UNIVERSITI BRUNEI DARUSSALAM SAJAK ‘WARGA TUA WARGA EMAS (HIJAU)’ HASIL KARYA NORSIBAH HAJI APONG Md Raimie Bin Hj Mazid (06B0826)
Norsibah Haji Apong Warga Tua Warga Emas (Hijau) Dahi berkedut badan bongkok baju lusuh kain berubah warna Berjalan tak seperti dahulu penglihatan tak seterang dahulu pertuturan tak selancar dahulu semuanya berubah mengikut waktu Di mana anak di mana cucu di mana tempat mengadu di mana tempat berkongsi kasih sayang Pada usia emas hargailah warga tua Elakkan dari terabai jagalah hati 1
jagalah perasaan warga tua1
PENDAHULUAN
Sajak ‘Warga Tua Warga Emas (Hijau)’ adalah hasil ciptaan Norsibah Haji Apong yang diterbitkan dalam majalah Bahana Januari 2008, Bilangan 302, Jilid 43, halaman 10. Kertas kerja ini akan membincangkan mengenai penganalisisan dari aspek bentuk, aliran, bahasa, corak, nada, tema dan persoalan. Dengan adanya kertas kerja ini diharap akan dapat membantu para pengkaji lain untuk memahami dengan lebih dekat lagi tentang cara-cara penganalisisan sesebuah sajak. Menurut pikiran strukturalisme, dunia karya sastra merupakan susunan hubungan daripada benda-benda. Sebuah struktur dapat dipahami makna keseluruhannya bila diketahui unsur-unsur pembentuknya dan saling hubungan di antaranya dengan keseluruhannya. Unsur-unsur karya sebagai sebahagian dari struktur tidak mempunyai makna sendiri. Makna ditentukan oleh hubungannya dengan unsur-unsur lainnya dengan keseluruhan (Hawkes, 1978: 17-18).2
BENTUK Melalui Sajak ‘Warga Tua Warga Emas (Hijau)’ akan diteliti jumlah rangkapnya, jumlah baris dalam setiap rangkap, jumlah suku kata dalam setiap baris dan melihat pada rima akhir bagi setiap baris di dalam rangkap. Sajak ini mengandungi empat rangkap.
Rangkap pertama, kedua dan keempat
mengandungi empat baris iaitu Quatrin : 1 2
Majalah Bahana Januari 2008, Bilangan 302, Jilid 43, halaman 10 Terence Hawkes, Structuralism and Semiotics. London: Methuen and Co Ltd., 1978
2
Rangkap Pertama Dahi berkedut badan bongkok baju lusuh kain berubah warna Rangkap Kedua Berjalan tak seperti dahulu penglihatan tak seterang dahulu pertuturan tak selancar dahulu semuanya berubah mengikut waktu Rangkap Keempat Pada usia emas hargailah warga tua elakkan dari terabai jagalah hati jaga perasaan warga tua Sementara rangkap ketiga pula mengandungi tiga baris iaitu Terzina : Rangkap Ketiga Di mana anak di mana cucu di mana tempat mengadu di mana tempat berkongsi kasih sayang Setelah melihat kepada jumlah baris dalam setiap rangkap maka sajak ini terbukti tidak seimbang dan tergolong dalam kumpulan sajak yang berbentuk Bebas. Seterusnya kita akan meneliti jumlah suku kata yang terdapat dalam sajak ‘Warga Tua Warga Emas (Hijau)’. Dalam sajak ini, jumlah suku kata yang paling panjang ialah perkataan : ‘di-ma-na / tem-pat / ber-kong-si / ka-sih / sa-yang’ : 12 suku kata ( baris ketiga rangkap ketiga)
3
Suku kata yang paling pendek ialah perkataan : ‘ba-ju / lu-suh’ : 4 suku kata ( baris ketiga rangkap pertama) Kemudian kita akan meneliti rima akhir bagi sajak ini : Rangkap Pertama a-b-c-d Dadi berkedut (a) badan bongkok (b) baju lusuh (c) kain berubah warna (d) Rangkap Kedua a-a-a-a Berjalan tak seperti dahulu (a) penglihatan tak seterang dahulu (a) pertuturan tak selancar dahulu (a) semuanya berubah mengikut waktu (a) Rangkap Ketiga a-a-b Di mana anak di mana cucu (a) di mana tempat mengadu (a) di mana tempat berkongsi kasih sayang (b) Rangkap Keempat a-b-b-a Pada usia emas hargailah warga tua (a) elakkan dari terabai (b) jagalah hati (b) jaga perasaan warga tua (a) Rima akhir bagi rangkap pertama, kedua dan keempat adalah berbentuk syair akan tetapi rima akhir bagi rangkap ketiga adalah berbentuk bebas maka dengan ini sajak ini adalah tergolong dalam bentuk bebas kerana adanya ketidakseimbangan pada rima akhirnya.
GAYA BAHASA
Salah satu unsur yang memainkan peranan penting untuk meningkatkan mutu sesebuah
4
sajak ialah gaya bahasa, bagaimana penyajak bermain dengan pemilihan kata-kata serta penggunaan bahasa yang puitis dan sebagainya. Pada rangkap pertama penyajak bermain dengan simbol iaitu dengan mengemukakan beberapa perkataan yang memberi maksud bahawa ia sudah tua atau sudah lama hidup iaitu seperti perkataan dahi berkedut, badan bongkok, baju lusuh dan kain berubah warna. Kemudian pada rangkap keempat penyajak menggunakan emas sebagai simbol mengenai sesuatu yang sangat berharga iaitu melalui perkataan Pada usia emas hargailah warga tua yang membawa maksud bahawa warga tua adalah sama berharga seperti emas kerana pengalaman yang mereka miliki. Pada rangkap kedua ada terdapat unsur Epifora iaitu pengulangan perkataan di akhir baris : Berjalan tak seperti dahulu penglihatan dan seterang dahulu pertuturan tak selancar dahulu Pada rangkap ketiga pula ada terdapat unsur Anafora iaitu pengulangan di awal baris : Di mana anak di mana cucu di mana tempat mengadu di mana tempat berkongsi kasih sayang ALIRAN Aliran dalam sajak merujuk kepada pengarangan dan sikap penyajak yang terlihat dalam karya. Contohnya dalam sajak ‘Warga Tua Warga Emas (Hijau)’, penyajak banyak sekali memberikan nasihat dan didikan tentang kepentingan menjaga hati warga tua serta menghormati pengalaman yang mereka miliki. Oleh kerana ini sajak ‘Warga Tua Warga Emas (Hijau) adalah beraliran Didaktisisme iaitu sajak yang beraliran nasihat serta pendidikan kepada pembaca.
Penyajak mengingatkan pembaca supaya tidak
5
mengabaikan tanggungjawab mereka terhadapt warga tua, contohnya : Pada usia emas hargailah warga tua elakkan dari terabai jagalah hati jaga perasaan warga tua
CORAK
Corak sesebuah sajak dapat dikenal pasti setelah kita benar-benar membaca dan memahami maksud, persoalan dan tema sajak itu. Ia juga boleh dihubungkan dengan perutusan atau motif sajak itu ditulis. Dalam perkataan lain, corak itu dikenal pasti dengan menghubungkan tema dengan teknik penulisan yang digunakan. Sajak ini bercorak Epigram kerana penyajak menyampaikan tema dengan menulis sajak berupa pengajaran. Sajak ini padat dengan mengangkat mesej berupa nasihat, pengajaran dan didaktik moral.
Penyajak mengangkat kepentingan mennjaga perasaan dan
menghormati perasaan warga tua. Penyajak menyatakan betapa berharganya warga tua itu bukan kerana harta akan tetapi adalah kerana pengalaman yang telah mereka lalui itu menjadi sesuatu yang sangat berharga untuk dipelajari.
NADA
Nada kuat hubungannya dengan perasaan tinggi rendah dan kuat lemahnya sesuatu mesej yang disampaikan dalam sajak. Ia dikaitkan dengan sikap atau semangat penyajak ketika mengungkapkan isi dalam sajaknya.
6
Sajak ini mempunyai nada Simpati kerana nada ini memperlihatkan sikap penyajak yang bebas terhadap sesuatu kejadian atau kehidupan. Isi sajak seolah-olah mengajak pembaca sama-sama menaruh kasihan terhadap kejadian yang dimaksudkan oleh penyajak. Dalam sajak ini penyajak mengungkapkan rasa simpatinya terhadap sebilangan golongan tua yang terabai oleh anak-anak mereka dan penyajak merasa kasihan kerana warga tua ini tidak ada tempat mengadu.
PERSOALAN
Sesebuah sajak selalunya mempunyai satu atau beberapa persoalan yang cuba diketengahkan oleh penulisnya. Biasanya satu rangkap mengandungi satu persoalan. Jika sajak itu mempunyai tiga rangkap, boleh jadi ia mempunyai tiga persoalan. Selalunya antara persoalan yang diketengahkan oleh penyajak adalah seperti kemiskinan, rasuah, kebebasan, sosial, cinta, ketuhanan, pelajaran, perperangan dan sebagainya. Untuk sajak ini kita akan meneliti persoalan yang terdapat dalam setiap rangkapnya : Rangkap Pertama
- Persoalan tentang usia
Rangkap Kedua
- Persoalan tentang perubahan waktu
Rangkap Ketiga
- Persoalan tentang pengabaian warga tua
Rangkap Keempat
- Persoalan tentang harapan
PERUTUSAN Perutusan juga dikenali sebagai pengajaran. Selepas mentafsir maksud sajak, pembaca perlu mencari apakah pengajaran di sebalik sajak itu dibuat. Perutusan sajak itu boleh diambil melalui sajak sama ada yang bersifat langsung atau tidak langsung. Untuk meneliti perutusan yang terdapat di dalam sajak ini kita akan melihat pada rangkap demi
7
rangkap : Rangkap Pertama - Tidak ada manusia yang kekal muda Rangkap Kedua
- Setiap yang bernyawa pasti akan dimamah usia
Rangkap Ketiga
- Manusia banyak yang alfa dan lupa akan asal usulnya
Rangkap Keempat - Warga tua harus dilindungi zahir dan batinnya
TEMA
Tema diperolehi melalui huraian maksud dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam sajak itu. Dalam hal ini, persoalan yang paling penting boleh disimpulkan menjadi sebuah tema dan persoalan yang paling penting dan sekali gus menjadi tema bagi sajak ini ialah Pengabaian Warga Tua. Penulis memilih tema tersebut dengan mengambil kira setiap persoalan dan perutusan yang dikemukakan oleh penyajak yang hampir keseluruhannya merujuk kepada permasalahan yang dihadapi oleh warga tua yang terabai oleh anak-anak mereka.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulan sajak ‘Warga Tua Warga Emas (Hijau)’ adalah tergolong dalam kategori sajak berbentuk bebas dan tidak terikat kepada puisi lama seperti syair. Sajak ini banyak mengemukakan persoalan tentang warga tua yang sering diabaikan dan persoalan inilah yang menjadi tema untuk sajak ini. Akhir sekali, diharap dengan adanya analisis ini akan sedikit sebanyak membantu pengkaji yang lain untuk melakukan hal yang serupa kepada sajak-sajak yang lain.
8
BIBLIOGRAFI Norsibah Haji Apong, Majalah Bahana, Januari 2008, Bilangan 302, Jilid 43, halaman 10 Terence Hawkes, Structuralism and Semiotics. London: Methuen and Co Ltd., 1978
9