Ya allah jika aku jatuh cinta, Cintakanlah aku pada seseorang Yang melabuhkan cintanya padamu, Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaimu Ya muhaimin Jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut padamu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu… Ya Rabbana jika aku jatuh hati, Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatimu Ya Rabbul Izzati jika aku rindu, Rindukanlah aku pada seseorang yang Merindui syahid di jalanmu Ya Allah jika aku menikmati Cinta kekasihMu, janganlah Kenikmatan itu melebihi Kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu Ya Allah jika aku jatuh hati Pada kekasihMU, jangan biarkan Aku tertatih dan terjatuh dalam Perjalanan menyeru Manusia kepadamu….. Ya Allah, jika Kau halalkan aku Merindui kekasihMu, jangan biarkan Aku melampaui batas sehingga Melupakan aku pada cinta hakiki dan Rindu abadi hanya kepadaMU Amin……….. Doaku…moga kita sama-sama Berjaya di dunia dan akhirat… Berjaya dalammengharungi segala dugaan dan cabaran…. Yang sememnagnyamenguji kekuatan iman… Kerana tapak iman itulah yang Menemukan cinta yang selama ini telah hilang…. Semoga cinta yang dicari telah ditemui…
Semoga Allah meletakkan kita dibawah paying rahmat kasinNYA…..insyaallah