyelenggara pejabat sekolah dengan baik dan berhemah

d.

memanfaatkan kemudahan dan keperluan asas secara optimum;

e.

merancang keperluan kewangan serta menyediakan belanjawan mengikut keperluan dan keutamaan dengan mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa;

f.

memanfaatkan sumber kewangan secara optimum;

g.

menganalisis keperluan, merancang dan mengambil tindakan bagi memastikan keperluan sumber tenaga manusia mencukupi;

h.

menganalisis,

mengenal

pasti

dan

memanfaatkan

secara

optimum sumber tenaga manusia berdasarkan kelayakan, kemahiran, pengalaman, bakat dan minat; i.

menganalisis keperluan, merancang dan melaksanakan program peningkatan profesionalisme selaras dengan perkembangan dan kemajuan pendidikan;

j.

menganalisis keperluan, merancang dan menyediakan bahan kurikulum menurut keperluan dan keutamaan; dan

k.

menyelenggara dan memastikan bahan kurikulum digunakan secara optimum.

Elemen 7 : Pengurusan Maklumat

PERNYATAAN STANDARD

15

SKPM

16 Sekolah hendaklah mengurus semua data dan maklumat pengurusan dan pentadbiran, pengurusan kurikulum, pengurusan kokurikulum dan pengurusan hal ehwal murid dengan cekap dan berkesan.

Data dan

maklumat hendaklah: a. diperoleh; b. disebar kepada pihak yang memerlukan dengan kuasa yang diberikan; c. disimpan menggunakan teknologi yang sesuai; d. mudah diakses oleh pengguna akhir mengikut peringkat kuasa dan tahap keselamatan; e. digunakan sebagai rujukan penambahbaikan; f. dikemukakan dengan menggunakan media yang sesuai; dan g. dikemas kini.

DIMENSI III : PENGURUSAN PROGRAM PENDIDIKAN Elemen 8 : Pengurusan Program Kurikulum, Kokurikulum dan Hal Ehwal Murid Sekolah hendaklah mengamalkan prinsip-prinsip pengurusan program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid yang berkesan dengan: a. mengenal pasti tahap pencapaian semasa, potensi dan bakat (kognitif, afektif dan psikomotor) setiap murid;

PERNYATAAN STANDARD

16

SKPM

17 b. merancang program kurikulum, kokurikulum dan hal ehwal murid dengan menetapkan matlamat, objektif dan strategi berdasarkan kumpulan sasaran; c. mengelola sumber manusia (dengan mengenal pasti, melantik dan menempatkan staf yang sesuai untuk menjalankan tugas) dan sumber lain yang berkaitan untuk dimanfaatkan; d. melaksana program mengikut perancangan; e. memantau pelaksanaan program secara berkala dan berterusan; f. menilai impak program dengan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan

pada

setiap

peringkat

pengurusan

(perancangan,

pengelolaan, pelaksanaan, pemantauan dan penilaian); dan g. melaksana penambahbaikan berdasarkan hasil penilaian impak.

Elemen 9 : Pengajaran dan Pembelajaran Sekolah hendaklah merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran mengikut prinsip-prinsip berikut: a. berdasarkan kurikulum kebangsaan6, sukatan pelajaran, huraian sukatan pelajaran dan Surat Pekeliling Ikhtisas yang sedang berkuatkuasa;

6

Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan) 1997

PERNYATAAN STANDARD

17

SKPM

18 b. isi kandungan (pengetahuan, kemahiran, norma, nilai, unsur kebudayaan dan kepercayaan) diolah mengikut tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid serta berlaku secara bersepadu; c. pendekatan, kaedah dan teknik dipelbagaikan dengan melibatkan murid secara aktif; d. penghayatan ilmu; e. berpandukan bahan-bahan sokongan yang relevan dengan tahap pencapaian semasa, potensi dan kemajuan murid; f. kesediaan guru dan murid dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek; g. pengurusan bilik darjah yang efektif bagi menghasilkan iklim pengajaran dan pembelajaran yang kondusif; h. setiap murid diberi tugasan mengikut keupayaan dan kebolehan mereka; i. pemupukan semangat jati diri, berdaya saing, perpaduan dan patriotisme; dan j.

penilaian dan penambahbaikan pengajaran dan pembelajaran secara berterusan.

PERNYATAAN STANDARD

18

SKPM

19

Elemen 10 : Pembangunan Sahsiah Murid Sekolah hendaklah membangunkan sahsiah setiap murid mengikut tahap persekolahan dan potensi masing-masing berpandukan perkaraperkara berikut: a. murid diberi tugas dan tanggungjawab yang sesuai dengan potensinya; b. murid diberi peluang, latihan dan bimbingan; c. murid diberi motivasi dan galakan; d. murid ditunjukkan teladan; e. murid disediakan persekitaran dan kemudahan; f. pencapaian murid dinilai dari semasa ke semasa; g. hasil penilaian digunakan untuk pembetulan dan penambahbaikan; h. murid diberi teguran dan nasihat yang sesuai terhadap sebarang perlakuan yang negatif; dan i.

murid diberi penghargaan dan pengiktirafan terhadap perlakuan yang positif.

PERNYATAAN STANDARD

19

SKPM

20

Elemen 11 :

Penilaian Pencapaian Murid

Keberkesanan program pendidikan dinilai melalui pencapaian murid. Pencapaian

murid

dalam

akademik,

kokurikulum

dan

sahsiah

hendaklah: a. dinilai secara formatif dan sumatif; b. dianalisis untuk mengenal pasti kemajuan, kekuatan dan kelemahan secara spesifik; c. direkod dan diulas secara kuantitatif dan kualitatif; d. digunakan untuk tindakan pembetulan dan penambahbaikan; dan e. dimaklumkan kepada murid dan ibu bapa serta pihak berkuasa yang berkaitan.

DIMENSI IV : KEMENJADIAN MURID Elemen 12 : Kemenjadian Murid Dalam Akademik, Kokurikulum dan Sahsiah 12.1Pada akhir peringkat pendidikan prasekolah7, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah: a. memperlihatkan sifat peribadi, perwatakan dan konsep diri yang positif untuk menjadi warga negara yang patriotik;

7

Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd. Selangor,

PERNYATAAN STANDARD

20

SKPM

21 b. mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian (untuk murid beragama Islam); c. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian; d. menggunakan

bahasa

memperkembangkan

Melayu kemahiran

dengan

baik

berbahasa

dan untuk

berkomunikasi; e. menggunakan bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa pengantar; f. menggunakan bahasa Inggeris dalam interaksi seharian selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua; g. menguasai kemahiran kognitif, kemahiran berfikir dan kemahiran menyelesaikan masalah; h. memperlihatkan kematangan emosi dan kemahiran sosial; i.

memperlihatkan kecerdasan dan kemahiran fizikal serta mempraktik amalan kesihatan dan keselamatan yang baik; dan

j.

memperlihatkan daya kreativiti dan estetika untuk menghargai keindahan alam dan warisan budaya.

PERNYATAAN STANDARD

21

SKPM

22 12.2 Pada akhir peringkat pendidikan rendah8, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah: a. menguasai bahasa Melayu; b. menguasai kemahiran asas berbahasa; c. menguasai bahasa Cina atau bahasa Tamil dengan betul untuk berkomunikasi di sekolah yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina atau bahasa Tamil; d. membangunkan dan memajukan keupayaan intelektual yang merangkumi pemikiran rasional, kreatif dan kritis; e. menguasai kemahiran mengira dan menggunakannya dalam kehidupan seharian; f. menguasai kemahiran belajar dan berfikir; g. menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua; h. membangunkan dan memajukan kualiti kepimpinan dan keyakinan diri; i.

menunjukkan kepekaan kepada alam dan manusia;

j.

menguasai kemahiran saintifik dan teknikal;

k. memahami dan menghargai budaya;

8

EPRD MOE, Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD

22

SKPM

23 l.

melibatkan diri dalam aktiviti rekreasi;

m. mengetahui hal-hal berkenaan fizikal dan kesihatan diri; n. menguasai

asas

keusahawanan

(entrepreneurship)

dan

produktiviti; o. memperoleh kemahiran membaca, menghafal dan memahami makna ayat-ayat tertentu dalam al-Quran (untuk murid beragama Islam); p. mengukuhkan asas aqidah (kepercayaan kepada Tuhan) dan mengamalkan nilai-nilai murni; q. memupuk semangat patriotisme; r. membangunkan bakat dan kreativiti; dan s. membangunkan sikap positif.

12.3 Pada akhir peringkat pendidikan menengah9, bersesuaian dengan tahap dan potensi, murid hendaklah: a. meningkatkan kecekapan dan kefasihan berbahasa dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris; b. membangunkan dan meningkatkan keupayaan intelektual;

9

EPRD MOE, Education In Malaysia (2001), A Journey To Excellence, 2001, AG Grafik Sdn Bhd, 2001, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD

23

SKPM

24 c. memperoleh

ilmu

pengetahuan

dan

membangunkan

penguasaan kemahiran; d. membangunkan kemahiran untuk menangani bidang-bidang ilmu dan kemajuan teknologi yang baru; e. memperoleh kemahiran yang berfaedah kepada individu dan masyarakat; f. membangunkan keyakinan diri; g. memahami dan menghargai warisan sejarah dan sosiobudaya setempat dalam negara; h. menyedari kepentingan penjagaan kesihatan yang baik; i.

membangunkan kesedaran terhadap persekitaran;

j.

memperlihatkan pemantapan nilai;

k. membangunkan dan memajukan semangat patriotisme; l.

memperlihatkan kemahiran membina sendiri masa depan;

m. berdaya saing untuk diri sendiri dan keluarga; n. memperlihatkan

ciri-ciri

keprihatinan

dan

kemanusiaan

terhadap diri sendiri dan orang lain; o. menunjukkan kesyukuran, rasa pasrah, redha terhadap qadak dan qadar yang diiringi dengan usaha dan ikhtiar yang berterusan;

PERNYATAAN STANDARD

24

SKPM

25 p. sedar dan tahu tugas dan peranannya dalam masyarakat dan agama; dan q. berupaya berfikir tentang diri sendiri dan hubungannya dengan: i.

keluarga;

ii.

persekitaran;

iii.

alam fizikal;

iv.

kejadian alam; dan

v.

Pencipta.

_________..............ooooo00000()[]{}[]()00000ooooo.............._________

PERNYATAAN STANDARD

25

SKPM

26

RUJUKAN

Kementerian Pendidikan Malaysia (2001) Pembangunan Pendidikan 2001 – 2010, 2001, KPM Kuala Lumpur. Bahagian Perancangan Dasar dan Penyelidikan Pendidikan (BPPDP) (1999), Dasar Pendidikan Kebangsaan, 1999, KPM Kuala Lumpur. Undang-Undang Malaysia (1996) , Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), 1996, PNB Kuala Lumpur. Akta Pendidikan (1996), Peraturan-Peraturan Pendidikan (Kurikulum Kebangsaan), 1997, Percetakan Nasional Berhad. Kementerian Pendidikan Malaysia (2001), Pembangunan Pendidikan 2001-2020, 2001, AG Grafik Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. Biro Tatanegara, (1991), Wawasan 2020, 1993, Percetakan Nasional Berhad, Kuala Lumpur. Surat Pekeliling Pentadbiran 3/67 (Pind. 82). EPRD MOE (2001), Education In Malaysia : A Journey To Excellence, 2001, AG Grafic Sdn Bhd, Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Prasekolah Kebangsaan, 2003, Dawama Sdn. Bhd, Ampang. International Law Book Services (2003), Perintah-Perintah Am dan Arahan Pentadbiran (hingga 15hb April 2003), 2003, United Print Process Sdn Bhd, Shah Alam. International Law Book Services (2003), Arahan Perkhidmatan Bab “1” – Bab “8” (hingga 20hb Mac 2003), 2003, Direct Art Company, Kuala Lumpur. Bahagian Sekolah, (1978), Surat Pekeliling Ikhtisas 1969 - 1978, 1979 Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1983), Surat Pekeliling Ikhtisas 1979 - 1983, 1984, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1987), Surat Pekeliling Ikhtisas 1984 - 1987, 1988, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1990), Surat Pekeliling Ikhtisas 1988 - 1990, 1991, Kementerian Pendidkan Malaysia.

PERNYATAAN STANDARD

26

SKPM

27

Bahagian Sekolah, (1993), Surat Pekeliling Ikhtisas 1991 - 1993, 1994, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1997), Surat Pekeliling Ikhtisas 1994 - 1997, 1998, Kementerian Pendidkan Malaysia. Bahagian Sekolah, (2000), Surat Pekeliling Ikhtisas 1998 – 2000, 2001 Kementerian Pendidkan Malaysia. Dewan Bahasa dan Pustaka (1994), Kamus Dewan Edisi Ketiga, 2000, Percetakan DBP Kuala Lumpur. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kepemimpinan Dan Pengurusan Kurikulum Di Sekolah, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penilaian Kendalian Sekolah, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran Dan pembelajaran, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Akses Kendiri, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pengajaran Berasaskan Kajian Masa Depan, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Kemahiran Berfikir Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran, 2002, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Masteri, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara Konstruktivisme, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Belajar Cara Belajar, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Pembelajaran Secara Kontekstual, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia.

PERNYATAAN STANDARD

27

SKPM

28

Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pusat Perkembangan Kurikulum, (2001), Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) dalam Pengajaran dan Pembelajaran, 2001, Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia. Bahagian Sekolah, (1998), Amalan Kebersihan Sekolah Panduan Aktiviti, 1998, AG Grafik Sdn Bhd, Kuala Lumpur.

PERNYATAAN STANDARD

28

Related Documents

Penerangan Skpm
April 2020 20
01.03 Penerangan
April 2020 13
Panduan Penggunaan Skpm
April 2020 28
Penerangan Autocad
June 2020 17
Penerangan Modul
May 2020 11

More Documents from "Rahmat Ali"

Access Module
October 2019 43
Sains Solat
June 2020 34
Trial Melaka Pmr 2008
November 2019 53