INTERNET
B1003/UNIT 14/1
INTERNET
OBJEKTIF AM : Memberi pendedahan kepada pelajar mengenai internet. OBJEKTIF KHUSUS : Di akhir unit ini pelajar akan dapat:
Menyenaraikan fungsi dan kelebihan internet.
Membezakan komponen-komponen internet .
INTERNET
14.1
B1003/UNIT 14/2
Menerangkan definisi internet
Internet ialah satu rangkaian antarabangsa yang merangkaikan beriburibu sistem komputer, samada di rumah, pejabat, organisasi atau institusi dengan menggunakan bahasa yang sama. Setiap rangkaian yang disambung ke internet boleh dipecahkan kepada rangkaian yang lebih kecil. 14.2
Mengetahui fungsi dan kelebihan internet. Terdapat beberapa fungsi dan kelebihan utama internet. Antaranya; a.
Internet menyediakan kemudahan untuk bertukar maklumat
dalam format boleh-guna-semula dan boleh-baca. Contohnya carta, gambarajah, pengkalan data, imej, jadual dan kod perisian. Perkhidmatan ini merupakan pusat bagi segala sumber maklumat seperti perkhidmatan katalog, pengkalan data, penerbitan dan lainlain. b.
Internet menyediakan kemudahan mel elektronik, berita dan
perkhidmatan maklumat pada kos yang sama dengan sambungan telefon. Malah internet mempunyai kemudahan carian. Ia boleh digunakan untuk perniagaan, rekreasi, pendidikan, perhubungan dan lain-lain.
INTERNET
B1003/UNIT 14/3
c.
Internet menyediakan satu perkhidmatan piawai yang terbaik
untuk menghantar dan menerima mel ketika pengguna log sistem komputer secara jarak jauh atau menggunakan alat bergrafik seperti jaringan sedunia ( WWW ) untuk merayau ke tempat yang menyediakan maklumat di seluruh dunia. d.
Kebanyakan pekerja akan duduk di rumah dan menghantar
kerja yang disiapkan melalui kabel tembaga atau Optik.
14.3 Mengetahui komponen internet 14.3.1 Browser Laman Web. Browser pertama ialah mosaic dan pada masa kini, Browser yang digunakan ialah Netscape dan Internet Explorer. Untuk mencapai suatu laman Web, pengguna perlu menyatakan alamat URL bagi laman tersebut. Kemudian, Browser akan mencapai laman tersebut dan memaparkannya kepada pengguna. Untuk mencapai Laman Web, Browser terlebih dahulu perlu membuat sambungan TCP kepada pelayan web pada pangkalan 80. Komunikasi antara Browser dan pelayan dilakukan dengan menggunakan protokol khas yang dkenali sebagai HTTP ( HiperText Transfer Protocol ). 14.3.2 E-Mail E-Mail adalah satu cara untuk menghantar surat kepada penerima melalui komputer dengan berkesan, murah dan pantas. Ia juga digunakan untuk menghantar fail, dokumen, imej, audio dan video dalam bentuk digital. Sistem E-Mail menyokong lima fungsi utama; 1. 2. 3. 4. 5.
Menulis email Memindahkan email kepada penerima. Membuat laporan tentang status email. Memaparkan email yang diterima. Menghapuskan email yang tidak dikehendaki.
INTERNET
B1003/UNIT 14/4
Bagi menyediakan fungsi ini, suatu sistem email biasanya terbahagi kepada tiga komponen; •
Peti Surat: Peti surat adalah fail yang menyimpan semua email yang diberi.
•
Agen Pengguna: Atur cara yang boleh menulis, menghantar, menerima, dan membaca email, serta melakukan pelbagai manipulasi peti surat.
•
Agen Pemindah: Satu program yang berada dalam pelayan email yang bertindak untuk memindahkan email daripada pelayan tersebut kepada pelayan email yang hendak dihantar.
Setiap pengguna email mempunyai alamat email. Bentuk alamat ini biasanya: petisurat@lokasi-pelayan-email. Alamat bagi lokasi-pelayan-email boleh dinyatakan sama ada dengan menggunakan IP ataupun nama domain. Contohnya;
[email protected] [email protected] roszaharah dan hamini adalah petisurat bagi penulis pertama dan kedua, manakala yahoo.com adalah nama pelayan email . Seorang pengguna email boleh mempunyai lebih daripada satu alamat email. Contohnya, seorang boleh mempunyai alamat email untuk yahoo, hotmail dan juga mailcity.
INTERNET
B1003/UNIT 14/5
14.3.3 FTP ( File Transfer Protocol ) FTP adalah satu kemudahan yang digunakan untuk perpindahan fail dari komputer kepada komputer yang lain. Komputer yang melakukan FTP perlu melaksanakan perisian pelanggan FTP. Komputer yang melaksanakan perisian pelayan FTP dikenali sebagai Tapak FTP. FTP boleh dicapai terus oleh pengguna atau melalui atur cara pengguna. Jika ia dicapai oleh pengguna, ia biasanya gunakan secara interaktif.
INTERNET
B1003/UNIT 14/6
UNIT 14 1. Nyatakan kelebihan menggunakan internet 2. Apakah kegunaan komponen internet seperti Browser
INTERNET
B1003/UNIT 14/7
UNIT 14 1.
a.
Internet menyediakan kemudahan untuk bertukar maklumat
dalam format boleh-guna-semula dan boleh-baca. Contohnya, carta, gambarajah, pengkalan data, imej, jadual dan kod perisian. Dengan ini, perkhidmatan ini merupakan pusat bagi segala sumber maklumat seperti perkhidmatan, katalog, pengkalan data, penerbitan dan lain-lain. b.
Internet menyediakan kemudahan mel elektronik, berita dan
perkhidmatan maklumat pada kos yang sama dengan sambungan telefon. Malah internet mempunyai kemudahan carian. Ia boleh digunakan untuk perniagaan, rekreasi, pendidikan, perhubungan dan lain-lain. c.
Internet menyediakan satu perkhidmatan piawai yang
terbaik untuk menghantar dan menerima mel ketika pengguna log sistem komputer secara jarak jauh atau menggunakan alat bergrafik seperti jaringan sedunia ( WWW ) untuk merayau ke tempat yang menyediakan maklumat di seluruh dunia. d.
Kebanyakan pekerja akan duduk di rumah dan menghantar
kerja yang disiapkan melalui kabel tembaga atau Optik.
INTERNET 2.
B1003/UNIT 14/8 Laman Web. Browser pertama ialah mosaic dan pada masa kini, Browser yang digunakan ialah Netscape dan Internet Explorer. Untuk mencapai suatu laman Web, pengguna perlu menyatakan alamat URL bagi laman tersebut. Kemudian, Browser akan mencapai laman tersebut dan memaparkannya kepada pengguna. Untuk mencapai Laman Web, Browser terlebih dahulu perlu membuat sambungan TCP kepada pelayan Web pada pangkalan 80. Komunikasi antara Browser dan pelayan dilakukan dengan menggunakan protokol khas yang dkenali sebagai HTTP ( HiperText Transfer Protocol ).
INTERNET
B1003/UNIT 14/9
UNIT 14 1. Pernahkan anda menghantar surat menggunakan alamat email .Sekira ya nyatakan alamat email anda. .
INTERNET
B1003/UNIT 14/10
UNIT 14 1.
Respon daripada pelajar .