Ujian Ulbs Bm.docx

  • Uploaded by: Scarlet Drew
  • 0
  • 0
  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ujian Ulbs Bm.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 1,373
  • Pages: 7
UJIAN LISAN BERASASKAN SEKOLAH (ULBS) BAHASA MELAYU TAJUK FORUM:MELESTARI ALAM SEKITAR

Mutakhir ini,arus modenisasi menderaskan lagi pembangunan negara.Pelbagai projek sosioekonomi dijalankan dengan begitu rancak namun secara tidak sedar alam sekitar sudah terjejas.Satu kemelut yang terpaksa dihadapi oleh negara kita.Kita sebenarnya tersepit antara keinginan menjadi sebuah negara maju dengan alam sekitar yang perlu dipelihara,bak kata peribahasa “ditelan mati mak,diluah mati bapa”.Untuk melihat isu ini dengan lebih jelas,satu perbincangan ilmiah telah dianjurkan oleh Persatuan Pencinta Alam Sekitar sempena kempen “Sayangi Bumi Kita”

Pengerusi: Assalamualaikum kepada hadiran sekalian.Saya Profesor Adibah Syafiqah mengucapkan selamat datang kepada semua yang ada di sini.Semoga kedatangan tuan-tuan dan puan-puan dalam majlis ilmu diberkati Allah S.W.T.Sempena kempen “Sayangi Bumi Kita” yang sedang berlangsung di seluruh negara,Persatuan Pencinta Alam Sekitar mengambil kesempatan untuk bersama-sama membantu kerajaaan memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan alam ini kepada kita.Visual yang ditayangkan kepada kita sebentar tadi menunjukkan betapa hebatnya serangan pencemaran di seluruh dunia.Hal ini amat mengerikan kerana selama ini kita semua hidup dalam sebiji “belon” yang terlalu kotor Oleh itu,bagi membincangkan fenomena ini dengan lebih spesifik dan bermaklumat,penganjur telah menjemput tiga tokoh yang terlibat secara langsung dengan alam sekitar iaitu di sebelah kanan saya ialah saudari Dr.Shaerah Sakinah, Pengarah Jabatan Meterologi Malaysia.Selamat datang saudari,apa khabar? Ahli Panel 1: Terima kasih saudari pengerusi,Alhamdulillah,saya baik-baik sahaja. Pengerusi:Seterusnya,saya perkenalkan ahli panel yang berada di sebelah saudara ahli panel pertama iaitu saudari Dr.Jans Ezravyca,aktivis pencinta alam yang sangat aktif di peringat antarabangsa.Beliau bertugas sebagai pensyarah kanan di Jabatan Pembangunan Alam Sekitar,Universiti Sains Malaysia.Saudari Dr.Jans Ezravyca apa khabar? Ahli Panel 2:Khabar baik saudari pengerusi. Pengerusi:Berada di sebelah ahli panel kedua,tak lain bukan tentulah ahli panel kita yang ketiga iaitu saudari Cik Chlisgrild,Setiusaha Kerja bagi Kementerian Sains dan Alam Sekitar,Putrajaya.Walapun nampak pemalu namun petah bicaranya.Apa khabar saudari? Ahli Panel 3:Syukur saya masih dalam keadaan yang baik dan dapat berada di sini bersama saudari dan hadirin sekalian.Salam forum buat semua.

Pengerusi:Selamat datang semuanya ke majlis ini.Baiklah semua yang berlaku mesti ada punca,begitu juga dengan isu ini.Terlalu banyak banyak pendapat yang diberi tentang pencemaran air,udara dan bunyi.Oleh itu,kita dengar pendapat Dr.Shaerah Sakinah tentang persoalan ini.Silakan Doktor. Ahli Panel 1: Terima kasih Profesor Adibah .Sebelum saya bincangkan tentang punca-puncanya,saya rasa lebih baik diterangkan terlebih dahulu maksud pencemaran.Pencemaran alam sekitar membawa maksud perbuatan mencemarkan alam sekitar dengan unsur-unsur yang kotor.Maka,sesuatu yang pada asalnya bersih dan digunakan dengan baik dan selamat telah menjadi kotor dan mendatangkan mudarat apabila digunakan. Antara punca yang diwartakan sebagai penyebab pencemaran dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi.Pencemaran yang disebabkan oleh faktor semulajadi ialah pencemaran yang berlaku dengan sendirinya setelah berlakunya bencana alam seperti letusan gunung berapi,ribut taufan dan gempa bumi.Seterusnya,pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia.Pencemaran yang disebabkan oleh faktor manusia ialah pencemaran yang dilakukan oleh manusia sama ada secara sengaja atau tidak sengaja.Antaranya ialah pencemaran udara.Contohnya,gas-gas beracun,zarah-zarah yang terperangkap hasil dari asap kenderaan,jerebu dari kesan pembakaran secara terbuka dan sebagainya.Pencemaran tanah,contohnya,pembuangan sisa-sisa kimia dan sisa-sisa pepejal serta penggunaaan baja nitrogen.Saya rujuk pencemaran akibat aktiviti manusia sebagai perbincangan.Di Malaysia,hampir 90% - 95% kawasan pedalaman telah mempunyai sistem jalan raya.Ini bermakna jumlah kenderaan bermotor di negara telah meningkat.Maka kenderaan bermotor merupakan penyumbang terbesar pencemaran udara di negara kita.Bagi pencemaran tanah pula,saya rujuk kepada penggunaan baja nitrogen.Penggunaan baja nitrogen yang berlebihan mengakibatkan tanah menjadi berasid.Tanah berasid akan mengikat nutrien penting dan mengurangkan kedapatan nutrien dalam tanah.Oleh itu,jelaslah pencemaran alam sekitar banyak dilakukan oleh tangan-tangan manusia berbanding kejadian pencemaran semulajadi.Setakat ini sahaja pendapat saya tentang punca-punca pencemaran,saudari pengerusi. Pengerusi:Terima kasih Dr. Shaerah Sakinah kerana memberi pandangan yang bernas.Jika kita teliti memang benar pencemaran banyak dicetuskan oleh manusia sendiri.Apabila keuntungan yang tergambar di hadapan mata,nilai-nilai murni tidak lagi menjadi pegangan dan yang menyedihkan semua penduduk dunia merasai kesan negatifnya sedangkan yang melakukan kersoakan hanyalah segelintir manusia.Bagi melihat sejauh mana teruknya fenomena pencemaran ini,kita tujukan permasalahan ini kepada Dr.Jans Ezravyca.Silakan Doktor. Ahli Panel 2:Terima kasih saudari pengerusi.Tentang kesan buruk pencemaran ini,saya berpendapat semua rakyat Malaysia telah mengetahui dan menontonnya di televisyen atau internet.Kesan yang amat dirasai sekarang akibat pencemaran udara ialah pemanasan global yang semakin meningkat dari hari ke hari.Pemanasan global telah mengubah cuaca dan sistem iklim dunia.Ribut taufan misalnya berlaku dengan kerap.Selain itu,berlakunya pencemaran serius secara global seperti kesan rumah hijau,pemusnahan ozon dan hujan asid.Sementara itu,pengeluaran gas monoksida iaitu sejenis gas beracun yang boleh membunuh sekiranya terkumpul dalam kawasan yang tertutup.Seterusnya,kita lihat pula pencemaran air.Saya ambil bukti yang berlaku di Jepun iaitu di Teluk Minamata,Jepun.Pencemaran toksik dalam air menyebabkan simptom kebas-kebas,sakit kepala,kabur penglihatan dan penuturan yang tidak betul.Malah sesetengahnya berakhir dengan kelumpuhan dan yang lebih teruk lagi ada yang menyebabkan kematian.Simptom yang disebabkan oleh keracunan raksa ini telah membabitkan

beratus-ratus keluarga nelayan.Penyakit ini seterusnya dikenali sebagai penyakit Minamata.Kesan daripada pencemaran yang berlaku bukan sahaja dialami oleh manusia bahkan turut memberi kesan kepada kehidupan lain.Antara kesan pencemaran yang banyak membunuh organisma laut di perairan cetek ialah kesan daripada tumpahan minyak ke laut.Apabila tumpahan minyak berlaku dengan banyak berhampiran persisiran pantai akan membentuk lapisan minyak yang mengancam hidupan laut serta burung.Tumpahan tersebut juga turut menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton yang boleh mengurangkan pembiakan makanan laut.Oleh itu,dalam jangka masa yang panjang akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan.Antara kesan yang dianggap kronik ialah anomalia,iaitu pembesaran tubuh dan tingkah laku yang tidak normal serta kurang daya ketahanan badan kesan penggunaan sumber air tesebut.Itu sahaja pendapat saya saudari pengerusi. Pengerusi:Terima kasih Doktor.Nampaknya kesan pencemaran ini bukanlah sekadar berlaku di negara kita yang tidak diselia rapi malah kesan pencemaran ini turut dlianda oleh seluruh dunia.Oleh itu,beberapa langkah perlu dikenal pasti untuk mengatasi isu alam ini.Saya menjemput Cik Chlisgrild selaku Pengarah Kementerian Sains dan Alam Sekitar untuk memperkatakan langkah-langkah yang telah,sedang dan akan diambil oleh kementeriannya. Ahli Panel 3:Terima kasih dan salam sejahtera semua.Apabila disebut Kementerian Sains dan Alam Sekitar ini, yang tergambar ialah tindakan-tindakan yang pihak kementerian lakukan.Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah menggalakkan orang ramai menggunakan petrol tanpa plumbum bagi kenderaan bermotor.Mencari alternatif selain daripada minyak juga adalah penting bagi tujuan mengurangkan kesan pencemaran alam sekitar.Dua bahan yang dicadangkan ialah gas asli dan propana.Dewasa ini,kajian bagi menghasilkan minyak enjin biomassa daripada tumbuh-tumbuhan sedang giat dijalankan.Contohnya di negara kita,ahli sains telahpun menemui sejenis minyak daripada kelapa sawit yang boleh megurangkan pencemaran udara tanpa menjejaskan kecekapan enjin.Sungguhpun penemuan ini masih terlalu baru untuk dipastikan sama ada penemuan ini praktikal atau tidak.Penemuan ini patut dijadikan satu titik permulaan bagi meningkatkan usaha kita ke arah mencapai konsep pembangunan berterusan yang prihatin terhadap persekitaran.Di peringkat antarabangsa,Malaysia dan Indonesia melaui ASEAN telah menyalurkan pandangan mereka mengenai isu-isu Selat Melaka.Satu Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak telah diadakan di Jabatan Alam Sekitar.Objektif kerjasam serantau ini ialah bagi merealisasikan kerjasama serantau untuk membolehkan satu tindakan serta-merta dijalankan bagi mengawal tumpahan yang tertumpah di perairan Malaysia.Demikianlah sahaja,antara langkah yang telah dilaksanakan oleh kerajaan bagi menangani isu ini. Pengerusi:Demikianlah pandangan-pandangan daripada panel jemputan kita pada kali ini.Semoga segala maklumat yang diperoleh dalam majlis ilmu ini memberi kesedaran kepada kita.Yang dapat disimpukan ialah pencemaran sebenarnya hasil kerja tangan-tangan rakus sebahagian daripada kita.Sewajarnya kita sedar bahawa bumi ini sahajalah tempat tinggal kita.Oleh itu,sama-sama kita memelihara dan memulihara alam sekitar kita.Assalamualaikum.

Malaysia dan Indonesia menyalurkan pendapt tentangn isu Selat Melaka Menggalakkan orang ramai menggunakan petrol tanpa plumbum

-Rancangan Kontigensi Kebangsaan Mengawal Tumpahan Minyak -mengawal tumpahan minyak di perairan

Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pencemaran Mencari alternatif selain dari minyak

Menghasilkan minyak enjin biomassa

-mengurangkan kesan pencemaran

-ahli sains menemui minyak daripada kelap sawit

-Gas asli dan propana

-menjadi titik permulaan ke arah konsep pembangunan yang prihatin terhadap persekitaran

Punca-punca pencemaran Faktor semulajadi

 Pencemmaran yang berlaku sendirinya  Bencana alam seperti letusan gunung berapi,rebut taufan dan gempa bumi

Faktor manusia  Pencemaran udara -Gas beracun,asap kenderaan dan jerebu daripada pembakaran -jumlah kenderaan meningkat -kenderan bermotor penyumbang utama pencemaran udara  Pencemaran Tanah -Pembuangan sisa kimia,sisa pepejal dan penggunaan baja nitrogen -penggunaan baja nitrogen berlebihan menjadi tanah berasid. -mengikat nutrien dan megurangkan kedapatan nutrien dalam tanah

Penyakit Minamata -simptom:kebaskebas,sakit kepala,kabur penglihatan dan penuturan tidak betul

Pemanasan global -mengubah cuaca dan sistem iklim dunia -ribut taufan kerap berlaku

Pencemaran serius secara global -kesan rumah hijau,pemusnahan ozon dan hujan asid

-lumpuh dan kematian

Kesan buruk pencemaran

Menbunuh hidupan laut dan burung -tumpahan minyak ke laut -menjejaskan tumbesaran dan kesuburan plankton

-pengeluaran gas monoksida beracun

Anomalia -kesan penggunaan sumber air tercemar -pembesaran tubuh dan tingkah laku tidak normal -kurang daya ketahanan badan

-menjejaskan sumber pendaptan nelayan

Related Documents

Ujian Ulbs Bm.docx
June 2020 1
Ujian
November 2019 57
Ujian
December 2019 56

More Documents from ""