WATAK DAN PERWATAKAN DALAM CERPEN PANTARAN
Haji Zaki
Haji Zaki ialah seorang nelayan yang tinggal di Kampung Ayer. Badannya gemuk, beratnya sekitar 120 kilogram. Dia tinggal di rumah sendiri berhampiran dengan rumah Ahmad. Haji Zaki mempunyai isteri isteri bernama Normah dan seorang anak bernama Hashim.
Haji Zaki adalah berfikiran panjang dan bersabar menempuh dugaan hidup. Dia sentiasa menyokong pembangunan kampung. Dia bersetuju apabila pantaran rumahnya terkena tapak untuk membina jambatan pail untuk menyertai penubuhan persatuan nelayan dan kedai syarikat di kampungnya. Aktiviti hariannya adalah menangkap ikan. Punca rezeki inilah yang menampung hidup mereka sekeluarga. Dengan hasil jualan ikan itu juga dia dapat mendirikan rumahnya sendiri.
Dalam urusan bermasyarakat, ia melibatkan diri dengan pembangunan jambatan hingga sanggup meninggalkan kerja hariannya. Dalam apa juga keadaan dia sentiasa taatkan ketua dan sentiasa berunding sesama orang kampung.
Ahmad
Ahmad sudah beristeri dan mempunyai seorang anak bernama Roslan yang berumur 17 tahun. Dia tinggal berdekatan dengan rumah Haji Zaki. Hubungannya dengan Haji Zaki adalah bersaudara. Secara zahir hubungan antara Ahmad dengan Haji Zaki nampaknya biasa saja. Tetapi dilubuk hati Ahmad, ternyata dia mahu menyingkirkan Haji Zaki dari kampung itu kerana Ahmad beria-ia hendak mengmbil tapak rumah Haji Zaki itu.
Ahmad bersikap tidak inginkan kemajuan. Ini dapat dilihat semasa penduduk kampung menubuhkan persatuan nelayan dan kedai syarikat. Ahamd tidak setuju. Sikap keras kepalanya itu dapat dilihat apabila reban ayamnya terpaksa diroboh untuk tapak jambatan pail. Dia tidak senang dengan cadangan tersebut. Umumnya Ahmad bersikap suka mementingkan diri sendiri. Aspeknya kemasyarakatannya tidak begitu memuaskan. Sebab dalam apa juga kerja-kerja kebajikan sering ditentangnya. Tetapi jika perkara itu menguntungkan dirinya, maka dia setuju. Jika sebaliknya dia membantah.
Normah
Normah adalah isteri Haji Zaki. Dia selalu menunjukkan sikap marah-marah dan bersedih bila berlaku sesuatu perkara yang tidak menyenangkan. Ini dapat dilihat semasa pantaran rumah mereka diroboh oleh Ahmad.
Fikirannya tidak boleh terganggu oleh perkara-perkara yang tidak baik. Dia seringkali mengeluarkan air mata jika bermasalah. Ini dapat dilihat dari kenyataan yang disebutkan oleh Haji Zaki bahawa dia tidak seperti Normah puah air mata.
Datuk Penghulu Basir
Datuk Penghulu ini merupakan penghulu di kampung itu. Bentuk badannya pendek dan gemuk. Ini dapat dilihat semasa dia pergi ke rumah Haji Zaki berjalan dengan terkiut-kiut. Pandangannya agak kurang. Ini menandakan umurnya sudah tua.
Dia mempunyai fikiran yang terbuka dan bertanggungjawab. Dia inginkan penduduk kampung dalam keadaan harmoni. Sebab itu jika berlaku sesuatu masalah akan diselesaikannya dengan cara muzakarah.
Selain berperanan sebagai Penghulu di kampung itu, dia juga sebagai wakil kampung untuk memata-matai pembinaan jambatan pail di kampung mereka. Ia mempunyai hubungan baik dengan orang-orang kampung. Sebab itu semasa pantaran Haji Zaki diroboh, dia dan orangorang kampung bergotong-royong membaiki semula pantaran tersebut.
Wakil Pegawai Daerah
Wakil Pegawai Daerah ini merupakan orang yang bertanggungjawab untuk memata-matai pembinaan jambatan pail di kampung Haji Zaki. Beliau merupakan wakil kerajaan untuk berunding dengan orang kampung. Jika ada masalah yang bersangkutan dengan pembinaan jambatan, maka dialah yang akan dapat memutuskannya.
Roslan Roslan adalah anak kepada Ahmad. Dia adalah satu-satunya anak Ahmad dan berumur 17 tahun.
Hashim
Hashim merupakan anak kepada Haji Zaki dan Normah. Wataknya di sini Cuma disebut saja dan peranannya pun tidak ada.