Wpi Bawa Untung Besar Pada Negara

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wpi Bawa Untung Besar Pada Negara as PDF for free.

More details

  • Words: 463
  • Pages: 2
wpi bawa untung besar pada negara written by byzura thursday, 05 july 2007 johor bahru. wilayah pembangunan iskandar (wpi) adalah satu pembangunan yang memberikan impak yang besar terutama dari segi ekonomi kepada johor bahru dan sekaligus kepada malaysia. projek mega yang sebelum ini dikenali dengan south johor economic region (sjer) atau pembangunan wilayah ekonomi selatan johor ini mempunyai keluasan 2,217 hektar ini juga dikatakan akan dipenuhi dengan infrustruktur-infrustuktur yang canggih dan serba moden.

walaupun banyak spekulasi buruk terhadap wpi, pembangunan wilayah itu tetap dijalankan. ini memandangkan ia telah mendapat sokongan seratus peratus dari pelbagai pihak. wpi. juga telah mendapat perhatian ramai terutama dari perdana menteri, datuk seri abdullah ahmad badawi.

pembangunan wpi ini adalah 48 kali ganda lebih besar dari putrajaya dan 3 kali ganda lebih besar dari singapura. merangkumi, zon pendidikan, industri, perubatan, petadbiran, puteri harbour dan perumahan. zon pendidikan seluas 600 hektar ini akan meliputi sekolah antarabangsa , kolej dan kampus universiti. pihak nusajaya merancang zon ini untuk dijadikan sebagai tempat pendidikan bertaraf dunia. selain itu terdapat juga zon perumahan di mana zon ini dikenali sebagai tempat pembangunan, lebih 500, 000 pembangunan penduduk. di kawasan zon perumahan ini terdapat taman dan infrustruktur yang moden serta disediakan pengawal keselamatan. zon ini telahpun terjual 50 peratus. puteri harbour adalah bandar persiaran tepi sungai yang berkonsepkan masyarakat dengan gaya hidup yang unik. kawasan yang mempunyai 174 hektar ini dalam proses pembangunan di mana lagun dijangka siap pada ogos 2007 dan kawasan perkapalan dijangka siap december 2007. manakala perubatan, pentadbiran dan industri juga dalam pembangunan. pembangunan yang luas ini nyata disambut secara positif di mana tempat industri , perubatan dan pentadbiran telah pun ditandatangani oleh sesetengah pihak yang berminat dengan projek ini. danga bay atau lebih dikenali sebagai ‘malaysia primier waterfront city’ adalah salah satu pembangunan wpi yang mempunyai tarikan tersendiri. danga bay boleh dijadikan tempat tarikan pelancong-pelancong luar untuk melancong ke malaysia kerana memiliki keunikannya yang tersediri. kerana, selain berkongsepkan moden entertainment, tempat tersebut turut menyerapkan unsurunsur kemelayuan seperti terdapat rumah johor lama, rumah limas dan ‘melayu corner’.

selain itu, terdapat juga perkhidmatan feri dan teksi air. danga bay telah mendapat perhatian pihak syarikat penyiaran televisyen tv3 dan mereka`dikatakan telahpun beberapa kali mengadakan program jom heboh baru-baru ini. selain tarikan para pelancong, pembangunan wpi juga dapat menarik pelabur-pelabur luar melabur di johor bahru. peluang ini bukan sahaja melibatkan b2b malah b2c. pembangunan wpi yang pesat ini juga dapat memberikan peluang-peluang pekerjaan masyarakat tempatan dan juga luar. ini adalah kerana terdapat kilang-kilang dan sektor- sektor lain yang memerlukan ramai pekerja. dengan ini sekaligus dapat meningkatkan populasi di johor bahru. nah! ternyata di sini, pembangunan wpi adalah salah satu impak yang besar kepada malaysia. rakyat malaysia harus membuka minda bahawa kita juga setanding dengan negara luar. rakyat malaysia juga harus berbangga betapa gahnya wilayah pembangunan iskandar.

Related Documents