Tuhan Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Makalah ini adalah mengenai Tuhan dalam konteks monoteisme, untuk melihat maklumat mengenai Tuhan dalam konteks politeisme, sila rujuk Dewa. Tuhan merupakan satu entiti kewujudan yang Maha-berkuasa, Maha-mengetahui, dan MahaPenyanyang;yang biasanya disembah oleh manusia. Tanggapan mengenai tuhan sebenarnya adalah berbeza-beza dari satu agama ke satu agama yang lain, contohnya aliran utama agama Kristian manganggap Imej tuhan adalah seperti manusia, tetapi ada agama lain yang menganggap bahawa imej tuhan tidak dapat ditanggapi. Tetapi walaupun demikian, Tuhan merupakan satu konsep yang boleh dijumpai secara universial di setiap bangsa. Maklumat mengenai Tuhan boleh dijumpai dalam kitab agama. Kitab agama sentiasanya dianggap oleh penganutnya sebagai sumber yang sahih untuk hal ehwal ketuhanan. Bagi masyarakat yang tidak beragama dan tidak berkitab, khayalan mengenai tuhan boleh dijumpai dalam karya sastera, sebaliknya merujuk kepada alam-semulajadi contoh hukum alam, hukum rimba. Manusia secara semula jadi mempunyai minat untuk mengenal tuhan. Tetapi setiap orang mempunyai bentuk keyakinan yang berbeza mengenai kewujudan tuhan. Tahap-tahap keyakinan ini adalah seperti dibawah: • • •
Teisme Fahaman yang mengakui kewujudan tuhan. Agnoteisme Fahaman yang meragui kewujudan tuhan. Ateisme Fahaman yang menafi kewujudan tuhan.
[sunting] Dalil-dalil Kewujudan Tuhan Kewujudan Tuhan sebenarnya sesuatu yang bukan-empirik. Orang yang hidup biasanya tidak akan menjumpai tuhan melalui matanya sendiri. Tetapi, walaupun demikian, kebanyakan manusia adalah yakin kepada wujudnya tuhan dan mengemukakan pelbagai dalil untuk kewujudan tuhan. Contohnya: •
•
Dalil Logik Sesuatu yang tidak dapat dilihat atau kesan tidak semestinya tiada. Sekiranya kita tidak dapat melihat atau mengesan nyawa, tidak bererti nyawa itu tidak wujud. Sekiranya cetusan eletrik dalam otak diukur sebagi nyawa, komputer yang mempunyai prinsip yang sama masih tidak dianggap bernyawa. Dalil Kejahatan di Dunia Tuhan telah memberi peringatan agar manusia berbuat baik sesama manusia, dengan amaran siksaan yang keras kepada mereka yang ingkar. Adanya kejahatan yang diamalkan oleh manusia di bumi adalah pilihan manusia itu sendiri. Kejahatan adalah keadaan di mana ketiadaan kebaikan. Barangsiapa
•
•
•
• •
mengerjakan perbuatan jahat, maka dia tidak akan dibalas melainkan sebanding dengan kejahatan itu. Dalil Kesempurnaan Tuhan adalah sempurna dari segala sifat kecacatan. , dengan itu mengatakan Tuhan tidak mampu adalah salah, sebagai contoh "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?" menunjukkan keinginan meletakkan sifat manusia kepada Tuhan. Berat adalah hukum yang dicipta Tuhan, apa yang berat di bumi tidak bererti di angkasa. Berat tidak membawa apa-apa erti di alam ghaib. Dalil Kosmologikal Dari segi kosmologi, Tuhan seharusnya wujud sebagai punca kepada kewujudan alam. Dengan premis "segala sesuatu itu berpunca", maka adalah tidak masuk akal untuk mengatakan alam ini wujud tanpa mempunyai punca,yakni Tuhan. Di alam ini semuanya tersusun dengan hukum-hukum yang tertentu dengan ketentuan Tuhan, yang mana dari segi sains pula dikenali sebagai hukum alam. Dalil Antropofik Kewujudan manusia dan fitrahnya untuk mengenal tuhan sudah membuktikan kewujudan Tuhan. Dalil Fungsi Moral Kemoralan manusia tidak laku jika tuhan tidak wujud. Dalil Majoriti Kebanyakan orang percaya kepada kewujudan tuhan, maka kemungkinan besar Tuhan wujud.
Sains hanya menerangkan sesuatu kejadian, sebagai contoh sains menerangkan bahawa cahaya bergerak lurus. Tetapi sekiranya Tuhan kehendaki, ia mampu memesongkan cahaya, dan sains akan menerangkan hal ini dengan mengeluarkan satu teori / hukum baru bagi menjelaskannya. Ini kerana masing-masing cuba menerangkan sesuatu dengan ilmu yang mereka ada, ahli kimia akan menerangkan dari segi kimia, ahli fizik dari segi fizik, masingmasing terhad pada pengetahuan mereka.
[sunting] Fahaman Perwujudan Tuhan Secara filsafat, prestasi dalam pencarian Tuhan lazimnya berujung pada penemuan eksitensi tuhan saja, dan tidak sampai pada substansi tentang tuhan. Dalam istilah filsafat eksistensi tuhan itu dikenal sebagai absolut, distinct dan unique. Absolut itu artinya keberadaanya mutlak bukannya relatif. Hal ini dapat dipahami, bahwa pernyataan semua kebenaran itu relatif itu tidak benar. Kalau semua itu relatif, bagaimana kita bisa mengetahui bahwa sesuatu itu relatif. Padahal yang relatif itu menjadi satu-satunya eksistensi realitas. Ibarat warna yang ada di seluruh jagat ini hanya putih, bagaimana kita bisa tahu putih padahal tidak ada pembanding selain putih. Dengan demikian tidak bisa disangkal adanya kebenaran itu relatif, dan secara konsisten tidak bisa disangkal pula adanya kebenaran mutlak itu. Kerana kemutlakannya tidak mungkin si mutlak itu ada yang menyamainya. Kalau ada yang menyamainya, maka dia batal menjadi si mutlak, dan jadilah dia sebagai si relatif. Oleh sebab itu konsekwensi dari distincttifnya, maka ia itu unik. Hanya ada itu satu-satunya. Kalau ada lebih dari satu, tentu dia bukan unik lagi.
Memang dalam gagasan Nietzsche, istilah "Tuhan" (atau "tuhan"?) juga merujuk pada segala sesuatu yang dianggap mutlak kebenarannya. Jadi, di dalam hal ini "ilmu pengetahuan (sains)" bisa saja di-"Tuhan"-kan oleh manusia. Sedang Nietzsche berpendapat tiada "Kebenaran Mutlak"; yang ada hanyalah "Kesalahan yang tak-terbantahkan". Karenanya, dia berkata, "Tuhan telah mati". "Kesalahan yang tak-terbantahkan" dengan "Kebenaran yang-tak terbantahkan" tidaklah memiliki perbedaan yang signifikan. Apa artinya salah dan benar, kalau tidak terbantahkan ? Sekali lagi, bukankah keduanya tidak terbantahkan ? Sekiranya pemikiran Nietszhe ini dimanfaatkan untuk melanjutkan proses pencarian tuhan, maka tuhan itu suatu eksistensi yang tak terbantahkan. Dengan demikian eksistensi absolut, mutlak dan tak terbantahkan itu sama saja. Jadi, persoalan umat manusia dalam proses pencairan tuhan tiada lain proses penentuan peletakan dirinya kepada (segala) sesuatu yang diterimanya sebagai 'tak terbantahkan' / mutlak / absolut. Muhammad 'Imaduddin 'Abdulrahim Ph.D mendefiniskan tuhan sebagai segala sesuatu yang dianggap penting dan dipentingkan sehingga dirinya rela didominirnya (buku : Kuliah Tauhid). Tuhan yang manakah yang akan kita pilih ? Apakah akan memilih Allah menurut konsepsi agama atau kebenaran science atau kekuatan idealisme (paham bahwa hakikat segala sesuatu itu hanya berupa ide) ? Kalau mengikuti agama, agama yang mana ? Perbedaan tuhan dengan dewa hanya sekedar perbedaan terjemah bahasa, meski masingmasing punya latar belakang perkembangan makna terkait dengan apresiasi masing-masing atas konsepsi ketuhanannya. Namun secara universal keduanya menunjuk pada eksistensi yang sama, yaitu soal 'yang tak terbantahkan'
[sunting] Konsekuensi Perwujudan Tuhan Dengan kemutlakannya, tuhan tentunya tidak terikat oleh tempat dan waktu. Baginya tidak dipengaruhi yang dulu atau yang akan datang. Tuhan tidak memerlukan tempat, sehingga pertanyaan tentang dimana tuhan hanya akan membatasi kekuasaannya. Maka baginya tidak ada kapan lahir atau kapan mati. Manusia dalam mencari tuhan dengan bekal kemampuan penggunaan akalnya dapat mencapai tingkat eksisteninya. Lantas mampukah manusia meneruskannya kepada substansi tuhan itu sendiri. Kemungkinan sejauh ini, kemutlakan tuhan menyebabkan manusia yang relatif itu tidak dapat menjangkau substansi tuhan. Dengan demikian informasi tentang substansi tuhan itu apa, tentunya berasal dari sang mutlak atau tuhan itu sendiri. Bagaimankah tuhan yang mutlak itu mengirimkan informasi kepada yang relatif ? Di dunia ini banyak agama yang mengklaim sebagai pembawa pesan tuhan. Bahkan ada agama yang dibuat manusia (yang relatif) termasuk pembuatan substansi tuhan itu tentu. Karena banyaknya nama dan ajaran agama yang bervariasi tidak mungkin semuanya benar. Kalau substansi si mutlak ini bervariasi, maka hal itu bertentangan dengan eksistensinya yang unik. Untuk menemukan informasi tentang substansi yang mutlak, yang unik dan yang distinct itu dapat menggunakan uji autentistas sumber informasinya. Terutama terkait dengan informasi tuhan dalam memperkenalkan dirinya kepada manusia apakah mencerminkan eksisteninya itu.
Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Tuhan" Kategori: Kepercayaan Pandangan • • • • •
Rencana Perbincangan Sunting ▲ Sejarah
Alatan peribadi • •
Cuba Beta Log masuk / buka akaun
Pandu arah • • • •
Laman Utama Tinjau Hal semasa Laman rawak