Yun

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Yun as PDF for free.

More details

  • Words: 1,068
  • Pages: 12
Bangunan Bersejarah (Menara Jam Atkinson)

Penghargaan Pertama sekali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Pn.Nurhaimah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau kepada saya selama menjalankan kajian kursus Sejarah ini. Ucapan terima kasih juga

ingin ditunjukkan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Lok Yuk, Likas, iaitu Encik Ng Soi Ngwung yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga diselesaikan. Selain itu, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ibu bapa saya yang telah banyak membantu dan sentiasa memberikan dorongan, galakan, dan bantuan kawangan kepada saya sepanjang saya menjalankan tugas ini. Di samping itu, kepada rakanrakan saya, ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan atas segala cadangan,tunjuk ajar dan bantuan yang telah kami kongsikan bersama selama ini. Sesungguhpun, saya juga tidak lupa mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan kerja kursus ini yang telah dijalankan secara langsung dan juga secara tidak langsung.

Objektif Kajian Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di daerah saya. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah Atkinson Clock Tower. Kajian ini merangkumi objektif-objektif seperti berikut: (a) Dengan adanya kajian ini, saya dapat mengenal pasti bangunan-bangunan bersejarah

yang ada di negara kita. (b) Kajian ini dapat menambah ilmu pengetahuan saya tentang bangunan bersejarah. (c) Melalui kajian ini, perasaan bangga dan cinta akan tanah air di kalangan murid dapat

disemaikan.

(d) Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia tentang betapa pentingnya

bangunan bersejarah di negara kita. (e) Kajian ini menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan negara kita.

Kaedah Kajian Saya menggunakan pelbagai kaedah untuk menjalankan kajian ini, antaraya ialah: (a) Pemerhatian: - Saya telah membuat pemerhatian dengan melawat tempat kajian tersebut iaitu Menara Jam Atkinson. (b) Penyelidikan perpustakaan: - Saya telah mengumpul maklumat tentang Bangunan Menara Jam Atkinson di Perpustakaan Kota Kinabalu. (c) Melayari Internet: - Saya juga telah melayari internet untuk mencari maklumat tentang tempat kajian saya seperti http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/my/destinasi/2-atkinson-clock-tower/.

Hasil kajian 1. Nama bangunan Bangunan bersejarah yang dipilih oleh saya ialah bernama Menara Jam Atkinson.

2. Latar belakang Menara yang terletak bertentangan dengan Jalan Gaya,dina pada tahun 1905 untuk memperingati Pengawai Daerah Bandar Francis George Atkinson,1901-1902. Akhir tahun 1956, lampu dari menara ini digunakan sebagai pemandu arah kepada kapal tempatan. Residen pertama Sabah, Francis George Atkinson, yang malangnya meninggal dunia pada usia 28 tahun akibat malaria (anehnya ia dipanggil sebagai ‘Demam Borneo’ pada waktu itu). Ia juga pada asalnya berfungsi sebagai rumah api, memberikan maklumat kedudukan kepada kapal-kapal yang melalui pelabuhan Jesselton yang juga dikenali sebagai nama lama bagi Kota Kinabalu. Menara jam ini dikenal pasti sebagai struktur berdiri yang tertua di seluruh Sabah yang terselamat daripada pengeboman bandar Jesselton semasa Perang Dunia Kedua. Sehingga hari ini menara tersebut masih kekal di situ dan memberikan khidmatnya menyatakan waktu kepada penduduk kota. Menara Jam Atkinson diurus oleh Muzium Sabah di bawah Seksyen Antikuiti dan Sejarah.

3. Keistimewaan bangunan Struktur tanpa paku ini dibina untuk memperingati Francis George Atkinson – Pegawai Daerah Jesselton yang pertama dan terkenal semasa Pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara British.

Rumusan Saya amat bersyukur kerana telah menyelesaikan Kerja Kursus Sejarah dalam tempoh masa yang ditetapkan. Ketika menjalankan kerja kursus ini, saya telah memperolehi banyak pengetahuan dan pengajaran serta nilai-nilai murni. Saya telah mempelajari dan mengetahui banyak perkara yang berfaedah semasa melaksanakan kerja kursus ini. Saya telah banyak memperolehi maklumat tentang Alkinson Clock Tower ini yang kian dilupakan oleh masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan kita dan mengeluarkan usaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing. Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan-rakan saya semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dangan sempurna. Nilai kerjasama telah melicinkan proses untuk mencari maklumat antara saya dengan rakan-rakan saya. Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyelidikan dengan tatacara yang betul serta dapat meningkatkan kemahiran berkomunisasi. Selain itu, nilai yang saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunisasi, memupuk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dan mengamalkan nilai bertanggungjawab untuk melaksanakan sesuatu tugasan dengan sempurna.

RujukaN 1. Internet -http://www.sabahtourism.com/sabah-malaysian-borneo/my/destinasi/2-atkinson-clocktower/ -http://www.google.com.my/search?q=menara+jam+atkinson&hl=en&start=20&sa=N -http://www.pos.com.my/V1/main2.asp?C=/V1/pressrelease/archive/clocktower.htm 2. Buku Ilmiah - Jawatankuasa Kecil Buku Komemoratif Kota Kinabalu 3. Merawat Tempat Kajian - Menara Jam Atkinson, Kota Kinabalu.

Lampiran Peta bahagian timur bandaraya Kota Kinabalu

Esei

Tajuk

:

Bagaimanakah

pemeliharaan

dan

pemuliharaan

bangunan

bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia? Istilah pemeliharaan membawa maksud kerja-kerja baikpulih bangunan, monumen dan tapak tanah bersejarah dengan menggunakan pelbagai pendekatan yang bersesuaian seperti pencegahan, pengekalan, pengukuhan, pengembalian semula, pemulihan, pengeluaran semula, pembinaan semula dan lain-lain lagi. Perkataan pemuliharaan pula mengikut Oxford Fajar (2004:79) membawa kepada maksud “… kerja memulihara dalam bentuk yang sedia ada.” Burden (2004:62) pula mendefinisikan maksud perkataan ini sebagai pengurusan bangunan, monumen dan tapak untuk mengelak pereputan, kemusnahan, penyalahgunaan atau diabaikan…” Insan yang mempunyai semangat berbangga sebagai rakyat Malaysia dapat dibentuk melalui kajian bangunan bersejarah seperti kerana melalui kajian ini, kita dapat menjaga dan mempertahankan maruah bangsa dan negara dengan mempelajari dan meneruskan pemeliharaan dan pemulihan warisan bangsa ini.Dengan meneruskan dan memperkenalkan bangunan ini kepada generasi depan, bermakna mereka juga menyemai perasaan patriotik.Sekaligus menunjukkan bahawa kita menghargai dan mengamalkan tradisi dan budaya bangsa. Dalam ertikata lain, melalui prinsip penjagaan bangunan ini, kita dapat menunjukkan bahawa kita bangga dengan sejarah bangsa. Melalui pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga , kita dapat menyemai semangat bersatu padu dan berharmoni di antara masyarakat majmuk. Dalam melaksanakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah seperti ini juga mengkehendaki kita bekerjasama dan tolong menolong antara ahli masyarakat. Semangat muhibah atau semangat bermuafakat yang dibentuk seterusnya akan melahirkan semangat patriotik antara anggota masyarakat. Dalam melaksanakan proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga, masyarakat Malaysia mestilah menunjukkan semangat disiplin yang tinggi Aktiviti seperti seperti ini juga memerlukan kita mempamerkan sikap bertindak wajar serta mematuhi undang-undang pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah Keadaan ini jika disemai berterusan akan melahirkan rakyat Malaysia yang mempunyai disiplin yang tinggi terhadap peraturan negara. Proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah juga mempamerkan sikap rajin dan gigih . Kita juga mesti menunjukkan sikap berdikari bagi menjayakan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah yang biasanya dilakukan secara kerjasama berpasukan. Dalam proses pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah kita juga perlu menunjukkan sikap tabah menghadapi cabaran bagi melengkapkan proses tersebut. Sikap rajin, tabah dan berdikari ini akan menjadikan warga negara menyemai sikapsikap ini bagi memajukan negara.

Bangunan Bersejarah (Menara Jam Atkinson)

Related Documents

Yun
May 2020 13
Yun Shang Tai Yang
May 2020 5
Yun Booklet (1).docx
December 2019 7
Yun 2019.docx
December 2019 5
Yun Hi Chala Chal
November 2019 9