UNSUR-UNSUR KRITIKAN DALAM PUISI MELAYU TRADISIONAL SELOKA
NOREMAWATI BINTI AJIS D20061025155
KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM 2009
UNSUR-UNSUR KRITIKAN DALAM PUISI MELAYU TRADISIONAL SELOKA
NOREMAWATI BINTI AJIS D20061025155
KERTAS PROJEK INI DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT MEMPEROLEH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
FAKULTI BAHASA UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS TANJONG MALIM 2009
PENGAKUAN Saya mengakui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang setiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.
____________________________ Tarikh: 23 Oktober 2009 NOREMAWATI BINTI AJIS D2006102515
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS 35900 TANJONG MALIM PERAK UNSUR-UNSUR KRITIKAN DALAM PUISI MELAYU TRADISIONAL SELOKA OLEH NOREMAWATI BINTI AJIS D20061025155
Kertas projek ini telah diterima oleh Program Kesusasteraan Melayu untuk memenuhi sebahagian daripada keperluan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Kesusasteraan Melayu) dengan kepujian pada Sesi 2009/2010
………………………….. Penyelia Dato’ Dr. Rosli Bin Saludin
..................................
..................................... Penilai Dr Talib Samat
..................................
..................................... Penyelaras Ketua Jabatan Kesusasteraan Melayu Dato’ Dr. Rosli Bin Saludin
Tarikh:
Tarikh: ................................ Tarikh:
PENGHARGAAN
Syukur ke hadrat Tuhan yang Maha Esa kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya, saya telah dapat meyiapkan kertas projek ini dengan sempurna. Walaupun menghadapi pelbagai kesukaran, namun dengan kekuatan dan kesabaran yang diberikan-Nya, terlaksanalah tanggungjawab untuk menyelesaikan tugasan ini. Bersama-sama ini, ingin saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah banyak membantu dan memberikan kerjasama dalam usaha menjayakan penulisan kertas projek ini. Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Dato’ Dr. Rosli Bin Saludin, selaku penyelia kertas projek ini. Beliau telah banyak memberi bimbingan, kerjasama, teguran dan komitmen untuk kajian ini. Di samping itu, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua pensyarah dan kakitangan Jabatan Kesusasteraan Melayu yang telah banyak mencurahkan bakti sepanjang pengajian saya di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), khususnya di Jabatan Kesusasteraan Melayu. Untuk keluarga tercinta, terima kasih atas dorongan dan perhatian selama ini. Segalanya amat saya hargai. Tidak ketinggalan buat semua rakan seperjuangan yang sama-sama menuntut di UPSI, terima kasih atas segala bantuan kalian. Sesungguhnya pengorbanan dan budi baik kalian semua akan sentiasa tersemat dalam ingatan. Akhir sekali, kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan kertas projek ini, saya ucapkan ribuan terima kasih. Segala jasa baik yang telah diberikan itu akan mendapat balasan Tuhan Yang Esa.
ABSTRAK
Kajian ini, ditumpukan kepada unsur-unsur kritikan yang terdapat dalam puisi seloka Melayu dalam Himpunan Puisi Klasik karya Md. Ali Bin Bachik dan Mohd Yusof Md. Nor dalam karya Rampaisari Puisi Warisan. Pengkaji menggunakan unsur kritikan yang terdapat di dalam seloka yang telah dihasilkan. Pengkaji membahagikan latihan ilmiah ini kepada lima bab. Bab satu merupakan pendahuluan kepada kajian iaitu menjelaskan secara umum berkaitan dengan pengenalan, penyataan masalah, objektif kajian, batasan kajian, kepentingan kajian, kaedah kajian, dan definisi operasional. Manakala dalam bab 2 pula menyentuh tentang tinjauan literatur iaitu mengenai kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan tajuk pengkaji. Bab tiga pula, memuatkan metadologi kajian iaitu berkaitan dengan teori yang digunakan iaitu teori sastera warisan dan teori sosiologi oleh pengkaji untuk membuat analisis kajian. Bab empat pula menjelaskan tentang dapatan kajian berdasarkan objektif utama kajian dalam bentuk huraian. Dapatan kajian yang dimaksudkan ialah unsur-unsur kritikan dalam seloka dan dikaitkan dengan masyarakat zaman sekarang. Bagi bab lima pula, ia membincangkan secara menyeluruh berkaitan dengan hasil dapatan kajian. Dengan mengemukakan cadangan untuk mempertingkatkan penggunaan seloka dalam khalayak ramai. Dengan ini, unsur-unsur kritikan dapat ditonjolkan dengan jelas. Secara keseluruhan, puisi Melayu tradisional yang dikaji oleh pengkaji, mempunyai unsur-unsur kritikan yang tersendiri di samping memberi kesan nilai murni dan kesan pengajaran kepada pembaca.
ABSTRACT
This study, devote to criticism elements occur in inside Malay stanza poetry Himpunan Puisi Klasik Md work Ali Bin Bachik and Mohd Yusof Md Nor in Rampaisari Puisi Warisan work. Researcher use criticism element resides within stanza were generated. Researcher divide this academic training to five chapter. Chapter is a advance to studies namely explain publicly about introduction, problem statement, objective of the study, study limitations, importance of research, study method, and definition operational. Whereas in chapter 2 also touch of literature outlook that is about last studies about researcher subject. Chapter three also, loading study methodology namely about theory used namely heritage and sociological theory of the arts by researcher at making study analysis. Chapter four also explained of study findings based on inside study main objective description form. Study findings intended was criticism elements in stanza and associated with time society now. For chapter five also, it discuss comprehensively about study findings result. By adducing proposal to increase inside stanza use public. Hereby, criticism elements can be portrayed clearly. Overall, traditional Malay poetry are being studied by researcher, having criticism elements distinctive by give good value and teaching effect to reader.
KANDUNGAN
_____________________________________________________________________ Senarai kandungan
Halaman
Judul
i
Pengakuan
ii
Pengesahan
iii
Penghargaan
iv
Abstrak
v
Abstract
vi
Isi Kandungan
vii
BAB 1 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
1-4
1.2 Pernyataan Masalah
5
1.3 Objektif Kajian
6-7
1.4 Batasan Kajian
8
1.5 Kepentingan Kajian
9-10
1.6 Kaedah Kajian
11
1.7 Definisi Opresional
12-20
1.8 Kesimpulan
21
BAB 2 KAJIAN LITERATUR 2.1 Pengenalan 2.2 Tinjauan Literatur Dalam Negara
22-23 24-28
2.3 Tinjauan Literatur Luar Negara
29-32
2.4 Kesimpulan
33
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 3.1 Pengenalan
34-36
3.2 Konsep Teori
37-38
3.3 Konsep Teori Sastera Warisan
39
3.3.1
Titik Tolak Sastera Warisan
40
3.3.2
Sejarah idea
40
3.3.3
Idea-idea Pokok Teori Sastera Warisan
41
3.3.4
Kaedah Teori Sastera
42
3.3.4.1 Kaedah Sejarah
42
3.3.4.2 Kaedah Pernerangan Sejarah
43
3.3.4.3 Kaedah Penerangan Pengaruh
43
3.3.4.4 Kaedah Genre
44
3.3.4.5 Kaedah Perbandingan
44
3.3.4.6 Kaedah Moral
45
3.5 Teori Sosiologi
45-47
3.6 Kesinambungan Teori Sastera Warisan dan Pendekatan Sosiologi dengan Unsur Kritikan dalam Seloka.
48-50
3.7 Kesimpulan
51-52
4.0 DAPATAN KAJIAN 4.1 Pengenalan 4.2 Unsur Kritikan dalam Seloka
53 54
4.2.1 Seloka Pak Kaduk
55-60
4.2.2 Seloka Mak Si Randang
61-65
4.2.3 Seloka Pak Pandir
66-78
4.2.4 Seloka Kisah Pak Pandir
79-81
4.2.5 Seloka Sifat Pak Pandir 4.2.6 Seloka Si Luncai
82-84 85-91
4.2.7 Seloka Pak Balung Ayam Tambatan
92-96
4.2.8 Seloka Kehilangan Adat Melayu
97-99
4.2.9 Seloka Lebai Malang
100-104
4.3 Kesimpulan
105-106
5.0 CADANGAN DAN RUMUSAN 5.1 Pengenalan
107-108
5.2 Cadangan
109-112
5.3 Rumusan
113-114
5.4 Kesimpulan
115-116
BIBLIOGRAFI
117-119
LAMPIRAN Lampiran A
: Seloka Pak Pandir
120
Lampiran B
: Seloka Mak Si Randang
121
Lampiran C
: Seloka Pak Pandir
122
Lampiran D
: Seloka Kisah Pak Pandir
123
Lampiran E
: Seloka Sifat Pak Pandir
124
Lampiran F
: Seloka Si Luncai
125
Lampiran G
: Seloka Pak Balung-Ayam Tambatan
Lampiran H
: Seloka Kehilangan Adat Melayu
Lampiran I
: Seloka Lebai Malang
126-127 128 129
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1
Pengenalan
Kesusasteraan Melayu merupakan salah satu bidang ilmu yang sangat penting. Dalam bidang kesusasteraan ia terdiri daripada beberapa genre. Puisi Melayu dalam pelbagai genre yang diwarisi oleh masyarakat Melayu hari ini tidak terhitung banyaknya. Warisan ini merupakan pusaka bangsa Melayu yang mengandungi nilai peradaban yang sangat tinggi, unik dan sangat luar biasa. Keanekaragaman genre dan bentuknya pula memberi gambaran bahawa, masyarakat Melayu zaman silam hidup dengan latar kehidupan yang sangat harmonis, rukun dan beretika. Penghasilan puisi tradisional seloka berkait rapat dengan bahasa dan mempunyai mesej yang berunsur sindiran. Bahasa merupakan wadah yang digunakan untuk menyampaikan
mesej dalam seloka tersebut. Oleh itu penggunaan bahasa yang indah mampu menarik minat pembaca untuk mengetahui mesej yang ingin disampaikan. Dalam konteks ini, kajian yang dijalankan oleh pengkaji ialah “Unsur-unsur Kritikan Dalam Puisi Tradisonal Seloka.”
Menurut Atmazaki (1993), puisi pada dasarnya lebih merupakan sifat atau nilai keindahan dalam pengungkapan bahasa. Ungkapan atau penggunaan bahasa yang indah itulah yang menghasilkan unsur keindahan atau juga disebut sebagai puitis. Puisi tradisional mengelompokkan karya-karya puisi yang terdapat dalam masyarakat Melayu sejak zaman dahulu yang ditradisikan secara lisan, hingga ke zaman sebelum bermulanya zaman moden.
Tidak dapat dipastikan tarikh sebenar sejarah mula perkembangan puisi Melayu tradisional. Berdasarkan kajian oleh ramai sarjana, dapat dikatakan perkembangan puisi Melayu tradisional telah bermula secara bersama dan sezaman dengan perkembangan prosa Melayu tradisional. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran banyak genre puisi tradisional dalam karya hikayat dan cerita-cerita rakyat. Puisi tradisional iaitu Seloka antara yang pernah diperkatakan dan digunakan oleh masyarakat pada zaman dahulu kala. Antara puisi Seloka yang popular adalah Seloka Pak Pandir, Seloka Mak Si Randang, Seloka Pak Kaduk, Seloka Kehilangan Adat Melayu, dan sebagainya.
Para pengkaji mengambil pendekatan sejarah dan budaya untuk menentukan periodisasi kesusasteraan Melayu tradisional. Berdasarkan perkembangan ini,
perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi kepada empat tahap, iaitu zaman sebelum hindu, zaman hindu, zaman peralihan dan zaman Islam. Satu pendekatan lagi ialah menggunakan Islam sebagai satu batu persempadanan. Berdasarkan pendekatan ini, maka perkembangan sejarah kesusasteraan Melayu tradisional terbahagi kepada dua zaman, iaitu zaman sebelum Islam dan zaman sesudah kedatangan Islam.
Menurut S.Othman Kelantan (2000), sejarah kesusasteraan Melayu tradisional mencapai era kegemilangannya pada abad ke-17, dan kegemilangan itu terus dipertahankan dalam abad berikutnya, sehinggalah merebaknya pengaruh modenisme dalam alam Melayu pada awal abad ke-20 memasuki tahun 1900 dan seterusnya, merupakan zaman berkembangnya karya kreatif dalam bentuk novel, cerpen, puisi baharu dan drama, dan ini berlaku secara besar-besaran di Malaysia dan Indonesia (S.Othman Kelantan, 2000:23). Tahun 1900 boleh dianggap sebagai garis pemisah di antara kesusasteraan Melayu tradisional dengan kesusasteraan Melayu moden.
Oleh itu, perkembangan puisi Melayu tradisional bergerak sezaman dan sejajar dengan perkembangan kesusasteraan Melayu tradisional itu sendiri. Perkembangan itu sebenarnya tidak terhenti dengan bermulanya era moden yang dikatakan bermula di Tanah Melayu pada awal abad ke-20, malah terus memberi kesan dan memainkan peranan dalam masyarakat Melayu moden.
Bagi kritikan sastera ianya merangkumi aktiviti melakukan penilaian, penafsiran, penganalisian, hukuman terhadap teks sastera. Rene Wellek menyatakan kritikan sastera meliputi pengajian tentang karya seni sastera. Ann Jefferson (1988) ada menyebutkan kritikan pada amnya bermakna perbincangan tentang karya kesusasteraan terhadap pembaca yang cekap yang tidak semestinya pembaca ilmiah. Kritikan sastera satu aktiviti atau kegiatan untuk menjelaskan, menilai dan menyampaikan penerimaan dan tanggapan seseorang terhadap sesuatu karya. Kritikan bererti perbincangan kesenian-kesenian yang beralaskan dan bersistem atau menilai teknik dan hasilnya (Encyclopedia Britannica, 1966:780). Kritikan sastera ialah satu usaha yang bukan hendak mencari untung tetapi mempelajari dan menyebarkan sesuatu fikiran dan sesuatu yang telah diketahui sebagai yang terbaik dalam dunia (Matthew Arnold, 1970:142-143).
Kritikan di dalam sesuatu puisi tradisional mempunyai beberapa proses dalam tindakan penilaian karya itu. Proses-proses tersebut meliputi membaca teks, menghayati isi kandungan teks dan menganalisis isi teks bagi mengembangkan tanggapan-tanggapan yang terbit darinya.
1.2
Pernyataan Masalah
Era ini, dunia semakin canggih dengan kepesatan sains dan teknologi. Ketaksuban dalam mengejar kemajuan zaman, dunia sastera semakin dipinggirkan dan ada yang
menganggap dunia sastera sebagai dunia yang tidak bernilai. Kehidupan masyarakat kini yang semakin didasari oleh kepesatan dunia sains dan teknologi menjadikan masyarakat semakin kurang untuk menggemari karya-karya sastera yang menjadi pemangkin dalam pembentukkan sahsiah diri seseorang individu. Kemajuan dalam bidang teknologi telah menggelamkan ingatan masyarakat tentang kepentingan dunia sastera terutamanya genre puisi tradisional yang adanya unsur-unsur kritikan yang boleh dijadikan sebagai nilai dan pengajaran.
Kajian mengenai unsur-unsur kritikan yang terdapat dalam puisi Melayu tradisional iaitu Seloka kurang diperkatakan dalam dunia yang penuh dengan dunia teknologi moden. Hal ini kerana pembaca kurang mengkaji mesej yang mengandungi unsur kritikan yang dianggap boleh mendidik para pembaca apabila menghayati sesebuah puisi Seloka tersebut. Pembaca hanya ingin mengetahui mesej atau cerita atau kejenakaan serta kelucuan yang ingin disampaikan dalam sesebuah seloka. Contoh yang paling jelas ialah “Seloka Pak Kaduk” yang berunsurkan kejenakaan namun maksud disebalikya penuh dengan unsur sindiran.
Seloka merupakan salah satu genre sastera yang semakin terpinggir. Hal ini disebabkan oleh masyarakat pada hari ini menganggap bahawa bidang sastera tiada nilai komersial jika dibandingkan dengan bidang-bidang yang lain. Keadaan ini turut mempengaruhi generasi muda zaman sekarang. Mata pelajaran sastera di sekolah turut terkena tempias dan menyebabkan pelajar zaman sekarang tidak meminati bidang sastera. Tanggapan negatif tersebut telah mempengaruhi pelajar pada masa sekarang
dan kebanyakan sekolah menutup pengajaran mata pelajaran sastera di sekolah disebabkan pelajar kurang mengambil perhatian terhadap mata pelajaran tersebut. Kajian ini dapat memperkenalkan unsur-unsur sindiran dan kritikan sekaligus mendidik dan menarik minat masyarakat dalam bidang sastera.
1.3
Objektif Kajian
Unsur-unsur kritikan yang terdapat dalam puisi tradisional iaitu seloka merupakan salah satu aspek penting dan berguna untuk dikaji. Kajian ini dijalankan adalah untuk menilai unsur-unsur kritikan yang terdapat dalam seloka itu sendiri. Dengan adanya unsur-unsur kritikan dalam seloka maka secara tidak langsung seloka tersebut dapat menyampaikan mesej yang dikehendaki. Di samping itu, melalui kajian ini pengalaman baru akan diperoleh dan ia juga akan memberi kepuasan kepada pengkaji.
Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan kepada masyarakat umum khasnya dalam kalangan generasi muda pada zaman sekarang yang tidak meminati genre puisi Melayu tradisional terutamanya seloka. Dengan adanya kajian ini, maka mereka secara tidak langsung akan mengetahui bahawa seloka juga mampu memberikan kritikan yang membina dalam pembentukkan insaniah dalam diri seseorang pembaca itu. Penghayatan dalam puisi tradisional seloka dari aspek kritikan memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada pembaca terutamanya generasi
muda yang pada masa sekarang kurangnya nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri. Masyarakat pada masa dahulu penuh dengan sopan santun dan berbudi bahasa dalam menyampaikan sesuatu puisi dengan tujuan untuk menghiburkan penonton sekaligus mendidik para pembaca menghayati mesej yang mengandungi banyak unsur kritikan di dalam seloka.
Di samping itu, untuk mengenal pasti unsur-unsur kritikan yang terdapat dalam puisi Melayu tradisional iaitu Seloka juga untuk menyambung tradisi seseorang penyair. Daya kreatif yang ditunjukkan oleh penyair pada zaman dahulu adalah penting supaya ia tidak luput di telan dek zaman. Seloka-seloka yang dihasilkan oleh penulis tidak menggunakan bahasa yang secara tesurat tetapi ianya disampaikan dengan menggunakan kata-kata yang mendalam iaitu tersirat dan terpulang kepada pembaca atau pendengar itu sendiri mentafsir mesej yang ingin disampaikan. Dalam konteks ini, pengarang bermain dengan kata-kata dan imaginasinya yang sendiri.
1.4 BATASAN KAJIAN
Kajian ini merangkumi beberapa aspek yang dianggap berkenaan dengan tajuk yang dipilih oleh pengkaji. Secara keseluruhannya, aspek kajian ini adalah merangkumi dan meliputi penelitian terhadap unsur-unsur kritikan yang terdapat dalam seloka yang terdapat dalam buku yang telah dihasilkan iaitu Himpunan Puisi Klasik karya Md. Ali
B. Bachik dan buku Rampaisari Puisi Warisan karya Mohd Yusof Md. Nor. Dalam buku Himpunan Puisi Klasik dan Rampaisari Puisi Warisan ini, pengkaji memlilih 9 buah seloka untuk dikaji dari segi sindiran sekaligus mengkritik budaya masyarakat pada zaman dahulu. Walau bagaimanapun sindiran dan ejekan itu masih dalam lingkungan pendidikan, yakni untuk memberitahu masyarakat supaya mengambil pengiktibaran daripada sifat lemah, culas dan pendek akal watak-watak tertentu. Seloka yang menjadi pilihan pengkaji ialah:
i.
Seloka Pak Kaduk
ii.
Seloka Mak Si Randang
iii.
Seloka Pak Pandir
iv.
Seloka Kisah Pak Pandir
v.
Seloka Sifat Pak Pandir
vi.
Seloka Si Luncai
vii.
Seloka Pak Balung-Ayam Tambatan
viii.
Seloka Kehilangan Adat Melayu
ix.
Seloka Lebai Malang
1.5 Kepentingan Kajian
Sememangnya, setiap kajian yang dijalankan mempunyai kepentingan yang tersendiri. Kajian yang dilakukan akan memberi kepentingan kepada pengkaji, dunia pendidikan, bidang kesusasteraan dan juga negara. Kajian yang dilakukan terhadap seloka-seloka pada zaman dahulu amat penting untuk melihat unsur-unsur kritikan yang tajam
khasnya kepada masyarakat yang mudah ditipu dan selalu menipu. Kritikan sastera satu aktiviti atau kegiatan untuk menjelaskan, menilai dan menyampaikan penerimaan dan tanggapan seseorang terhadap sesuatu karya. Kritikan bererti perbincangan kesenian-kesenian yang beralaskan dan bersistem atau menilai teknik dan hasilnya (Encyclopedia Britannica, 1966:780).
Kritikan sastera ialah satu usaha yang bukan hendak mencari untung tetapi mempelajari dan menyebarkan sesuatu fikiran dan sesuatu yang telah diketahui sebagai yang terbaik dalam dunia (Matthew Arnold, 1970:142-143). Unsur-unsur kritikan dan sindiran disampaikan secara tersurat dan tersirat di dalam sesebuah puisi seperti seloka yang banyak mengandungi mesej yang berunsur sindiran tetapi bersifat kelucuan. Dalam konteks ini, kita dapat melihat bagaimana cara orang Timur menghasilkan sesebuah karya untuk menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat di dalam sesebuah karya.
Kajian tentang unsur-unsur kritikan yang terdapat dalam seloka pada zaman dahulu penting untuk mengetahui tentang penggunaan gaya bahasa dan mesej yang berunsur sindiran dan kritikan yang terdapat dalam buku Himpunan Pusi Klasik hasil karya Md. Ali bin Bachik dan Rampaisari Puisi Warisan hasil karya Mohd Yusof Md. Nor yang menghimpunkan beberapa buah puisi tradisional yang dihasilkan. Kajian ini memfokuskan tentang unsur-unsur kritikan atau sindiran yang digunakan oleh penulis yang berlainan. Kajian ini penting untuk mengetahui tentang kritikan dan sindiran yang
cuba disampaikan oleh penulis terhadap kehidupan masyarakat Melayu terdahulu dan sekarang.
Selain itu, kajian ini penting untuk memartabatkan genre puisi Melayu tradisional yang semakin lama dilupakan dalam sastera sebagai salah satu aspek yang sangat penting. Hal ini kerana puisi Melayu tradisional iaitu seloka juga berperanan dalam menyampaikan mesej kepada seseorang individu atau masyarakat. Melalui penggunaan bahasa yang berunsurkan kelucuan dapat menarik perhatian para pembaca yang membaca tentang isi tersurat dan tersirat pada puisi seloka tersebut. Dengan adanya kajian ini, ia akan dapat memantapkan perkembangan kesusasteraan Melayu pada masa kini.
Disamping itu juga, ia akan menggalakkan supaya generasi muda pada zaman sekarang untuk terlibat dalam dunia penulisan. Kajian ini juga penting dalam memberi kesedaran kepada pelajar dan pembaca tentang apa yang dihayati dan dibaca dalam seloka yang telah sedia ada. Walaupun kebanyakan pembaca mengatakan bahawa penggunaan bahasa dalam sastera adalah menyimpang namun dalam konteks ini ia adalah untuk memberi kesan dalam penyampaian sesebuah puisi seloka itu sendiri. Gambaran kebahasaan tetap dikekalkan seperti mana puisi-puisi Melayu tradisional dan moden tersebut dengan keaslian gaya, diksi serta bunga-bunga bahasa yang digunakan.
Di samping itu, kajian ini penting adalah untuk membentuk keterampilan pelajar dan juga pembaca dalam menguasai unsur-unsur bahasa, kreativiti, dan
persoalan yang dipilih. Sekaligus memberi nilai dan pengajaran kepada pelajar untuk tidak melakukan perkara yang serupa dengan watak-watak yang telah dilukiskan di dalam seloka.
1.6 Kaedah Kajian
Dalam memastikan kajian yang dibuat oleh pengkaji berjalan dengan lancar, pengkaji telah menggunakan kaedah penyelidikan perpustakaan. Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumat yang berkaitan. Bahan-bahan rujukan juga diperoleh melalui buku Himpunan Puisi Klasik karya Md. Ali B. Bachik, Rampaisari Puisi Warisan karya Mohd Yusof Md. Nor, kajian teks sastera Warna Sari Sastera Melayu Tradisional, Puisi Klasik karya Naapie Mat, Teori dan Kritikan Sastera karya Abdul Halim Ali dan Membina Keunggulan Tradisi Sastera karya Mana Sikana. Kajian ini adalah terbatas dan ia hanyalah berbentuk keperpustakaan.
Kajian perpustakaan ini telah dilakukan untuk membuat rujukan tentang definisi, istilah yang terdapat di dalam tajuk tersebut. Selain itu, dalam usaha mencari kajian lepas perpustakaan digunakan sebagai sumber utama. Tujuan utama pengkaji adalah untuk mendapatkan maklumat yang baru dan juga maklumat yang lama.
Selain itu, untuk memantapkan lagi ilmu dan maklumat untuk kajian, pengkaji turut menggunakan beberapa kajian-kajian lepas dari dalam dan luar negara serta bahan daripada majalah. Selain itu, pengkaji turut menggunakan pelbagai jenis buku. Di samping itu, pengkaji juga tidak terlepas dalam merujuk latihan-latihan ilmiah oleh pengkaji yang terdahulu. Ia adalah untuk pengkaji mendapatkan pengetahuan di samping panduan baru tentang kerja-kerja untuk menyiapkan latihan ilmiah ini.
Dengan berbekalkan kaedah perpustakaan inilah pengkaji mendapat banyak maklumat yang berguna, iaitu menjurus kepada tajuk yang telah dikaji oleh pengkaji iaitu tentang unsur-unsur kritikan dalam puisi Melayu tradisional yang terdapat dalam seloka.
1.7 Definisi Operasional
Terdapat beberapa konsep yang perlu difahami dalam kajian ini. Ia bertujuan untuk memudahkan kita untuk memahami maksud sesuatu konsep tersebut dengan lebih mendalam. Konsep-konsepnya adalah seperti berikut:
i. Seloka ii. unsur kritikan
1.7.1 Seloka
Perkataan “seloka” berasal daripada bahasa Sanskrit, shola atau anustubh yang memberi makna suatu bentuk puisi yang terdiri daripada dua baris (dua kerat, dua hemistichs), tiap-tiap satunya mengandungi 16 suku kata, tersusun dalam empat unit; unit yang terakhir selalunya berbentuk ‘diambus’ sementara unit-unit yang lain dalam bentuk-bentuk yang digemari, dari susunan suku-suku kata panjang dan pendek (guru dan lagu). Misalnya, ikatan yang standard pada sebuah seloka, yang terdiri daripada lapan suku kata dalam suatu ‘pada’ suku kata yang keenam selalunya panjang, yang kelimanya pendek dan yang ketujuh, pendek. Susunan ini memberikan kadensia iambik (iambic cadence). Dalam pada itu terdapat juga suku kata ketujuh yang panjang yang memberikan kadensa trochaik (trohaic cadence). Walau bagaimanapun, seperti kebanyakan puisi Timur- termasuk Sanskrit- aspek yang penting untuk menjadikan sesuatu ungkapan itu sebagai seloka dan pola irama beginilah yang membina epik-epik India yang terbesar iaitu Mahabrata (100 000 rangkap seloka) dan Ramayana (24 000 rangkap seloka).
Dalam kesusasteraan Melayu perkataan seloka dimaksudkan kepada sejenis puisi yang tidak mempunyai struktur yang tertentu, tetapi mempunyai puisi yang tidak
mempunyai ciri-ciri yang diasingkan daripada genre-genre yang lain. Justeru itu dalam menentukan ciri-ciri ini telah timbul perbezaan pendapat antara para pengkaji:
1. Menurut Simorangkir Simandjuntak (1965), seloka adalah bidalan atau pepatah yang diberi bersampiran, tegasnya dalam bentuk pantun empat baris.
Anak agam jual sutera, Jual di Renggat tengah pekan, Jangan digengam seperti bara, Terasa hangat dilepaskan. 2. Zuber Usman (1975), pula berpendapat seloka hampir sama dengan gurindam, tetapi seloka yang dipentingkan ialah kelucunanya: Malang celaka Raja Genggang, Tuak terbeli tunjang hilang. Gigi tanggal rawan pun musnah, Awak tua gadis bermusim.
3. Menurut Hooykaas (1965), seloka adalah pantun yang memakai rima yang sama a-a-a-a seperti syair: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas, Mandi segan kerja malas, Harta orang hendak digalas. 4. Amir Hamzah mengatakan seloka ialah pantun yang mempunyai perkataan
erti antara sampiran dan maksudnya: Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar orang, Puru-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. (Hooykaas 1965, 73-85) 5. Za’ba yang memberikan huraian dan contoh-contoh yang banyak mengenai seloka dan gurindam, mengatakan seloka adalah sejenis karangan yang lebih kurang sama seperti gurindam; sebab itu kebanyakan sifat-sifat gurindam ada kepadanya. Sekadarkan lainnya dalam seloka itu ada tercampur kelakar, mengeli hati, gurau senda, giat, ejek, dan terkadang perasaan nyanyi, asyik berahi, hiba rawan, khayal dan mimpi; sebagai contoh: (dalam jenis seloka melarat) Maka baginda pun mengejutkan tuan Puteri sambil berulit: ‘adinda tua. Bangunlah tangkai hati Abang dan penglipur lara kekanda, urat rambut batu kepala abang’- serta Beberapa cumbu yang memperbaharui kasih dan memulihkan mesra. Maka tuan puteri pun bangunlah sambil memalis seumpama Bunga cempaka kembang pagi lemah lembut dalam taman puspa sari adanya. 6. Dalam bahasa jawa, seloka dikenal dan diasosasikan dengan peribahasa, misalnya seloka jawa: Rindik asu digitik (ertinya, lari seperti anjing dipukul) Kutik marani sunduk (gabus mendapatkan tusuk) Keno kebotan sungu (kerbau keberatan tanduk).
Ternyata daripada contoh-contoh di atas, genre seloka telah dikelirukan dengan genregenre yang lain yang sewajarnya telah mempunyai bentuk dan stuktur yang khusus. Pembicara-pembicara yang menyentuh soal ini, khususnya dari aspek yang dimaksudkan di sini, telah memberikan definisi dan contoh berdasarkan bentuk yang ditemui mereka ketika itu dan pemahaman masyarakat yang terlalu umum di tempat dan waktu yang tertentu. Daripada ukuran dan pendekatan yang kita gunakan dalam kajian ini, seluruh contoh yang dikemukakan itu tidak dapat digolongkan sebagai seloka, kerana bentuknya yang telah tertakluk kepada genre yang lain.
Ciri-ciri seloka menurut Za’ba ialah seloka adalah karangan berangkap (puisi) yang memakai pertentangan bunyi hujung (rima) yang tiada tetap. Selain itu, perkataan menyindir atau mengejek, dikatakan dengan cakap yang berangkap. Perkataan gurau senda dan jenaka semata-mata, istimewa jika bercampur dengan rangkap atau pertentangan bunyi di mana-mana.
Ringkasnya seloka Melayu tidak mengandungi cerita seperti seloka sanskrit dan tidak juga ada persamaan struktur di mana-mana. Seloka melayu adalah sejenis puisi bebas, tidak mempunyai bentuk tertentu dari segi rangkap, jumlah baris dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris, sama ada berirama atau tidak. Cuma yang penting ia terdiri daripada ungkapan yang sejajar, lebih daripada dua baris, mempunyai kadensa yang sama dengan talibun atau prosa berirama; dan isinya mengandungi
maksud mengejek, menyindir sama ada serius atau jenaka, atau mungkin juga mengandungi perasaan-perasaan berahi, asyik, khayal dan mimpi.
1.7.2 Unsur Kritikan
Kritikan sastera ialah satu displin ilmu yang saintifik, yang membicarakan soal penghayatan, penganalisian dan penilaian terhadap sesebuah karya kreatif. Ia dikatakan ilmu yang saintifik, kerana menggunakan pendekatan atau metodologi sewaktu membuat kritikan. Sesiapa sahaja boleh melakukan kritikan setelah membaca sesebuah karya, baik apa jua genre, novel, cerpen, sajak atau drama, asalkan menggunakan mana-mana pendekatan atau metodologi kritik sastera.
Secara am, penghayatan dalam kritik sastera bermaksud apresiasi, pengamatan, pemahaman, tanggapan, perasaan serta pemikiran yang terjelma dari reaksi pembacaan. Seseorang itu mungkin berasa berminat atau terpikat semasa menikmati sesebuah karya. Begitu juga sebaliknya, seseorang itu mungkin merasa bosan, dingin, tidak puas hati atau apa-apa sahaja perasaan negatif yang lainnya. Terdapat pelbagai jenis kritikan. Secara umum dan secara konservatif, pendekatan kritikan sastera itu dapat dibahagikan kepada dua iaitu isi dan bentuk atau isi dan panyampaian. Biasanya proses kritikan itu melalui beberapa peringkat.
Peringkat pertama kita memahami karya itu dari sudut isi. Sebuah puisi misalnya kita fahami dulu apa maksud puisi itu?
Selanjutnya, bentuk. Apakah bentuk yang digunakan oleh pengarang untuk karya itu dan bagaimana pengarang mengolah karyanya? Kalau sebuah cerita misalnya, kita menyatakan dalam bentuk apakah cerita itu digubah?
Pada kebiasaaanya sastera menggunakan bahasa. Jadi, penyampaian karya sastera itu dilihat dari segi isi, bagaimana bahasa itu digembleng untuk menonjolkan isi melalui bahasa dan bentuknya itu, menimbulkan kesan. Dan kesan daripada sesebuah karya sastera itu berbagai-bagai. Ada yang berkait dengan emosi kita dan ada pula yang berkait dengan akal kita. Kesan ini pula kita dapat lalui melalui kepandaian pengarang mengolah bentuk dan bahasa tadi. Dengan kepandaian mengolah isi karya dapat ditonjolkan, perasaan dapat dibangunkan, pemikiran dapat diungkapkan.
Selain itu, ada kritikan yang membicarakan sastera dari aspek bahasa sahaja. Misalnya kritikan itu membicarakan bagaimana penggunaan bahasa dalam sesebuah karya itu dengan menunjukkan di mana letaknya kesesuaian penggunaan bahasa dalam karya tersebut. Nilai kesesuaian tentang bahasa karya itu pula sering didengar dan dirasa, bukan sahaja indah ketepatan penggunaan kata dan susunan kata dan keberkesanan penggunaan bahasa yang dikaitkan dengan maksud karya sastera. Tidak kurang pula, membicarakan tentang pembaharuan dan kesegaran pengucapannya.
Ada juga kritikan yang mengambil aspek penyampaian sesebuah karya. Ada juga kritikan yang mengambil kira aspek plot cerita sebagai tumpuannya. Selain itu terdapat juga kritikan yang membicarakan manusia dalam sesebuah cerita. Selanjutnya ada pula orang yang mengambil aspek kritikan sastera itu dari memisahkan antara bentuk dengan isi yang membicarakan tema dan persoalan di satu pihak dan bentuk pula dibicarakan di pihak lain. Tidak kurang pula ada kritikan yang hanya membincangkan soal keunikan bentuk. Hal ini terjadi kerana adanya perkembangan baru dalam sastera yang tidak memperdulikan isi tetapi hanya bentuk. Misalnya dalam membicarakan sebuah novel, yang dilihat bukan gabungan isi dengan bentuk novel itu tetapi yang menjadi tumpuan baginya bagaimana, bentuk novel itu berbeza dengan bentuk novel-novel yang lalu.
Di Malaysia pengkritik Hashim Awang, Ramli Isin dan Othman Puteh sering menggunakan kritikan jenis ini. Kritkan formalisme ini agak mudah dilakukan tetapi yang menjadi masalah ialah penilaiannya tidak semestinya dapat memberikan keadilan kepada sesebuah karya sastera, sebab menurut pendekatan ini setiap karya sastera mesti tunduk kepada bentuk formal yang sudah lumrah wujud, sedangkan hakikat sastera itu tidak ke semua karya sastera mesti mengikut satu format yang standard. Kritikan struktural ialah kritikan yang bertitik tolak daripada idea bahawa sebuah karya itu merupakan satu kesatuan yang organik. Setiap unsur yang ada di dalamnya itu berkait rapat antara satu dengan lain, tidak boleh dipisahkan, ibarat irama dan lagu, kalau dipisahkan rosaklah lagu, pincanglah seni. Jadi kritikan yang menggunakan pendekatan ini membicarakan sesebuah karya seni, pembicaraannya
menekankan unsur-unsur penting yang terdapat dalam karya itu dan menghubungkan unsur-unsur tersebut antara satu dengan lain.
Kritikan lain ialah kritikan sosiologi. Kritikan jenis ini lebih banyak menekankan isi dan kesan sosial terhadap sastera. Dalam perlaksanaanya kritikan jenis ini cenderung menilai dan menganalisis kesusasteraan dengan cara mengaitkannya dengan masyarakat yang menjadi wadah kepada penulis dan karya sastera itu sendiri.
Kritikan yang paling tua ialah kritikan moral. Kritikan jenis ini meletakkan nilai tara sastera itu terutama kepada kesan moral daripada karya sastera itu. Dengan itu kecantikkan dan keindahan karya sastera itu diukur berdasarkan sejauh mana hasil sastera itu memberi manfaat kepada pembaca. Sering juga kritikan jenis ini memandang sastera dari sudut pengajaran yang diberikan terhadap pembangunan jiwa, emosi dan mental manusia.
Dalam sastera, kritikan tentunya berfungsi sebagai pengukur yang memberi pertimbangan-pertimbangan baik buruk, positif negatif, objektif mahupun subjektif atau tinggi atau rendahnya mutu yang membawa kepada penerimaan atau penolakan terhadap sesuatu karya itu. Menelusuri definisi kritikan yang bertujuan untuk menilai sesebuah karya, maka kita dapat merumuskan bahwa kritikan juga berfungsi sebagai penilai yang akan membuat keputusan dan pertimbangan terhadap nilai karya dari pelbagai dimensi. Kritikan sastera juga berfungsi membina budaya intelektualisme, kerana kecenderungannya mengajak pengkritik berada dalam wadah argumentasi
berlandaskan aturan ilmu, pemikiran yang rasional dan kesejagatan norma-norma masyarakat yang harmonis.
1.8 Kesimpulan
Kesimpulannya, seloka merupakan salah satu bahasa berirama yang disampaikan dengan menggunakan bahasa yang meleret-leret. Isi yang disampaikan itu mengandungi unsur-unsur pengajaran dan nasihat. Isi ini pula disampaikan melalui nada-nada ejekan dan sindiran, sama ada secara terus atau tersirat disebalik yang jelas bahasa sindirannya. Sehubungan dengan itu, seloka juga mempunyai peranan untuk mendidik masyarakat. Unsur nasihat yang disampaikan secara sindiran yang halus. Nasihat itu juga kekal kebenarannya dan luas pengaruhnya. Hal ini terbukti apabila timbulnya peribahasa ‘buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali. Kebenaran ini ternyata bukan sahaja diterima oleh masyarakat Melayu lama bahkan juga kehidupan masyarakat kini. Unsur didaktik juga berperanan untuk mengungkapkan unsur-unsur didaktik atau pengajaran. Jelasnya di disini, seloka juga memainkan peranan dalam masyarakat. Walaupun bahasa yang digunakan secara mudah dan berunsur sindiran tetapi ianya mempunyai maksud yang tersirat. Unsur-unsur kelucuan juga ditimbulkan bertujuan untuk menghiburkan anggota masyarakat.
BAB 2
TINJAUAN LITERATUR
2.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji membincangkan tinjauan literatur yang berkaitan dengan kajian tentang puisi tradisional iaitu seloka. Seloka ialah karangan berangkap, pepatah atau perumpamaan yang mengandungi jenaka, senda gurau, ejekan, olok-olokan, giatan malah sindiran. Selain, itu seloka juga ada gurau senda yang mengandungi sindiran yang ditulis dalam bentuk bahasa puisi, dan mengandungi pengajaran atau teladan. Apabila membicarakan mengenai puisi Melayu, ia merangkumi satu aspek yang amat luas, menakjubkan dan penuh dengan misteri. Masyarakat Melayu tradisional yang dianggap ringkas, kolektif dan serba kekurangan itu telah menghasilkan puisi-puisi yang begitu banyak dan berkualiti. Kajian-kajian yang lebih serius dan bersifat akademik terhadap warisan puisi tradisional dikatakan hanya bermula pada abad ke-19. Ia dipelopori oleh golongan penulis dan pengkaji Melayu tradisional sebelum diambil alih oleh golongan para sarjana dan pegawai-pegawai Eropah. Kesedaran terhadap kepentingan warisan ini telah membawa kepada satu dimensi baru dalam kajian warisan puisi. Ia dilakukan dengan lebih komprehensif dan mendalam oleh golongan pengkaji yang terdidik dalam disiplin sastera dan akademik.
Sesebuah kelompok masyarakat menjalani kehidupan yang terjaring dalam suatu kebudayaan. Kebudayaan membawa maksud seluruh aspek kehidupan manusia yang asalnya dibentuk untuk memenuhi keperluan jasmani dan rohani yang terdapat di dalam kelompoknya. Aspek-aspek kehidupan yang dimaksudkan tersebut ialah politik, sosial, ekonomi, teknik, pengetahuan, etika, falsafah dan juga kesenian. Salah satu cabang yang terdapat dalam kesenian ialah kesusasteraan. Kesusasteraan merupakan kesenian yang merangsang manusia yang menggemari keindahan dan juga keselesaan. Bahan yang paling penting untuk melahirkan keindahan dan keselesaan tersebut ialah bahasa.
Dalam bahasa yang seni, ia menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan persoalan utama sama ada kata-kata itu tertulis atau sekadar ucapan yang diluahkan. Kata-kata yang tertulis berbeza dari lambang yang terlihat pada lukisan sebagaimana berbezanya kata-kata yang dituturkan dari nada yang dilahirkan melalui muzik. Hal ini kerana kata-kata tersebut mewujudkan makna-makna yang tertentu. Makna tersebut penting menjadikan kesusasteraan penting kerana dari segi puisi yang tercetak dengan indah sekalipun tidak mampu untuk menandingi sebuah lukisan yang agung malah puisi yang diucapkan dengan baik sekalipun tidak dapat disamakan dengan bunyi muzik yang halus (MK. Danzinger; 1983:1-2). Oleh yang demikian, kesusasteraan merupakan salah satu bidang yang sangat luas. Kesusasteraan terdiri daripada pelbagai genre. Salah satu genre yang terdapat dalam kesusasteraan adalah puisi Melayu tradisional iaitu seloka.
Seloka merupakan salah satu genre sastera yang begitu banyak menggunakan bahasa untuk menjadikan sebuah seloka tersebut puitis. Aspek yang paling penting yang terdapat dalam seloka ialah unsur-unsur kritikan yang terdapat dalam sajak tersebut. Dalam konteks ini, kesusasteraaan dapat memberi kesan dalam pembentukkan personaliti, mempertajamkan pemikiran dengan asuhan kreatif, mengilhamkan misteri, menghalusi nilai etika dan juga unsur kritikan. Di samping itu, ia juga menjadikan sesebuah seloka atau hasil karya yang lain harmoni dan sinonim dengan perkara yang hendak disampaikan dalam sesebuah masyarakat.
2.2
Tinjauan Literatur Dalam Negara
Kerangka hati dan budi Melayu mengandungi tiga komponen utama iaitu epistemologi, pandangan alam semesta (worldview) dan komponen nilai serta akhlak. Dalam konteks epistemologi, ilmu mengikut pandangan orang Melayu ialah ilmu pencarian akal budi manusia serta ilmu ilham dan wahyu. Sementara itu, dalam aspek komponen pandangan alam semesta, masyarakat Melayu meletakkan Allah sebagai sumber panduan tertinggi dalam pemikiran dan aktiviti. Aspek komponen nilai, moral, etika, dan akhlak berkaitan erat dengan pandangan orang Melayu tentang sesuatu yang dianggap sebagai mempunyai nilai yang tinggi dari segi kebenaran, kebaikan dan keindahan.
Menurut Harun Mat Piah, seloka ialah sejenis puisi bebas, (sama seperti gurindam yang tidak terikat), berangkap atau tidak, jika berangkap tiada tentu jumlah barisnya dalam serangkap, jumlah perkataan dalam sebaris, memakai rima atau tidak. Selain itu, seloka juga memerlukan beberapa baris atau rangkap untuk melengkapkan satu keseluruhan idea. Dari segi bentuknya ia sama seperti gurindam, talibun, teromba dan mantera; tetapi tergolong sebagai seloka kerana isinya mengandungi sindiran, jenaka, mengusik, bersenda gurau atau perasaan-perasaan asyik, berahi, khayal atau mimpi. Seloka tidak memperlihatkan kepelbagaian jenis dan tema; contoh dan penggunaannya juga amat terhad, baik dalam pemakaian secara lisan, mahupun dalam bahan-bahan yang telah tertulis. Dengan pendekatan demikian istilah pantun, seloka, dan contoh-contoh yang dikatakan seloka dari bentuk pantun dan syair dapatlah ditolak daripada digolongkan sebagai seloka (Harun Mat Piah: 1989).
Seloka merupakan puisi tradisional Melayu sejajar dengan gurindam, seganding dengan pantun dan syair. Puisi tradisional ini berasal daripada kesusasteraan Hindu klasik yang didapati dalam epos Mahabrata dan Ramayana. Semenjak bilakah gurindam dan seloka ini dikenali umum oleh orang-orang Melayu tidaklah diketahui. Akan tetapi dalam buku Sejarah Melayu yang disusun pada T.M. 1612 oleh Tun Seri Lanang ketika menggambarkan bunyi burung-burung di dalam taman Puteri Gunung Ledang, membandingkan dengan orang bergurindam dan berseloka. Kejadian tersebut berlaku zaman kerajaan Melayu Melaka kerana itu besar kemungkinan bahawa bentuk-bentuk gurindam dan seloka ini sudah dikenali oleh orang-orang Melayu semenjak kurun Masehi yang ke XVI atau lebih dahulu daripada itu. Perkataan seloka berasal daripada bahasa
Sanskrit. Bentuk seloka hampir sama dengan gurindam tetapi lazimnya seloka terdiri dari empat baris yang bersajak, bunyi suku kata dihujungnya sama, tiap-tiap baris mempunyai empat patah perkataan, demikian mengikut sesetengah pendapat. Di negara kita pada masa kini, puisi seloka kurang begitu terkenal jika dibandingkan dengan pantun dan syair, namun jika kita hayati dan halusi sedalam-dalamnya maksud atau mesej yang tersirat dalam seloka sebenarnya memberi penginsafan yang mendalam, yang amat kritis mempersoalkan kewibawaan bangsa, keunggulan pemerintahan sesebuah negeri dan negara (Mohd Rosli Saludin, 2007: 117).
Perkataan seloka berasal daripada kata sloka dalam bahasa Sanskrit. Seloka mengandungi 16 suku kata, dan berbentuk bebas. Dari segi bentuk seloka sama dengan beberapa jenis puisi lain seperti guindam, talibun, mantera dan teromba, iaitu mempunyai bentuk yang tidak tetap dari segi jumlah baris dalam rangkap dan rima akhirnya. Walau bagaimanapun, seloka sebagaimana kata C.Hooykaas, mengandungi unsur sindiran. Sindiran ini pula boleh bersifat jenaka mahupun serius dan mungkin juga mengandungi unsur-unsur lain seperti perasaan-perasaan asyik, berahi, khayal dan mimpi. Sesuai dengan cirinya yang dasar sebagai sindiran dan jenaka, lalu tema dan isinya juga berupa sindiran, ejekan atau hanya cetusan perasaan, kagum atau benci terhadap seseorang dan perlakuannya. Bagaimanapun jika dihalusi lebih teliti akan mudah diinsafi, bahawa ejekan dan jenaka di dalamnya tidaklah berhenti dengan menghibur, bermain atau bersuka-suka semata-mata. Sebaliknya masih boleh pula diberikan interpretasi yang lebih wajar, iaitu pengajaran dan panduan kepada anggota masyarakat dalam menghadapi
sesuatu keadaan yang mungkin mengancam kesejahteraan diri dan masyarakat (Harun Mat Piah, 1989).
Menurut Pendeta Za’ba seloka tersebut ialah sejenis karangan yang lebih kurang sama seperti gurindam juga. Hal ini kerana kebanyakan sifat gurindam terdapat pada seloka. Perbezaaannya ialah seloka turut memasukkan perasaan asyik berahi, hiba rawan, khayal, mimpi, kelakar, mengelikan hati, gurau senda, sindir, giat dan ejekan. Menurut Pendeta Za’ba lagi adalah terlalu sukar untuk membezakan antara gurindam dan seloka. Malah kadang-kadang sesebuah puisi yang seperti ini boleh dikatakan seloka dan boleh pula dikatakan gurindam. Selain itu, Pendeta Za’ba juga mengatakan bahawa terdapat gurindam dan seloka yang bercampur dengan pantun dan kadang-kadang syair juga. Puisi-puisi ini selalu juga disebut ‘pantun seloka’ dan syair seloka; dan banyak terdapat dalam hikayat lama serta cerita-cerita rakyat yang panjang. Pendeta Za’ba kemudiannya membuat rumusan tentang penjelasan gurindam dan seloka itu sebagai seloka yang boleh dikatakan gurindam sahaja, yang juga boleh dikatakan seloka sahaja dan yang boleh dikatakan kedua-duanya sekali (Za’ba, Pelita Bahasa Melayu Penggal III: 194). Menurut Naapie Mat, seloka berasal dari bahasa Sanskrit. Bentuk ini asalnya terdapat dalam kitab-kita tua India, Mahabrata dan Ramayana, mempunyai sajak yang sederhana dan terdiri dari empat perkataan dan delapan suku kata pada tiap-tiap baris. Seloka kerapkali digunakan sebagai nasihat dan ibarat. Bahasanya kerapkali melarat dan penuh dengan sindir giat yang tajam dan dalam, dan biasanya mengejek-negejek. Seloka boleh juga mengandungi perasaan-perasaan hiba, rawan, sedih, asyik berahi, khayal dan
angan-angan mengikut jenis-jenis seloka itu. Seloka terdiri dari empat baris dan bersajak seperti syair (Napiee Mat, 1992).
Contoh seloka: “Sudah bertemu kasih sayang, Duduk terkurung malam siang, Hingga setapak tiada renggang, Tulang sendi habis bergoncang.” Atau “Orang selsema sakit berhingus, Lubang hidung rasa terkambus, Ibarat laksana telur kemungkas, Benci nak pandang, rasa cemus.” Menurut Gahazali Dunia, beliau merencanakan seloka itu mempunyai bentuk yang tiada tetap jumlah barisnya, sedang isinya mengandung sindiran terhadap kelakuan seseorang pemadat, pemalas, dungu dan sebagainya dengan maksud untuk dijadikan bidalan belaka (Gahazali Dunia, 1992).
2.3
Tinjauan Literatur Luar Negara
Kajian mengenai seloka ini pernah dilakukan oleh penulis luar negara kebanyakannya daripada negara Indonesia.
Menurut Zuber Usman, (1975) berpendapat seloka hampir sama dengan gurindam, tetapi seloka yang dipentingkan ialah kelucuannya. Kelucuannya jelas terpancar pada seloka klasik iaitu:
Malang celaka Raja Genggang, Tuak terbeli tunjang hilang, Gigi tanggal rawan pun murah, Awak tua gadis bermusim, Manakala Amir Hamzah tokoh penulis yang berasal dari Indonesia mengatakan seloka adalah pantun yang memakai rima yang sama a-a-a-a seperti syair: Jalan-jalan sepanjang jalan, Singgah-menyinggah di pagar Pura-pura mencari ayam, Ekor mata di anak orang. Menurut Simorangkir Simandjuntak (1965), seloka adalah bidalan atau pepatah yang bersampiran, tegasnya dalam bentuk pantun empat baris.
Anak agam jual sutera, Jual di Rengat tengah pekan, Jangan digengam seperti bara, Terasa hangat dilepaskan. Seloka lama yang dimaksudkan oleh Rustam Efendi, tiada yang berbeza dengan maksud penulis-penulis hikayat lama, ialah puisi lama dan pengertian umum. Dalam puisi baru, ciptaan Rustam Effendi disinggungya pula perkataan seloka itu:
Syarat saraf saya mungkiri, Untai rangkai seloka lama, Beta buang beta singkiri,
Sebab laguku menurut sukma. (Rustam Effendi : 1967) Menurut C. Hooykaas (1965), menyatakan seloka yang terdapat dalam bahasa Melayu itu ialah suatu seloka dari empat baris yang masing-masing terdiri sebolehbolehnya dari empat perkataan dari 8-11 suku kata, dan bersajak sebagai kalimat-kalimat syair tetapi dalam empat baris ataupun sebagai kebanyakan pantun. Pendapat C. Hooykaas ini hampir serupa dengan R.J. Wilkinson dalam kamusnya itu, yakni seloka itu tiada mempunyai bentuk atau hukum-hukum yang tetap seperti pantun, syair, gurindam dan sebagainya. Seloka adalah pantun yang memakai rima yang sama a-a-a-a seperti syair: Candu dibungkus kain palas, Makan dia mata bilas, Mandi segan kerja malas, Harta orang hendak digalas. Jadi bentuknya tetap empat baris seperti syair. Sedang isinya sama dengan seloka yang lain, iaitu mengandungi sindiran terhadap kelakuan seseorang yang kurang baik, bodoh, dungu, pemadat dan sebagainya (C. Hooykaas: 1965).
Melihat keterangan-keterangan di atas, sungguh kaburlah bagi kita bentuk seloka dalam kesusasteraan Melayu/Indonesia. Pendapat C. Hooykaas yang mengemukakan bentuk seloka terdiri dari sajak empat baris dapatlah kita anggap suatu keterangan yang agak berani, mengingat samarnya pengertian seloka itu dalam syair-syair dan hikayathikayat lama.
Sutan Takdir Alisjahbana juga turut tidak ketinggalan menyuarakan pendapatnya mengenai puisi Melayu tradisional terutamanya seloka. Seloka yang dimaksudkan oleh beliau adalah sejenis puisi yang tidak mempunyai struktur yang tertentu, tetapi mempunyai puisi yang tidak mempunyai ciri-ciri yang diasingkan daripada genre-genre yang lain. Sekaligus karya yang ditulis oleh Sutan Takdir dalam bukunya iaitu Puisi Lama tidak menyinggung sedikit pun mengenai seloka (Sutan Takdir Alisjahbana: 1971).
Menurut Sabaruddin Ahmad memberikan contoh seloka itu terdiri sesusun seperti pantun berkait, yang dalam istilah lain disebut pantun seloka: Taman melatu di rumah-rumah, Ubur-ubur sampingan dua, Kalau mati kita bersama, Satu kubur kita berdua, Ubur-ubur sampingan dua, Tanam melati bersusun tangkai, Satu kubur kita berdua, Kalau boleh bersusun bangkai. (Sahabaruddin Ahmad: 1979) Dalam bahasa jawa, seloka dikenal dan diasosiasikan dengan peribahasa, misalnya seloka jawa: Rindik asu digitik (ertinya, lari seperti anjing dipukul) Kutik marani sunduk (Gabus mendapatkan tusuk) Kebo kebotan sungu (Kerbau keberatan tanduk). Dalam ceritera ‘Pak Kaduk’ pada halaman terakhir kami jumpai pula perkataan seloka sebagai berikut:
Aduhai malang Pak Kaduk! Ayamnya menang kampung tergadai! Ada nasi dicurahkan, Awak pulang kebuluran! Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang! Ada isteri dibunuh, Nyaris mati oleh tak makan! Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang tanduk!’ (Ceritera Jenaka : 1963)
Ternyata daripada contoh-contoh di atas, genre seloka telah dikelirukan dengan genre-genre yang lain yang sewajarnya telah mempunyai bentuk dan struktur yang khusus. Pembicara-pembicara yang menyentuh soal ini, khususnya dari aspek yang dimaksudkan di sini, telah memberikan definisi dan contoh berdasarkan bentuk yang ditemui mereka ketika itu dan pemahaman masyarakat yang terlalu umum di tempat dan waktu yang tertentu.
2.4
Kesimpulan
Berdasarkan pernyataan-pernyataan yang telah dijelaskan oleh pengkaji, ia menunjukkan ramai tokoh yang mengkaji mengenai puisi tradisional iaitu seloka. Ini menunjukkan bahawa setiap tokoh mempunyai pandangan yang berbeza mengenai seloka. Fungsi puisi pelbagai dan sering dijadikan perantaraan antara interaksi minda
dengan naluri manusia pada sebelah pihak dengan interaksi antara minda dan alam semesta ciptaan Tuhan. Malahan ada yang beranggapan puisi itu bertujuan untuk membersihkan kerohanian. Kita melalui rasa simpati atau keinsafan. Manakala puisi yang bersifat humor pula dikatakan untuk membetulkan manusia ke arah jalan yang lurus di samping menggelikan hati. Namun begitu, semua bersetuju puisi itu bertujuan untuk menyemarakkan kesedaran agar manusia sedar tentang hidup yang kompleks dan hubung kait antara manusia dengan alam dan Penciptaannya. Oleh yang demikian, secara sedar kita telah menghasilkan sastera tempatan berasaskan acuan lorek dan persepsi dan penteorian barat. Akibatnya, kita tidak bebas untuk memberi tafsiran sendiri terhadap puisi tradisional terutamanya seloka dari sudut pandangan seseorang. Kita harus mendokong persepsi terhadap puisi tradisional tempatan seperti pantun, seloka dan sebagainya sebagaimana yang difahami oleh penulis barat.
BAB 3
METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan Dalam bab ini, pengkaji membincangkan metodologi kajian yang digunakan dalam menjalankan kajian. Metodologi kajian yang digunakan ialah teori sastera warisan dan teori sosiologi. Teori sastera warisan dan teori sosiologi merupakan teori yang paling sesuai digunakan dalam mengkaji unsur-unsur kritikan yang terdapat dalam Puisi Tradisional iaitu Seloka. Metadologi kajian ini memfokuskan kepada kesesuaian teori ini digunakan dalam menganalisis unsur-unsur kritikan yang terdapat pada seloka. Tujuan utama metodologi kajian ini dilakukan adalah untuk memudahkan pengkaji membuat kajian terhadap seloka tersebut berdasarkan prinsip-prinsip yang terdapat dalam teori sastera warisan dan juga teori sosiologi.
Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat (2005:1030), metodologi ditakrifkan sebagai sistem yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan sebagainya. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan teori
struktural sebagai landasan pegangan kajian pengkaji. Manakala metodologi kajian menurut Cohen & Manion 1996, dalam Othman Mohamed (2001:26) pula merupakan pendekatan yang digunakan dalam penyelidikan pendidikan bagi mengumpulkan data dan data ini pula akan digunakan sebagai asas bagi membentuk inferensi dan pentafsiran untuk tujuan menghurai dan membuat jangkaan tentang sesuatu fenomena. Dalam kajian ini juga, pengkaji telah menggunakan teknik penyelidikan perpustakaan.
Teknik penyelidikan ini merupakan teknik penyelidikan yang digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan data dan maklumat. Penyelidikan perpustakaan merupakan cara pengkaji mendapatkan data-data dan bukti kajian melalui kajian ke atas dokumen dan rekod. Teknik penyelidikan ini adalah teknik yang paling popular bagi penyelidikan ekonomi dan sains sosial. Bahkan juga, teknik penyelidikan perpustakaan ini merupakan teknik yang sesuai bagi penyelidikan yang menggunakan data bersiri terutamanya siri masa.
Selain itu juga, teknik penyelidikan perpustakaan dipilih dan digunakan oleh pengkaji kerana pengkaji mendapati bahawa teknik ini mempunyai faedah dari segi menjimatkan kos, masa dan tenaga untuk mendapatkan data-data yang akan digunakan dalam dapatan kajian. Data-data yang diperolehi daripada penyelidikan perpustakaan merupakan data-data yang telah disediakan oleh penyelidik atau agensi lain, dan pada kebiasaannya merupakan data yang telah diproses terlebih dahulu. Dengan menggunakan sumber yang sedia ada untuk mendapatkan data-data dan bukti bagi membuat hipotesis
yang telah dirangkakan, pengkaji akan dapat meneruskan penyelidikan tanpa perlu membuang banyak masa dan belanja.
Pengkaji juga memilih teknik ini kerana teknik ini dapat mengelakkan pengkaji daripada menghadapi masalah kerumitan untuk mendapatkan data jika dilakukan dengan metod lain. Teknik ini tidak memerlukan banyak perancangan, tetapi pengkaji hanya perlu tahu di mana data yang diperlukan itu boleh didapati. Jadi, penyelidik hanya perlu mengetahui tentang penerbitan-penerbitan orang perseorangan ataupun institusi-institusi yang terlibat dan pengkaji juga perlu tahu akan kebolehannya untuk mendapatkan sumbersumber tersebut bila diperlukan nanti.
Namun, dengan menggunakan teknik ini, pengkaji akan berhadapan dengan masalah untuk mempercayai data-data yang diperolehi. Oleh sebab itu, dalam kajian ini, pengkaji telah cuba mengenalpasti dan mendapatkan data-data yang sah melalui sumbersumber boleh dipercayai untuk digunakan dalam kajian pengkaji. Teknik penyelidikan perpustakaan ini dipilih oleh pengkaji sebagai teknik penyelidikan kajian ini kerana pengkaji merasakan bahawa teknik ini paling sesuai untuk digunakan dengan tajuk kajian pengkaji. 3.2
Konsep Teori
Dalam arus perkembangan dunia sastera, teori sastera mempunyai sejarah yang amat panjang. Sejarah teori sastera ini bergerak seirama dan senadi dengan denyutan disiplin ilmu sastera itu sendiri hingga ke hari ini (A. Halim Ali, 2006: 16). Kemunculan teori-teori
sastera ini adalah disebabkan oleh perkembangan bidang kritikan sastera. Kebanyakan para penulis sastera menggunakan teori untuk mengkritik sesebuah hasil karya. Kelahiran teori sastera ini banyak bergantung kepada kecenderungan praktis kritikan. Wajah kritikan dapat dilihat daripada rupa teori yang mendasarinya. Di sinilah letaknya kebergantungan teori dan kritikan saling berganding bahu dalam memanjang dan meluaskan perkembangan disiplin sastera di dunia klasik ke moden.
Secara umumnya, teori sastera diertikan sebagai rumus-rumus bagi menentukan sesuatu karya. Selain itu, terdapat juga pendapat tokoh-tokoh sastera berkaitan konsep teori. Abdul Halim Ali (2006) menyatakan teori berasal daripada perkataan Yunani iaitu therio yang membawa maksud "pemandangan". Konsep ini memberi makna teori berasaskan kepada konsepsi seseorang yang kemudiannya mengemukakannya dalam bentuk suatu pandangan. Terdapat pelbagai definisi yang telah diberikan oleh tokoh-tokoh sastera di dalam mahupun luar negara. Menurut Mieke Bal (1985) dalam Abdul Halim Ali (2006) menyatakan ‘a theory is a systematic set of generalized statements about a particular segment of reality’. Manakala menurut Heinan (1985) pula, teori ialah ‘a group of logically organized laws or relationships that constitute explainnation in a discipline’. Teori kesusasteraan itu secara umumnya diertikan sebagai rumus-rumus bagi menentukan sesuatu karya (A. Wahab Ali, 2000:5). Kerlinger (1973:90), mendefinisikan teori sebagai satu himpunan konsep, takrifan dan definisi yang paling berkait memberikan gambaran secara sistematik tentang fenomena dengan memperincikan tujuan teori itu mengandungi beberapa konsep yang mempunyai kaitan sesama sendiri dan teori itu sendiri memberikan pengertian kepada kita bagaimana sesuatu fenomena itu berlaku. Mana Sikana
adalah salah seorang pengkaji Melayu di Malaysia yang telah memberikan definisi teori. Menurut Mana Sikana (1997) dalam Abdul Halim Ali (2006) teori merupakan gagasan tentang definisi, konsep, prinsip, kriteria dan saranan yang menjelaskan sesuatu subjek. Dalam rangka falsafah, teori berada pada tahap ketiga selepas ilmu dan dari batas inilah juga bermukimnya daerah seni yang berperanan menyempurnakan dalam rangka falsafah tauhid di atas (S. Jaafar Husin, 1995: 132).
Selain itu, menurut Luxemburg (1984) dan Zainuddin Fananie (2002) teori sastera dapat disebutkan sebagai ilmu yang meneliti sifat-sifat yang terdapat dalam teks sastera dan bagaimana teks tersebut berfungsi dalam masyarakat. Oleh itu, dapatlah dirumuskan bahawa, teori sebagai gugusan idea atau konsep yang membentuk suatu tanggapan bagi memahami dan menjelaskan sesuatu tanggapan bagi memahami dan menjelaskan sesuatu fenomena berasaskan aturan yang sistematik.
3.3 Teori Sastera Warisan
A. Wahab Ali dalam buku Teori dan Kritikan Sastera Serantau (2005 : 47-57) berpendapat, segala perlakuan kita dalam budaya hari ini bukanlah tercipta saat ini. Semuanya diwarisi dari budaya lampau. Kita minum menggunakan cawan dan gelas, diwarisi daripada budaya lampau bahawa mereka minum menggunakan bekas, mungkin
tempurung, keloncot daun, uih dan buluh. Budaya minum menggunakan bekas itu tetap kekal tetapi yang berubah lewat zaman ialah bekas dan gayanya. Bekasnya hasil pengaruh kemajuan budaya pembuatan barangan. Kita terima cawan dari China, gelas dari Eropah, piala dari Parsi, Arab dan Mesir. Cara budaya minum kita warisi dari budaya yang lalu. Cara kita menyedut air, cara meletakkan bibir pada bekas minuman, memegang bekas minuman, campuran dalam minum dan cara kita menghidangkan air itu kita warisi. Cara berubah mengikut kemajuan budaya tetapi budaya minum itu tetap rasanya.
Begitu juga hasil sastera sebagai budaya bangsa, tetap kita warisi. Sastera yang kita cipta hari ini, bukanlah mutlak ciptaan asli kita tanpa warisi budaya. Orang terdahulu telah mencipta sastera. Kita adalah penerima dan penerus budaya sastera itu. Apabila kita mencipta adalah berdasarkan model waris yang diterima. Menerima warisan dan mewariskan budaya sastera itu, samalah seperti budaya minum namun itu merbahaya mengikut masa, suasana, zaman dan pengaruh yang melingkunginya menurut kesesuaian dan keserasian zamannya. Begitu juga budaya sastera. Jika hendak mengaji dan mengkritik perlulah berasaskan warisan. 3.3.1 Titik Tolak Teori Sastera Warisan
Teori sastera warisan bertitik tolak daripada andaian pujangga silam dan penulis atau sasterawan semasa menulis sesebuah karya itu adalah untuk masyarakatnya. Karya yang baik untuk zaman ditujukan untuk mendidik masyarakat dengan pelbagai cara di samping menghiburkan mereka. Karya-karya itu menjadi pusaka bangsa yang seterusnya diwariskan pula, hingga menjadi warisan budaya bangsa. Warisnya berupaya menimba nilai-nilai
budaya, menerima, mencerna, menyesuaikan dan merubahnya dengan situasi terkini, demi melestarikan warisan bangsa itu. Perubahan-perubahan itu dilakukan oleh pengarang dan sasterawan terkini, baik melalui budayanya sendiri, mahupun melalui penerimaan budaya dari luar demi kelangsungan dan demi dinamika budaya itu.
3.3.2 Sejarah Idea
Teori Sastera warisan ini muncul hasil daripada pengalaman A.wahab Ali meneliti, mengajar dan mempraktikkan dunia kreatif sebagai sasterawan. Hasil daripada gabung jalin tiga macam pengalaman itu, beliau mendapati bahawa sastera Melayu boleh dikaji dan dipraktikkan dengan menggunakan teori Sastera Warisan. The emegence of the Novel in Indonisian and Malaysian Literature: Acomparative Study adalah satu contoh yang mengilhamkan idea Teori Sastera Warisan. Dalam kajian itu, beliau menelusuri unsurunsur lama dan baru serta perihal zaman yang mempengaruhi pengembangan bentuk cerita Melayu itu sehingga munculnya bentuk roman atau novel yang kita kenal hari ini.
3.3.3 Idea-Idea Pokok Teori Sastera Warisan
i.
Pengarang anggota masyarakat mendukung budaya sesuatu budaya.
ii.
Karya pengarang mengucapkan secara langsung atau tidak tentang nilai-nilai budaya bangsanya.
iii.
Pengarang yang baik bertanggungjawab mendidik anggota masyarakatnya.
vi
Karya yang baik adalah menurunkan nilai-nilai murni kepada pembaca pusaka yang perlu diwariskan bagi kesinambungan budaya bangsa.
v.
Sebagai warisan, waris yang menerima berhak memanfaatkan warisannya dengan berbagai cara menerima seadanya, mencerna demi perubahan zaman, mengekalkan sebahagian dan menghilangkan sebahagiannya serta menambah pula dengan unsurunsur baru yang menjadi tradisi baru yang bakal diwariskan.
viii.
Karya sastera itu ialah merupakan takungan khazanah budaya, lewat zaman teradun unsur budaya melalui isi, pemikiran, bentuk, bahasa dan estetiknya.
3.3.4
Kaedah teori sastera
Terdiri daripada kaedah sejarah, pertalian teks, pencernaan pengaruh, genre, perbandingan, dan moral. Setiap kaedah yang digunakan ini penting dalam menilai sesuatu unsur kritikan dalam
mengkaji
sesebuah
3.3.4.1 Kaedah Sejarah
puisi
tradisional
seperti
seloka.
Kaedah sejarah digunakan bagi meneliti perkembangan sesuatu unsur sastera yang sudah membudaya pada serentetan karya lewat zaman. Hal ini dapat dibuatkan periodisasi perkembangan sastera itu berdasarkan unsur-unsur budaya yang dominan. Misalnya, unsur pemikiran, bentuk, nilai, perlakuan, gaya bahasa, estetika dan seumpamanya.
Kaedah sejarah ini digunakan untuk meneliti sesebuah teks terkini atau pada sesuatu zaman dengan menelusuri unsur-unsur budaya tertentu bagi menyatakan kedudukan dan mutu percapaian sesebuah teks yang dikaji.
Seseorang pengkaji atau pengkritik yang menggunakan kaedah ini perlulah luas pengetahuannya mengenai sesebuah genre sastera dan sejarah yang berlaku sebelumnya dan mempunyai pengetahuan yang luas tentang sastera sezaman dan terkini serta budaya sesuatu bangsa. Ini bergantung kepada bidang yang menjadi fokus kritikan atau kajiannya.
3.3.4.2 Kaedah Pertalian Teks
Kaedah pertalian teks sesuai untuk mengkaji dan mengkritik sesebuah teks sastera dengan melihat hubungan teks yang dikaji dengan teks yang lampau atau teks terkini dengan teks yang lalu, mengenai penyebaran dan pertalian unsur-unsur budaya sastera itu dari zaman ke satu zaman.
3.3.4.3
Kaedah Pencernaan Pengaruh
Kaedah ini digunakan bagi melihat unsur-unsur luar yang masuk ke dalam budaya sastera, menyatakan punca, menyatakan sifat teks, punca dan bagaimana pengaruh dari luar dan teks punca dicerna dengan gaya kreatif berdasarkan budaya kreatif tempatan: apakah yang diambil, bagaimana unsur diambil dan dicerna, apa kesannya menyegarkan atau menghiburkan atau bagaimana penerimaan estetik budaya sastera semasa.
3.3.4.4
Kaedah Genre
Kaedah ini dilakukan bagi melihat budaya sastera pada sesuatu zaman itu mentradisikan sesuatu genre. Genre yang sudah ditradisi dan mantap ini berubah serta bertalian antara satu dengan lain. Di samping itu, dilihat bagaimana terputusnya genre itu, sehingga menimbulkan genre baru dalam budaya sastera bangsa.
3.3.4.5
Kaedah Perbandingan
Kaedah perbandingan boleh digunakan untuk kajian dan kritikan bagi membandingkan lebih daripada satu teks budaya sastera berdasarkan zaman dan budaya sesuatu genre atau budaya pengarang yang melahirkan teks sastera. Kaedah ini boleh digabungkan dengan kaedah pertalian teks dan kaedah pencernaan pengaruh bagi memperagakan dan menilai kekuatan dan kelemahan teks-teks serta pencapaian teks-teks yang dikaji.
3.3.4.6
Kaedah Moral
Kaedah moral boleh digunakan untuk kritikan dan kajian bagi melihat satu teks atau beberapa rentetan teks dengan memfokuskan baik buruk dan nilai-nilai murni moral itu diadun dalam satu-satu bangsa zaman budaya yang dilalui oleh sesuatu masyarakat dan bangsa. Dalam hal ini, agama, firasat dan kebiasaan masyarakat yang menjadi landasan budaya mesti dijadikan asas analisis.
3.5 Teori Sosiologi
Teori sosiologi dalam kritikan sastera ialah satu kaedah kritikan yang menggunakan prinsip-prinsip teori sosiologi. Sosiologi ada hubungkait dengan aspek-aspek historikal sebagaimana yang dibincangkan dalam teori historikal sebelum ini, ia juga mengambil kira aspek-aspek luaran teks sebagai asas menilai teks. Aspek-aspek yang menjadi teras kemanusiaan dan kemasyarakatan seperti ekonomi, politik, budaya, dan etika sosial akan turut dilihat sebagai unsur-unsur penting yang mempengaruhi teks dan pengkaryanya serta masyarakat pembaca.
Falsafah pemikiran Auguste Comte (1798-1875) yang meletakkan sosiologi sebagai ilmu yang tertinggi dan patut dipelajari, maka kritikan sastera dan penulisan teksnya juga turut dipengaruhinya. Pemikiran Auguste Comte (1798-1875) telah mendapat sambutan yang hangat dan turut mempengaruhi pemikiran ahli falsafah Inggeris John Stuart Mill. Lanjutan daripada pemikiran inilah berkembangnya pengaruh postivisme dan aliran realisme dalam kesusasteraan Perancis dan Barat (Abdul Halim Ali, 1998:4).
Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat). Sosiologi secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya.
Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih proses sosial sejagat.
Sosiologi yang muncul pada abad ke-19 dianggap sebagai tindak balas akademik tentang gaya kemodenan; apabila dunia semakin kecil dan lebih bersepadu, pandangan hidup manusia tentang dunia semakin mengecil dan tersebar. Ahli sosiologi berharap, melalui ilmu ini dapatlah kita memahami unsur-unsur yang menjalinkan perpaduan (mencari persamaan) antara kita, dan juga untuk membentuk "penawar" (antidote) kepada perpecahan atau krisis moral masyarakat.
Para sosiologi masa kini menyelidik struktur makro yang membentuk dan seterusnya menjadi teladan kepada masyarakat, seperti kaum atau etnik, kelas masyarakat dan peranan jantina dan institusi seperti keluarga; proses sosial yang mewakili lencongan daripada, atau kehancuran, struktur ini, termasuk jenayah dan perceraian; dan proses mikro seperti interaksi interpersonal.
Ahli sosiologi sering kali bergantung kepada kaedah kuantitatif untuk menghurai corak hubungan sosial, dan untuk membina model-model yang boleh membantu dalam meramal perubahan sosial dan kesannya kepada manusia. Sesetengah ahli sosiologi pula berpendapat kaedah kuantitatif (seperti wawancara terarah, diskusi berkumpulan, dan kaedah etnografi) mampu memberi pemahaman yang lebih mendalam terhadap proses sosial. Cara yang terbaik ialah menggunakan kedua-dua kaedah secara serentak. Keputusan
daripada kedua-dua kaedah ini boleh digunakan untuk menguatkan hujah antara satu sama lain. Contohnya, kaedah kuantitatif boleh menghurai corak am sosial, manakala kaedah kualitatif pula boleh membantu dalam memahami bagaimana seseorang individu bergerak balas terhadap perubahan sosial.
Secara ringkasnya, pendekatan ini memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial sebagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan sosiologi tidak dapat lari dari turut membicarakan tentang pengkarya. Aspek sosiologi pengkarya akan diteliti sama. Sebelum memasuki perbicaraan intrinsik karya, riwayat hidup pengarang termasuk tempat lahir, sosiolisasi, pendidikan, alam sekitar, status sosial, nilai-nilai kehidupan dan sebagainya hendaklah ditinjau terlebih dahulu (Mana Sikana, 1983: 110).
3.6 Kesinambungan Teori Sastera Warisan Dan Pendekatan Sosiologi Dengan Unsur Kritikan Dalam Seloka. Teori Sastera Warisan dan pendekatan Sosiologi amat sesuai digunakan dalam mengkaji puisi Melayu tradisional seperti seloka kerana seloka merupakan salah satu warisan nenek moyang kita yang mengandungi pelbagai nilai keindahan dan pengajaran. Namun, kekayaan nilai kritikan dan pengajaran di dalamnya tidak digunakan oleh masyarakat pada hari ini. Malang sekali sekiranya kita terus menerus melupakan puisi yang indah seperti ini kerana ianya merupakan khazanah yang tidak ternilai harganya.
Teori Sastera Warisan ini sesuai digunakan kerana puisi tradisional yang merupakan seloka adalah salah satu puisi tradisional yang datang turun temurun sejak dari nenek moyang lagi. Teori Sastera Warisan menjadi titik tolak kepada karya-karya yang menjadi pusaka bangsa yang seterusnya diwarisi pula menjadi warisan budaya bangsa. Warisnya berupaya menimba ilmu-ilmu budaya, menerima, mencerna, menyesuaikan dan merubahnya dengan situasi terkini, demi melestarikan warisan bangsa terutamanya puisi tradisional seloka. Di samping itu juga, seloka berupaya memberi pengajaran serta nilainilai murni yang boleh diambil ikhtibar berdasarkan cerita yang tersirat dia dalam seloka itu sendiri.
Selain itu pendekatan sosiologi digunakan sesuai mengenai kajian yang dibuat oleh pengkaji iaitu unsur kritikan dalam seloka. Pendekatan sosiologi memberi penekanan kepada aspek pengajaran sosial bagaimana seseorang rakyat atau individu itu seharusnya menjadi anggota masyarakat yang berguna, bertanggungjawab demi kepentingan masyarakat umumnya. Dalam hal ini, pendekatan sosiologi tidak dapat lari dari menuntut dan membicarakan tentang pengkarya. Di samping itu juga pendekatan ini juga menekankan isi karya yang mampu memberi manfaat dalam mendidik masyarakat. Karya yang baik adalah karya yang mampu memberi pengajaran dan mempunyai isi yang mempersoalkan pembentukkan masyarakat dan individu yang baik. Contohnya melalui seloka Pak Kaduk, seloka Pak Pandir dan sebagainya yang menekankan unsur kritikan sosial kepada masyarakat yang disampaikan secara tersirat.
Kritikan sastera telah berkembang sebagai satu displin dalam pengkajian kesusasteraan sejak zaman Plato (424-347 S.M.) lagi iaitu kira-kira 2,400 tahun yang lalu. Kemunculan displin ini bergerak secara seiring dengan bidang teori dan penghasilan karyakarya kesusasteraan. Kemunculan karya kesusasteraan membuka luas fenomena sastera. Teori sastera pula menyediakan landasan kepada pemahaman terhadap fenomena tersebut, manakala, bidang kritikan menyediakan kaedah yang menunjukkan cara mentafsir fenomena sastera.
Ini bermakna kehadiran sesuatu karya akan menyusul selepas itu kerja-kerja kritikan sastera. Jelasnya, tanpa karya kesusasteraan, kritikan tidak mungkin berkembang dan teori sastera akan tinggal hanya sebagai teori murni. Oleh kerana, tiga bidang sastera ini menjadi nadi penting kepada kehidupan displin sastera itu. Kritikan sastera menjadi kompenan pelengkap yang memberi nafas kepada teori dan karya-karya kesusasteraan.
Begitulah akrabnya pertalian antara kritikan dengan sastera. Secara tidak langsung, keadaan ini menyebabkan para sarjana sastera berminat untuk menyelami hubungan keduadua aspek tersebut. Jelaslah bahawa persoalan tentang kritikan sastera telah lama diperkatakan. Teori Sosiologi dan Teori Sastera Warisan ini dianggap sesuai dalam pengkajian ini kerana kedua-dua teori tersebut membincangkan kisah masyarakat yang berlaku pada zaman dahulu kala. Kedua-dua teori ini secara tidak langsung bertindak sebagai panduan atau rujukan kepada kritikan terhadap seloka yang dipilih. Kelebihan yang dapat digunakan apabila menggunakan teori ini ialah dapat mengenal puisi warisan dan
keistimewaan masyarakat pada zaman dulu yang banyak menggunakan puisi sebagai alat penyampaian dan maklumat kepada masyarakatnya.
Dalam konteks sastera Melayu, genre puisi misalnya merupakan sebuah warisan teras hati budi masyarakat Melayu yang penuh kesantunan dan nilai-nilai luhur. Pengaruh daripada puisi tradisional menggabungkan nilai estetika bahasa dan ketinggian nilai-nilai budi serta kesantunan orang Melayu. Secara umumnya, budi didefinisikan sebagai akal atau daya fikir untuk memahami sesuatu yang konkrit atau abstrak, yang praktikal ataupun teoritikal. Penghayatan dalam puisi tradisional seloka dari aspek kritikan memberi sedikit sebanyak ilmu pengetahuan yang amat berguna kepada pembaca terutamanya generasi muda yang pada masa sekarang kurangnya nilai-nilai murni dalam diri mereka sendiri.
Masyarakat Melayu yang pada ketika itu lebih mementingkan tradisi lisan telah menggunakan bentuk-bentuk kesusasteraan Melayu tradisional seperti syair, pantun, peribahasa, pepatah dan perumpamaan bagi menggambarkan pencapaian serta pemikiran mereka.
3.7 Kesimpulan
Teori yang yang digunakan oleh pengkaji adalah teori sastera warisan dan teori sosiologi. Kedua-dua teori yang digunakan adalah menepati tajuk yang dikaji oleh pengkaji. Oleh
yang demikian, pengkaji telah memilih kedua-dua teori ini untuk mengkaji unsur-unsur kritikan yang telah dihasilkan oleh pengarang pada zaman dahulu. Jelaslah bahawa teori ini memang sesuai digunakan untuk mengkaji unsur kritikan yang terdapat dalam seloka yang terdapat dalam puisi-puisi Melayu tradisional. Melalui teori sastera warisan dapatlah dilihat bahawa anggota masyarakat mendukung budaya sesuatu budaya dan secara tidak langsung karya pengarang mengucapkan secara langsung atau tidak langsung tentang nilai-nilai budaya bangsanya.
Pengarang yang baik bertanggungjawab mendidik anggota masyarakatnya dan menurunkan nilai-nilai murni kepada pembaca pusaka yang perlu diwariskan bagi kesinambungan budaya bangsa. Sebagai warisan, waris yang menerima berhak memanfaatkan warisannya dengan berbagai cara menerima seadanya, mencerna demi perubahan zaman, mengekalkan sebahagian dan menghilangkan sebahagiannya serta menambah pula dengan unsur-unsur baru yang menajdi tradisi baru yang bakal diwariskan.
Karya sastera itu ialah merupakan takungan khazanah budaya, lewat zaman teradun unsur budaya melalui isi, pemikiran, bentuk, bahasa dan estetiknya. Sosiologi merupakan kajian tentang hukum masyarakat dan proses yang berkenaan dengannya; dan orang yang berlainan bukan setakat sebagai individu, tetapi juga sebagai ahli persatuan, kumpulan sosial, dan institusi (pendek kata sebagai anggota masyarakat). Teori Sosiologi pula secara teori sering kali dikaitkan dengan soal-soal manusia dalam masyarakatnya. Sosiologi berminat tentang perangai kita sebagai manusia; atau secara ringkas, mengkaji hubungan antara manusia yang pada awalnya saling tidak kenal kepada suatu peringkat yang lebih
proses sosial sejagat sekaligus unsur-unsur kritikan dalam seloka menjadi titik tolak kepada hubungan manusia dengan manusia dan manusia dengan masyarakat.
BAB 4
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan Dalam bab ini pengkaji membincangkan dapatan kajian hasil daripada analisis karya yang dikaji. Bab ini akan membincangkan keindahan di dalam seloka itu sendiri. Dalam sesebuah hasil karya, ia mempunyai pelbagai kelainan daripada pengucapan yang lurus hingga bahasa itu menjadi berwarna dan berbunga indah dan menarik. Ia dapat menimbulkan rasa yang berlainan serta makna yang lebih halus. Kelainan itu bertambah banyak dalam karya sastera kerana ia mengandungi unsur estetik atau unsur keindahan. Unsur keindahan tersebut dicungkil daripada penggunaan bahasa. Manakala gaya bahasa mendasari pengucapan dalam karya tersebut (Keris Mas, 1988 : 3-4). Perkara yang ingin dibincangkan ialah unsur kritikan yang terdapat dalam sesebuah karya iaitu seloka yang menyindir masyarakat dengan cara yang halus dan berkesan.
4.2 Unsur Kritikan Dalam Seloka
Dalam buku Himpunan Puisi Klasik karya Md. Ali Bin Bachik dan Mohd Yusof Md. Nor dalam karya Rampaisari Puisi Warisan, pengkaji telah memilih sembilan buah puisi untuk dikaji. Puisi yang dikaji tersebut terdiri daripada puisi Melayu tradisional iaitu seloka. Pengkaji akan mengkaji unsur kritikan berdasarkan kepada
terdapat dalam sembilan buah seloka yang terdapat dalam buku tersebut. Sajak yang dikaji adalah seperti berikut: x.
Seloka Pak Kaduk
xi.
Seloka Mak Si Randang
xii.
Seloka Pak Pandir
xiii.
Seloka Kisah Pak Pandir
xiv.
Seloka Sifat Pak Pandir
xv.
Seloka Si Luncai
vii
Seloka Pak Balung-Ayam Tambatan
viii.
Seloka Kehilangan Adat Melayu
ix.
Seloka Lebai Malang 4.2.1 Seloka Pak Kaduk Aduhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awang pulang kebuluran, Ada isteri di bunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang. (Sumber: Gahazali Dunia, 1992 : 109)
Seloka "Pak Kaduk" mempunyai makna kritikan yang sangat mendalam. Setiap baris atau bait-bait dalam Seloka Pak Kaduk begitu bermakna dalam menyelitkan unsur sindiran dalam seloka. Susunan ayat dan bahasa yang digunakan begitu
teratur dan sekaligus melambangkan kedudukan masyakarat Melayu pada zaman dahulu. Di dalam seloka Pak Kaduk ini juga ada menyatakan dengan terus terang mengejek Pak Kaduk dan sekaligus ia menyatakan nasib Pak kaduk sungguh malang. Pak Kaduk boleh dianggap sebagai simbol kepada masyarakat Melayu pada zaman dahulu yang mana Pak Kaduk hanya menurut perintah dan tidak mahu berfikir dengan cara yang waras. Dalam seloka Pak Kaduk ini menceritakan akan nasib malang Pak Kaduk yang mana kampungnya tergadai dek kerana seekor ayam. (Othman Puteh & Aripin Said, 2003: 23-25). Contohnya kisah nasib malang Pak Kaduk dapat dilihat melalui bait-bait ayat yang terdapat di bawah ini.
Sungguh malang nasib Pak Kaduk Ayamnya menang kampung tergadai, Ada rumah awak menumpang! (Sumber: Gahazali Dunia, 1992 : 109) Di samping itu juga, nasib malang Pak Kaduk ini juga berkait rapat dengan sikap Pak Kaduk yang gemar menyabung ayam. Hobi menyambung ayam ini sememangnya popular dalam kalangan masyarakat pada zaman dahulu kerana ianya dianggap sebagai satu hiburan setelah penat bekerja. Dengan cara ini sahajalah masyarakat pada zaman dahulu menghiburkan hati masing-masing. Di dalam seloka Pak Kaduk ini menggambarkan kekalahan Pak Kaduk dalam menyambung ayam. Contohnya dapat dilihat melalui bait-bait pada seloka Pak Kaduk ini iaitu: (http://klasik.blogmas.com/2008/10/31/malang-pak-kaduk/)
Pak Kaduk, Oi Pak Kaduk, Kalah sabung, menang sorak, Pak Kaduk, Oi Pak Kaduk, Kurang fikir sebab banyak borak! (Sumber: Gahazali Dunia, 1992 : 109) Seloka ini jelas menyatakan Pak kaduk banyak bercakap dari berfikir. Kelakuan Pak Kaduk yang lurus bendul ini memudahkan orang lain mengambil kesempatan ke atas dirinya yang mudah ditipu. Selain itu, Pak Kaduk juga seorang yang dungu sepanjang hidupnya dan gagal membuat pertimbangan sendiri. Seloka Pak Kaduk diterjemahkan oleh masyarakat Melayu dahulu sebagai satu wahana yang memberi iktibar kepada segenap lapisan masyarakat dahulu dan sekarang bahawa Pak Kaduk bernasib malang akibat daripada kejahilan dirinya sendiri. Menurut Raja Ali Haji Yahya, 1975 dalam karyanya iaitu “Cerita Jenaka”, rentetan kisah Pak Kaduk yang mengisytiharkan ayam miliknya menang dalam perlawanan namun tanah miliknya tergadai apabila dia telah bersepakat dengan raja di negerinya itu untuk menukar ayam masing-masing sebelum perlawanan sabung ayam berlangsung.
Ketika perjalanan pulang ke rumah, dia kelaparan kerana bekal yang dibawanya ketika perlawanan sabung ayam itu dibuang di tengah jalan. Apabila dia berperahu ketika pulang, dia mengalami kesukaran untuk mengendalikan perahu miliknya itu kerana apabila dia hendak menghala perahunya ke hulu, didayungnya ke arah hilir dan sebaliknya. Setelah lama mendayung barulah dia sampai ke rumah dengan keadaan yang penat dan lapar. Isterinya pula tidak memasak kerana menyangka dia telah makan sebelum pulang ke rumah. Dia mula naik angin dan
isterinya nyaris mati dipukulnya kerana tidak menyediakan makanan. Sudahlah ketika dia berperahu pulang ke rumah mengalami masalah, apabila sampai di rumah isterinya tidak memasak dan rumahnya pula diambil oleh raja negeri tersebut akibat kalah dalam pertaruhan sabung ayam.
Menurut S.Othman Kelantan dalam bukunya yang bertajuk “Pemikiran Satira dalam Novel Melayu” (1997:55) mengatakan “perjudian” yang disebutkan itu lebih merupakan usaha yang entah tidak kepada rakyat ketika berdepan dengan raja, orang-orang yang berkuasa. Penerimaan Pak Kaduk terhadap pertukaran ayamnya yang bertuah dengan ayam celaka, adalah nasib malangnya sebagai rakyat biasa apabila berdepan dengan orang yang berkuasa yang bersifat kejam dan zalim. Dikatakan Pak Kaduk bersorak-sorak sehingga mencarikkan ‘seluar dan baju kertasnya’ yang digam oleh isterinya, ketika melihat ayamnya Si Kunani menang, seolah-olah Pak Kaduk “bodoh” dan “dungu” tidak sedar akan ayamnya yang sudah bertukar itu. Tetapi pada hakikatnya, setiap rakyat yang teraniaya tentu sahaja “bergembira” dalam penderitaannya bersama-sama orang lain, iaitu suatu perbuatan yang terpaksa dilakukannya untuk menyenangkan golongan yang tidak boleh dibantah. Inilah pengalaman Pak Kaduk ketika berdepan dengan raja, yakni pihak berwibawa, yang tidak dapat dibantah dan dilawan.
Nasib malang Pak Kaduk sinonim dengan segelintir individu dalam masyarakat Melayu zaman pasca moden ini kerana masyarakat kini mengejar kebendaan semata-mata tanpa berfikir panjang. Mereka sanggup menggadai maruah
diri dan keluarga apabila ingin mencapai sesuatu. Masalah sosial yang semakin meruncing kini terjadi gara-gara faktor kejahilan diri sendiri. Individu-individu yang lalai ini tidak dapat membezakan sama ada keseronokan yang mereka kecapi itu bersifat sementara ataupun berkekalan. Seloka Pak Kaduk ini memberi seribu satu pengajaran kepada golongan yang alpa dengan keseronokan duniawi sematamata (Abdul Halim Ali, 2006:41-42)
Menurut S.Othman Kelantan dalam bukunya yang bertajuk Pemikiran Satira dalam Novel Melayu (1997:53) orang yang “terlalu dungu serta dengan tololnya” tidak akan tahu tentang tuah ayam, melainkan orang yang cerdik dan pintar. Daripada dialog itu, ternyata Pak Kaduk seorang yang tahu benar tentang tuah ayam, sebab itulah dia sanggup mempertaruhkan “kampung kita”, yakni tanah dan rumah kepunyaanya, “untuk mendapat duit baginda” dan dipersetujui pula oleh isterinya. Ketika Pak Kaduk sudah berdepan dengan raja dan memperlihatkan ayam sabungnya Si Kunani, Raja Indera Sari segera meminta Pak Kaduk membawa ayamnya itu kepada baginda.
Dalam seloka ini, Pak Kaduk kehilangan tanah yang merupakan satu-satunya harta yang dia ada kerana terpengaruh dengan omongan kosong raja yang tidak berhati perut itu. Jika di zaman serba canggih ini, Pak Kaduk moden boleh diklasifikasikan dengan individu yang mudah terpedaya dengan janji-janji kosong “along” yang dikenali sebagai pemiutang. Gara-gara ingin hidup senang individu ini berani mengambil risiko dengan meminjam sejumlah wang pada pemiutang ini
tanpa mengambil kira soal faedah yang cukup tinggi akan dikenakan kepada penghutang. Apabila si penghutang ini gagal membayar balik sejumlah wang yang dipinjamnya dalam tempoh masa yang ditetapkan maka bermulalah episod tragis dalam hidup mereka. Kehilangan nyawa orang yang mereka sayang dan nyawa mereka sendiri pasti akan terjadi kelak apabila gagal membayar balik hutang tersebut seperti yang terjadi pada Pak Kaduk yang kehilangan seluruh harta miliknya akibat kalah dalam perlawanan sabung ayam.
Sesetengah orang menyangka bahawa kemajuan yang telah dicapai umat manusia sekarang ini, yang begitu canggih, mengagumkan, itulah tujuan daripada hidup. Itulah matlamat yang akan dicapai oleh setiap orang. Tidak ada lagi perhentian atau persinggahan di sebalik itu. Jika telah tercapai kemajuan dan kelengkapan hidup sempurnalah kemanusiaan kita. Hidup di zaman moden serba maju, serba pantas, serba teknologi tetapi juga serba gelisah, serba tidak ada pegangan dan serba diliputi oleh rasa takut. Kesenangan hidup moden hanya nampak pada kulit, namun jauh di dasar hati manusianya penuh dengan keresahan. Kebanyakannya bersembunyi di sebalik kemewahan dunia yang serba tidak kekal ini (Othman Puteh & Aripin Said, 2003: 45-50).
Kebudayaan saat ini, mengajar kepada manusia bagaimana hendak hidup tetapi ia tidak mampu menerangkan kerana apakah manusia itu hidup dan apakah hikmah daripada kehadiran manusia hidup di dunia ini. Mereka hanya mencari kesenangan hidup menurut cara mereka sendiri. Mungkin dengan mencuri, berjudi
dan membuat kezaliman.Jika dahulu, orang mencuri dengan cara sembunyisembunyi tetapi kini kebanyakannya mencuri dengan terang-terangan di depan mata. Mereka mencuri dengan cara riba, rasuah dan menerima sogokan (Othman Puteh & Aripin Said, 2003: 10-15).
4.2.2 Seloka Mak si Randang Baik budi emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan, Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi. (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 2) Seloka Mak Si Randang pula, lebih kepada seloka yang menyindir orang yang tertentu. Seloka Mak Si Randang ini menyifatkan watak Emak Si Randang seorang yang berbudi tetapi budi Emak Si Randang tidak kena pada tempatnya. Emak Si Randang suka melebihkan orang lain dari anaknya sendiri. Orang Melayu memang tidak suka berterus terang dalam sesuatu perkara. Lebih-lebih lagi jika sesuatu yang hendak diperkatakannya itu merupakan perasaan hatinya. Orang Melayu bersifat
demikian kerana perbuatan berterus terang itu diibaratkan seperti “orang yang berbaju tidak berseluar”, iaitu “tidak arif dikilas kata, tidak bijak bersilat cakap”. Selain terikat kepada adat dan norma-norma masyarakat, orang Melayu mempunyai nilai budi yang amat tinggi. Mereka lebih menghormati orang miskin yang berbudi daripada orang yang sombong. Mereka tidak suka menonjolkan diri dan kadang kala menghormati orang lain berlebih-lebihan. Mereka sanggup bersusah payah dan berhabisan asalkan dapat mengambil hati atau berbudi atau orang lain (S.Othman Kelantan, 1997: 115-118).
Terdapat tiga peristiwa yang boleh ditafsir melalui seloka ini. Pertamanya adalah dengan kehadiran orang luar, kedua mengenai anak dan ketiga adalah mengenai hutang yang belum dijelaskan hingga memakan diri Mak Si Randang itu sendiri.
Melalui aspek yang pertama, dengan kehadiran orang luar iaitu pedagang yang datang ke rumah Mak Si Randang. Mak Si Randang melayan tetamu yang datang ke rumahnya dengan cara yang berlebihan. Namun di dalam Islam itu sendiri menyatakan kita sebagai tuan rumah perlu memuliakan tetamu yang bertandang ke rumah tetapi biarlah dengan cara yang berpada-pada. Lain pula dengan sikap Mak Si Randang yang mana melebihkan orang luar berbanding dengan keluarga sendiri. Contohnya boleh dilihat melalui bait-bait di dalam seloka tersebut iaitu:
Baik budi emak si Randang, Dagang lalu ditanakkan, (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 2)
Maksudnya di sini ialah Mak Si Randang seorang yang baik hati. Dia melayan tetamu yang bertandang ke rumah dengan cara yang baik. Sikap ini sememangnya boleh dipuji kerana dalam Islam sendiri menggalakkan umatnya memuliakan tetamu yang datang ke rumah. Selain itu, Mak Si Randang sanggup melakukan apa sahaja bagi memastikan tetamu yang bertandang ke rumahnya di layan dengan baik. Hal ini terbukti melalui bait-bait seloka iaitu: Tiada berkayu rumah diruntuhkan, (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 2)
Di dalam bait-bait tersebut menyatakan Mak Si Randang sanggup dirinya rugi daripada membiarkan tetamunya lari. Mak Si Randang sanggup menanak nasi dengan menggunakan kayu api dan terpaksa menggunakan kayu api sebagai tiang di rumahnya ekoran kehabisan kayu api di rumah yang digunakan untuk memasak. (http://klasik.blogmas.com/2007/12/27/emak-si-randang/)
Setelah itu, aspek kedua dalam seloka ini dapat dilihat apabila anaknya pula balik ke rumah dengan keadaan lapar namun tidak dipedulikan oleh Mak Si Randang. Sebaliknya terus melayan tetamu yang datang dengan hati yang senang hati. Di dalam hal ini menampakkan sikap Mak Si Randang yang tidak berhati perut
dan tidak berperikemanusiaan menjadi seorang ibu yang baik. Anak yang pulang kelaparan tidak dihiraukan oleh ibunya sendiri sebaliknya melayan orang luar lebih baik daripada keluarga sendiri. Contoh yang boleh dikesan melalui seloka ini ialah:
Anak pulang kelaparan, Anak dipangku diletakkan, Kera di hutan disusui, (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 2) Cerita ketiga pula yang terdapat dalam seloka ini ialah, bebanan hutang yang terpaksa ditanggung oleh Mak Si Randang itu sendiri ekoran kebaikannya melayan orang luar lebih baik daripada keluarga sendiri. Contohnya ialah:
Dagang pergi awak terhutang, Beras habis, padi tak jadi. (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 2)
Unsur kritikan yang boleh dilihat melalui seloka ini ialah kebaikan yang tidak kena pada tempatnya. Kebaikan Mak Si Randang boleh dipuji kerana melayan tetamu yang bertandang ke rumahnya. Namun sikapnya yang berlebih-lebihan menyebabkan keluarganya diabaikan. Hal ini boleh dibuktikan apabila anaknya kelaparan tidak dihiraukan langsung oleh Mak Si Randang. Sikap ini juga banyak berlaku dalam kalangan masyarakat kita kini (Othman Puteh & Aripin Said, 2003: 20-22).
Kesibukan bekerja di kota menyebabkan ibu bapa gagal memainkan peranan dan tangunggjawab sebagai orang tua. Seloka ini secara berterus-terang menyindir masyarakat yang berbudi tidak pada tempatnya sehingga mengabaikan tanggjawab masing-masing. Kegiatan sosial yang semakin berleluasa saban hari, kes-kes maksiat, rompakan, pembunuhan, penderaan dan penyalahgunaan dadah dan berbagai-bagai lagi penyakit terpampang dan terhidang di dada-dada akhbar dan tersiar melalui televisyen. Seandainya ada pihak yang berpendapat masalah ini sering timbul dan bersinonim dengan kelalaian ibu bapa dalam menjalankan tanggungjawabnya merupakan tuduhan yang tidaklah boleh diremehkan begitu sahaja. (http://www.ui.ac.id/Penelitian_Sosial_Budaya_Cenderung_Tinggalkan_Masyaraka t)
Faktor keluarga yang sering menghimpit menjadi punca seseorang itu terdesak dan memilih untuk terjun ke kancah permasalahan sosial. Mereka sanggup mencuri, menipu, memperkosa dan pelbagai angkara dek keinginan memenuhi nafsu yang meluap-luap. Arus modenisasi dan materialistik telah mengheret sekelompok besar institusi rumah tangga menjadi goyah dan pincang. Hidup ala nafsi -nafsi siapa lu gua telah menjadi sebahagian budaya songsang masyarakat bandar. Keghairahan mengejar wang ringgit, pangkat dan martabat menjadi kiblat manusia moden.
Akhirnya anak-anak terbiar dalam kedahagaan kasih sayang bak laut yang tidak bertepi . Demi mengubati kehibaan dan kehausaan kasih sayang anak-anak hanya ditemani oleh kad-kad visa dan kad kredit yang menjadi lambang status masyarakat elit. Akhirnya dengan kuasa wang anak-anak hidup lepas bebas melepasi batasan moral, akhlak dan agama. Justeru, berkembanglah konflik sosial yang tiada noktahnya (Othman Puteh & Aripin Said, 2003: 71-76).
4.2.3 Seloka Pak Pandir Pandai! Pak Pandir! Anak dipijak dagang dijunjung, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan, Mulut disuap pisang, Buntut dicangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga menanggung! Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram! Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga yang menanggung! (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 3) Melalui seloka Pak Pandir unsur kritikan yang boleh dikesan melalui bait-bait kata atau ayat yang terdapat di dalamnya sama ada dalam bentuk tersurat atau tersirat. Maksud tersirat yang terdapat di dalam seloka Pak Pandir ini menceritakan watak
Pak Pandir itu sendiri yang lurus bendul, dungu dan juga tamak haloba. Kebodohan Pak Pandir terserlah melalui kata-kata atau ungkapan di dalam seloka itu sendiri. (S.Othman Kelantan, 1997: 58)
Pandai! Pak Pandir! Anak dipijak dagang dijunjung, Kucing dibunuh tikus dibela! (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 3)
Maksud pada baris di atas jelas menunjukkan kebodohan Pak Pandir di peringkat awal. Hal ini bermakna Pak Pandir gagal mengenal pasti anaknya sendiri yang telah meninggal dunia terjatuh daripada genggamannya. Anak Pak Pandir dan Mak Andeh meninggal dunia. Mak Andeh menyuruh Pak Pandir menanam anak mereka yang baru meninggal dunia. Ketika dalam perjalanan anak yang digengam oleh Pak Pandir jatuh ke tanah tanpa disedari oleh Pak Pandir sendiri. Setelah sampai ke kubur, Pak Pandir pun mengorek liang lalu ditanamkannya belat segulung itu dengan tidak memeriksa apa yang ada di dalamnya. Kemudian Pak Pandir pun berjalan pulang. Apabila Pak Pandir sampai separuh jalan maka bertemulah Pak Pandir dengan mayat anaknya yang tertinggal tadi (S.Othman Kelantan, 1997: 58).
Apabila dilihat oleh Pak Pandir akan mayat itu, maka dia pun berfikir dihatinya, “hai bukanlah aku seorang sahaja yang kematian anak ini, ada pula orang lain yang mati anaknya juga. Serupalah nasibnya dengan untungku ini”.
Maka ditatapi pula oleh Pak Pandir rupa mayat itu, betul-betul serupa dengan anaknya daripada muka, hidung sifat tubuhnya sekali dan perempuan juga. Maka dengan sesaat itu hilanglah dukacitanya lalu segeralah berlari pulang. Setelah sampai ke halaman tangganya dia pun memanggil isterinya, katanya, Andeh, Andeh! Bukannya kita sahaja yang mati anak rupanya, orang lain pun ada juga yang mati anaknya, perempuan juga dan rupanya pun semacam betul-betul dengan anak kita.
Maka sahut Mak Andeh, agaknya kalau-kalau anak kita juga tercicir di tengah jalan dari dalam belat itu kalau awak tidak sedar. Maka kata Pak Pandir, tidak Andeh. Aku rasa berat yang aku tanamkan tadi. Maka sahut Mak Andeh baiklah, moh kita lihat pula. Kata Pak Pandir, mohlah, Andeh aku tunjukkan. Maka keduaduanya pun pergilah bersama-sama berjalan. Tiada berapa antaranya sampailah kepada mayat anaknya itu. Maka kata Pak Pandir kepada Mak Andeh, inilah dia anak orang yang mati itu. Bukankah serupa dengan anak kita, Andeh. Setelah dilihat oleh Mak Andeh, akan anaknya. Maka Mak Andeh pun marahlah dengan sumpah seranahnya akan Pak Pandir, lalu diambilnya seraya didukung mayat kanak-kanak itu serta di suruhnya Pak Pandir mengorek belat yang ditanamkan itu. Lalu dibalutkan anaknya, ditanam semula.
Setelah selesai menanam mayat anaknya, mereka pun pulanglah ke rumah dengan dukacitanya hingga malam hari tiadalah tidur Pak Pandir suami isteri.
Selain itu, Pak Pandir juga dikatakan bodoh dan malang apabila dia dikaitkan dengan peristiwa kerbau dan Tok Imam.
Perkaitan kerbau dan Tok Imam ini bermula apabila Pak Pandir melihat kampung itu adalah beberapa ekor kawan kambing sedang makan rumput. Semuanya berjanggut. Maka Pak Pandir pun hampirlah kepada kawan kambing itu serta berkata, “Hai Pak Lebai, andeh mengajak ke rumah hendak kenduri. Maka kambing itu pun berbunyilah oleh ketakutan melihat Pak Pandir itu, lalu ia lari tiada berketahuan lagi seraya berbunyi ‘ Bek! Bek!' kata Pak Pandir, apa sebenarnya Pak Lebai mengata nasi Andeh lembek? Tidak lembek, keraslah betul”. Maka pada pertengahan jalan itu bertemulah ia dengan sekawan burung pipit uban sedang merayap diatas rumput. Maka kata Pak Pandir, “Hai Haji, mari kita pergi ke rumah aku. Andeh menyuruh ajak, kami hendak kenduri. Maka burung itu pun berbunyi, ‘Pit! Pit!' Maka kata Pak Pandir, rumah kami tidak sempit, haji luas dan besar. Jangan kita lambat lagi, Andeh sudah lama menanti”. Setelah itu pipit tu pun terbang lari. Maka diusir juga oleh Pak Pandir sambil berkata, Nanti, nanti kita pergi bersama-sama. Hingga penatlah ia mengikut burung itu, hampir-hampir lelah.
Maka naiklah berang Pak Pandir dan mengambil kayu lalu dilemparnya. Dengan takdir Allah kayu tersebut terkena dua ekor burung itu lalu jatuh ke tanah. Pak Pandir segeralah mengambil dan berkata, tadi aku ajak benar-benar, tiada mahu sekarang baharu hendak pula, sahajakan haji buta perut.
Wah! Apabila dilihat oleh Mak Andeh, apatah lagi, hingga tenarlah bunyi sumpah seranahnya akan Pak Pandir, hingga tiada terdengar oleh anjing dan kucing. Serta katanya, aduhai harapnya hatiku hendak kenduri, diperbuat oleh Pak Pandir keparat umpan alir ini, mahu pun di tangkap oleh harimau panjang sembilan itu, sahajakan yang tiada boleh diharap. Kalau muntahkan darah pulangkan kepadanya sahaja pun jadi, tentang kerja jangan. Lain disuruh, lain dibuatnya (Othman Puteh & Aripin Said, 2003:70-75).
Maka jawab Pak Pandir, Andeh kata cari lebai yang berjanggut dan haji yang berserban putih ini bukankah dia? Semuanya Andeh marahkan aku. Maka Mak Andeh pun diamlah pun diamlah seraya katanya, baiklah pergi pula panggil Dato Keramat Jin Islam kemari, tetapi baik- baik, jalan itu simpangnya dua yang sebelah kiri itu terus ke rumah nenek gergasi.
Maka kata Pak Pandir, baiklah Andeh. Maka Pak Pandir pun berjalanlah dengan senjatanya iaitu sebilah golok. Berjalan pun berlari-larian sahaja kerana hari hampir petang. Sekejap berjalan sampailah dia ke simpang dua itu. Maka terlupalah dia akan pesan Mak Andeh itu lalu diikutnya jalan simpang kiri. Selang tiada berapa lamanya sampailah ke rumah nenek gergasi itu. Maka nenek itu pun sedang tidur bertiga beranak di dalam rumahnya. Maka Pak Pandir pun berdiri di tengah halaman rumah gergasi itu, lalu dia melaung, katanya Hai nenek Tok Sheikh Keramat, bangunlah! Andeh menyuruh ke rumahnya, dia hendak kenduri. Harta habis badan tergadai, Mendengar gelagak dagang,
Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan, (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 3) Rangkap ini menampakkan sikap tamak Pak Pandir sehingga menyebabkan dirinya bertelanjang. Kisah bermula apabila Pak Pandir ke sungai membuat lukah. Dilihatnya banyak ikan yang tersangkut dalam lukahnya. Pak Pandir memanggang ikan-ikan tersebut dan memakannya sehingga dia kenyang. Mak Andeh kehairanan melihat sikap pelik Pak Pandir. Pak Pandir pergi pagi-pagi lagi dan balik lewat petang. Mak Andeh bertanya kepada Pak Pandir ke mana awak pergi tadi turun pagi-pagi petang barulah balik? Apa awak buat? Maka sahut Pak Pandir dengan tersipu-sipu, katanya tiada ke mana aku pergi, Andeh. “Aku cuma berjalan sahaja di dalam hutang untuk mencari makanan, namun tiada yang aku perolehi” (Raja Haji Yahya, 1975. Cerita Jenaka).
Setelah itu, Mak Andeh berkata kepada Pak Pandir membuat penat sahaja Pak Pandir merayau segenap hutan itu. Baiklah makan harta kita yang ada ini cukup. Bukannya kita ada beranak cucu, apatah yang disusahkan mencari ke sana ke mari lagi? Maka kata Pak Pandir, aku tiada mahu makan harta andeh lagi, kerana Andeh tak mahu menyuruh aku lagi. Biarlah aku membuat hal aku seorang dan Andeh pun buatlah kerja Andeh seorang, usah dihiraukan hal aku (Raja Haji Yahya, 1975. Cerita Jenaka).
Mak Andeh itu, pun diamlah dengan masam mukanya tiada berkata-kata. Seketika lagi hari pun malam. Keduanya pun tidurlah. Telah keesokan harinya Pak Pandir pun tidak lagi melihat lukahnya. Ikan-ikannya yang dapat semua disalainya. Serta masak sahaja dia pun meratahlah hingga tinggal separuh barulah ia berhenti dan yang lebihnya itu dimasukkannya ke dalam karung, digantungkannya pada pohon kayu itu juga. Telah hari petang ia pun pulang. Demikianlah perbuatan Pak Pandir pada setiap hari, meratah ikan salai dengan bersembunyikan daripada Mak Andeh, tiada pernah dibawanya pulang ke rumah. Maka dengan takdir Allah, lukahnya itu pun tiadalah mahu mengena lagi, beberapa dialih dan ditahannya tiada juga mahu kena lagi, tetapi Pak Pandir tiada khuatir dan meratah ikan kerana ikan salainya masih ada lagi separuh karung tergantung pada pohon kayu itu. Maka itulah kerjayanya berulang meratah salai itu pada setiap hari ke atas pohon kayu itu (Raja Haji Yahya, 1975. Cerita Jenaka).
Mak Andeh yang tiap-tiap hari tinggal menunggu rumah seorang dirinya mula berfikir, apa gerangan kerja Pak Pandir hilang sehari-hari tiada berselang ini? Jikalau begitu, baik aku pergi mengintai akan dia. Mak Andeh pun mengambil candungnya lalu pergi mengikut jalan Pak Pandir itu. Tiada berapa lamanya sampailah Mak Andeh ke tempat penyalai Pak Pandir itu berjalan mengendapendap di dalam hutan itu serta memperhatikan Pak Pandir. Maka dengan takdir Allah ta`ala kain Pak Pandir tersangkut di atas pohon kayu itu, lalu kelihatanlah Mak Andeh akan Pak Pandir duduk tercapak pada dahan kayu itu sedang meratah ikan salai. Maka nampaklah karung salainya tergantung seperti sarang tempua.
Telah nyatalah dilihat oleh Mak Andeh ia pun baliklah ke rumahnya bertanak nasi lalu makan sorang dirinya sambil berfikir didalam hatinya, itulah rupanya akal Pak Pandir bedebah itu. Baiklah mana-mana dayaku hendak ku ambil juga ikan salainya itu (Raja Haji Yahya, 1975. Cerita Jenaka). Telah ia sudah makan lalu berbaring dimuka pintu. Seketika lagi hari pun petang. Mak Andeh pergi mengambil air ke sungai. Maka Pak Pandir pun pulanglah dengan perut yang kenyang meratah ikan salai itu habis dua karung, langsung dia pergi mandi ke sungai serta naik kerumah, dan Mak Andeh pun menyediakan nasi lalu mengajak Pak Pandir makan. Maka kata Pak Pandir, makanlah Andeh dulu, aku sudah kenyang makan buah-buahan kayu di dalam hutan tadi (S.Othman Kelantan, 1997: 58).
Sahut Mak Andeh, awak makan buah-buahan haram tak mahu membawanya aku barang sebiji. Maka kata Pak Pandir, perasaan aku Andeh tak suka makan buah-buahan kayu hutan. Lainlah aku orang sudah biasa tinggal bersama-sama dengaan lotong dan kera. Dari sebab itulah tiadalah kubawakan, besok boleh aku bawakan pula (Raja Haji Yahya, 1975. Cerita Jenaka).
Maka Pak Pandir pun berbaringlah ditengah rumah sambil berdikir-dikir. Maka kata Mak Andeh, apa yang awak takut sekali? Sahut Pak Pandir, aku? Apa pun tiada kutakuti, harimau, gajah, badak, beruang, singa, beruk, dan hantu
semuanya boleh kucundangi, tetapi Andeh, ada suatu binatang sahaja yang terlalu kutakuti.
Maka kata Mak Andeh apa namanya yang awak takuti itu? Cubalah katakan. Maka Pak Pandir hai Andeh jangankan binatangnya, namanya sahaja pun aku takut. Tidaklah Andeh tiada berani aku menyebutnya. Maka kata Pak Pandir aduhai Andeh, sahajalah sebab Andeh menyuruh juga, kalau tidak mati dibunuh tidak aku mahu berkabar. Namanya binatang itu tok tok kai. Hai Andeh seram rasa badan dan kembang tengkuk aku hendak menyebut namanya. Maka kata Mak Andeh, langsungkanlah Pak Pandir maka sahut Pak Pandir, itulah dia binatangnya yang selalu berbunyi. Tok-tok kai serondung batang, Dimana hinggap? Ditengah belakang (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 3)
Itulah dia binatangnya yang sangat kutakuti, Andeh. Maka kata Mak Andeh, kalau binatang itu, tidaklah mengapa sangat tetapi aku pun takut juga rasanya. Setelah itu kedua-duanya pun tidurlah. Telah keesokan harinya pagi-pagi, maka Pak Pandir pun pergilah ke pohon kayu salainya itu. Serta sampai ia pun memanjatlah lalu meratah salainya itu empat lima ekor sekali suap.
Mak Andeh melihat Pak Pandir sudah pergi maka dia pun bersiaplah pergi mengikut Pak Pandir perlahan-lahan. Serta dia sampai dilihatnya Pak Pandir sedang meratah ikan salai diatas pohon itu. Maka Mak Andeh pun naiklah ke atas suatu tunggul yang bertunas. Disitulah Mak Andeh berlindung, tiadalah nampak kepada Pak Pandir. Maka Mak Andeh pun berbunyilah seperti bunyi binatang yang sangat ditakuti oleh Pak Pandir itu. Tok-tok kai serondung batang Di mana hinggap? Di tengah belakang (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 3)
Wah serta terdengar oleh Pak Pandir bunyi itu, ia tak sedar lagi mencampakkan dirinya dari atas pohon itu serta dengan jerit pekiknya, tiada terkira lagi larinya langsung masuk ke dalam hutan rimba raya itu hingga habislah segala tubuhnya di cangkuk oleh sekalian onak dan duri, berlumur dengan darah dan kain bajunya pun habis koyak rabak. Maka dia lari itu haram tiada menoleh lagi ke belakang. Setelah dilihat oleh Mak Andeh kelakuan Pak Pandir itu, maka makinlah sangat diperbuatnya lagi bunyi itu dengan sekuat-kuatnya. Maka didengar oleh Pak Pandir, pada perasaan nya binatang itu sudah hinggap dibelakangnya sahaja. Pak Pandir pun lari dengan sekuat hatinya.
Akhirnya, setelah Pak Pandir sudah hilang di pandangan, maka Mak Andeh pun pergilah memanjat pohon kayu tempat Pak Pandir terjun itu lalu diambilnya
sekalian ikan salai Pak Pandir itu, dibawanya pulang, disembunyikannya dibawah kawah. Seketika lagi hari pun petanglah. Mak Andeh pun menyiapkan nasi Pak Pandir. Dinanti-nantinya tiada juga Pak Pandir balik. Hatta, tersebutlah pula kisah Pak Pandir lari tadi. Hingga beberapa jauhnya ia pergi baharulah hilang pendengarannya bunyi “ Tok tok kai serondong batang
itu”. Maka ia pun
berhentilah sedikit oleh teramat penat dan jerehnya, serta ia berjalan perlahan-lahan pula ikut sekehendak kakinya. Dengan takdir Allah ta`ala teruslah Pak Pandir pulang ke rumahnya, sudah pasang dammar, dengan bertelanjang bulat, seurat benang pun tiada berkain, lalu dia meneriak Mak Andeh. Katanya Andeh, Andeh berilah aku kain kerana aku sudah bertelanjang bulat (S.Othman Kelantan, 1997: 58). Buntut dicangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga menanggung! Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram! Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga yang menanggung! (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 3) Pak Pandir juga seorang yang pandai berbohong. Diberitahu Pak Pandir kepada Mak Andeh bahawa dirinya hendak belayar. Maka Mak Andeh menyediakan kelengkapan makanan yang secukupnya kepada Pak Pandir. Mak Andeh pun membuatlah penganan daripada wajek dan dodol serta lain-lainnya kira-kira dua belas buyung penuh semuanya lalu disimpan diatas para.
Setelah sudah maka kata Mak Andeh , bila awak akan pergi? Aku hendak pergi mencari sayur-sayur ke dalam repuh itu. Maka kata Pak Pandir, sekaranglah juga aku hendak pergi? Aku hendak pergi mencari sayur-sayur ke dalam repoh dan di dalam tujuh hari ini apabila berbunyi bedil di kuala, alamat aku akan sampailah dari belayar. Siap-siaplah Andeh, sapu sampah dan buang sekalian sawang sarap di atas rumah kita ini. Setelah dia berpesan, maka Mak Andeh pun memberikan wang seratus rial itu kepada Pak Pandir dan ia pun lalu pergi mencari sayur. Maka Pak Pandir pun berkemaslah naik ke atas para tempat buyung penganan itu lalu dimakannya habis dua buyung. Dia pun berdiamkan dirinya. Seketika lagi Mak Andeh pun baliklah lalu bertanak dan menyayur serta makan sambil merungut, sudah belayar agaknya Pak Pandir tadi.
Maka seketika lagi hari pun malamlah. Maka Mak Andeh tidur seorang dirinya. Maka tersebutlah perkataan Pak Pandir yang memakan kuih itu habis sebuyung pula. Maka bibir mulutnya pun habis dimakan oleh tikus, ia menderita sahaja, lama-lama habislah bibir atas dan bibir bawah oleh dicium tikus itu berbau lemak dan manis. Itu pun tiada juga Pak Pandir hiraukan. Dia makan juga hingga terseringing tinggal gusi sahaja. Hatta, telah genaplah tujuh hari, dengan takdir Allah Ta`ala. Pak Pandir pun bersin yang teramat kuat. Maka Mak Andeh pun berfikir. Iaitu tentulah bunyi bedil
dikuala. Lalu ia pun segeralah menyapu sampah dibawah dan diatas rumah. Kemudian Mak Andeh pun membuang sawang-sawang yang ada para itu. Maka terkejutlah Pak Pandir seraya melompat, katanya, aku Andeh, bukan siapa. Lalu dia menjengukkan mukanya kepada Mak Andeh seraya berkata. Hai Andeh tengok igi ada ibir tidak.
Asal terpandang sahaja sumpah seranahlah akan Pak Pandir lalu dipalunya dengan penyapu. Maka Pak Pandir pun turunlah dari atas para seraya berkata, igi ada, ibir tidak juga kepada Mak Andeh serta dijeringing-jeringingkannya mulutnya. Maka bertambah-tambah dahsyat Mak Andeh melihatnya oleh terlalu buruk rupanya (S.Othman Kelantan, 1997: 58).
Maksud keseluruhan seloka Pak Pandir ini adalah Pak Pandir mengutamakan orang asing tetapi anak sendiri terbiar dan tidak diberi perhatian sewajarnya. Pak Pandir membunuh kucing tetapi tikus yang kotor dan tidak berguna dibela. Semua harta miliknya tergadai kerana percaya akan cakap orang asing. Pak Pandir akhirnya tidak memiliki apa-apa lagi. Dirinya pun bertelanjang. Apa-apa sahaja yang ada dibazirkan semata-mata mendengar berita yang belum pasti.
Sebenarnya, Pak Pandir mudah ditipu dalam baik tanpa disedarinya. Akhirnya, dia terpaksa menanggung nasib malang. Pak Pandir suka mendengar kata-kata manis orang luar sebagaimana sifat pokok rambutan jantan yang boleh
berbunga tetapi tidak boleh berbuah. Sesuatu yang diheboh-hebohkan belum tentu berlaku, sebagaimana kilat memancar di langit tetapi hujan tidak turun.
Begitulah apa yang berlaku pada masyarakat pada zaman ini. Mesej yang cuba disampaikan ialah sindiran terhadap manusia yang mengutamakan orang lain atau melakukan sesuatu yang akan merugikan diri sendiri. Selain itu, mesej lain yang cuba diselitkan ialah kebodohan merugikan diri sendiri, sikap tamak membawa rugi, sikap suka meniru orang lain tanpa menyedari kebolehan diri sendiri, watak dungu masyarakat Melayu, jangan percaya kepada khabar angin yang belum tentu benarnya, dan utamakanlah anggota keluarga sendiri sebelum memberi layanan istimewa kepada orang lain.
Semua mesej yang cuba disampaikan ini memberi kesan kepada masyarakat dan Negara jika adanya masyarakat yang gemar mendengar khabar angin serta tidak mempunyai pendirian hidup. Jika masih bersikap seperti ini tidak mustahil jika suatu hari nanti negara kita akan dijajah semula. Sikap tamak dengan mengejar kemewahan dan kemasyhuran akan menyebabkan kita menjadi hamba kepada kemewahan dan kemasyuran. Selain itu, sikap suka meniru orang lain juga menyebabkan kita hilang ideniti bangsa yang mana keaslian mula tercalar dek sanggup membodohkan diri meniru karya, cara hidup, ciptaan dan sebagainya. Identiti diri ini akan hilang sekelip mata jika kita tidak menjaga dan keaslian diri menjadi keutamaan.
Di samping itu juga, masyakarat kota dan desa umpamanya, ada segelintir daripada mereka melebih-lebihkan orang luar berbanding keluarga sendiri. Sikap yang semakin menular ini akan menyebabkan remaja atau generasi muda bertindak agresif dalam kehidupan mereka dan gejala sosial akan semakin meningkat dengan kehadiran penagih dadah, pelacur, perompak, perogol dan sebagainya. 4.2.4 Seloka Kisah Pak Pandir Wah! Pandainya Pak Pandir! Pipit uban disangka Pak Haji, Kambing jantan disangka ketawa, Tikar kosong ditanam, Anak dibawa keciciran! (Sumber: Md Ali b. Bachik, 1989 : 5) Dalam seloka kisah Pak Pandir ini hanya memaparkan beberapa bait yang hanya menceritakan kisah Pak Pandir. Terdapat dua peristiwa yang boleh dihuraikan melalui seloka ini. Antaranya ialah peristiwa Pak Haji dan Pak Lebai serta peristiwa kematian anak Pak Pandir sendiri.
Cerita bermula apabila Mak Andeh menyuruh Pak Pandir mencari dan memanggil Pak Lebai dan Pak Haji. Tujuannya untuk mengadakan kenduri doa selamat di atas kematian anak mereka. Pak Pandir ialah seorang yang bodoh dan dungu. Apabila isterinya, Mak Andeh menyuruhnya mencari umpan belalang rusa untuk memancing ikan, dia menangkap rusa di dalam hutan dan dibawakan kepada Mak Andeh. Apabila Mak Andeh pergi keluar sebentar, dia berpesan kepada Pak Pandir supaya memandikan anak mereka dengan air panas. Maka Pak Pandir pun
memandikan anaknya dengan air yang sedang mendidih sehingga mati anaknya itu. Selepas kematian anaknya itu, diadakan kenduri, maka Mak Andih menyuruh Pak Pandir membeli kerbau. Oleh sebab Pak Pandir tidak mengenal kerbau, Mak Andeh menerangkan bahawa yang meragut-ragut rumput itulah kerbau. Apabila ditemui orang sedang menyabit rumput. Pak Pandir pun membeli sabit itu. Kemudian Mak Andeh telah menyuruh suaminya menjemput Lebai untuk menghadiri kenduri di rumahnya. Mak Andeh memberitahu tanda Lebai ialah berjanggut. Apabila Pak Pandir berjumpa dengan kambing. Disangkanya itulah Lebai, lalu ditangkap kambing itu dan dibawa pulang (S.Othman Kelantan, 1997: 58). Peristiwa tersebut menampakkan kebodohan Pak Pandir dalam mengenal seseorang yang bernama Pak Lebai dan Pak Haji. Kebodohan yang ada pada Pak Pandir ini menyusahkan Mak Andeh yang selalu makan hati dengan sikap tidak ambil kisah oleh Pak Pandir. Kebodohan Pak Pandir ini juga ada berlaku dalam kalangan masyarakat pada zaman ini. Masyarakat sekarang terutamanya remaja gemar membuat kerja yang sia-sia seperti melepak di pusat membeli belah, menagih dadah, melakukan kerja yang tidak senonoh dan sebagainya. Hal ini berlaku kerana kurangnya perhatian daripada ibu bapa yang sibuk dengan kehidupan seharian dan juga masyarakat atau keadaan sekeliling yang mendorong mereka melakukan perkara seperti itu. Selain itu, orang-orang Melayu terutamanya mengambil jalan mudah untuk mendapat untung yang cepat di dalam perniagaan, berusaha mencari peluang yang ada sehingga sanggup menipu dengan menyorok barang kawalan. Masyarakat Melayu seperti ini gemar mengikut perangai atau
sikap orang luar hingga mengakibatkan diri sendiri kerugian. Perkara ini sering berlaku tidak kira sama ada di dalam perniagaan atau pekerjaan lain.
Seterusnya, masyarakat pada zaman sekarang berlumba-lumba mencari kemewahan dengan mengharapkan sesuatu keuntungan yang belum pasti sehingga apa-apa yang ada dipersia-siakan atau tidak dihargai. Di dalam hal ini, masyarakat mengetepikan perkara yang dianggap tidak penting malah berusaha untuk mendapatkan sesuatu keuntungan sehingga perkara yang dipandang remeh dan tidak berharga tidak dijaga dengan baik. Namun perkara yang dianggap remeh atau tidak berharga itulah yang akan menjadi tunjang atau tulang belakang kepada kejayaan. Masyarakat sekarang hanya memikirkan perkara yang mudah berbanding mereka perlu berfikir untuk mencapai matlamat dengan cepat.
Golongan remaja sekarang masih lagi mengalami krisis identiti sehingga mereka mudah mempercayai kata-kata manis yang mempunyai maksud yang tersirat sekaligus membawa mereka ke kancah yang hina. Malahan masyarakat yang mudah menerima atau mudah memperdaya apabila mendengar kata-kata manis akan menyebabkan implikasi yang buruk kepada seseorang atau masyarakat keseluruhannya.
4.2.5 Seloka Sifat Pak Pandir Inilah sifat Pak Pandir Asalkan bergaya itulah kaya Asalkan berkilat itulah intan Asalkan buntat pasti bertuah Asalkan berbungkal itulah emas (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 5) Sifat Pak Pandir juga bukan sahaja dikatakan bodoh dan dungu dia juga boleh dikatakan mudah mempercayai orang lain dan hilang pertimbangan jika dia melihat sesuatu yang berharga bagi dirinya. Hal ini terbukti apabila Pak Pandir pergi untuk menyabung ayam. Itulah kerjanya setiap hari menyabung ayam bersama ayam kesayangannya iaitu Si Kunani. Selalunya Pak Pandir menang dalam pertarungan itu. Tetapi pada petang itu, Raja memanggil Pak Pandir dan bertaruh dengan Pak Pandir dengan memberikan ayam kesayangannya itu kepada Raja dan dibalas dengan jumlah wang emas yang banyak. Apabila Pak Pandir mendengar perkhabaran itu, tanpa perlu membuang masa, Pak Pandir segera menukar ayam kesayangannya kepada raja. Begitu mudah Pak Pandir terpedaya dengan hanya memberikan ganjaran wang emas tanpa memikirkan akibat dan kesan daripada sifat Pak Pandir itu sendiri (S.Othman Kelantan, 1997: 58).
Dalam masa yang sama Raja ingin bertarung dengan Pak Pandir dengan ayam yang baru sahaja ditukarkan oleh Raja sebentar tadi. Malah ganjaran adalah
sejumlah wang emas yang besar dan juga sebuah kampung. Hal ini bermaksud jikalau Pak Pandir kalah dia terpaksa memberikan kampungnya sendiri kepada Raja dan jika Pak Pandir menang Raja akan memberikan lagi sejumlah wang emas kepada Pak Pandir. Pak Pandir yang bersifat materialistik begitu mudah bersetuju dengan tawaran tersebut. Contohnya dapat dilihat melalui bait-bait seloka tersebut.
Asalkan berkilat itulah intan Asalkan buntat pasti bertuah Asalkan berbungkal itulah emas (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 5)
Pertarungan pun bermula yang mana ayam Raja yang baru iaitu Si burung Kunani bertarung dengan ayam Pak Pandir yang dahulunya ayam Raja. Akhirnya pertarungan selesai dan Pak Pandir bersorak untuk ayamnya dahulu. Pak Pandir menyangkakan bahawa dirinya telah menang dalam pertarungan tersebut namun dia telah kalah teruk dan terpaksa menggadaikan kampungnya sendiri sebagai mana yang telah dijanjikan sebelum ini. Buktinya melalui seloka ini yang mana sifat tamak dan mudah percaya membuatkan Pak Pandir kalah dan menyesal (S.Othman Kelantan, 1997: 58). Sifat mudah percaya, Tidak sedar terpedaya, Susah buatan sendiri, Akhirnya menyesal diri sendiri. (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 5)
Sifat Pak Pandir boleh dikaitkan dengan masyarakat pada zaman ini yang mudah terpedaya dan tamak untuk mendapatkan sesuatu keuntungan kepada diri sendiri. Masyarakat yang leka dengan pembangunan akan menyebabkan mereka lalai dalam memberi perhatian kepada hal-hal yang berkaitan dengan sahsiah diri. Selain itu, nilai-nilai murni dalam diri seseorang akan terkubur dan sekaligus masyarakat akan menjadi tamak dan lebih mementingkan kekayaan. Apabila kekayaan mulai menguasai diri masyarakat akan sanggup melakukan perkara-perkara yang hina seperti menipu, membunuh, melakukan perbuatan keji untuk mencipta nama dan menjadi lebih kaya.
Dalam erti kata lain, masyarakat menjadi hamba kepada kekayaan sematamata sekaligus hilang ciri-ciri ketimuran dan keislaman. Manusia akan lebih mengutamakan hal-hal atau faedah berkaitan dengan keduniaan. Sekiranya ada nilai-nilai murni atai positif masyarakat lebih menghormati orang lain dan alam sekitar. Masyarakat lebih maklum perkara yang baik dan tidak baik yang dilakukan dan memikirkan kesan perbuatan mereka.
4.2.6 Seloka Si Luncai Sikap si luncai, biarkan, biarkan… Ada rumah tiada terjaga, Ada anak tidak terlatih, Ada ternakan tidak terbela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tiada selidik, Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan…! Si luncai pun terjun dengan labu-labunya. (Sumber: Himpunan Puisi Klasik: 6)
Kisah bermula dengan adanya sebuah negeri yang bernama Indera Pat. Negeri Indera Pat mempunyai seorang raja iaitu Maharaja Isin. Baginda baru sahaja ditabalkan menjadi Maharaja kerana kemangkatan kedua orang tuanya. Baginda mempunyai seorang isteri bernama Tuan Puteri Bongsu dan mempunyai seorang putera yang bernama Tuan Puteri Lela Kendi yang berumur sepuluh tahun. Di dalam negeri tersebut mempunyai seorang anak yatim piatu yang miskin dan oarang kampung menggelarnya Si Luncai. Gelaran Si Luncai diberikan kepadanya kerana perutnya besar dan punggungnya tonggek serta berjalan mendabik dada. Si Luncai bekerja mengambil upah dan menjemur padi serta menjual kayu api (S.Othman Kelantan, 1997: 56).
Si Luncai mempunyai keinginan untuk menghadap Maharaja Isin. Si Luncai menghadap Raja dengan wajahnya yang hodoh. Maharaja enggan menerima
kehadiran Si Luncai di dalam istana dan Maharaja berbuat demikian. Si Luncai tidak berputus asa dan suatu hari Si Luncai pun bersiaplah memakai pakaiannya yang lain, iaitu berseluar ganjam putih sudah koyak-koyak, dan berbaju hitam buruk mengerebang seperti sarang petola, serta memakai kain hitam bermancung cobak-cabik, dan bertengkolok batik seperti tali ayam. Setelah bersiap, Si Luncai pun pergilah mengadap, dan ketika itu Maharaja sedang bercukur untuk pergi sembahyang Jumaat. Si Luncai pun naiklah ke balai penghadapan di bawah rembat balai itu, lalu ia menyembah pada baginda, seraya ditegur oleh baginda. Katanya Hai Luncai, apa maksudmu datang ini? Maka sembah si luncai, ampun Tuanku beribu-ribu ampun, tiadalah apa-apa hasrat patik, hanya hendak mengadap ke bawah dulu yang maha mulia sahaja.
Setelah itu baginda pun diamlah. Baginda terus bercukur tanpa mempedulikan kehadiran Si Luncai. Apabila dilihat oleh Si Luncai ulu baginda itu bergundul tentang tengkuknya, maka dia pun menangislah dengan teramat sangat, tersenaksenak dan terisak-isak sehingga bercucuran air matanya. Maka titah baginda, Hai Luncai, apa engkau tangiskan ini? Maka sembah Si Luncai, ampun Tuanku beriburibu ampun, tersangatlah besar dukacita bagi kalbu patik tanyakan, dan hendak pun patik sembahkan telah Tuan patik tanyakan, dan hendak pun patik sembahkan menakuti sangat-sangat dihati patik, siapa mengetahui kalau-kalau menjadi kemurkaan ke bawah duli tuanku.
Maka titah baginda, khabarkanlah olehmu tiada aku marah. Maka sembah Si Luncai, ampun tuanku beribu-ribu ampun, ada pun sebabnya patik menangis ini kerana patik lihat ulu Tuanku itu. Ampun-ampun daulatnya barang bertambahtambah daulat, serupalah betul-betul dengan kepala pachal tua ke bawah duli yang telah hilang itu, daripada dogol-dogol dan sulahnya itu sedikit pun tiada bersalahan lagi. Maka itulah sebabnya hiba dan rawan dihati patik. Pada perasaan pati, tambahan pila susuk gaya bayanya pun haruslah sebaya dengan tuanku juga (S.Othman Kelantan, 1997: 56-57).
Setelah baginda mendengarkan sembah Si Luncai, maka baginda pun murkalah terlalu amat, merah padam warna mukanya seraya bertitah, hai Luncai, sampailah engkau ini kanak-kanak lagi miskin, patutlah tiada mempunyai akal dan fikiran. Adakah sampai hermat engkau menyamakan sifat aku dengan bapa engkau yang sudah mampus itu? Ceh! Ceh! Tidak kusangka sekali-kali demikian berani engkau. Maka sekarang engkau ini derhaka kepada aku, tentulah engkau ku bunuh (S.Othman Kelantan, 1997: 56-57).
Maharaja pun memberi isyarat pada hulubalangnya menyuruh tangkap Si Luncai, serta diikat dan dimasukkan kedalam guni. Titah baginda kepada seorang pertanda menyuruh bunuh akan Si Luncai dan campakkan ke dalam air di kuala sungai itu. Perintah Maharaja dituruti dengan penuh taat dan dibawanya Si Luncai turun ke sampan serta berkayuh ke hilir.
Si Luncai berkata, wahai encik pertanda, mintalah hamba sebiji labu air hendak hamba peluk, seolah-olah ganti ibu hamba, kerana hamba hendak mati ini, bolehlah hamba marifatkan hamba mati bersama-sama dengan ibu hamba. Maka jawab pertanda itu, baiklah. Kerana ia pun belas juga melihatkan orang yang telah tentu mati itu, lalu disuruhnya ambil labu air tempat bekalan mereka di dalam perahu itu, yang besar sekali, seraya dikeluarkan dan diuraikan ikatnya lalu diberikan labu itu kepada Si Luncai.
Labu itu dipeluk oleh Si Luncai, lalu menangislah dia dengan amat sangatnya di tengah-tengah perahu itu. Kemudian Si Luncai berkata kepada segala pertanda itu, “katanya ya mamak pertanda, hamba melihat tuan hamba berkayuh itu terlalulah kasihan di hati hamba oleh terlampau penatnya. Jika begitu, ada suatu nyanyi supaya boleh membuat pelalai berkayuh itu, kita perbuat beramai-ramai”. Maka jawab pertanda itu, “apa dia? Luncai, pelalai itu?” Maka kata Si Luncai, “buatlah demikian”. Si luncai terjun dengan labu-labunya, “jawabnya biarkan, biarkan”. Maka pertanda itu semuanya membuatlah seperti yang diajarkan oleh Si Luncai itu beramai-ramai. Si Luncai terjun dengan labu-labunya! Biarkan, biarkan. Si Luncai terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan (S.Othman Kelantan, 1997: 56-57).
Maka dengan hal yang demikian bernyanyi itu bersahut-sahut, Si Luncai pun terjunlah sungguh ke dalam sungai seraya menyelam. Maka pertanda jurumudi itu beberapa kali telah menyatakan, Si Luncai sudah terjun dengan labu-labunya ke
dalam air, tetapi oleh sabor dengan nyanyinya itu tiadalah siapa yang menghiraukan. Kemudian lalu berkatalah pula jurumudi dengan bengisnya, hai kamu sekalian anak perahu, cubalah lihat kebelakang, Si Luncai sudah terjun dengan labu-labunya.
Melalui cerita yang tersirat dalam seloka Si Luncai ini, dalam erti kata lain, Si Luncai boleh dikatakan bijak berbanding dengan watak Pak Kaduk dan Pak Pandir. Hal ini kerana, Si Luncai pandai menipu dengan cara yang tidak disangka-sangka. Sikap cerdik yang dimiliki oleh Si Luncai ini menyebabkan ramai orang yang boleh tertipu dengan tindak tanduknya. Sifat dan sikap cerdik yang ada pada Si Luncai boleh dicontohi. Namun budaya menipu ini boleh menjerumus kita ke arah budaya yang tidak sihat. Umpamanya apabila seorang anak gadis menipu orang tuanya untuk bermalam di rumah kawannya tetapi dia menipu sebenarnya dia ingin keluar bersama teman lelakinya. Jika ibu bapa seperti ini membiarkan sahaja anaknya itu keluar bermalam di rumah kawannya umpama Si Luncai terjun dengan labulabunya.
Dalam tindakannya menunjukkan Si Luncai pemuda yang pintar. Ini boleh dilihat pada keinginannya hendak menghadap raja dan beberapa kali pula dicubanya. Si Luncai buka setakat hendak melihat raja, tetapi secara pemikiran “kepala” yang sama, dia hendak menguji raja, hendak menduga kepintaran raja. Kemudiannya ternyata Si Luncai memang pintar: dia dapat mempengaruhi pertanda di dalam perahu dengan menerima sebuah “labu”, dan ketika dimasukkan ke dalam
guni, Si Luncai telah membuat helah ketika mendengar jeritan seekor rusa yang dikatakannya jeratnya sudah mengena, dan akhirnya menukarkan seorang lelaki India ke dalam guninya. Kepekaan Si Luncai terhadap alam sehingga dia dapat mempengaruhi sekalian musuhnya dan melekakannya dengan segala ucapan dan kata-katanya (S.Othman Kelantan, 1997: 57).
Hal seperti ini akan mengundang kepada keburukan dan gejala negatif yang sering melanda masyarakat pada zaman ini. Kelekaan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menyebabkan keruntuhan moral sekaligus negara kehilangan pelapis atau generasi muda yang bakal menerajui negara nanti. Seloka Si Luncai ini membawa maksud yang tersirat iaitu sikap Si Luncai yang mengabaikan tanggungjawabnya sebagai seorang ayah dengan membiarkan anak-anaknya kelaparan, rumah yang tidak dijaga dengan baik dan segala ternakan serta tanaman dibiarkan begitu sahaja. Buktinya terdapat pada bait atau rangkap pertama dalam seloka ini.
Sikap si luncai, biarkan, biarkan… Ada rumah tiada terjaga, Ada anak tidak terlatih, Ada ternakan tidak terbela, Ada kebun tidak ditanam, (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 5)
Selain itu, sikap Si Luncai juga diibaratkan sebagai orang yang tidak pandai menggunakan kecerdikan atau kepandaiannya ke arah kebaikan. Sikap Si Luncai
juga dikatakan sebagai seorang yang pemalas untuk melakukan sebarang kerja dan tiada kemajuan di dalam hidupnya. Contohnya terdapat dapat rangkap seloka ini.
Ada cerdik tiada selidik, Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan…! Si luncai pun terjun dengan labu-labunya. (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 5) Seloka Si Luncai ini boleh dikaitkan dengan masyarakat sekarang yang ada segalagalanya tetapi tidak mampu untuk memandang ke hadapan dan sikap malas yang ada pada segelintir masyarakat yang tidak mahu maju dan hanya mengharapkan bantuan orang lain.
Secara kesimpulannya, Si Luncai sebenarnya ada segala-galanya sebagai insan yang boleh berjaya dengan cemerlang dalam hidup, tetapi bersifat malas, tidak menjaga anak dengan baik, harta tidak diusahakan dengan baik, kecerdikan tidak menjaga anak dengan baik, harta tidak diusahakan dengan baik, kecerdikannya tidak dipakai ke jalan yang baik, ada belajar mencari ilmu tapi bertindak tidak menggunakan otak. Akhirnya Si Luncai atau dikiaskan kepada orang yang bersifat seperti ini akan gagal dalam hidup dan akan tenggelam dalam dunianya sendiri. Orang lain telah berjaya tetapi dia tetap dengan dunianya sendiri (Mohd Rosli Saludin, 2007: 222-223).
4.2.7 Seloka Pak Balung- ayam tambatan Episod pertama (sungguh malang nasib Pak Balung) Kasih dicurah sayang diberi, Makan dihidang minum disaji, Tak perlu kais tak perlu cari, Beras padi datang sendiri. Hilang dicari lambat dituruti, Bulu dicuci leher diurut, Paruh diasah taji diraut, Ekor dibelai najis dikaut, Lupa diri lupa daratan, Berkokok lantang bersahut sahutan, Akulah handal akulah jantan, Akulah jaguh ayam tambatan.
(Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 7)
Maksud seloka Pak Balung-Ayam Tambatan ini lebih merujuk kepada kisah seekor ayam yang dijadikan sebagai ayam sabungan. Kisah malang ayam tambatan dalam seloka ini terbahagi kepada empat episod. Dalam episod pertama sungguh malang nasib Pak Balung ini menceritakan kehidupan mewah ayam tambatan yang bernama Pak Balung yang mana dirinya dijaga dengan baik oleh tuannya. Buktinya Pak Balung dijaga dengan baik dengan diberikan mandi seluruh badannya, paruh diasah, taji diraut dan ekor dibelai dengan penuh kasih sayang. Buktinya pada rangkap ini yang mana menyebut Pak Balung dijaga dengan baik.
Hilang dicari lambat dituruti, Bulu dicuci leher diurut,
Paruh diasah taji diraut, Ekor dibelai najis dikaut, (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 5) Di samping itu juga, Pak Balung berkokok dengan lantang menandakan dirinya sebagai ayam yang handal dan ayam jaguh sehingga ramai yang kalah ditangannya. Buktinya:
Lupa diri lupa daratan, Berkokok lantang bersahut sahutan, Akulah handal akulah jantan, Akulah jaguh ayam tambatan. (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 5)
Di dalam episod dua sungguh malang nasib Pak Balung-Ayam Tambatan ini lebih menceritakan mengenai kehidupan Pak Balung yang belum pasti. Nasibnya tidak dapat ditentukan sama ada Pak Balung dapat hidup selama-lamanya atau tidak. Kerisauan mula melanda diri Pak Balung apabila ia memikirkan nasibnya yang tidak diketahui lagi. Buktinya terdapat dalam rangkap kedua seloka ini.
Episod kedua (sungguh malang nasib Pak Balung) Nasib Pak Balung belum pasti, Entah untung entahkan rugi, Entah hidup entahkan mati, Entahkan maut di hujung taji. Entah pekak mungkin buta, Entah momok mungkin gila, Entah patah tergeliat, Atau pincang seumur hayat! (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 7)
Dalam episod ketiga sungguh malang nasib Pak Balung pula, memceritakan saatsaat kegagalan atau kekalahan Pak Balung di gelanggang. Badannya yang dahulu dijaga dengan baik oleh tuannya kini hanyalah tinggal daging merah yang kehilangan bulu akibat pertarungan digelanggang. Nasib Pak Balung umpama sudah jatuh ditimpa tangga apabila Pak Balung dijual kepada orang lain yang menyebabkan kesedihan menyelubungi diri seekor ayam iaitu Pak Balung. Kemenangan diukur dengan darah iaitu Pak Balung ayam tambatan kalah jatuh terkapar dengan seluruh badannya luka-luka dan tiada lagi bulu yang cantik di badannya.
Episod ketiga (sungguh malang nasib Pak Balung) Dalam gelanggang satu bulatan, Di situlah Pak Balung dilepaskan, Tanpa sebab tanpa alasan, Bersabung nyawa beradu kekuatan, Bulu tercabut berterbangan, Darah merah bercucuran, Kulit daging berkecaian, Wang ringgit bertukar tangan, Yang kalah jatuh terkapar, Yang menang mandi darah, Siapa yang untung ketawa besar, Siapa yang rugi menyumpah-nyumpah. (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 7) Episod keempat kisah Pak Balung pula menceritakan kemenangan orang yang menang dirai dengan gelak ketawa dan orang yang kalah berdarah sehingga
keseluruhan badannya. Kisah Pak Balung akhirnya terkubur akibat kemegahan yang ada pada dirinya akhirnya tercalar dengan kekalahan Pak Balung di gelanggang. Buktinya dalam episod keempat kisah Pak Balung.
Episod keempat (sungguh malang nasib Pak Balung) Orang menang awak yang parah, Orang ketawa awak berdarah, Akibat megah diri... Akhirnya menjilat luka sendiri! (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 7) Menurut Mohd Rosli Saludin, 2007:(220-221), kisah Pak Balung ini boleh diteladani iaitu jangan mudah sombong atau bongkak dengan sesuatu kelebihan yang ada pada diri kita. Hal ini kerana sikap sombong dan bongkak akan menyebabkan kita akan rugi dan kehilangan kawan-kawan atau sahabat dalam hidup kita. Unsur kritikan di dalam seloka ini berunsur ejekan dan jenaka yang didalamnya tidaklah terhenti dengan maksud berhibur, bermain atau bersuka-ria semata-mata. Masyarakat sekarang yang bersikap sombong akan merugikan dirinya sendiri.
Kehidupan sekarang yang penuh dengan sikap berlumba-lumba mengejar kekayaan atau kemewahan akan memberikan kesan yang negatif kepada negara. Sebenarnya, perasaan sombong atau takbur boleh berlaku apabila timbulnya suatu pandangan terhadap orang lain dengan pandangan yang kecil dan hina. Pandangan tersebut mungkin suatu pandangan yang secara faktanya benar. Umpamanya jika kita membandingkan pendapatan sebanyak RM 7000.00 sebulan dengan
pendapatan sebanyak RM3500.00 sebulan, tentulah jumlah pendapatan pertama jauh
lebih
besar
berbanding
dengan
jumlah
pendapatan
kedua
(http://www.ikim.gov.my).
Walau bagaimanapun, kesombongan itu berlaku apabila pandangan tersebut beriringan dengan anggapan orang yang dipandangnya itu lebih kecil, serba kekurangan atau kurang berharga berbanding dengan dirinya. Ketakburan berlaku apabila pandangannya itu tidak disertakan dengan kesyukurannya kepada Allah s.w.t. kerana memberi kelebihan tersebut. Secara tidak langsung dia menganggap apa yang dimilikinya itu tidak mempunyai kaitan dengan rahmat atau rezeki yang diberikan oleh Allah ataupun dia menganggap bahawa dia sememangnya individu istimewa kerana itu Allah memilihnya untuk memiliki kelebihan tersebut (http://www.ikim.gov.my).
Secara kesimpulannya, Pak Balung atau dikiaskan kepada manusia tadi lupa daratan dan menggangap dirinya yang terbaik dan terulung sekali. Mendabik dada tanpa menyedari bahawa diri sendiri telah dijadikan sebagai batu loncatan oleh orang lain. Orang lain yang menjadikan dirinya sebagai kuda tunggangan untuk mendapat keuntungan yang besar dan berlipat kali ganda. Pak Balung atau watak manusia telah dijadikan sabungan untuk mendapatkan sesuatu dalam bentuk kekayaan. Akhirnya dirinya hancur dan menanggung kerugian dan yang untung adalah orang lain di sisinya. Sepatutnya kita harus sedar orang lain mahu mengambil kesempatan ke atas diri kita Mohd Rosli Saludin, 2007:(220-221).
4.2.8 Seloka Kehilangan Adat Melayu
Aduhai resam, wahai adat! Lembaga di mana telah berpudat? Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa, Ghaib sepi tiada bersisa... Laksana dipagut tedung yang bias! Amboi! Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa, Umpama gajah menjadi rusa, Oleh ragi campuran bangsa! Sayang! Sayang! Merajuk ke manakah adat melayu? Laksana debu dipuput bayu. Wallahualam! Entah jatuh ke laut gerangan, Disambar yu! (Sumber: Abdul Halim Ali, 1964: 42) Seloka ini lebih kepada adat pepatih yang ada di Negeri Sembilan. Seloka ini menceritakan mengenai kehilangan adat melayu yang mula hilang ditelan zaman dek generasi muda yang tidak mengambil endah mengenai kecantikkan dan keindahan adat Melayu. Adat disini bermaksud segala sistem kehidupan yang dilalui oleh masyarakat beradat harus ada peraturan yang baik dan teratur. Raja kepada adat tersebut adalah kebenaran dan bila jumpa kebenaran itu diketepikan. Adat ini juga boleh diketepikan buat seketika jika ada muafakat namun begitu masih lagi tertakluk kepada adat walaupun kita kata tidak mahu mengikut adat. Setiap manusia bernyawa pasti ada mempunyai adatnya yang tersendiri. Lari daripada adat setelah kita tidak ada di muka bumi ini. Hal ini terbukti apabila dalam
bait-bait di dalam seloka ini ada menyebut hilangnya adat maka hilanglah tamadun Melayu. Aduhai resam, wahai adat! Lembaga – di mana telah terpudat? Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa, Ghaib sepi tiada bersisa… Semakin mengerang senantiasa, Laksana dipangut tedung yang bisa! (Sumber: Abdul Halim Ali, 1964: 42)
Adat Melayu sekarang sudah dicemari dengan unsur-unsur luar yang masuk mencemari adat melayu yang sememangnya cantik dan indah sebelum ini. Bangsa Melayu amat terkenal dengan sifat lemah lembut dan sopan santunnya. Kehidupan sehari-hari sangat dipengaruhi oleh persekitaran masyarakatnya. Dan kebiasaan ini telah menjadi amalan turun-temurun zaman-berzaman yang diwarisi dari nenek moyang mereka. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, begitulah amalanamalan tertentu ini tetap diamalkan walaupun arus kemodenan telah lama menyerapi kehidupan masyarakat Melayu di negara kita ini.
Setelah kedatangan Islam lebih 700 tahun yang lalu amalan-amalan tertentu di dalam kehidupan seharian ini telah disesuaikan dengan tuntutan dan saranan agama, mana-mana amalan yang bertentangan dengan ajaran agama Islam telah ditinggalkan serta tidak diamalkan lagi. Amalan ini juga dipanggil sebagai adat.
Pepatah melayu "Biar mati anak, jangan mati adat", merujuk kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat melayu. Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada perlaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakan adat adalah juga merupakan peraturan terhadap kehidupan sehariharian, ia juga dipanggil ritual. Buktinya di dalam rangkap ini iaitu: (http://www.ashtech.com.my/adat/). Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa, Umpama gajah menjadi rusa; Oleh ragi campuran bangsa, Adab tertib habis binasa! (Sumber: Abdul Halim Ali, 1964: 42)
Di samping itu juga, adat Melayu dikatakan sudah hilang kerana campuran daripada budaya asing yang menyerap masuk ke dalam adat melayu sekaligus keaslian dan keindahan adat melayu itu sendiri sudah hilang tanpa arah. Sayang! Sayang! Merajuk ke manakah adat Melayu? Laksana debu dipuput bayu! (Sumber: Abdul Halim Ali, 1964: 42)
Adat melayu yang selama ini dijunjung dan dipelihara keaslian dan keindahannya mungkin hilang dek kerakusan manusia mengejar kebendaan dan hilang sifat pertimbangan dan mementingkan diri sendiri. Hal ini terbukti melalui rangkap ini.
Wallahualam! Entahkan jatuh ke laut gerangan, Disambar yu! (Sumber: Abdul Halim Ali, 1964: 42) Sering ditekankan dalam kehidupan masyarakat yang pentingkan adat harus mengamalkan pusaka orang tua yang dianggap baik. Contohnya bergotong-royong, bersopan, menghormati orang tua, hormat pemimpin, bersatu padu, berbudi dan sebagainya. Dalam kehidupan masyarakat beradat diingatkan bahawa kita tidak harus pentingkan diri sendiri sahaja. Jika malu seorang akan mendapat malu semua. Kelompok masyarakat adalah sangat penting. Perlakuan yang tidak baik dan tidak beradab harus ditinggalkan. Jika kita terlajak perbuatan, kita harus menanggung malunya. Setiap malu bukan boleh ditebus dengan wang ringgit sahaja. Kita mesti ingat jika kaki sudah terdorong ke arah perkara yang kurang elok adalah buruk padahnya dan badan akan binasa (http://www.jkkn.gov.my/v2/?page_id=55).
4.2.9 Seloka Lebai Malang Lebai nasib langkahan malang, Ke hulu hilir penat berulang, Celaka sial bedebah jembalang, Pakaian dibuang bertelanjang pulang. Ayuhai nasib fakir miskin, Dapat sedekah sebungkus lempeng Habis hilang baju dan kain, Penganan habis dibaham anjing. Penat berkejar tiada terkira, Ke sana ke mari tersera-sera Punah golok bersama nira Pulang ke rumah mendapat mara.
(Sumber: Mohd. Yusuf Md. Nor, 1985: 173) Di dalam sebuah desa ada seorang lelaki bernama Lebai yang pandai mengaji dan taat kepada Allah s.w.t. Lebai seorang yang sangat bersopan santun dan mempunyai hati yang ikhlas bersama isterinya yang tinggal di sebuah dusun. Ada peristiwa yang mana seorang lelaki dan seorang kanak-kanak datang ke rumah Lebai untuk menjemput Pak Lebai kenduri doa selamat dan kenduri berkhatam.
Maka jawab Pak Lebai, yalah, baliklah engkau dahulu. Ada sekejap pula datang seorang lagi mempersilakan Pak Lebai ke rumahnya oleh hendak kenduri Maulud. Maka itu pun disanggup juga Pak Lebai, demikianlah juga katanya. Maka ketiga-tiga mereka itu pun pulanglah ke rumah masing-masing dengan berharap Pak Lebai akan hadir ke rumah mereka. Masa demi masa sampailah petang, Pak Lebai tak kunjung tiba. Maka mayat yang mati itu pun dimandikan serta disembahyangkan lalu ditanamkan. Dan demikian juga yang berkhatam itu pun dikhatamkan oranglah dan yang berkenduri itu pun bertampillah berzikir, masing-masing dengan pekerjaannya.
Cerita lain pula di pihak Pak Lebai. Selepas mereka bertiga berjumpa dengan Pak Lebai, maka Pak Lebai mengerjakan solat zohor. Sesudah sembahyang lalu Pak Lebai berfikir di dalam hatinya, ke manakah tempat baik yang aku harus pergi ini? Pak Lebai berkata di dalam hatinya. Jika aku pergi kepada orang mati tentu aku
mendapat sedekah kain putih dan tikar. Dan kalau aku pergi kepada orang berkhatam, perutku tentulah kenyang, dan sedekah pula secupak daging kerbau, serta kelapa setali dan kampit beras satu. Dan jikalau aku pergi kepada orang berzikir itu perut aku tentulah kenyang makan lempeng penganan angkatan orang itu. Maka kalau begitu, baiklah aku pergi kepada orang mati itu dahulu, kerana sabda junjungan dahulukan kerja wajib daripada kerja yang lain-lain.
Setelah Lebai Malang berfikir demikian, maka dia pun pergilah ke rumah orang yang kematian itu. Dengan takdir Allah ta`ala Pak Lebai bertemu dengan orang-orang yang pergi menanamkan orang mati itu baru pulang sahaja dari kubur. Maka kata saudara si mati, Allah, Pak Lebai, mengapa lambat datang? Sudahlah apa boleh buat? Tiada hendak menjadi rezeki saya.
Maka Pak Lebai pun pergilah pula ke rumah orang berkhatam itu. Serta Pak Lebai sampai ke sana, orang semuanya habis hendak balik. Demi dilihat oleh orang empunya kerja itu, katanya, ah, ah ini pun Pak Lebai baru sampai. Mengapa Pak Lebai lambat datang? Sekarang apa pun tiada lagi, semuanya telah habis, melainkan barang dimaafkan sahajalah hal saya ini, kerana semuanya telah habis sekali (http:// mforum.cari.com.my/archiver/?tid-419117.html).
Pak Lebai, tiada mengapa, asalkan sudah selamat, sudahlah. Kemudian ia pun berjalan menuju ke rumah orang bermaulud itu. Setelah ia sampai ke sana, orang
baru lepas berangkat saja, masing-masing orang pun hendak kembalilah. Maka apabila dilihatnya oleh tuan rumah akan Pak Lebai, maka katanya, Allah mengapa lambat datang Pak Lebai? Hingga penatlah saya menanti tiada juga Pak Lebai sampai. Kemudian diperbuatlah mana-mana yang dapat. Naiklah, Pak Lebai, nah inilah yang ada hanya sebungkus penganan saja lagi, lain semuanya sekali telah habis.
Maka ujar Pak Lebai, tiada mengapa apa pula yang disusahkan saya ini. Lalu diambilnya bungkusan lempeng itu serta berjalan pulang ke rumahnya. Kelakian, maka hari pun hampir petang Pak Lebai pun sampailah ke kampungnya lalu teringatlah ia akan air niranya diatas pohon kabung tiada berambil lagi. Maka ia pun pergilah kepohon kabung itu dan lempengnya itu pun disangkutkannya pada sungai tempat ia memanjat pohon itu. Maka Pak Lebai pun sampailah kepada bacuk niranya itu. Dilihatnya bacuk itu penuh berisi air nira. Lempengnya yang ditinggalkannya dibawah itu sudah digonggong oleh anjing, dibawanya lari. Maka setelah dilihatnya oleh Pak Lebai akan hal penganannya itu digonggong oleh anjing, maka hilanglah fikirannya, lalu dia mencabut goloknya serta dipunggahkan oleh anjing itu, tiada kena. Dan diambil bacuk nira yang penuh dengan nira itu, lalu dibalingkannya, tiada juga kena. Maka ia pun terjun dari atas pohon itu berkejar sekuatnya menghambat binatang bedebah itu.
Unsur kritikan yang boleh dilihat melalui seloka ini ialah unsur atau sikap tamak yang ada pada diri sendiri. Pak Lebai seorang yang tamak. Kisah Pak Lebai ini adalah seloka yang berunsur jenaka dengan tujuan menyindir orang yang berkelakuan tamak. Selain itu, Pak Lebai disifatkan sebagai orang yang mementingkan diri sendiri dengan mengambil kira jenis makanan yang akan dihidang dan diberikan kepadanya kelak. Sifat ini sememangnya amat mementingkan diri sendiri kerana hanya mengambil benda yang dianggap remeh temeh. Kebijaksanaan dalam pengajian Agama Islam tidak digunakan dengan sebaik-baik
malah
mengikut
nafsu
yang
telah
menguasai
diri
(http://www.ashtech.com.my/cerita_rakyat/lebai_malang.html).
Masyarakat sekarang perlulah bersyukur dengan apa yang ada. Janganlah bersikap tamak dan mementingkan diri sendiri yang pastinya akan merugikan diri sendiri. Di dalam seloka ini menceritakan Pak Lebai yang mendapat tiga jemputan kenduri yang dia perlu hadiri. Namun ketika asyik memikirkan jenis makanan yang dia boleh bawa pulang, Pak Lebai terlepas ketiga-tiga kenduri berkenaan. Sikap tamak yang melanda diri Pak Lebai menyebabkan dirinya bertelanjang kerana penganan yang telah diberi kepadanya telah dimakan oleh anjing ketika dia leka di atas pokok kelapa untuk mengambil nira. Pada rangkap Pak Lebai ini menjelaskan segala-galanya mengenai sikap tamak yang ditunjukkan oleh Pak Lebai. Lebai nasib langkahan malang, Ke hulu hilir penat berulang, Celaka sial bedebah jembalang, Pakaian dibuang bertelanjang pulang.
Ayuhai nasib fakir miskin, (Sumber: Mohd. Yusuf Md. Nor, 1985: 173) Masyarakat
sekarang
yang
begitu
mementingkan
diri
sendiri
sehingga
mengakibatkan kerugian pada diri sendiri. Kehidupan yang hanya berdasarkan prinsip tamak dan mementingkan diri sendiri akan memberikan kesan kepada masyarakat dan negara. Tiada lagi nilai-nilai murni yang akan membentuk pembangunan sahsiah dan tersirat. Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial.
Kawalan sosial sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyarakat dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya. Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial. Kawalan sosial sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyarakat dan lain-lain atau berbentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan badanbadan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya. Oleh yang demikian seloka lebih banyak menggungkapkan kata tersirat berbanding tersurat. Isinya tidak menyampaikan aspek yang hendak dinyatakan secara terus, sebaliknya disampaikan dengan cara masih berselindung di sebalik kata-kata.
4.3 Kesimpulan
Kritikan sastera ialah satu displin ilmu yang saintifik, yang membicarakan soal penghayatan, penganalisian dan penilaian terhadap sesebuah karya kreatif. Ia dikatakan ilmu yang saintifik, kerana menggunakan pendekatan atau metodologi sewaktu membuat kritikan. Sesiapa sahaja boleh melakukan kritikan setelah membaca sesebuah karya, baik apa jua genre, novel cerpen, sajak atau drama, asalkan menggunakan mana-mana pendekatan atau metodologi kritik sastera. Oleh yang demikian, penghayatan dalam kritik sastera bermaksud apriesiasi, pengamatan, pemahaman, tanggapan, perasaan serta pemikiran yang terjelma dari reaksi pembacaan.
BAB 5
CADANGAN DAN RUMUSAN
5.1 Pengenalan Dalam bab ini pengkaji membincangkan tentang rumusan unsur-unsur kritikan yang terdapat dalam puisi tradisional seloka. Pepatah Melayu yang mengatakan ‘biar mati anak jangan mati adat’ menunjukkan betapa tinggi komitmen masyarakat Melayu terhadap adat resam peninggalan moyang mereka. Kehidupan masyarakat Melayu dilihat berpandukan kepada sistem rasa dan amat sensitif dengan perasaan orang lain. Mereka diasuh dan diterapkan dengan amalan-amalan hidup yang penuh dengan sifat bersopan santun, tidak suka menonjol diri dan sentiasa mengalah sebagai tanda hormat dan toleransi yang tinggi. Oleh yang demikian, sejak zaman tradisional lagi, orang Melayu telah melengkapkan diri mereka dengan mencipta panduan hidup dan peraturan-peraturan
yang dikenali sebagai sastera Melayu tradisional berbentuk puisi. Ia dapat dikaitkan dengan inisiatif masyarakat dahulu kala dalam menggambarkan kehidupan mereka. Masyarakat Melayu yang pada ketika itu lebih mementingkan tradisi lisan telah menggunakan bentuk-bentuk kesusasteraan Melayu tradisional seperti syair, pantun, peribahasa, pepatah dan perumpamaan bagi menggambarkan pencapaian serta pemikiran mereka.
Terdapat juga beberapa cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji untuk panduan dan juga rujukan pihak yang berkenaan. Hal ini penting untuk semua lapisan masyarakat. Tidak kira golongan muda dan juga golongan tua. Secara tidak langsung ia akan dapat mengangkat martabat sastera agar setanding dengan bidang-bidang yang lain. Cadangan yang dikemukakan oleh pengkaji adalah untuk memastikan puisi melayu tradisional seperti seloka menjadi salah satu genre sastera yang berdiri gah setanding dengan genre-genre sastera yang lain.
5.2 Cadangan
Unsur kritikan adalah salah satu aspek yang paling penting dalam bidang kesusasteraan yang menjadi titik tolak kepada proses penilaian dengan cara pengamatan dan perbandingan, menganalisis dan menghayati dengan kaedah-kaedah yang sistematik dan beralasan dengan maksud mengembangkan tanggapan-tanggapan yang terbit darinya. Peranan kritikan sastera menjadi pelengkap yang membuat pertimbangan-pertimbangan
nilai terhadap sesebuah karya. Tujuan kritikan juga harus diambil kira kerana tujuan pengkritik itu akan menjustifikasikan kritikannya. Kritikan juga dapat membantu membina teori dan pendekatan baharu. Berasaskan kritikan yang dibuat terhadap sesebuah teks, akan mendorong kelahiran teori atau pendekatan baharu.
Dalam keadaan ini, pendekatan dan teori kritikan akan sentiasa mengalami perubahan, modifikasi dan perkembangan oleh Jaque Derrida dengan pendekatan baharu yang
disebut
poststrukturalisme.
Secara
interteori,
kritikan
akan
membantu
memperluaskan perkembangan sastera dari semasa ke semasa dalam pelbagai pembaharuan yang menakjubkan. Pendidikan merupakan salah satu institusi yang mampu untuk mengangkat martabat sastera. Dalam sistem pendidikan negara yang ada pada masa sekarang mata pelajaran sastera telah dijadikan sebagai mata pelajaran elektif.
Dalam konteks ini, pelajar telah diberi kebebasan untuk memilih mata pelajaran yang mereka suka. Fenomena yang berlaku dalam kalangan pelajar ialah mata pelajaran sastera dianggap sebagai mata pelajaran yang tidak mempunyai nilai komersial. Secara tidak langsung, mata pelajaran sastera telah dipinggirkan di sekolah. Oleh yang demikian, bagi memastikan mata pelajaran sastera setanding dengan bidang-bidang yang lain maka mata pelajaran sastera harus dijadikan sebagai mata pelajaran wajib sama dengan mata pelajaran Bahasa Melayu. Dengan ini, bidang sastera akan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan bidang yang lain misalnya bidang teknologi yang sedang hangat diperkatakan pada zaman sekarang.
Selain itu, peranan pihak Kementerian Pelajaran untuk menjadikan mata pelajaran sastera sebagai mata pelajaran wajib, pihak yang berkaitan dengan dunia sastera harus bergiat aktif untuk memberi pendedahan kepada semua lapisan masyarakat. Sasaran bukan sahaja kepada golongan muda khususnya pelajar, namun ia harus didedahkan kepada golongan tua. Hal ini kerana ramai golongan tua yang berminat dengan dunia sastera tetapi mereka masih kurang memahami sastera tersebut. Pendedahan harus dilakukan dengan memberi ceramah atau bengkel agar semua golongan tidak kira muda atau tua berminat dengan sastera. Dengan adanya aktiviti seperti ini maka semua golongan akan dapat mengenali keindahan yang wujud dalam sastera.
Di samping itu, Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menyediakan garis panduan kemahiran di dalam sukatan pelajaran kesusasteraan Melayu dan memberi penekanan yang lebih kepada unsur-unsur kritikan yang terdapat dalam seloka yang banyak menyelitkan unsur-unsur sindiran kepada masyarakat melayu itu sendiri. Pemilihan teks perlu diberi panduan agar tidak berlaku kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik kesusasteraan Melayu.
Selain itu, pelbagai aktiviti juga harus dijalankan. Misalnya aktiviti “Kembara Puisi” harus dijalankan disetiap pelosok daerah. Aktiviti ini akan dapat membantu untuk memperkenalkan puisi kepada semua lapisan masyarakat. Di samping itu, secara tidak langsung mereka akan dapat menghayati dan merungkai maksud yang terdapat dalam puisi tradisonal Melayu iaitu seloka. Dengan penghayatan ketika deklamasi puisi dilakukan, maka masyarakat yang mendengar akan menerima input yang berguna. Ia
akan menggalakkan masyarakat berfikir tentang apa yang hendak disampaikan oleh pembawa ketika seloka tersebut dinyanyikan.
Peranan guru merupakan salah satu aspek yang penting dalam usaha memartabatkan unsur kritikan yang terdapat dalam sesebuah puisi Melayu tradisional. Dalam era pendidikan sekarang, sastera mula diketepikan oleh pelajar kerana ia susah untuk dipelajari. Dalam konteks ini, guru harus berperanan supaya mengubah persepsi pelajar terhadap mata pelajaran sastera di sekolah. Guru harus mempelbagaikan teknik dalam pengajaran sastera di sekolah. Misalnya, berlakon, berpuisi dan sebagainya. Dengan adanya aktiviti ini di sekolah ia akan menarik minat para pelajar supaya mempelajari mata pelajaran sastera.
Dalam proses pengajaran dan pembelajaran pula, guru harus mempelbagaikan teknik tersebut. Guru hendaklah mengurangkan aktiviti memberi nota kepada pelajar. Ia harus digantikan dengan guru harus membuat aktiviti lakonan di dalam kelas. Misalnya, ketika mengajar seloka, aktiviti nyanyian seloka harus dilakukan oleh guru. Dengan cara ini, pelajar akan merasa seronok iaitu belajar sambil bermain. Ilmu yang mereka pelajari pada hari tersebut akan dapat memberi manfaat kepada mereka.
Selain peranan guru, pihak kerajaan juga harus memainkan peranan untuk memartabatkan bidang sastera agar ia dikenali di serata dunia. Promosi mengenai sastera khususnya sajak harus diperluaskan agar masyarakat dapat mengetahui tentang bahasa tersebut. Misalnya, mengadakan bulan membaca puisi. Ia dilakukan di mana-mana
tempat tidak kira kawasan kampung atau bandar asalkan perkara yang hendak disampaikan kepada masyarakat sampai. Dengan adanya sokongan dari pihak kerajaan maka secara tidak langsung maka martabat sastera sebagai sebuah bidang yang mempunyai nilai komersial dapat diangkat.
Di samping itu, seni berpuisi juga harus diserapkan dalam majlis rasmi seperti hari ucapan, hari perhimpunan mingguan dan acara-acara yang lain agar aktiviti ini dapat dijadikan amalan dalam kehidupan masyarakat. Pertandingan seni berpuisi dalam pelbagai bentuk juga boleh dianjurkan oleh pihak sekolah. Masyarakat luar seperti ibu bapa harus memberi galakan kepada anak-anak mereka supaya bergiat aktif menyertai pertandingan tersebut. Dengan cara ini ia akan dapat memupuk minat pelajar dalam bidang sastera. Pengkaji juga turut mengemukakan saranan iaitu cara yang patut dilakukan oleh pembaca untuk dapat memahami dan menikmati puisi yang dibaca dan didengarinya. Dengan cara ini maka secara tidak langsung pembaca akan dapat memahami isi seloka yang hendak disampaikan oleh pengarang. Cara untuk menikmati seloka ialah pertama, sebagai pembaca dan pendengar kita harus membiarkan penyampai berbuat apa sahaja (merujuk perkara-perkara yang baik). Maknanya ialah pembaca atau pendengar harus turut mengerahkan fikirannya bersama-sama dengan penyampai. Dengan ini, pembaca dapat berdamping rapat dengan puisi dan akan dapat memahami isi seloka yang disampaikan.
5.3 Rumusan
Pengkaji telah menganalisis unsur-unsur kritikan dalam seloka. Dalam analisis ini pengkaji menggunakan buku Himpunan Puisi Klasik yang ditulis oleh Md. Ali bin Bachik dan Mohd Yusof Md. Nor dalam karya Rampaisari Puisi Warisan yang menyelitkan beberapa seloka yang boleh dikaji melalui unsur kritikan. Sehubungan itu, pengkaji telah menggunakan perpustakaan sebagai sumber utama untuk mendapatkan maklumat. Secara keseluruhannya, seloka yang dihasilkan semasa mempunyai nilai dan pengajaran yang tersendiri yang secara tidak langsung menggambarkan masyarakat melayu pada zaman dahulu. Ia dapat dilihat melalui gaya atau stail pengarang menggarap kata-kata untuk menyampaikan mesej kepada masyarakat. Pengarang begitu teliti dalam menyusun kata-kata agar menjadi lebih menarik. Tidak dapat dinafikan, bahawa kesemua seloka yang dikaji tersebut mempunyai nilai-nilai didaktiknya yang tersendiri. Setiap bait seloka yang dihasilkan mempunyai makna yang tersendiri. Mesej yang hendak disampaikan menggunakan kata-kata yang indah dan menarik.
Walaupun mesej yang hendak disampaikan tersebut kasar tetapi cara penyair menyampaikannya adalah menggunakan kata-kata secara halus dan teliti. Setiap seloka yang dihasilkan tersebut mempunyai keindahan bahasanya yang tersendiri. Dari aspek pemilihan kata-kata atau diksi, bahasa yang digunakan bersifat biasa dan konvensional. Kebanyakan seloka tersebut menggunakan ayat-ayat pendek tetapi ia cukup memberi kesan kepada pembaca. Misalnya seloka “Pak Kaduk ”. Walaupun penggunaan ayat tersebut pendek namun aspek yang hendak disampaikan adalah amat mendalam dan amat
berguna kepada masyarakat ketika itu. Kebanyakan penggunaan gaya bahasa dalam seloka ini adalah untuk mengajak para pembaca untuk berfikir tentang perkara yang hendak disampaikan oleh pengarang. Penggunaan gaya bahasa simile, metafora, paradoks, hiperbola dan personifikasi akan memberi kesan secara tidak langsung kepada pembaca. Ia turut memberi kesan kepada emosi para pembaca. Metafora sebagai seni berbahasa yang mampu mengungkapkan pemikiran pembaca terhadap persekitaran yang luas.
Hasil daripada pengamatan pembaca terhadap persekitaran, mereka dapat menggunakan gaya bahasa metafora bagi menyampaikan maksud yang tersirat dengan lebih berkesan. Tuntasnya, seloka yang dihasilkan pada zaman dahulu mempunyai nilai estetika yang begitu tinggi. Kesemua seloka tersebut mempunyai keindahannya yang tersendiri dalam menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat kepada pembaca.
5.4 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, puisi melayu tradisional seloka ini mempunyai unsur-unsur didaktik yang begitu tinggi. Seloka yang sarat dengan unsur-unsur humor dikatakan berasal daripada bahasa Sanskrit dan merujuk kepada perkataan menyindir atau mengejek
yang diperkatakan dengan cakap yang berangkap. Ia juga merujuk kepada percakapan gurau senda dan jenaka semata-mata istimewa jika bercampur dengan rangkap atau pertentangan bunyi di mana-mana. Dengan ini secara tidak langsung ia akan memberi kesan emosi kepada semua pembaca. Penggunaan gaya bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam sajak ini adalah untuk mengajak para pembaca berfikir tentang isi yang tersurat dan tersirat. Di samping itu juga penggunaan diksi dalam setiap bait ayat memberikan impak yang berkesan kepada pembaca mengenai maksud tersurat dan tersirat dalam seloka tersebut.
Walaupun penggunaaan bahasa dalam seloka sering dipertikaikan kerana ia dianggap sebagai kesalahan penggunaan bahasa, namun dalam sastera bahasa tersebut adalah penggerak kepada sesebuah hasil karya. Ia bersifat subjektif dan relatif serta mampu memberi kesan kepada seseorang individu pembaca. Mohd Taib Osman (1975) dalam ‘Warisan Puisi Melayu’ menyatakan bahawa Puisi Melayu Tradisional merupakan pancaran masyarakat Melayu lama yang mempunyai maksud yang begitu mendalam walaupun penggunaan kata dan perbendaharaannya agak terhad dan sering kali dianggap beku. Kewujudan pelbagai bentuk puisi yang berperanan dalam memberi nasihat dan pengajaran kepada masyarakat jelas menunjukkan betapa lengkapnya warisan puisi Melayu tradisional dan mendidik serta menasihati generasi muda agar berkelakuan baik dan berusaha untuk membentuk jati diri yang positif. Ia jelas bertepatan dengan budaya masyarakat Melayu yang gemar tegur-menegur demi kesejahteraan bersama.
BIBLIOGRAFI BUKU Annas Hj. Ahmad, (1978). Sastera Melayu Lama Dan Baru. Percetakan Hong Sdn Bhd. Ab. Rahman Ab. Rasyid, Harun Jaafar, Mohd Rosli Saluddin,& Talib Samat, (2000). Kamus Sastera Melayu Terkini. Selangor Darul Ehsan : Person Education Malaysia Sdn.Bhd.
Ab. Rahman Ab. Rashid, Mohd Rosli Saludin dan Zakaria Perngis, (2003). Analisis Autentik Sastera-Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Selangor Darul Ehsan: Pearson Malaysia Sdn. Bhd. Abdul Rahman Napiah, (2004). Membina Keunggulan Tradisi Sastera. Singapura: Pustaka National Pte. Ltd. Arifin Nur. (1971). Sastera Melayu Klasik. Kelantan: Pustaka Aman Press. Darus Ahmad, (1965). Kesusasteraan Melayu Klasik, Pustaka Aman Pres, Kota Bahru, Kelantan. Dharmawijaya, (1998). Dunia Puisi Dalam Penelitian dan Pengajaran. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd. Djamaris, Edwar, (1990). Menggali Khazanah Sastra Melayu Klasik, Balai Pustaka, Jakarta, Fang, Liaw York, Drs., (1978). Sejarah Kesusasteraan Melayu Klasik, Pustaka Nasional, Singapura. Fatimah Daud, (1992). Pengenalan Teori-Teori Sosiologi. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Gazali Dunia, (1992). Sastera Melayu Lama Prosa Dan Puisi, Fajar Bakti Kuala Lumpur. Gazali Dunia, (1969). Langgam Sastera Lama, Kuala Lumpur: Oxford University Press. Harun Mat Piah, (1997). Puisi Melayu Tradisional, Satu Pembicaraan Genre Dan Fungsi. Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Harun Mat Piah, (2003). Puisi Melayu Tradisional, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Harun Jaafar, (2002). Siri Pengajaran Kesusasteraan Melayu: Wacana Kesusasteraan Melayu Klasik. Tanjong Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris. Ismail Hamid, (1967). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, Pearson Education Malaysia. Petaling Jaya, Selangor. Kamus Dewan Edisi Ketiga. (1997). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Taib Osman (Peny.), (1975). Warisan Puisi Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Mohd. Taib Osman, (1974). Kesusasteraan Melayu dan Perubahan Sosiobudaya. Ogos 1974, Dewan Bahasa.
Mohd Taib Osman. (1998). Bunga-bunga Rampai Kebudayaan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Mohd Yusof Md. Nor, (1985). Rampaisari Puisi Warisan: Fajar Bakti. Mohd. Yusof Mohd Nor & Abdul Rahman Kaeh (1985). Puisi Melayu Tradisi. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti. Md Ali Bin Bachik, (1989). Himpunan Puisi Klasik, Polygraphic Marketing Sdn Bhd. Md. Ali Bachik (2003). Khazanah Puisi Klasik Melayu, Melaka: Perbadanan Muzium Melaka (ILADAM). Mana Sikana, (2006). Membina Keunggulan Tradisi Sastera, Pustaka Nasional. Majlis Peperiksaan Malaysia, (2006). Mutiara Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Muhammad Haji Salleh, (2006). Puitika Sastera Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Naapie Mat, Puisi Lama, (1992). Nurin Enterprise. Noriah Taslim, (1993). Teori dan Kritikan Sastera Melayu Tradisional. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Othman Puteh & Aripin Said.(2003).Himpunan 366 Cerita Rakyat Malaysia.Singapura:Buona Vista Drive. Simonrangkir Simandjuntak, B., (1965). Kesusasteraan Indonesia, Jil.1 Jakarta: P. T. Pembangunan. Soesilo Teor, (1963). Suka duka Si Pandir. Djakarta: Nusantara Bukit Tinggi. Sutan Takdir Alisjahbana, Puisi Lama, (1971). Petaling Jaya: Zaman Batu Baru Ltd. Siti Aishah Murad, (1996). Konsep Nilai dalam Kesusateraan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Hawa Haji Salleh, (1987). Cendekia Kesusasteraan Melayu Tradisional, Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Winsted, R. O., A History Of Classifical Malay Literature, (1960). Kuala Lumpur: Oxford University Press,
Zainal Abidin Bin Ahmad (Za’ba), (1964). Ilmu Mengarang Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Zainal Abidin Bakar (peny.), (1983). Kumpulan Puisi Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Zuber Usman, (1975). Kesusasteraan Lama Indonesia, Cetakan Kelima Melaka: Abbas Bandung.
LAMAN WEB: Diperoleh Ogos 4, 2009 daripada http://klasik.blogmas.com/2008/10/31/malang-pakkaduk/ Diperoleh Ogos 27, 2009 daripada http://klasik.blogmas.com/2007/12/27/emak-sirandang/ Diperoleh September 17, 2009 daripada http://www.ui.ac.id/Penelitian_Sosial_Budaya_Cenderung_Tinggalkan_Masyarakat.pdf
LAMPIRAN A Seloka Pak Kaduk Ayuhai malang Pak Kaduk, Ayamnya menang kampung tergadai, Ada nasi dicurahkan, Awang pulang kebuluran,
Ada isteri di bunuh, Nyaris mati oleh tak makan, Mudik menongkah surut, Hilir menongkah pasang, Masa belayar kematian angin, Sauh dilabuh bayu berpuput, Ada rumah bertandang duduk, Rumah runtuh awak menumpang. (Sumber: Gazali Dunia, 1992 : 109)
LAMPIRAN B Seloka Mak si Randang Baik budi emak si Randang Dagang lalu ditanakkan Tiada kayu rumah diruntuhkan, Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan, Kera di hutan disusui, Dagang pergi awak terhutang, Beras habis padi tak jadi.
LAMPIRAN C Seloka Pak Pandir Pandai! Pak Pandir! Anak dipijak dagang dijunjung, Kucing dibunuh tikus dibela, Harta habis badan tergadai,
(Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 2)
Mendengar gelagak dagang, Tak sedar bertelanjang, Mendengar guruh di langit, Air tempayan dicurahkan, Mulut disuap pisang, Buntut dicangkuk onak, Gunting makan di hujung, Pak Pandir juga menanggung! Apa didengar gelagak dagang, Gelagak rambutan jantan, Orang berbunga dia berbunga, Orang berbuah dia haram! Kilat memancar hujan tak jadi, Awak juga yang menanggung!
LAMPIRAN D Seloka Kisah Pak Pandir Wah! Pandainya Pak Pandir! Pipit uban disangka Pak Haji, Kambing jantan disangka ketawa, Tikar kosong ditanam,
(Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 3)
Anak dibawa keciciran! (Sumber: Md Ali b. Bachik, 1989 : 5)
LAMPIRAN E Seloka Sifat Pak Pandir Inilah sifat Pak Pandir Asalkan bergaya itulah kaya Asalkan berkilat itulah intan
Asalkan buntat pasti bertuah Asalkan berbungkal itulah emas (Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 5)
LAMPIRAN F Seloka Si Luncai Sikap si luncai, biarkan, biarkan… Ada rumah tiada terjaga, Ada anak tidak terlatih,
Ada ternakan tidak terbela, Ada kebun tidak ditanam, Ada cerdik tiada selidik, Ada belajar kepalang ajar, Ada mengaji tiada kuasa, Ada kuat tiada buat, Biarkan, biarkan…! Si luncai pun terjun dengan labu-labunya. (Sumber: Himpunan Puisi Klasik: 6)
LAMPIRAN G Seloka Pak Balung- ayam tambatan Episod pertama (sungguh malang nasib Pak Balung) Kasih dicurah sayang diberi, Makan dihidang minum disaji,
Tak perlu kais tak perlu cari, Beras padi datang sendiri. Hilang dicari lambat dituruti, Bulu dicuci leher diurut, Paruh diasah taji diraut, Ekor dibelai najis dikaut, Lupa diri lupa daratan, Berkokok lantang bersahut sahutan, Akulah handal akulah jantan, Akulah jaguh ayam tambatan.
Episod kedua (sungguh malang nasib Pak Balung) Nasib Pak Balung belum pasti, Entah untung entahkan rugi, Entah hidup entahkan mati, Entahkan maut di hujung taji. Entah pekak mungkin buta, Entah momok mungkin gila, Entah patah tergeliat, Atau pincang seumur hayat!
Episod ketiga (sungguh malang nasib Pak Balung) Dalam gelanggang satu bulatan,
Di situlah Pak Balung dilepaskan, Tanpa sebab tanpa alasan, Bersabung nyawa beradu kekuatan, Bulu tercabut berterbangan, Darah merah bercucuran, Kulit daging berkecaian, Wang ringgit bertukar tangan, Yang kalah jatuh terkapar, Yang menang mandi darah, Siapa yang untung ketawa besar, Siapa yang rugi menyumpah-nyumpah.
Episod keempat (sungguh malang nasib Pak Balung) Orang menang awak yang parah, Orang ketawa awak berdarah, Akibat megah diri... Akhirnya menjilat luka sendiri!
LAMPIRAN H Seloka Kehilangan Adat Melayu Aduhai resam, wahai adat! Lembaga di mana telah berpudat? Wah! Hilang adat lenyaplah bahasa,
(Sumber: Md. Ali b. Bachik, 1989: 7)
Ghaib sepi tiada bersisa... Laksana dipagut tedung yang bias! Amboi! Amboi! Adat tiruan, resam terpaksa, Umpama gajah menjadi rusa, Oleh ragi campuran bangsa! Sayang! Sayang! Merajuk ke manakah adat melayu? Laksana debu dipuput bayu. Wallahualam! Entah jatuh ke laut gerangan, Disambar yu!
LAMPIRAN I Seloka Lebai Malang Lebai nasib langkahan malang, Ke hulu hilir penat berulang, Celaka sial bedebah jembalang, Pakaian dibuang bertelanjang pulang. Ayuhai nasib fakir miskin,
(Sumber: Abdul Halim Ali, 1964: 42)
Dapat sedekah sebungkus lempeng Habis hilang baju dan kain, Penganan habis dibaham anjing. Penat berkejar tiada terkira, Ke sana ke mari tersera-sera Punah golok bersama nira Pulang ke rumah mendapat mara. (Sumber: Mohd. Yusuf Md. Nor, 1985: 173)