Wawasan 2020

  • Uploaded by: wfr8685
  • 0
  • 0
  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wawasan 2020 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,275
  • Pages: 44
PENDAHULUAN  



Dilancarkan pada 28 Februari 1991, Y.A.B. Perdana Menteri membentangkan satu kertas kerja bertajuk "Malaysia - Melangkah ke Hadapan" Mengandungi satu pemikiran Ianya dikenali sebagai "Wawasan 2020"

SEMBILAN CABARAN 1.Mewujudkan sebuah negara yang bersatu padu dan satu bangsa Malaysia yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama 2. Membentuk sebuah masyarakat Malaysia yang berjiwa bebas, tenteram dan maju dengan keyakinan terhadap diri sendiri. 3. Mewujudkan masyarakat demokratik dan mengamalkan satu bentuk persefahaman yang mantap. 4.Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh pegangan etika yang tinggi. 5.Mewujudkan masyarakat yang liberal dan toleran, yang mana pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing samb

6. Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif yang mempunyai daya perubahan yang tinggi sebagai pengguna dan penyumbang sains dan teknologi 7. Mewujudkan masyarakat yang berbudi dan berbudaya penyayang, yang mana kebajikan insan tidak berkisar kepada orang perseorangan tetap di sekeliling sistem keluarga yang kukuh. 8 Mewujudkan masyarakat yang adil ekonominya, yang mana kekayaan negara diagihkan tanpa mengenal kaum dan fungsi ekonomi. 9. Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi yang boleh bersaing, dinamik, teguh dan berdaya tahan

CABARAN KEEMPAT Melahirkan masyarakat yang bermoral dan beretika, kukuh dalam nilai agama dan kejiwaan dan didorong oleh pegangan etika yang tinggi. 

TERDAPAT 3 CONTOH PELAKSANAAN DALAM MEREALISASIKAN CABARAN KE EMPAT

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

ISLAM HADHARI

MASYARAKAT BERINTERGRETI

PEMBANGUNAN MODAL INSAN

1.Pembangunan modal insan adalah penentu bagi meningkatkan daya saing dan produktiviti negara. 2. Modal insan yang ingin dihasilkan perlu mampu Berfikir secara kritis dan kreatif Berkemahiran menyelesaikanmasalah Berkeupayaan tinggi mencari peluang baru kebolehan uberhadapan dengan persekitaran dunia global







Meningkatkan keupayaan dan minat bagi menguasai ilmu pengetahuan dan kemahiran Memupuk insan memiliki kemahiran dan keterampilan Memperkukuhkan dan Memantapkan program kokurikulum dan sukan

PELAN INTEGRITI NASIONAL

Pelan Integriti Nasional (PIN) dibentuk dengan memberi fokus kepada matlamat pemantapan etika dan integriti serta membudayakan integriti di kalangan semua anggota masyarakat. Semua pihak iaitu Kerajaan, swasta, parti politik, institusi agama, kesatuan sekerja, NGO, wanita, media, belia, pelajar dan golongan lain dalam masyarakat dari setiap pelusuk negara, secara keseluruhannya perlu meningkatkan kefahaman dan komitmen mereka terhadap integriti.

KONSEP 

PIN ialah sebuah pelan induk yang bertujuan memberikan hala tuju serta bimbingan kepada semua komponen atau sektor masyarakat dan negara.

OBJEKTIF UMUM Objektif umum PIN ialah untuk merealisasikan hasrat Wawasan 2020, iaitu menjadi sebuah negara maju menurut acuan sendiri dengan “membentuk sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti yang luhur.” 

OBJEKTIF KHUSUS Memberikan hala tuju dan bimbingan pelbagai sektor supaya mereka dapat bekerjasama dalam usaha besar membina masyarakat yang bersatu padu, berharmoni, berintegriti, bermoral dan beretika;  Meningkatkan kesedaran, komitmen dan kerjasama pelbagai sektor dalam usaha peningkatan integriti supaya integriti menjadi budaya masyarakat dan diamalkan dalam semua bidang; Menggalakkan semangat bertanggungjawab di kalangan anggota masyarakat serta mendorong perkembangan masyarakat sivil yang menjunjung prinsip integriti dan bergerak cergas menegakkan integriti;  Menyumbang kepada usaha pengukuhan asas moral masyarakat dan negara, dan peningkatan kesejahteraan hidup anggota masyarakat; dan  Meningkatkan daya saing dan daya tahan Malaysia dalam usaha menangani cabaran abad ke-21 khususnya cabaran globalisasi dengan lebih berkesan.





FAKTOR YANG MENJEJASKAN INTEGRITI

INDIVIDU Kelemahan individu merupakan salah satu faktor yang amat penting. Individu yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni, lemah disiplin diri dan etika kerja, serta tamak dan mementingkan diri akan menyebabkan merosotnya integriti. 

KEPIMPINAN Kepimpinan sangat penting dalam mencorakkan budaya organisasi dan masyarakat serta tahap integriti. Kepimpinan pelbagai peringkat perlu mempunyai azam dan iltizam yang teguh untuk memberikan pedoman dan petunjuk serta melakukan perubahan untuk kebaikan.



SISTEM DAN PROSEDUR 





Kurang ketelusan dalam urusan yang melibatkan kepentingan awam, misalnya dalam urusan tender; Kelemahan sistem, prosedur dan garis panduan bagi menjalankan tugas.  Penguatkuasaan yang tidak berkesan.  Kurang pemantauan dan penilaian tentang keberkesanan sesuatu strategi atau program;  Keupayaan sumber yang terhad sama ada sumber manusia ataupun material sehingga menjejaskan keupayaan penguatkuasaan; Kerangka undang-undang yang tidak kemaskini, lapuk dan kurang jelas.

STRUKTUR DAN INSTITUSI Struktur dan institusi ialah komponen penting dalam menjamin kelancaran pentadbiran Kerajaan, swasta dan masyarakat umum. Struktur sesebuah organisasi perlu kemas, terfokus serta mempunyai matlamat yang jelas dan munasabah. 

BUDAYA 

Persekitaran amat penting dalam mempengaruhi individu dari segi pembentukan nilai dan tingkah lakunya. Salah satu komponen persekitaran ialah budaya. Budaya dipengaruhi oleh sejarah dan perkembangan semasa. Justeru, ia berubah dan boleh diubah.

STRATEGI PELAKSANAAN PELAN TINDAKAN INTEGRITI

STRATEGI 1:PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI KELUARGA 

Pembangunan keluarga dan insan berintegriti melalui pembinaan keluarga bahagia;  Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan jasmani dan rohani; dan  Pemantapan nilai-nilai murni sebagai asas pembentukan identiti.

STRATEGI 2: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK KOMUNITI Pengukuhan nilai-nilai murni kejiranan dan komuniti;  Pemantapan pertubuhan dan institusi asas dalam komuniti; dan  Pengukuhan semangat patriotisme dan perpaduan antara kaum serta kesedaran mengenai pemuliharaan alam sekitar. 

STRATEGI 3: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK MASYARAKAT SIVIL Peningkatan integriti masyarakat sivil – badan bukan kerajaan (NGO);  Peningkatan sumbangan NGO kepada usaha pemantapan integriti; dan  Pengukuhan kerjasama antara NGO, kerajaan dan swasta untuk pemantapan integriti. 

STRATEGI 4: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI SOSIOBUDAYA Pembinaan insan yang berintegriti dalam persekitaran sosiobudaya yang berintegriti;  Peningkatan integriti dalam pengurusan kesihatan, jasmani dan rohani; dan  Pemantapan nilai-nilai murni, perpaduan dan pembentukan identiti warga negara.



STRATEGI 5: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI AGAMA  Peningkatan kerjasama, persefahaman dan saling menghormati antara penganut pelbagai agama;  Penghayatan dan pengalaman nilainilai murni ajaran agama; dan  Peningkatan penghayatan dan pengamalan ajaran agama Islam sebagai agama kemajuan.

STRATEGI 6: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI EKONOMI Pemantapan integriti sektor korporat;  Peningkatan komitmen sektor korporat terhadap pertanggungjawaban sosial;  Pengembangan dan pengukuhan budaya niaga yang beretika;  Pengukuhan perpaduan antara perpaduan antara kumpulan etnik dan antara wilayah melalui aktiviti ekonomi. 

STRATEGI 7: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI POLITIK 





Pengekalan keluhuran Perlembagaan dan sistem politik negara; Pengekalan kedeaulatan dan peningkatan keutuhan institusi parlimen sebagai institusi penggubal undang-undang yang luhur; Pengalaman politik yang berintegriti serta pengembangan budaya politik yang sihat, beretika, matang dan demokratik mengikut acuan sendiri; dan  Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik.

STRATEGI 8: PELAKSANAAN AGENDA INTEGRITI UNTUK INSTITUSI PENTADBIRAN Pemantapan prinsip ketelusan, pertanggungjawaban dan tadbir urus terbaik; dan  Peningkatan integriti jentera pentadbiran awam. 

Al-Quran; Surah 16 , An-Nahl( Lebah ) Ayat 125, (Terjemahan) “ Panggillah (dakwah) mereka kepada jalan Tuhan dengan bijaksana dan pengajaran yang baik, dan bertukar fikiranlah dengan mereka menurut cara sebaik-baiknya . Sesungguhnya Tuhan engkau lebih tahu siapa yang tersesat jalannya, dan Dia lebih tahu pula orang –orang yang menuruti jalan yang benar. “

Pendekatan Islam Hadhari Keimanan & ketakwaan kepada Ilahi Kerajaan adil & beramanah Rakyat berjiwa merdeka Penguasaan ilmu pengetahuan Pembangunan ekonomi seimbang & komprehensif Kehidupan berkualiti Pembelaan hak kumpulan minoriti & wanita Keutuhan budaya & moral Pemeliharaan alam semula jadi Kekuatan pertahanan

Malaysia yang merdeka sejak 1957 telah melaksanakan dasar dan program ke arah menjadi sebuah negara yang maju dan makmur berteraskan Islam menjelang tahun 2020. Sehubungan ini Malaysia telah diistiharkan Sebagai sebuah negara Islam maka sebagai pembangunan Malaysia perlu negara Islam melalui model Islam. Dengan keperluan maka2001. YAB Perdana padaini tahun Menteri Malaysia iaitu Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi yangmana masa itu selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia telah melancarkan secara rasmi Pelancaran Islam Hadhari pada September 2002 Islam Hadhari adalah modul pembangunan Islam yang dipraktikkan pada zaman keagungan Islam di Baghdad dan Andalusia. Pembangunan Islam di Andalusia adalah merupakan sumber kepada Kebangkitan Eropah ( Renaissance ) yangmana melahirkan pemodenan Eropah melalui Revolusi Industri yang seterusnya telah menjadi model utama dan pemangkin kepada pembangunan dunia moden sehingga hari ini.

Islam – berasal daripada perkataan Arab iaitu aslama yang bermaksud selamat sejahtera.

DEFINISI

Islam Hadhari dapat didefinisikan sebagai satu pendekatan serta perancangan, perlaksanaan dan pemantauan program pembangunan yang holistik, komprehensif dan mampan secara sistematik bagi kemajuan, susunan dan kehidupan umat Islam dan manusia ke arah tamadun dan budaya yang berpaksikan Al-Quran dan Sunah Nabi Muhammad s.a.w di mana kesyumulannya telah , sedang dan akan terbukti serta sesuai sepanjang zaman tanpa batas bangsa, masa dan sempadan.

Hadhari – yakni bermaksud maju serta kadangkala dirujuk sebagai hadhara iaitu bermaksud keseimbangan di antara pembangunan material dengan akhlak dan spiritual.

Islam Hadhari sebagai pendekatan baru ( reengineering ) bagi pembangunan umat Islam Malaysia dan dunia Islam Hadhari tidak mengubah prinsipprinsip asas dan nilai teras dalam Islam yang bersifat suci, murni, kekal dan signifikan dalam apa juga keadaan. Perlaksanaan Islam Hadhari adalah satu langkah ke hadapan yang lebih fokus dan utama ( aulawiyat ) berdasarkan keperluan dan cabaran pembangunan semasa melalui pandangan hidup ( tasawwur ) yang jelas, tepat dan dituntut oleh akidah dan syariat Islam.

Proses pembangunan dalam Islam Ibnu Khaldun dalam tulisannya Kitab Al-Ibar di dalam Muqaddimah menerangkan keperluan keseimbangan kemajuan dan pembangunan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual. Di dalam kitab ini juga Ibnu Khaldun membicarakan tahap perkembangan dan kemajuan masyarakat yang bermula dari Badwi ( darat/hulu ) membawa kepada Hadhari ( maju/semasa ) , kemudiannya Madani

SKOP ISLAM HADHARI Program Islam Hadhari merangkumi pembangunan kesemua skop kehidupan manusia sejajar dengan Islam sebagai cara hidup ( A-din ) sebagaimana di bawah :• Pembangunan Insan • Pembangunan Sosial • Pembangunan Ekonomi • Pembangunan Sains, Teknologi & ICT • Pembangunan Infrastruktur • Pembangunan Mampan

Apabila perlaksanaan Islam Hadhari antara lain menekankan kepada pembangunan dari segi ilmu, pembangunan fisikal dan insan, kesihatan, sistem ekonomi dan kewangan direalisasikan maka Islam dilihat sebagai satu tamadun dan cara hidup yang bersepadu, menyeluruh dan holistik sebagaimana Firman Allah s.w.t; Surah Al-Maidah, Ayat 3 ( Terjemahan ) “ Pada hari ini telah Aku sempurnakan untuk kamu agamamu. Aku telah mencukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah merasa senang , Islam itu menjadi agamaMu ”

Sudahkan program Islam Hadhari dilaksanakan ? Program dan juga aktiviti sebagaimana falsafah dan konsep serta matlamat Islam Hadhari sebenarnya telah , sedang dan akan dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia sebagaimana antara lain dicatatkan di bawah. Pembangunan – pembangunan ini juga adalah pembangunan akhirat walaupun ianya pada zahir berbentuk duniawi.

Pembangunan Insan

Pembangunan Sosial

Pembangunan Ekonomi

Pembangunan Sains, Teknologi & ICT

Pembangunan Mampan

• Pusat Islam

• Hospital

• Subsidi

• Pusat Sains & Atom

• Deklarasi Rio

• Sekolah

• Biasiswa

• Tabung Haji

• Koridor Multimedia

• Local Agenda

• Politeknik

• Stadium

• DEB

Pembangunan

• Kitar Semula

• Maktab

• Balairaya

• Bank Islam

Infrastruktur

• Alam Sekitar

• Universiti Islam

• Dewan

• Automobil

• Hijau

• Masjid

• Derma

• FELDA

• Sungai Kita • Lapangan Terbang

Bagaimana untuk menjadikan pembangunan sebagai suatu ibadah di dalam Islam? Bagi menjadikan pembangunan sebagai ibadah maka ianya perlu memenuhi 5 kriteria di bawah :• Perlaksanaan pembangunan tersebut dengan niat baik; iaitu untuk mencari keredhaan Allah s.w.t; • Pembangunan tersebut adalah sah atau halal di sisi Islam; • Pembangunan tersebut dilaksanakan mengikut syariat Islam; • Kesan pembangunan tersebut adalah positif untuk syiar dan tuntutan Islam serta memberi manfaat untuk rakyat; dan • Perancangan dan perlaksanaan pembangunan tersebut tidak meninggalkan perkara fardu asas dalam Islam. Ibadah tanpa mengira besar atau kecil akan tetap memberikan keuntungan di dunia dan ianya merupakan saham kebahagian di akhirat ( pahala ) sebagaimana Sabda Nabi Muhammad s.a.w; “Dunia ini adalah tanam-tanaman di akhirat”

HALANGAN DAN PERLAKSANAAN HADHARI

CABARAN ISLAM

Firman Allah s.w.t; Surah Al-Ankabut, Ayat 1-2 ( Terjemahan) “Alif Laam Miim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan : Kami telah beriman, sedang mereka tidak diuji lagi” Dalam melaksanakan sesuatu maka kita akan diuji oleh Allah. Allah tidak akan memasukkan kita ke syurga tanpa menguji keimanan kita sebagai makhlukNya. Sehubungan itu di antara cabaran bagi melaksanakan Islam Hadhari di Malaysia adalah sebagaimana di bawah :• Tentangan sesama Islam ( dengki ) • Keliru • Kewangan • Birokrasi ( bersih, cekap &amanah ) • Sistem • Musuh Islam ( nampak dan tidak nampak )

Millennium Development Goals Persidangan UNDP, Sept. 2000, deklarasi dibuat bagi mencapai 8 sasaran menjelang tahun 2015

       

Mencapai pendidikan rendah secara universal Mempromosi kesamaan ‘gender’ & hak wanita Mengurangkan kadar kematian bayi Membasmi kemiskinan mutlak & kebuluran Memperbaiki kesihatan ibu mengandung Menghapuskan HIV/AIDS, malaria &wabak lain Memastikan persekitan mapan Membangunkan ‘global partnership’ bagi pembangunan (termasuk sistem perdagangan & kewangan terbuka)

Sasaran ‘Millennium Development Goals’ oleh UN menjelang 2015 telah dicapai di Malaysia pada masa ini, kecuali HIV. Ini membuktikan Malaysia menghampiri taraf sebuah negara maju.

Islam Hadhari sebagaimana 10 pendekatan dinyatakan di atas dapat dirumuskan sebagai

3. Hubungan Manusia dengan Allah ( hablum min Allah );

2. Hubungan Manusia dengan Manusia ( hablum minnannas )

3. Hubungan Manusia dengan Alam.

KESIMPULAN Islam Hadhari perlu diperjelaskan kepada umat Islam dan bukan Islam di Malaysia sebagai satu kaedah penyelesaian pembangunan dunia yang juga akan membawa kebaikan ke akhirat. Tanpa Islam maka kemajuan dan pembangunan akan tiada matlamat. Realiti kehidupan yang kita dapat gambarkan kesan perlaksanaan Islam Hadhari adalah bahawa :Malaysia adalah sebuah negara di mana rakyatnya dapat beribadat dengan ikhlas, dapat berkeluarga dengan penuh kasih sayang, dapat hidup dalam masyarakat yang penuh keamanan, negara yang dikawal undang-undang penuh keadilan dan menyedut udara yang nyaman serta persekitaran yang indah mata memandang serta terhindar dari kemiskinan, kekacauan dan kelemahan sebagaimana Firman Allah s.w.t ; Surah Saba, Ayat 15 ( Terjemahan ) “……. Negara yang aman makmur serta mendapat keampunan Allah”

TUMPUKAN PERHATIAN WAWASAN 2020 







Bendera berkibar di angkasa Lambang negara jaya Rakyat sepakat sehati sejiwa Tekad berbakti dengan megah Hadapi cabaran masa muka Penuh tenaga murni Bakti dicurah searah-sehala Dengan wawasan yang suci Wawasan meningkat kemajuan• CHORUS Tiada lagi kepincangan Kemewahan rata dirasai Bersama kita nikmati Wawasan 2020 Satu pandangan jauh Bukan impian malah kenyataan Bersama kita jayakan

Related Documents

Wawasan 2020
May 2020 20
Wawasan 2020
May 2020 22
Wawasan 2020
November 2019 33
Wawasan 2020
December 2019 26
Wawasan 2020 & Rrjp
May 2020 10

More Documents from ""

Jenis Tarian
June 2020 12
Wawasan 2020
May 2020 22