Watak dan Perwatakan
JULIA Menghormati ibu dan bapa Julia amat menghormati ibu bapanya. Ini terbukti apabila dia mengikut kehendak bapanya untuk belajar di Hidayah Islamic College,perth, Australia. Dtuk Bakar dan Datin Maznah sedar akan perubahan sikap yang dialami anak gadis mereka yang semakin liar lalu mengambil keputusan untuk memisahkan mereka dengan harapan berlaku perubahan dalam diri Julia. Walaupun berat hati, Julia mengikut kehendak ibu dan bapanya. Rajin Julia adalah seorang yang rajin bekerja. Tugasnya bukan sahaja mengurus perniagaan yang ditinggalkan bapanya, tetapi juga mengurus adik-adiknya yang kesemuanya masih bersekolah. Di pejabat, Julia dibantu stafnya seramai 35 orang, manakala di rumah dia dibantu oleh neneknya dan orang gajimya Kak Mimi. Komitmen ini menunjukkan Julia seorang yang rajin bekerja Suka berfoya-foya Sebelum berhujrah ke Australia, Julia adalah sama seperti remaja peremouan yang lain d iota metropolitan. Suka berfoya-foya dan bergaul bebas dengan lelaki dan perempuan yang bukan muhrim, dan sering engkar nasihat ibu bapa. Rajin beribadat Selepas pulang belajar di Hidayah Islamic College, Julia mengalami banyak perubahan terutamanya dalam jiwanya. Julia rajin beribadat seperti sembahyang, mengaji, belajar ilmu agama, dan banyak menghabiskan masa di rumah untuk menguruskan adiknya.
DATIN MAZNAH Taat dan patuh kepada suami Sentiasa menurut perintah suaminya, Datuk Bakar. Datin Maznah tidak pernah membantah atau marah apabila suaminya berkahwin lagi dengan Ummi Sarah. Datin Maznah reda suaminya berkahwin lain asalkan berlaku adil dan tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap dirinya. Aktif berniaga Menjalankan perniagaan bersama-sama suaminya. mempunyai pegangan saham dalam BMPRO Holding. Buktinya, Datin Maznah sentiasa mengikuti keadaan ekonomi Negara walaupun berada di luar negeri. Berpandangan jauh Datin maznah nampak anaknya Julia menunjukkan cirri-ciri yang kurang baik. Pergaulan yang terlalu bebas dengan sahabatnya mencurigakan Datin Maznah. Secara diplomasi, Datin Maznah berbincang dengan suaminua, Datuk Bakar untuk menghantar Julia belajar di Australia.
JUN Bersopan santun Jun juga digambarkan sebagai pemuda yang bersopan santun sesuai dengan taraf keluarganya yang yang menjadi ahli perniagaan dan dihormati. Perahsia Jun merahsiakan pengislamannya daripada pengetahuan Julia.
RASHID Suka berfoya-foya Semasa sekolah. Anak kota ini adalah sahabat Karin Julia. Dengan perangainya yang suka berfoya-foya, Rashid mempunyai ramai rakan. Antaranya ialah Han, Muna, Jef dan Wei. Hidup Rashid tidak bermatlamat. Dia suka enjoy dan sering bertukar teman wanita. Rashid mengugut untuk membocorkan perlakuan buruk Julia semasa mereka bergaul jika Julia tidak menerima pelawaannya untuk keluar bersiar-siar selepas kematian ibu dan bapanya.
SYED MUSTAFFA Tamak
Seorang yang tamak dan berkeras menuntut butik tersebut. Namun Julia dengan penuh diplomasi Berjaya menasihatkan Syed Mustaffa daripada terus mendesaknya menyerahkan butik yang diuurus Ummi Sarah kepadanya. Akhirnya Syed Mustaffa akur dengan kelembutan Julia menangani masalah itu.
DATUK BAKAR Kuat bekerja Kegigihan Datuk Bakar bekerja membolehkan syarikatnya terus berkembang dan akan disenaraikan di papan kedua, Bursa Saham Kuala Lumpur. Ketokohan dan kecekapan dalam perniagaan membolehkan Datuk Bakar sentiasa dihormati bukan sahaja oleh anak-anaknya tetapi juga isteri-isterinya