Alatan Wau

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Alatan Wau as PDF for free.

More details

  • Words: 231
  • Pages: 2
4. ALATAN YANG DIGUNAKAN Permainan wau tidak mempunyai alatan khusus untuk memainkannya. Permainan wau agak berbeza dengan permainan tradisional seperti gasing dan congkak. Alatan yang digunakan lebih ringkas dan sedikit. Antara peralatan yang diperlukan dalam untuk permainan ini ialah wau dan tali atau benang kasar yang panjang.

Pembuatan sesebuah wau agak rumit dan memakan masa, dari kerja - kerja meraut buluh untuk dijadikan rangka, mengimbal stabilkan kepak sehingga melekatkan kertas pada rangka wau tersebut menganbil masa dua minggu untuk siap. Rangka buluh tulang belakang wau lebih besar daripada kepaknya, kemudian diikat dengan menggunakan benang mengikut bentuk serta jenisnya.

Rangka yang telah disiapkan akan ditampal dengan tiga lapis kertas nipis lutsinar dengan berlainan warna. Lapisan pertama menggunakan kertas berkilat, lapisan kedua menggunakan warna yang berbeza dan bercorak awan larat iaitu bercorak pucuk rebung atau bunga cengkih yang telah ditebuk. Pada lapisan ketiga pula corak berlainan yang telah ditebuk ditampakan.

Pada bahagian kepala atau muncungnya serta di hujung kiri dan kanan kepak, akan dihiasi dengan rambu - rambu halus yang berwarna - warni menambah cantik lagi rupanya. Busul akan diregangkan di bahagian belakang tengkuk wau, agar ianya mengeluarkan bunyi dengung apabila diterbengkan di udara. Busul diperbuat daripada daun rembia atau mengkuang yang telah direndam dan dilarut lalu dibiarkan kering. Ini akan membentuk alat memanah. Tali teraju diikatkan di antara bahu kepak dan tulang belakang sebelah bawah wau bagi mengimbangi wau - Teraju Tiga.

Related Documents

Alatan Wau
October 2019 14
Wau
June 2020 1
Wau
October 2019 10
Wau
August 2019 11
Wau
May 2020 5
Wau
May 2020 6