Wawasan 2020

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wawasan 2020 as PDF for free.

More details

  • Words: 6,701
  • Pages: 22
“NILAI DAN KENEGARAAN” AMINI AMIR ABDULLAH (Ph.D) Pusat Islam/Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor.

PENDAHULUAN Kertas ini membincangkan aspek nilai dan cara bernegara. Apakah nilai-nilai yang perlu ada pada setiap warganegara? Bagaimana warganegara dapat menyumbang kepada negara? Bagi penulis, nilai-nilai murni dan positif yang ada pada setiap warganegara akan dapat menyumbang pembangunan dan kemajuan negara. Inilah penumpuan yang diberikan oleh kertas ini. DEFINISI NILAI Makna nilai ialah sesuatu yang mempunyai harga, kepentingan atau keburukan. Nilai kebiasaannya diletakkan ukuran sama ada positif, negatif ataupun neutral. Makna nilai juga ialah pengukuran sesuatu yang dihajati dan dihargai. Kebiasaannya mencakupi aspek taraf, darjat, kualiti dan mutu. Sesuatu yang mempunyai harga, kepentingan atau keburukan. Nilai akhlak Islam misalnya berasaskan kepada prinsip ajaran kebaikan Islam yang mengandungi nilai-nilai murni, positif dan akhlak. Nilai mempunyai perkaitan dengan aksiologi. Asal usul perkataan aksiologi terdiri daripada perkataan Inggeris axiology yang bererti sains nilai, teori dan sistem nilai. Perkataan axiology terdiri daripada dua sukukata; AXIOS iaitu harga atau nilai dan LOGOS iaitu logik atau teori. Aksiologi merupakan satu cabang dalam bidang falsafah yang berkait rapat dengan nilai, etika, estetika dan agama, kriteria nilai dan pembuatan keputusan berasaskan nilai. Dalam Islam misalnya, nilai dasarnya ialah wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

DEFINISI KENEGARAAN DAN ILMU KENEGARAAN

Halaman 1 daripada 25

Kenegaraan berkait rapat dengan semangat tinggi dan sikap prihatin serta pemahaman terhadap sejarah dan hal ehwal perjuangan meninggikan martabat dan mempertahankan kedaulatan dan maruah negara. Ilmu kenegaraan pula lebih menjurus kepada pengajian mengenai Malaysia termasuklah sistem demokrasi berparlimen, kemerdekaan, sejarah awal hingga kontemporari, perbincangan mengenai kepelbagaian masyarakat majmuk, sistem raja berperlembagaan, dasar-dasar dan pentadbiran awam serta rancangan-rancangan pembangunan fizikal, sosial, pendidikan, ekonomi, keagamaan, peranan Malaysia dalam hal ehwal antarabangsa dan seumpamanya. NILAI YANG PERLU ADA PADA SETIAP WARGANEGARA MALAYSIA Malaysia adalah sebuah negara demokrasi berparlimen dengan raja berpelembagaan. Kemerdekaan negara kita telah dicapai melalui semangat taat setia dan perasaan cintakan tanah air (negara) yang tinggi dengan kaedah perundingan yang bijaksana. Malaysia telah dijajah lebih daripada 400 tahun oleh Portugis (1511-1641), Belanda (1641-1821) dan Inggeris (1824) serta Jepun (1942-1945) dan Siam. Sepanjang tempoh itu, rakyat negara ini bangkit menentang penjajahan melalui berbagai cara untuk mempertahankan maruah negara dan harga diri. Kemerdekaan pula dicapai melalui perundingan yang penuh bijaksana. Inilah nilai-nilai yang sepatutnya menjadi warisan kita. Apabila pihak Inggeris kembali ke Tanah Melayu pada bulan September 1945, mereka telah memperkenalkan Pentadbiran Tentera British (BMA) dan seterusnya Kesatuan Malaya (Malayan Union). Penentangan terhadap Malayan Union dilakukan kerana dasarnya yang merugikan orang Melayu. Orang-orang Melayu telah bangkit menentang sistem pentadbiran Kesatuan Malaya (Malayan Union) kerana beberapa sebab, iaitu: 1. 2. 3. 4.

Ia menggugat kedaulatan raja-raja Melayu. Menggugat hak keistimewaan orang Melayu sebagai pribumi utama. British telah membenarkan pemberian hak kewarganegaraan yang tiada batasan kepada etnik bukan Melayu. Di samping sikap dan kaedah yang digunakan oleh Harold MacMichael yang berunsur pemerasan dan ugutan dalam usaha mendominasikan kuasa pihak British.

Islam dijadikan sebagai sandaran menentang penjajahan. dan perlindungan diri orang-orang daripada cabaran-cabaran luaran dan ancaman-ancaman dominasi dan penjajahan pihak Barat. Dasar-dasar pendidikan penjajah yang melahirkan ketidakseimbangan ekonomi di kalangan masyarakat berbilang kaum dan yang lebih khusus memundurkan bangsa Melayu telah dicanai semula bagi mewujudkan keseimbangan bahkan pembangunan fizikal yang lebih seimbang

Halaman 2 daripada 25

antara bandar-desa, wilayah dan juga negeri. Lantas kemajuan ekonomi tidak hanya dinikmati oleh satu kaum sahaja. NILAI DALAM AKHLAK Akhlak adalah perkataan Arab, kata jamak kepada perkataan daripada Khuluq. Perkataan ini adalah pecahan daripada perkataan Khalaq yang bererti ciptaan atau keindahan kejadian insan dengan bentuknya yang zahir atau fizikal. Keadaan rohani yang sepatutnya berada dalam situasi yang sebaik-baiknya dipanggil Khuluq dengan jamaknya akhlak. Ibnu al-Athir dalam bukunya “An-Nihayah” menerangkan hakikat makna Khuluq itu ialah gambaran batin manusia yang tepat, iaitu jiwa dan sifat-sifatnya. Akan tetapi, Khulqun merupakan gambaran luarannya (raut wajah, tinggi rendah tubuhnya, warna kulitnya dan sebagainya. Perkataan akhlak adalah istilah yang sering disinonimkan dengan istilah “ethics” dalam Bahasa Inggeris yang berasal daripada perkataan Yunani “ethos” yang bererti watak. Akhlak berbeza dengan etika dari segi falsafahnya. “Ethics” adalah satu bidang pengajian mengenai konsep-konsep nilai seperti baik, buruk, benar, salah dan sebagainya yang ada hubungan dengan tingkahlaku. Akhlak pula adalah satu nilai yang berdasarkan timbangtara dan neraca Allah s.w.t. bukannya penilaian manusia semata-mata. Perkataan akhlak daripada sudut bahasa dapat dikhususkan kepada tiga aspek, iaitu sifat semulajadi yang dimiliki oleh seseorang secara fitrah, sifat yang dimiliki oleh seseorang secara usaha dan latihan yang akhirnya sebati dan menjadi adat atau tabiat, dan sifat yang diarah ke arah ketundukan kepada perintah Allah s.w.t. atau kepatuhan kepada semua laranganNya. Akhlak terbahagi kepada dua bahagian, batin atau kejiwaan dan zahir atau kelakuan. Definisi akhlak daripada sudut istilah ialah kejiwaan yang daripadanya akan lahir tingkahlaku dan perbuatan manusia tanpa perlu difikirkan atau diusahakan. Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sebagai suatu keadaan atau sifat yang tertanam dalam jiwa yang daripadanya timbul perbuatan dengan mudah tanpa berkehendakkan pertimbangan fikiran dan penelitian terlebih dahulu. Menurut Imam al-Ghazali lagi, sekiranya keadaan jiwa itu melahirkan perlakuan-perlakuan yang baik dan terpuji berasaskan fikiran yang rasional serta mengikut peraturan syarak, ianya dinamakan akhlak yang baik dan sebaliknya jika ia melahirkan perlakuan yang jahat, ianya dinamakan akhlak yang buruk. Ibn Maskawaih mempunyai definisi yang hampir serupa tentang pentakrifan akhlak dengan al-Ghazali, iaitu keadaan jiwa yang mendorong seseorang untuk melakukan sesuatu perbuatan tanpa pertimbangan fikiran terlebih dahulu. Halaman 3 daripada 25

Akhlak sebenarnya adalah kebiasaan atau sikap yang mendalam tertanam dalam jiwa yang boleh melahirkan perbuatan dengan mudah dan cepat tanpa dipaksa-paksa. Ianya merupakan satu faktor yang boleh mempengaruhi tingkahlaku manusia. Akhlak juga adalah prinsip-prinsip dan dasar atau kaedah yang ditentukan oleh wahyu untuk mengatur perlakuan, membatasi bentuk hubungannya dengan orang lain sehingga mencapai matlamat kewujudan di dunia ini secara menyeluruh. Pembentukan akhlak perlu melalui proses kesempurnaan sama ada melalui kaedah pendidikan, pembelajaran dan pengalaman. Cara yang dipilih oleh alGhazali ialah Al-Takhalluq iaitu sentiasa melakukan perbuatan atau perlakuan yang sesuai dengan akhlak yang mulia yang ingin dimiliki, yang juga dinamakan riyadah iaitu latihan membiasakan diri, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh beliau: “… Sesungguhnya akhlak yang cantik (mulia) mungkin boleh diusahakan dengan cara latihan membiasakan diri iaitu dipertanggung-jawabkan perlakuanperlakuan yang mucul daripadanya.” PERJALANAN KEHIDUPAN DAN SISTEM NILAI (AKSIOLOGI) Norma kehidupan insan dapat digarap dengan lebih gemilang seandainya manusia menerapkan nilai positif dan akhlak dalam setiap aspek kehidupan. Kecintaan terhadap kebenaran dapat dipupuk melalui nilai yang terdapat dalam agama agar manusia dapat menjadi manusia yang bertanggungjawab. Kebahagiaan hakiki sama ada di dunia dan akhirat akan dapat dicapai sekiranya manusia berpegang kepada sikap menunaikan amanah dan tanggungjawab sebagai nilai yang diajarkan dan ditekankan oleh agama. Pemegangan yang tidak berdolak dalih kepada nilai postif dalam sistem agama kita akan melahirkan manusia yang menyedari peranan sebagai khalifah Allah di atas mukabumi, menjalani kehidupan dengan beradab dan juga berakhlak. Makna dan hakikat kehidupan tidaklah akan terserlah seandainya manusia melihat kepada kebahagiaan atau kekayaan yang sementara berbanding dengan kehidupan hakiki. Dalam soal ini, pemahaman terhadap nilai positif yang disarankan oleh agama membentuk pemikiran tentang kebahagiaan mutlak yang berkait dengan konsep ketuhanan dan hari Akhirat. Justeru sistem nilai tidak akan tertegak tanpa adanya pembudayaan ilmu dalam diri setiap insan. Daripada ilmu dan percambahan sistem nilailah akan lahir insan-insan yang beradab, berakhlak dan beketrampilan tinggi dengan budaya berkepemimpinan tinggi yang memakmurkan, membangunkan dan menerajui bumi ini. Di antara nilai-nilai positif pekerjaan dan kemahiran hidup yang diperolehi oleh seseorang ialah seperti amanah, bertanggungjawab, tidak cuai, tidak menyalahgunakan kuasa, integriti, jujur, setia, bersedia, berdisiplin, pengurusan dan penggunaan masa, menambahkan keyakinan orang lain, benar, Halaman 4 daripada 25

murni niat, tepati janji, rendah diri, suka menolong dan berkhidmat dalam sebarang keadaan. Nilai-nilai positif lain adalah seperti menerima arahan, belajar dari kesilapan, berkongsi pengalaman, tolong menolong, toleransi, kerjasama berpasukan, menggunakan akal dan kebijaksanaan bukannya emosi, tidak mengambil jalan mudah, professional, berfikir dan menimbang-nimbang, mendalami ilmu dan kepakaran, mensyukuri Allah dan berterimakasih kepada manusia, memuji yang baik dan menegur kesalahan, menghargai, sabar, tenang, yakin, tidak berputus asa, menerima hakikat, rajin, pengorbanan, berdedikasi, berakhlak, ceria, cergas, pantas, suci hati, ikhlas, menghormati, layanan baik, bersedia mengkritik diri dan menerima teguran, menyayangi, bertimbang rasa, menerima tugas sukar, mesra tugas, mesra pelanggan dan muhasabah. PERNYATAAN NILAI, PRINSIP DAN OBJEKTIF ETIKA KERJA: NILAI POSITIF YANG PERLU ADA PADA PENJAWAT AWAM Pada asasnya ruanglingkup nilai dan etika penjawat awam di Malaysia berasaskan kepada Polisi Penerapan Nilai-nilai Islam, Etika Dalam Perkhidmatan Awam, budaya, nilai dan etika dalam pengurusan organisasi perkhidmatan awam, Peraturan-peraturan Perkhidmatan Awam, pendekatan Islam Hadhari, kempen nilai-nilai murni dan budi bahasa dan penghayatan nilai-nilai murni dalam perkhidmatan awam. Etika kerja ialah cara, kaedah, peraturan, petunjuk dan panduan perlakuan, adab dan sikap yang menjadi ikutan dan panduan setiap warga Universiti Putra Malaysia berlandaskan nilai-nilai murni, moral, etika dan akhlak yang mulia. Objektif etika kerja mencakupi perkara-perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Mengamalkan sikap dan cara bekerja yang positif dengan pelanggan, sesama rakan, majikan, organisasi dan menyumbang kepada negara. Menjauhkan, mencegah, mengelak dan membuangkan sikap negatif dalam pelaksanaan tugas. Mempertingkatkan kualiti, keberkesanan dan hasil kerja. Peningkatan disiplin diri bagi kecemerlangan dan keunggulan; dan Melaksanakan tugas secara positif dalam apa jua keadaan. Menyumbang secara berterusan demi pembangunan universiti, masyarakat, agama dan negara.

Sebagai pekerja, kita perlu membetulkan niat, tekad dan harapan. Tujuan bekerja kerana niat murni kerana Allah boleh menjadi ibadah. Sebagai contoh meniatkan bahawa kerja adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah s.w.t. dan mencari nafkah hidup bagi menyara diri, ibubapa, keluarga dan sebagainya. Bekerja adalah tuntutan agama kerana Islam menuntut mencari rezeki. Bekerja adalah amanah Allah dan pekerja perlu memikul tanggungjawab yang diberikan Halaman 5 daripada 25

oleh majikan selagi mana tidak bertentangan dengan wahyu. Setiap profesion yang halal akan mendapat ganjaran yang besar daripada Allah s.w.t. sepertimana sabda Nabi Muhammad s.a.w.: ”Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.” (Riwayat Al- Bukhari) Islam tidak membebankan umatnya dengan bekerja di luar keupayaan menanggung bebanan kerja di luar kemampuan seseorang. Firman Allah s.w.t. “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan apa yang terdaya olehnya”. (Al-Baqarah : 286) Rasulallah s.a.w. menyukai apabila orang yang melakukan sesuatu kerja, ia melakukannya dengan tekun dan bersungguh-sungguh serta berkualiti (itqan). Kerja biarlah bermakna kepada semua. Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : ‘Sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia’. (Riwayat Al-Quda’) Bekerja adalah amanah dan penunaian amanah. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menunaikan amanah kepada yang berhak menerimanya”. (AnNisa’: 58) Pelaksanaan ikrar Aku Janji, Ikrar Integriti Perkhidmatan Awam, Ikrar Perkhidmatan Awam dan Ikrar Kualiti adalah janji kepada majikan juga. Sebagai pekerja, kita perlu mempunyai tingkahlaku, sikap, cara bekerja dan perangai yang baik, kesempurnaan tugas (yang terbaik), sentiasa memperbaiki kelemahan dan kepincangan, menepati spesifikasi kerja, kepuasan pelanggan dan masa, meninggikan imej organisasi, mengutamakan kualiti, memantingkan hasil mengikut matlamat organisasi, memelihara penampilan diri, tingkahlaku, layanan dan pertuturan terbaik dan menggerakkan segala potensi yang ada ke arah terbaik. Pekerja yang baik juga ialah mereka yang mempunyai kreativiti, bersikap positif dan dinamik, cemerlang, pendorong dan menjadi sumber inspirasi kepada yang lain, memotivasi, berdaya saing, ketelitian, kecermatan, berhemah, berjimat, meminimumkan kesilapan, ketepatan, menunaikan tanggungjawab, janji dan amanah, berdisiplin, bersopan santun dan beradab. Staf Universiti Putra Malaysia perlu melakukan suruhan dan menjauhi larangan agama, mematuhi Perlembagaan Persekutuan, Akta Universiti Kolej Universiti, peraturan dan arahan perkhidmatan universiti serta mengikut peraturan, kaedah dan prosedur perkhidmatan. Pekerja yang baik ialah mereka yang mengamalkan nilai-nilai positif pekerjaan seperti amanah, bertanggungjawab, tidak cuai, tidak menyalahgunakan kuasa, berintegriti, telus, jujur, setia, bersedia, berdisiplin, pengurusan dan penggunaan masa yang berkesan, menambahkan keyakinan orang lain, melaporkan kesalahan dan pelanggaran undang-undang, benar, murni niat, menepati janji, rendah diri, suka menolong, berkhidmat dalam sebarang keadaan, menerima arahan/tugas/kerja dengan hati terbuka dan ceria, belajar, belajar dari kesilapan, berkongsi pengalaman, tolong menolong, Halaman 6 daripada 25

bertoleransi, kerjasama berpasukan, menggunakan akal dan kebijaksanaan bukannya emosi, tidak mengambil jalan mudah, professional, berfikir dan menimbang-nimbang, mementingkan mutu, mendalami ilmu dan kepakaran, mensyukuri Allah dan berterimakasih kepada manusia, memuji yang baik dan menegur kesalahan, menghargai orang lain, kesabaran, ketenangan, keyakinan, tidak berputus asa, menerima hakikat, rajin dan positif (tidak bosan), berkorban, berdedikasi, berakhlak, ceria, riang (elakkan rungutan), cergas, kepantasan, suci hati, ikhlas, menghormati, baik layanan, bersedia mengkritik diri dan menerima teguran, menyayangi, bertimbang rasa, menerima tugas sukar, mesra tugas dan mesra pelanggan dan akhirnya bermuhasabah. KEGANASAN, ANCAMAN ANASIR SUBVERSIF DAN MILITAN: NILAI NEGATIF YANG MEROSAKKAN IMEJ NEGARA DAN NILAI KEAMANAN Kita mampu mengekalkan intipati kemerdekaan kerana kita bersatu padu, bertolak ansur, saling memahami dan berkerjasama antara umat Islam dengan bukan Islam. Nilai keamanan dan keharmonian perlulah kita pelihara dan kita baja. Inilah juga merupakan manifestasi kemerdekaan. Kita sepatutnya merealisasi pengertian kemerdekaan yang lebih bermakna dengan cara menyumbang kepada organisasi tempat kita bekerja dan juga masyarakat setempat dengan menjana kemajuan fizikal dan juga spirituil. Malaysia sudah lama memerangi anasir-anasir subversif yang menggunakan taktik keganasan untuk memecahbelahkan dan melemahkan masyarakat dan menjatuhkan kerajaan yang memerintah. Sejak tahun 50an lagi kegiatan anasir subversif telah ditentang oleh kerajaan Malaysia. Pengganas komunis membakar rumah-rumah dan kilang-kilang getah, membunuh rakyat yang tidak berdosa dan menimbulkan ketakutan dalam jiwa masyarakat berbilang kaum. Malaysia, ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri mengambil masa lebih kurang 20 tahun untuk menghapuskan anasir subversif. Secara eksplisit, ancaman terorisme menjadi nyata selepas Peristiwa 11 September 2001. Kronologi beberapa peristiwa penting berkaitan dengan ancaman dan peristiwa keganasan dan anasir subversif perlu menjadi pengiktibaran kepada kita. Perkembangan terkini berkaitan keganasan membabitkan gerakan dan pergerakan orang Islam yang memahami Islam secara tidak betul dan kabur. Gerakan Jamaah Islamiah telah menjejaskan imej Malaysia kerana beberapa orang mastermindnya adalah orang-orang Malaysia. Tuduhan bahawa Selat Melaka berada dalam zon bahaya (zon perang) adalah tidak benar hanya kerana beberapa kes kegiatan lanun di perairan itu. Gerakan yang disyaki pengganas ditangkap di Sandakan dan Tawau (2006). Tiada maklumat lanjut diperolehi. YAB. Perdana Menteri menegaskan bahawa dalam keghairahan umat Islam untuk mengamalkan Islam demi menuntut keredhaan Allah, ramai yang terlibat dalam tindakan-tindakan yang ditegah dan dikutuk oleh Islam. Ini termasuklah Halaman 7 daripada 25

tindakan membunuh orang-orang yang tidak bersalah dan mengebom sasaransasaran yang tidak membahayakan. Semuanya digunakan atas asas yang salah tetapi dikaitkan dengan agama Islam. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005] Secara terus terang YAB Perdana Menteri telah menyatakan bahawa orangorang Islam yang memperjuangkan aktiviti terrorisme atas nama Islam adalah mereka yang melanggar ajaran Islam dan sebenarnya tidak mendokong ajaran Islam yang sebenar. Orang-orang Islam dan bukan Islam tidak patut terpengaruh dengan dakyah yang menyatakan kegiatan sedemikian sebagai kewajipan keagamaan dalam Islam. YAB Perdana Menteri mengajak semua untuk bersatu bagi memerangi terrorisme dan menyingkirkannya daripada kehidupan kita. [Ucapan PM, Asia Society of Australia, Sydney, Australia, 8 April 2005] NILAI KEMAHIRAN ASAS HIDUP DAN TUNTUTAN AGAMA Nilai murni dan nilai Islam merupakan tuntutan agama. Untuk tujuan kelangsungan dan kecemerlangan hidup manusia, seseorang individu perlulah memperlengkapkan diri dengan berbagai bidang ilmu. Sebagai contoh, untuk mencari rezeki dengan berniaga, seseorang individu perlulah mempunyai kemahiran asas perniagaan dan keusahawanan. Islam menuntut agar seseorang mencari rezeki untuk menampung kehidupan dan menyara keluarganya. Sabda Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud: “Barangsiapa bekerja untuk anak isterinya melalui jalan yang halal, maka bagi mereka pahala seperti orang yang berjihad di jalan Allah.” (Riwayat AlBukhari) Dalam Islam, Allah s.w.t. tidak akan membebani seseorang dengan tanggungjawab kecuali atas dasar keupayaan dan kapasiti manusia. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: ”Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orangorang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". (Surah Al-Baqarah: 286)

Halaman 8 daripada 25

Dalam konteks pekerjaan yang dilakukan seseorang mestilah melakukan yang terbaik dan berkualiti sebab Rasulallah s.a.w. menyukai apabila orang yang melakukan sesuatu kerja, ia melakukannya dengan tekun. Begitu juga dalam aspek fungsi sosial manusia, di antaranya adalah untuk saling bantu membantu dalam segala aspek kehidupan yang dibenarkan oleh Allah s.w.t.. Seseorang perlu mempunyai kemahiran-kemahiran tertentu dalam usaha untuk memanafatkan orang lain. Justeru, setiap pekerjaan biarlah bermakna kepada semua. Rasulullah S.A.W. menekankan betapa sebaik-baik manusia ialah orang yang paling banyak bermanfaat bagi sesama manusia. (Riwayat AlQuda’) NILAI BERFIKIR DAN MENAAKUL Berfikir (atau dalam bahasa Inggerisnya thinking) dari segi istilah bermaksud proses berfikir menggunakan akal fikiran manakala menaakul atau dalam bahasa Inggerisnya reasoning dari sudut istilah ia bermaksud satu proses di mana seseorang akan sampai kepada satu kesimpulan selepas daripada mengambil kira dan memikirkan segala fakta-fakta. Dalam Islam, nilai berfikir dikira sebagai satu ibadah dan kebiasaannya Allah akan mengaitkan peranan akal insan dengan perbuatan yang dilakukan. Secara rasionalnya, Allah menyuruh manusia menggunakan akal bersekali dengan bimbingan wahyu kerana keupayaan akal dianggap terbatas. Menurut pandangan Islam, anugerah akal diakui sebagai anugerah dan pemberian Allah s.w.t. serta suatu keistimewaan kepada manusia berbanding dengan makhluk-makhluk lain. Tiada ertinya walaupun setinggi mana dan sebaik mana kita berfikir, tetapi pemikiran itu tidak direalitikan dalam bentuk perbuatan dan praktikal. Dalam pemikiran kritis dan kaedah berfikir, kemahiran berfikir termasuklah kemahiran menghafal, mengingat, membuat analisa, menjana idea, merancang, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Seseorang dikatakan sebagai berfikiran rasional apabila ia berfikir dan bertindak berdasarkan akal fikiran yang seimbang, menimbangkan baik buruk serta akibat daripada sebarang tindakan, beralasan jelas beserta bukti-bukti kukuh. Berfikiran rasional juga adalah dengan cara melakukan pertimbangan tentang kewajaran pembuatan sesuatu keputusan ataupun tindakan. Implikasi kepada sebarang keputusan dan tindakan, baik yang positif maupun yang negatif mendasari sebarang pertimbangan sebelum dilakukan. Justeru, berfikiran rasional adalah salah satu nilai yang baik. NILAI PERPADUAN DAN BERNEGARA

Halaman 9 daripada 25

Keutamaan perpaduan memang tidak dapat dinafikan kerana perpaduan dan persefahaman adalah prasyarat bagi keutuhan tamadun manusia. Tanpa perpaduan, mana-mana tamadun tidak akan dapat berkelangsungan kerana keadaan huru hara dan kucar kacir tidak akan menstabilkan negara bahkan boleh membawa musibah besar kepada kemajuan tamadun dan pembangunan negara. Perpaduan yang yang dimaksudkan bukan sahaja di kalangan Muslim bahkan juga dengan bukan Islam. Kerajaan juga tidak dapat menumpukan perhatian kepada pembangunan negara sekiranya terpaksa melayani dan menumpukan kepada konflik dalaman dan masalah perkauman. Setiap komuniti ras mempunyai agama, bahasa, adat resam dan kebiasaan masing-masing. Penggunaan bahasa kebangsaan secara meluas oleh semua kaum boleh membawa kesatuan dan perpaduan antara kaum. Masalah utama yang dihadapi oleh masyarakat berbilang kaum ialah perpaduan dan integrasi nasional. Masalah ini boleh dilihat daripada dua perspektif, pertama, konflik dalaman antara kaum-kaum sendiri, dan kedua, konflik antara kelompokkelompok dan kaum-kaum yang berbeza. Semenjak peistiwa 13 Mei 1969, beberapa perubahan besar telah berlaku untuk memperkukuh dan memantapkan perpaduan kaum. Antaranya; 1. 2. 3. 4. 5.

Pindaan perlembagaan yang menguatkan lagi status hak-hak keistimewaan orang-orang Melayu. Penggubalan Dasar Ekonomi Baru (DEB) untuk meningkatkan ekonomi Bumiputera iaitu dengan cara menghapuskan kemiskinan dan penstrukturan semula pengagihan ekonomi. Kerajaan telah menubuhkan beberapa agensi seperti Jabatan Perpaduan Negara dan Biro Tata Negara. Kerajaan telah memperkenalkan Rukunegara, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Kebudayaan Kebangsaan, dan pindaan Akta Hasutan untuk mengekalkan kestabilan nasional, dan Penstrukturan semula parti-parti politik melalui kerjasama politik dengan penubuhan Barisan Nasional.

NILAI KEBEBASAN BERAGAMA DAN BERNEGARA Kebebasan beragama yang diamalkan oleh orang Islam di Malaysia merupakan kewajipan dan ajaran yang telah ditentukan oleh agama Islam itu sendiri. Keharmonian dan kehidupan hidup bermasyarakat dan bernegara tidak akan tercapai sekiranya tidak wujud kebebasan beragama, toleransi, saling memahami dan perpaduan. Kebebasan beragama diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan. Kebebasan beragama diberikan sepenuhnya kepada setiap warganegara. Setiap warganegara bebas untuk menganut dan mengamalkan agamanya dan Halaman 10 daripada 25

menyebarkannya. Walau bagaimanapun, pendakyahan sebarang kepercayaan dan doktrin agama kepada individu Islam adalah tidak dibenarkan. Tiada orang boleh disuruh untuk membayar apa jua bentuk cukai untuk tujuan agamanya melainkan untuk agama orang itu sendiri. Setiap kelompok agama mempunyai hak untuk mengurus hal ehwal agamanya dan memgwujudkan institusi untuk tujuan keagamaan dan tujuan-tujuan kebajikan, memperoleh dan memiliki serta menguruskannya mengikut undang-undang. Tiada diskriminasi yang dibenarkan terhadap mana-mana warganegara atas dasar agama, bangsa, keturunan dan tempat kelahiran. Setiap kelompok agama mempunyai hak untuk menubuhkan institusi untuk tujuan pendidikan di dalam agamanya sendiri. [Artikel 11 (1), (2), (3) (a,b,c), (4) dan Artikel 12 (1) dan (2) Perlembagaan Persekutuan] Perincian kebebasan agama dalam Perlembagaan Persekutuan mencakupi perkara-perkara berikut: 1. 2. 3. 4. 5. 6.

Menganut dan mengamalkan agama masing-masing (Artikel II (1), Perlembagaan Persekutuan). Larangan penyebaran agama selain Islam kepada orang Islam (Artikel II (4), Perlembagaan Persekutuan) Pembayaran cukai atau seumpamanya untuk tujuan keagamaan masing. [Artikel II (2), Perlembagaan Persekutuan). Menguruskan hal ehwal agama masing-masing, menubuhkan institusi untuk tujuan-tujuan keagamaan ataupun memiliki harta (Artikel II (3) (a,b,c) Perlembagaan Persekutuan) Tiada sebarang diskriminasi dibenarkan terhadap sesiapa sahaja daripada kalangan rakyat berdasarkan agama, bangsa, keturunan ataupun tempat lahir. (Artikel 12 (1) Perlembagaan Persekutuan). Setiap kelompok agama mempunyai hak untuk menubuhkan dan mengurus institusi pendidikan untuk kanak-kanak seagama mereka sendiri (Artikel 12 (2) Perlembagaan Persekutuan)

Semua isu berkaitan dengan kebebasan beragama perlulah penelitian yang serius dan penyelidikan yang mendalam dan mengambil kira realiti agama Islam sebagai agama rasmi Malaysia dan realiti masyarakat berbilang agama dan kaum di Malaysia. Ini bertujuan menjamin dan memelihara kerukunan dan keharmonian kehidupan masyarakat berbilang kaum. Kerajaan juga bersikap tegas terhadap mereka yang cuba mengeksploitasi dan memanipulasi isu-isu kebebasan agama dan sensitiviti agama dan kaum di Malaysia. NILAI BUDAYA, EKONOMI DAN BERNEGARA Islam menjadi komponen penting dalam formulasi Dasar Kebudayaan Nasional (DKN) dengan penekanan kepada golongan Bumiputera. Jaminan telah diberikan oleh pihak kerajaan kepada rakyat bahawa DKN tidak akan

Halaman 11 daripada 25

menghalang sebarang penerapan budaya dan nilai bukan Melayu dan juga tidak menghalang perkembangan budaya bangsa lain. Kaum Melayu sedar bahawa keadaan sekarang memerlukan mereka bersaing dengan kaum-kaum yang lain dalam dunia politik. Proses urbanisasi dan perkembangan ekonomi menyebabkan kebanyakan mereka hanyut dalam dunia baru dan mendapati peranan mereka pada dasarnya hanyalah sedikit sahaja. Kaum Melayu sedar bahawa penyertaan mereka dalam proses pembangunan dan pembaharuan perlukan anjakan paradigma. Mereka dikuasai oleh kelemahan yang kian ketara dalam bidang ekonomi. Walau bagaimanapun mereka dilindungi oleh warisan dan kedaulatan (kekuasaan) politik dan penguasaan bidang pendidikan. Kesedaran yang tinggi sedang menyuntik semangat orang Melayu untuk melonjak dalam ekonomi dan sains dan teknologi pula. NILAI, PENDEKATAN ISLAM HADHARI DAN BERNEGARA Pendekatan Islam Hadhari merupakan salah satu daripada manifesto yang perlu ditunaikan oleh kerajaan sekarang sejak kemenangan besar dalam piliharaya yang lalu. Justeru, kerajaan akan melipatgandakan lagi usaha untuk membangunkan prinsip Islam Hadhari dan Maqasid Al-Syariah bagi memastikan negara kita terus progresif, moden, maju dan seimbang di antara tuntutan fizikal dan spirituil. Usaha menjana dan memperkasa Islam Hadhari adalah selari dengan ajaran agama Islam yang juga merupakan negara rasmi negara kita. Pelaksanaan program Islam Hadhari dengan menyeluruh dan semaksima mungkin adalah tindakan kerajaan untuk meninggikan imej dan martabat umat Islam sesuai dengan ungkapan “Islam itu tinggi dan tidak ada yang lebih tinggi daripadanya”. YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah haji Ahmad Badawi telah menjelaskan: ”Islam Hadhari memberi tekanan kepada pembangunan. Pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban. Peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan. Mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu, pembangunan insan, pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal. Mempertingkatkan mutu kehidupan dengan mengamalkan sistem ekonomi, sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik. Pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman, bertamadun tinggi, berakhlak mulia, jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global.” Rakyat Malaysia yang berbilang kaum mestilah bersama-sama memerangi elemen negatif budaya dan pemikiran Barat yang bertentangan dengan nilai agama dan ketimuran. Budaya dan moral bangsa Malaysia mestilah dipertahankan demi keutuhan budaya kebangsaan dan menghalang ianya daripada dicemari oleh budaya yang merosakkan akhlak dan moral serta budi bahasa rakyat Malaysia. Halaman 12 daripada 25

Mesej risalah Nabi Muhammad s.a.w. menampilkan signifikan manusia berbudaya positif dan moral yang tinggi. Sabda Rasulallah s.a.w. yang bermaksud: ”Bahawasanya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak (budaya dan moral) yang mulia”. Prinsip-prinsip Maqasid Al-Syariah pula menumpukan perhatian kepada penyempurnaan akhlak yang lebih komprehensif termasuk pemeliharaan, keutuhan dan pembaikan agama, akal, nyawa (jiwa), hartabenda dan keturunan (zuriat). Asas pembentukan dan kemajuan tamadun ialah berakhlak mulia dan berbudi pekerti tinggi yang selari dengan amalan beragama dan akhirnya membentuk pandangan semesta masyarakat. Penghayatan beragama memastikan kesinambungan dan keutuhan tamadun. Melalui pendekatan Islam Hadhari, kerajaan memandang serius kepada gejala sosial pada semua peringkat dalam masyarakat. Nilai-nilai budaya dan moral yang tinggi amat penting untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang utuh, kuat lagi berjati diri. Nilai-nilai budaya dan moral disandarkan kepada ajaran agama Islam yang menyeru kepada kebaikan dan menentang keburukan. Melalui pendekatan Islam Hadhari, kerajaan di bawah pimpinan Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi akan berusaha agar budaya dan moral masyarakat dapat dipermantapkan dan menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara. Kerajaan bukan sahaja menumpukan perhatian kepada kemajuan fizikal bahkan mementingkan juga kemajuan spirituil. Budaya dan moral yang kuat lagi jitu adalah pemangkin dalam usaha kita menjadi negara maju dan ke arah pencapaian Wawasan 2020. Nilai-nilai murni dan budi bahasa rakyat Malaysia adalah di antara identiti rakyat Malaysia yang mesti dipertahankan walaupun kita sudah moden dan membangun. Ketua keluarga mestilah memastikan keutuhan budaya dan moral ahli keluarga masing-masing. Pemimpin masyarakat pula bertanggungjawab terhadap masyarakat masing-masing. Kerajaan ingin wujudkan masyarakat yang mempunyai personaliti unggul (towering personality) agar bangsa Malaysia dapat duduk dan berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain. Personaliti unggul terletak pada diri dengan kekuatan hemah yang tinggi, berilmu pengetahuan tinggi, tinggi pencapaian, ketokohan dan keintelektualan. NILAI PATRIOTIK DAN BERNEGARA Kita juga perlu meneruskan rasa patriotik dan kecintaan yang tinggi pada negara tempat tumpah darah kita ini. Islam mengajarkan bahawa kasihkan negara itu sebahagian daripada iman. Cara membuktikan kecintaan kita kepada negara adalah melalui sumbangan kita kepada negara dan kecintaan itu bukan Halaman 13 daripada 25

setakat tersemat di sanubari. Kelangsungan kemerdekaan negara kita bergantung kepada sejauh mana kita bersedia untuk bersama-sama dengan pihak kerajaan memerangi segala bentuk fahaman yang bercanggah dengan Islam, faham ras yang chauvinistik, ektremisme, terrorisme serta sebarang bentuk keganasan yang merugikan bangsa dan agama kita. Nilai kepemimpinan mencakupi sifat dan nilai amanah, mengamalkan syura dalam pembuatan keputusan, memaklumkan kepada pihak atasan sesuatu keputusan, mengidamkan kejayaan bersama melalui perkongsian pintar, pengalaman dan kepakaran, arahan yang tepat lagi jelas, tidak sombong dan angkuh, mempelajari daripada mereka yang cemerlang, menerima teguran dan nasihat, berniat baik, jujur pada ilmu dan kerja, benar dan tepati janji. NILAI INTEGRITI DAN BERNEGARA Pelan Integriti Nasional (PIN) telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia pada 23 April 2004. Ia bertujuan melahirkan masyarakat berintegriti tinggi, amanah dan beretika. Nilai integriti terkandung dalam cabaran keempat Wawasan 2020 iaitu membentuk masyarakat yang mempunyai ciri-ciri moral dan etika yang kukuh, mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang kukuh serta berbudi pekerti luhur. Agensi dan jentera pelaksana PIN ialah Institut Integriti Malaysia (IIM) manakala Y.Bhg. Tan Sri Samsudin Osman, Ketua Setiausaha Negara (KSN) ketika itu telah dilantik sebagai pengerusi pertama. Peranan IIM ialah sebagai sebuah institusi bebas yang berfungsi sebagai agensi pemantau dan penyelaras bagi PIN. Dalam “Tekad 2008” kerajaan telah mensasarkan usaha-usaha berikut dalam peningkatan integriti kakitangan awam iaitu: 1. 2. 3. 4. 5.

Mengurangkan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan. Meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi. Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan. Memantapkan institusi keluarga. Meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.

Teras etika dalam perkhidmatan awam yang umum merangkumi nilai keazaman meningkatkan mutu perkhidmatan, bekerja dengan penuh tanggungjawab, berusaha mengikis sikap mementingkan diri, bekerja dengan penuh muhibbah dan kemesraan, bekerja ke arah memajukan pemikiran rakyat dan pembangunan negara, bekerjasama dalam membenteras kelemahan serta musuh negara dan berpegang teguh kepada ajaran agama. Nilai dan etika perkhidmatan awam dalam ”Tonggak Dua Belas” pula mencakupi nilai-nilai seperti menghargai masa, ketekunan, membawa Halaman 14 daripada 25

kejayaan, keseronokan bekerja, kemuliaan kesederhanaan, ketinggian peribadi, sifat baik hati, pengaruh teladan, menjalankan tugas, kebijaksanaan berhemat, keutamaan kesabaran, peningkatan bakat dan nikmat mencipta. Dalam amalan tasauf Islam, terdapat lapan nilai yang boleh diamalkan oleh orang Islam mencakupi murabatah (siapsiaga), musyaratah (penetapan syarat), muraqabah (Pengawasan), muhasabah (menghitung dan menilai) setelah beramal, mu’aqabah (menghukum diri atas segala kekurangan), mujahadah (bersungguh-sungguh) dan mu’atabah (mencela diri dan membawa kepada sikap memohon keampunan Ilahi dan bertaubat). Dalam ikrar integriti perkhidmatan awam, penekanan diberikan kepada aspek ketaatsetiaan yang tidak berbelah bagi kepada kerajaan dan negara, sifat amanah, cekap dan berkesan dalam menjalankan tugas, pelaksanaan tugas dan penawaran perkhidmatan yang berkualiti, bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja, peningkatan prestasi dan produktiviti kerja, pewujudan dan merealisasikan budaya kerja cemerlang serta keazaman mencapai matlamat Wawasan 2020. Sebagai rakyat Malaysia, kita perlu mempunyai tekad dan keazaman untuk menghapuskan gejala rasuah, penyelewengan dan salahguna kuasa secara berkesan, meningkatkan kecekapan dalam sistem penyampaian perkhidmatan awam dan mengatasi kerenah birokrasi, meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan, memantapkan institusi keluarga, meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat. Kita perlu mempunyai usaha untuk mengawal hawa dan nafsu serakah materialistik dan eksplisit, budaya hedonisme, menyucikan hati agar menjadi bersih daripada sebarang noda dan daki, bertaqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa yang sejati, mempunyai sifat ihsan dan jatidiri, serta memantapkan aqidah Ilahi dan akhlak terpuji. Etika kerja penjawat awam mencakupi tatacara kemudahan pegawai seperti elaun-elaun, cuti, kemudahan rumah kerajaan, pinjaman kerajaan dan rawatan perubatan, tata kelakuan dan tatatertib, keutuhan peribadi, Tonggak 12 dan pelaksanaan Nilai-nilai dan Etika Perkhidmatan Awam. NILAI-NILAI DALAM MISI NASIONAL Misi nasional mempunyai lima teras. Teras pertama Misi Nasional ialah meningkatkan nilai tambah dalam ekonomi negara. Tumpuan diberikan kepada: 1. 2. 3.

Peningkatan nilai tambah sektor ekonomi Pewujudan aktiviti berasaskan pengetahuan Peluang pekerjaan dalam bidang terkini seperti ICT, bioteknologi, nanoteknologi dan perkhidmatan.

Halaman 15 daripada 25

4.

Pewujudan persekitaran yang kondusif bagi sektor swasta menerajui kemajuan ekonomi.1

Teras kedua Misi Nasional menekankan tiga perkara2, iaitu: 1. 2.

3.

Peningkatan keupayaan pengetahuan. Penumpuan dan peranan lebih menjurus kepada penambahbaikan semua peringkat sistem pendidikan negara dan inisiatif rakyat mencari dan menambah ilmu. Peningkatan kreativiti dan inovasi negara. Kerajaan memberikan perhatian kepada persoalan persekitaran yang menggalakkan penyelidikan dan pembangunan terutamanya institusi pengajian tinggi dan institusi-institusi penyelidikan. Budaya menyelidik, mengkaji, berfikir, kreatif dan inovatif perlu dibudayakan pada peringkat pendidikan rendah juga. Pemupukan minda kelas pertama. Perkara ini menyentuh kualiti modal insan yang menjadi impian YAB. Perdana Menteri seperti ketinggian intelektual dan sahsiah serta memiliki dan membudayakan kekuatan etika, moral dan akhlak.

Teras ketiga Misi Nasional memberikan penumpuan kepada kaedah menangani ketidaksamaan sosio-ekonomi3 secara berhikmah, di antaranya: 1. 2. 3. 4.

Pendekatan yang digunakan adalah secara membina dan menghasilkan sesuatu input yang positif. Pembasmian kemiskinan Memajukan pembangunan secara lebih seimbang terutamanya di antara bandar-luarbandar, Pantai Timur dan Pantai Barat termasuklah Sabah dan Sarawak. Manfaat pembangunan dinikmati rakyat secara adil dan saksama.

Teras Keempat Misi Nasional menekankan aspek peningkatan kualiti hidup4. Indeks Kualiti Hidup Malaysia merangkumi 11 aspek iaitu: 1. Dunia pekerjaan – Hubungan etnik boleh dimantapkan dengan menjalin hubungan yang baik di tempat kerja. Dalam aspek pekerjaan, semua kaum mendapat peluang yang sama rata untuk memberikan tenaga dan bakti dalam apa jua profesion. 2. Pengangkutan dan komunikasi – Kemalangan jalanraya kadangkala mengakibatkan perbalahan berasaskan sentimen etnik. Ini perlu dielakkan, biarlah mahkamah menentukan sesiapa yang bersalah ataupun tidak. Berbudi Petikan ucapan Perdana Menteri YAB. Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi semasa membentangkan usul mengenai Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), 2006-2010 di Dewan Rakyat pada 31 Mac 2006. 2 Ibid. 1

3 4

Ibid. Ibid. Halaman 16 daripada 25

bahasa dan bersopan santun di jalanraya dan ketika menggunakan pengangkutan awam adalah amalan mulia dan amalan kesedaran sivik yang tinggi. Alat telekomunikasi seperti fax, telegraf, e-mail dan SMS boleh menyumbang kepada pengukuhan hubungan etnik. 3. Kehidupan berkeluarga – Individu yang baik dan beradab akan melahirkan keluarga yang baik. Keluarga yang baik akan melahirkan komuniti dan masyarakat yang baik. Masyarakat yang baik adalah pemangkin kepada kemajuan dan kesejahteraan negara. Di Malaysia, walaupun keakraban keluarga semakin baik, setiap ahli keluarga perlulah mempunyai hubungan yang baik dengan ahli keluarga kelompok etnik yang lain. 4. Keselamatan dan ketenteraman awam – Rakyat pelbagai kaum mestilah sama-sama memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terpelihara dan mengelakkan daripada menjadi pencetus kepada perselisihan faham ataupun konflik etnik, menimbulkan provokasi ataupun isu-isu sensitif. 5. Pendapatan dan pengagihannya – Kita mendapat tempat untuk mencari rezeki hasil daripada kemakmuran dan kesejahteraan negara yang diusahakan pemerintah dan rakyat dengan izin Allah s.w.t.. Tidak lagi timbul rasa cemburu dan iri hati kerana kita sama-sama menyumbang kepada kemajuan dan pembangunan negara. Wang pembayar cukai digunakan untuk membangunkan keluarga, masyarakat dan juga negara. 6. Kesihatan – Isu-isu seperti HIV, AIDS, dadah, sakit jantung dan kanser melibatkan semua kaum. Kita mesti bersatu untuk memerangi dan menanganinya. 7. Pendidikan – Bidang pendidikan sendiri sama ada di peringkat rendah, menengah dan tinggi adalah satu wadah yang boleh digunakan untuk menyatupadukan kaum. Secara teorinya, semakin tinggi pendidikan seseorang itu, semakin tinggilah juga kesedaran dan amalan dalam memperkasa hubungan etnik dan intra etnik. 8. Perumahan – Terdapat kecenderungan pembeli rumah membeli rumah di kawasan kelompok etnik sendiri. Sikap ini perlu dibendung kerana ia boleh mengwujudkan polarisasi kaum. Banyak kawasan perumahan yang mempunyai pelbagai kelompok etnik. Maka usaha perlu dijalankan untuk memperkukuh hubungan etnik di kawasan kediaman terlebih dahulu. 9. Alam sekitar – Isu alam sekitar sebaiknya ditangani secara bersama. Kempen gotong royong pembersihan taman perumahan yang melibatkan pelbagai kelompok etnik boleh mengwujudkan semangat dan sikap kerjasama berkumpulan dan tolong menolong.

Halaman 17 daripada 25

10. Penglibatan sosial – Kerja-kerja sukarela sama ada di peringkat komuniti dan masyarakat boleh mengwujudkan sikap sayang menyayang dalam konteks hubungan etnik. Begitu juga kerja sosial dan pembangunan komuniti dan masyarakat. 11. Budaya dan hiburan – Program kebudayaan dan hiburan yang melibatkan penyertaan pelbagai kelompok etnik mestilah sentiasa digalakkan kerana ia boleh memperkukuhkan hubungan etnik. Sebagai kerajaan yang adil dan beramanah, kerajaan telah memperuntukkan jumlah bajet yang terlalu besar untuk peningkatan pembangunan infrastruktur dan infostruktur di samping penekanan diberikan kepada penambahbaikan dan keberkesanan kemudahan-kemudahan asas tersebut. Teras kelima Misi Nasional memberikan penekanan kepada aspek pelaksanaan, implementasi dan sistem penyampaian perkhidmatan awam dalam agensiagensi kerajaan dan separa kerajaan.5 Keupayaan melaksana adalah paling penting di samping perancangan, penilaian, pemantauan dan pengimplementasian. Tiada gunanya merancang tanpa melaksana. Penekanan juga diberikan kepada semua rakyat dalam aspek integriti, akauntabiliti dan tanggungjawab menunaikan amanah.

NILAI DALAM RUKUNEGARA Rukunegara merupakan rukun kesempurnaan bernegara. Ia terdiri daripada: 1. 2. 3. 4. 5.

Kepercayaan Kepada Tuhan Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Keluhuran Perlembagaan Kedaulatan Undang undang Kesopanan dan Kesusilaan

Nilai dalam Rukunegara mencakupi aspek sistem kepercayaan (spirituil dan kerohanian), persoalan dalaman hati (setia), kekerajaanan (raja), kenegaraan dan pemerintahan (setia pada negara), kesucian (perlembagaan), ketinggian, sakral dan ketaatan (undang-undang) dan elemen moral (bersopan dan bertatasusila). Kebebasan yang ada pada manusia tidaklah melangkaui prinsipprinsip ini. Rukunegara merupakan manifestasi daripada rasahati pemimpin masyarakat berbilang kaum yang mewakili setiap kelompok etnik di Malaysia. 5

Ibid. Halaman 18 daripada 25

CABARAN ERA PASCA-MODENISME Dr. Akhbar Ahmed dalam bukunya Post-Modernism and Islam memberikan beberapa cabaran kepada umat Islam dalam era pasca-modenisme iaitu dekolonialisasi, pertembungan Muslim dengan tamadun Barat sebagai satu angkubah manifestasi sejarah, krisis budaya Barat dan kebejatan media yang datang dari Barat. Unsur-unsur modenisme masih lagi mewarnai ciri zaman pasca modenisme dan terdapat peningkatan-peningkatan pada tahap tertentu terutamanya yang berkaitan dengan fenomena globalisasi. Justeru itu, kita akan melihat berlakunya anjakan paradigma dalam asas-asas modenisme seperti kemajuan teknologi dan semangat ilmu sains, rasionalisasi dan pragmatik dalam soal kehidupan, kesekularan dalam menanggapi persoalan hubungan sosial dan pembinaan negara-bangsa (nation-state building). Anjakan paradigma ini bukanlah bertujuan untuk mengintegrasikan ajaran-ajaran Islam yang berkonsepkan Addin itu bahkan berlawanan pula dengannya. Secara teorinya, zaman pasca-pemodenan akan mengambilalih zaman moden walaupun tidak sepenuhnya. Perubahan-perubahan drastik tidak akan menjelma dengan mendadak tetapi beralih secara beransur-ansur seperti juga berkembangnya tamadun itu sendiri. Berkenaan dengan persoalan keobjektifan sains dalam era pasca-modenisme, materialisme tetap akan menjadi neraca utama. Muhammad Asad [1992] melihat modenisme yang berasaskan materialisme sebagai Dajjal; satu simbolik kepada mereka yang berfikir dan berfalsafahkan kebendaan dan melihat dengan sebelah mata tanpa memberikan pertimbangan agama (ukhrawi) terutamanya yang berkaitan dengan kemajuan sains dan teknologi dan juga ilmu pengetahuan. Dewasa ini, sains teknologi dan ilmu pengetahuan dikomersialkan dan sudah wujud tanda-tanda bahawa penentuan objektif ilmu dan sains adalah berdasarkan wang ringgit semata-mata, bukan lagi soal etika, moral, akhlak dan agama. Bahkan kesejahteraan sosial dan tujuan-tujuan kemanusiaan seperti diabaikan. Ini bukan lagi membahayakan manusia Muslim semata-mata bahkan umat manusia keseluruhannya. Dalam era pasca-modenisme, akal atau rasional akan diberikan tempat tertinggi dalam soal kehidupan. Semua bidang-bidang akan dirasionalisasikan. Apa yang dikatakan baik dan bagus menurut rasional, maka baiklah sesuatu perkara itu. Akibatnya agama akan turut mengalami pengalaman yang serupa. Perkara ini amat membahayakan pemikiran umat Islam kerana menurut Islam, akal sahaja bukan penentu mutlak apa yang dikatakan sebagai kebaikan.

Halaman 19 daripada 25

Idea Francis Fukuyama [1989] tentang berakhirnya sejarah di dalam karyanya The End of History mendorong kita untuk memikirkan sedalam-dalamnya hubungan sesama manusia secara global. Beliau kemudiannya melanjutkan tesisnya itu dalam buku beliau yang bertajuk The End of History and the Last Man [Francis Fukuyama: 1992] Tafsiran beliau tentang penamatan sejarah boleh dilihat sebagai satu zaman peralihan daripada moden ke pasca-moden iaitu “demokrasi liberal”. Sebenarnya, pemikiran beliau banyak dipengaruhi oleh idea Hegel mengenai the arrival of absolute idea (ketibaan idea mutlak) di mana ideologi politik sedunia akan beralih kepada demokrasi mutlak dan itulah idea mutlak. Dalam era kebangkitan Islam di mana para aktor kebangkitan Islam melaung-laungkan slogan Negara Islam moden, wacana yang diketengahkan oleh Fukuyama menjadi cabaran yang cukup besar. Sejauh mana sistem demokrasi liberal bersesuaian dengan sistem syura Islam misalnya, atau bagaimana falsafah dan sistem itu diubahsuai agar menepati konsep syura dan pemerintahan Islam? Bahkan fahaman-fahaman kapitalis dan sosialis dikira akan turut terlibat dalam wacana tentang tuntutan para ideolog kebangkitan Islam. Tetapi yang lebih penting ialah bagaimana para ideolog kebangkitan Islam menjawab masalah-masalah dalam era pasca-moden dan merancang secara teliti dan berstrategi agenda global atau nasional akan menentukan klimaks dan pencapaian matlamat kebangkitan Islam sebenarnya iaitu kembali kepada ajaran Islam tulen bersesuaian dengan al-Quran dan al-Sunnah. Warna-warna politik pascamoden akan menrefleksi pertentangan budaya dan pertembungan tamadun. Samuel P. Huntington [1993] di dalam artikelnya ”The Clash of Civilizations” mengutarakan pendapat yang cukup kontroversial ini tetapi mempunyai banyak nilai-nilai pemikiran yang perlu ditanggapi oleh umat Islam. Salah satu “pertembungan” yang sedang berlaku ialah sekularisme dengan “fundamentalisme” Islam. Sungguhpun saya tidak bersetuju dengan istilah fundamentalisme seperti tafsiran Barat (yang berdasarkan etnosentrik Barat), pemakaian istilah ini tetap akan digunakan kerana ia biasa difahami oleh pembaca khalayak. Masalah sekularisme bukanlah isu baru. Ketamadunan Barat tercapai hasil daripada penolakan mereka terhadap ajaran-ajaran Nasrani manakala tamadun Islam pula terbina kerana penerimaan total ajaran-ajaran agama termasuk yang fundamental. Perdebatan-perdebatan kontemporari mengenai ketuhanan berasaskan rasional di Barat sudah mencapai tahap dan kesimpulan bahawa Tuhan itu tidak wujud. Buktinya Schellenberg [1993] di dalam bukunya yang penuh dengan unsur-unsur atheism yang bertajuk Divine Hiddenness and Human Reason mengutarakan hujah-hujah mantiq untuk membuktikan bahawa Tuhan tidak ada. Berikut adalah hujah-hujahnya: 1. 2. 3. 4.

Sekiranya terdapat Tuhan, maka Tuhan itu cintanya cukup-cukup sempurna. Sekiranya Tuhan yang cukup-cukup sempurna itu wujud, ketidakpercayaan (yang masuk akal) tidak berlaku. Ketidakpercayaan berlaku. Oleh kerana itu, tiada Tuhan yang cintanya sempurna wujud; Halaman 20 daripada 25

5.

Justeru itu, Tuhan itu tiada.

Sengaja saya membawa hujah ini untuk menunjukkan betapa impak sekularisme cukup berkesan dalam pemikiran Barat. Bahkan boleh dikatakan benar juga bahawa sekularisme akhirnya akan membawa kepada atheisme. Apakah akhirnya pertembungan peradaban itu akan membentuk pertembungan atheisme dengan Islam atau dengan agama lain? Kemerbahayaan atheisme sudah mula menapak. 15% penduduk dunia dikatakan berfahaman atheis. Orang atheis tidak percayakan kewujudan Tuhan. Dalam konteks Malaysia, orang atheis tidak layak untuk menjadi warganegara negara ini kerana berlawanan dengan semangat dan falsafah Rukunegara yang menyatakan kepercayaan kepada Tuhan sebagai tunggak utamanya. KESIMPULAN Nilai dan kenegaraan sebenarnya mempunyai isi perbincangan yang begitu luas. Nilai positif menwujudkan warganegara yang menyedari tanggungjawab kewarganegaraan. Sebagai staf UPM, kitalah yang akan menentukan UPM menjadi universiti bertaraf dunia dan bereputasi tinggi dengan mengamalkan etika kerja yang sebenarnya. Ini juga menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan negara. Selamat Bernegara.

Halaman 21 daripada 25

RUJUKAN Al-Quran Al-Karim. Fukuyama, Francis “The End of History?”, The National Interest, Summer, 1989. Fukuyama, Francis [1992], The End of History and The Last Man, London: Penguin Books. Huntington, Samuel P., “The Clash of Civilizations?”, Foreign Affairs, Vol. 72, No. 3, Summer, 1993. INTAN, Citra Karya: Falsafah, Nilai dan Etika Dalam Perkhidmatan Awam (INTAN), Kuala Lumpur, 1994. Kerajaan Malaysia, Perintah Am Bab A, B, C, F dan G. Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993. Muhammad Asad [1992], The Road to Makkah, India: Adam Publishers and Distributers. Nilai dan Etika dalam Perkhidmatan Awam (INTAN) 1991. Peraturan-Peraturan Pegawai Perkhidmatan Awam (Perlantikan, Kenaikan Pangkat dan Penamatan Perkhidmatan) Tahun 2005. Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 2004. Schellenberg, J.L. [1993], Divine Hiddenness and Human Reason, Cornell: Cornell University Press.

Halaman 22 daripada 25

Related Documents

Wawasan 2020
May 2020 20
Wawasan 2020
May 2020 22
Wawasan 2020
November 2019 33
Wawasan 2020
December 2019 26
Wawasan 2020 & Rrjp
May 2020 10