Wau

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Wau as PDF for free.

More details

  • Words: 2,295
  • Pages: 7
Definisi Layang-Layang Apakah yang dimaksudkan dengan layang-layang? Layang-layang diertikan sebagai layangan iaitu rangka kayu yang dibaluti dengan kertas dan diterbangkan dengan tali layang-layang dan dijadikan aktiviti untuk tujuan tertentu. Istilah Layang-layang DI Malaysia Perkataan layang-layang lebih sinonim dengan negeri-negeri di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini terbukti berdasarkan catatan Tun Sri Lanang yang menyatakan dengan jelas Raja Ahmad bermain layanglayang bersama pemuda-pemuda serta kerabat Diraja, dan tidak pula disebut bermain wau. Berbanding dengan wau di Utara, saiz layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah lebih kecil dan kurang dari segi motif hiasannya. Secara umumnya layang-layang di negeri-negeri ini terbahagi kepada tiga kategori iaitu layanglayang laga, layang-layang anak dan layang-layang hiasan. Musim permainan layang-layang di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia adalah hampir sama dengan negeri-negeri di Utara iaitu selepas musim menuai padi. Menurut sumber, di negeri Johor misalnya Wau Merak atau nama asalnya layang-layang kipas dimainkan oleh orang Bugis selepas waktu musim menuai padi. Definition of kites What are kites? Kites are defined as 'flyers', being a wooden frame, wrapped in paper and flown by strings. Kiteflying is conducted as an activity for particular events. Kite Terminology in Malaysia "Layang-layang" is the generic term for kites in the West and Southern regions of Peninsular Malaysia such as Selangor, Melaka and Johor. The significance of kites has been narrated by Tun Sri Lanang in " Sejarah Melayu" (Malay History). In his narration, it was quoted that Raja Ahmad was flying kites with some youngsters and royalties. Here, the term kite was mentioned specifically 'and not "Wau". If one is to differentiate the "Waus" of Peninsular Malaysia, it would be noticed that kites from the west coast and southern peninsular are smaller in size and lack of decorative motifs in comparison to kites from the north . In general, kites from these states are divided into three categories namely the "fighting kite", the "baby kite" and the "decorative kite". The kit eflying season in the West Coast and the Southern Malaysian Peninsular is held almost during the same time as the states in the north, which is after the paddy harvesting season. Incidentally, the "Wau Merak"or its original name the "fan kite", was flown by the Bugis people during the same season in the state of Johor.

1

Layang-layang Atau Wau ? Di Malaysia terdapat satu lagi istilah yang juga bermaksud layang-layang iaitu 'wau'. Perkataan wau digunakan oleh negeri-negeri di utara Semenanjung Malaysia iaitu Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah. Terdapat beberapa teori yang menyatakan bagaimana perkataan wau ini wujud dan salah satunya menurut Wayne Hosking dalam bukunya yang bertajuk "Kites Of Malaysia", mengatakan perkataan wau berasal dari perkataan Belanda iaitu "Wouw" yang merujuk kepada sejenis burung besar yang dijumpai di Asia Tenggara. Walau bagaimanapun, menurut cerita orang tua - tua di negeri Kedah bahawa perkataan wau berasal dari perkataan Thailand dan boleh dianggap sebagai teori yang paling kukuh setakat ini. Di Thailand, layang-layang di negara tersebut dipanggil wau. Dari segi geografi pula keempat-empat negeri tersebut merupakan negeri yang paling hampir dengan Thailand. Fakta terbaru yang dijumpai, hasil dari temuramah dengan penggiat-penggiat wau di Semenanjung Malaysia menyarankan bahawa perkataan wau tersebut wujud daripada bunyi yang dihasilkan oleh busur yang terdapat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi "wau', "wau", "wau" secara berirama. Ciri-ciri utama wau juga dikatakan mesti mempunyai kepala, sayap dan ekor. Layang-layang" or Wau? In Malaysia, another definition for "Layang-layang" is "wau". The term "wau" is popularly used in the northern states of Peninsular Malaysia. In Kelantan, there exist four theories stating the birth of the word "wau". According to Wayne Hosking, in his book " Kites of Malaysia", the word "wau" is said to derive from a Dutch word "Wouw" which refers to a species of a big bird found in South East Asia. Nonetheless, according to the stories of the elders in Kedah, the word "wau" is derived from Thai vocabulary. To datez this is found to be the most reliable theory as even in Thailand, kites are also known as "wau". Tour of the Northern stales mentioned earlier are geographically close to Thailand. Recent interview findings with "wau"' enthusiasts in Peninsular Malaysia suggest that the word "wau" originated from sounds derived from the 'hammer'of the kite when in flight, forming sounds of 'wau, wau, wau' in rythmic pattern. The main features of the "wau" are mainly characterised by its head, wing and tail sections.

2

Asal-Usul Layang-Layang Di Peringkat Dunia Sepintas Lain Layang-layang merupakan permainan yang berasaskan prinsip aerodinamikyang tertua di dunia. Asal-usul kewujudan permainan layang-layang sebenarnya sukar untuk dipastikanf Terdapat catatan yang menyatakan permainan ini bermula di Eropah oleh seorang saintis Greek sejak abad ke-4 sebelum kelahiran Nabi Isa. Walau bagaimanapun fakta tersebut masih boleh dipertikaikan memandangkan kewujudan layang-layang di negara China dicatatkan lebih awal lagi daripada itu. Kenyataan ini disokong berdasarkan sebuah legenda yang berlaku di negara tersebut iaitu pada tahun 206 sebelum masihi, di mana General Han Hsien telah mengalahkan tentera General Hsiang Yu di Kaishai dengan menakutkan mereka dengan bunyi layang-layang besar pada waktu malam yang kononnya bunyi tersebut sebagai tanda kemarahan dewa. Taburan Permainan Layang-Layang;. Di Seluruh Dunia Selain daripada tujuan riadah, kewujudan layang-layang di seluruh dunia mempunyai fungsi yang amat penting suatu ketika dahulu. Ianya selalu digunakan dalam sesuatu kecemasan, peperangan dan bagi sesuatu kerja udara. Berikut merupakan beberapa kisah tentang peranan awal layang-layah kepada masyarakat dunia pada ketika dahulu. 1. Suatu ketika dahulu, seorang Jeneral Kori menggantungkan sebuah lampu (tanglung) pada: layang-layang bagi memberi semangat kepada tenteranya. 2. Seorang lagi Jeneral telah menggunakan layang-layang bagi membawa tali ke seberang sungai, kemudian membawa kabel melaluinya bagi membuat sebuah jambatan. lanya merupakan satu cara yang digunakan oleh jurutera-jurutera . moden masa kini. . 3.Beberapa buah layang-layang juga digunakan dalam Peperangan Hasting sebagai isyarat 4. Kamera juga pernah digantung pada layang-layang suatu ketika dahulu untuk mengambil gambar-gambar yang cantik. 5. Pada tahun 1752, Benjamin Franklin telah membuat suatu percubaan 'Illustration electrical nature of lightning" dengan menggantung anak kunci pada layang-layang yang diterbangkan semasa ribut. Layang-layang juga digunakan untuk pemerhatian cuaca bagi merekod data cuaca. 6. Bukti orang-orang India mula bermain layang-layang digambarkan dalam lukisan pada zaman Moghul (Tahun Masihi 1483-1530) yang menunjukkan seorang lelaki menggunakan layang-layang untuk menghantar surat asmara kepada kekasihnya. 7. Di Thailand, akhir kurun ke-17, Raja Petraja menggunakan layang-layang untuk mengebom pemberontak di wilayah Naklan Ratchasima. 8. Layang-layang juga digunakan di kawasan kepulauan Melayu untuk menangkap ikan di laut dalam.

3

A brief history of the existence of kites -A world perspective Kite flying is arguably the most ancient application of aerodynamic principles. It is quite difficult to determine the exact existence of kite sporting. However, there exist records of this sport which is said to originate from Europe. This is perpetuated through the notes of a Greek scientist in the 4th century before Christ (B.C). Nevertheless, this fact is still being questioned as a record of earlier kite making already existed in China, This theoiy is supported by Chinese legend, where it was stated that in the year 206 B.C., General Han Hsien defeated General Hsiang Yun's troops in Kaishan by terrifying them with the sounds of huge kites during the night. The sound it was believed symbolize the wrath of the deities. A recollection of kite sporting ail over the world Other than for sports and recreation, the role of kites all over the world in the past has its own important significance. Kites were used in times of emergency, during the war and for some aviation works-. The following events in the past depict the important role of kites to the world at large: 1. Once, a Korean General hung a lamp (tanglung) onto a kite to boost the spirit of his troops. 2. Another General used the kite to bring a rope across a river. He then brought a cable through it to construct a bridge. This technique is now being used by modern engineers. 3.

A few kites were used in the Hastings War as warning signals to the soldiers. 4. Cameras were hung onto kites for the purpose of capturing scenic pictures.

5. In 1752, Benjamin Franklin attempted an experiment called "the illustration of the electrical nature of lightning". This was done by hanging a key onto a kite, sent on flight during storm. Kites were also used in weather observation for data recording. 6. The proof of Indians playing kites was depicted in a painting during the Moghul era (1483 -1530A.D.) which showed a man using kites as a mode of communication, sending love messages to his lover. 7. By the end of the 17th century, King Petraja from Thailand used kites to bomb terrorists in the province of Naklan. Ratchasima. 8.

Kites were also used in deep-sea fishing activities in the Malay Archipelago.

4

Sejarah Layang-layang Di Malaysia Tiada catatan sahih mengenai tarikh sebenar serta . asal-usul kewujudan layang-layang pertama di Malaysia. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, kedatangan layang-layang yang pertama di Malaysia dipercayai berasal dari negara China. la berdasarkan karektor yang terdapat pada layang-layang tradisional China yang mempunyai banyak persamaan dengan layang-layang di Malaysia. Ianya bukan sesuatu yang mustahil memandangkan Tanah Melayu (Malaysia) telah menjalin hubungan dengan negara China sejak hampir 2000 tahun yang lalu. Sebagai contoh salah sebuah negeri di Malaysia iaitu Kelantan dipanggil 'Ho-Lo-Tan' pada kurun ke-5 masihi, 'Chih-Tu' pada kurun ke-6 masihi dan 'Tan-Tan' pada kurun ke-7 masihi. Walau bagaimanapun konsep "layang-layang Melayu" telah diperakui oleh orang-orang Eropah sejak dahulu lagi. Orang-orang Melayu telah menggunakan daun kayu yang lebar untuk dijadikan layang-layang. Kemudian sesuai dengan perkembangan kemajuan manusia mereka telah mencipta beberapa rekabentuk bam. Berkemungkinan juga layanglayang di Malaysia mengalami satu evolusi dan menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China. Wau Sebagai Lambang Alam Sebuah cerita rakyat tempatan menyatakan bahawa, layang-layang mula dikenali di negara mi pada abad ke-8 masihi iaitu zaman Kerajaan Sri Wijaya. la melambangkan kawasan geopolitik Asia Tenggara oleh tokoh besar bernama Sanjaya dalam tradisi cerita rakyat Kelantan. Beliau juga dikenali dengan nama Dewa Muda. Menurut Abdullah Muhammad (Nakula) dalam karyanya yang bertajuk 'Falsaf ah Dan Pemikiran OrangOrang Melayu' menyatakan bahawa Sanjaya menerapkan lambang 'Wau Bulan' kepada geopolitik Asia Tenggara dalam prasasti yang ditemui di desa Changgal, dalam keresidenan Kedu, di Jawa Tengah bertarikh tahun 732 masihi. la menyatakan bahawa Sanjaya memerintah bersama kakaknya di sebuah negara yangbertali pinggangkan ombak-ombak dari laut-laut dan berdadakan gunung-gunung. Mitos Wau Ajaib Dewa Muda juga terkenal dengan kisah 'wau ajaib' (layang-layang ajaib) yang dipentaskan dalam cerita Mak Yong yang mengisahkan pertemuan Puteri Maharaja Jin dengan Dewa Muda. Puteri Maharaja Jin yang berasal dari kayangan telah membuang sekelopak bunga ke bumi dan siapa yang menemuinya akan menjadi jodohnya. Kelopak bunga tersebut telah dijumpai oleh Dewa Muda. Bagaimanapun Dewa Muda perlu naik ke kayangan dengan menaiki Wau Emas berhiaskan batu-batu permata sekiranya beliau ingin bertemu dengan Puteri Maharaja Jin. Akhirnya dengan pujuk rayu serta tipu muslihatnya, Dewa Muda telah dibenarkan menggunakan wau kepunyaan Bonda Permaisuri. Wau itu adalah hadiah mas kahwin yang diberikan oleh Paduka Sultan kepada permaisuri ketika mereka berkahwin dahulu. Dengan menaiki wau tersebut maka dapatlah Dewa Muda naik ke kayangan dan bertemu dengan Puteri Maharaja Jin.

5

The history of kites in Malaysia. There exists no particular authentic record that states the actual date and origin of the first kite in Malaysia. Nonetheless, historian Clive Hart stated that the first kite was brought to Malaysia from China. His statement was based on the characteristics found on traditional Chinese kites which are quite similar to the design of kites found in Malaysia. There is validity in the above argument as Tanah Melayu (Malaysia) already had diplomatic relations with China for over 2000 years. For example Kelantan, being one of the states in Malaysia was once called Ho-Lo-Tan in the the 5th century, Chih-Tu in the 6th century and Tan-Tan in the 7th century. Nevertheless, the concept of "Malay Fates" has been well established among Europeans for quite some time. Futhermore, Malays had already used large leaves to make kites. Later, with progress, a number of new designs had been incorporated. There is a possibility that the development of kites in Malaysia underwent an evolution, which assimilated the elements of Chinese culture. Wau as symbol of nature Local folklore has it that kites were introduced in this country during the Sri Wijaya Empire. According to the traditional Kelantan folktale, it represents the geo-political strength of South East Asia by its prominent rider, named Sanjaya. Sanjaya is also known as “Dewa Muda" (The Young Deity) According to Abdullah Muhammad (Nakula) in his book " The Philosophy and Thinking of the Malays ", Sanjaya is responsible for the incorporation of the symbol "Wau Bulari' within the geo-political region of South East Asia. This finding is based on the stone carving (prasasti) found in Desa Changgal, within the Kedu residential area in central Java in the year 732 A.D. Sanjaya was said to have reigned with his sister in an empire braced by the waves of the seas and the mountains. The Magic 'Wau' mythology Dewa Muda is also a famous character in the story of the magic "wau"staged in traditional theatres. Here, the union between Emperor of the Genies' princess and Dewa Muda was depicted. The princessjrom the heavens had dropped a petal to earth in her bid to find her suitor. The petal was discovered by Dewa Muda. However, to present the flower to the princess' mystical abode, he had to take flight on a golden "wau" decorated with diamond pearls. Through coaxing and cajoling and by deception, Dewa Muda was granted permission by the Queen to use the golden wau, being the dowry of the Sultan to the Queen when they were married. Dewa Muda was then elevated to the mystical land to meet the Genie Princess.

6

7

Related Documents

Wau
June 2020 1
Wau
October 2019 10
Wau
August 2019 11
Wau
May 2020 5
Wau
May 2020 6
Alatan Wau
October 2019 14