Pendahuluan
Pendidikan berkualiti dan berterusan merupakan matlamat dan impian hidup setiap insan. Pendidikan juga merupakan kunci kepada kesejahteraan, kemakmuran dan kelangsungan ketamadunan sesuatu masyarakat seperti yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan seperti di bawah. Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan. Usaha ini bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan berkeupayaaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. (Gurnam Kaur Sidhu,Gurcharan Singh Sandhu,Kamaruzaman Moidunny dan Ranjit Kaut Sidhu, 2005:77) Justeru itu, demi memberi sumbangan kepada kemakmuran masyarakat dan negara, peningkatan keilmuan dalam setiap diri rakyat Malaysia adalah ditagih terutamanya menjelang tahun 2020 apabila k-workers dijadikan matlamat guna tenaga negara. Perkembangan dalam dunia pendidikan dewasa ini telah menyaksikan lonjakan paradigma yang berterusan. Pelbagai cara dan gaya pembelajaran telah diperkenal dan diadaptasikan
dalam pelbagai disiplin pendidikan. Kaedah pembelajaran tradisional
yang berteraskan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tidak lagi merupakan sesuatu yang wajib dipraktikkan dewasa ini terutama bagi pelajar di peringkat tertiari. Ledakan kemajuan dalam bidang teknologi maklumat (IT) yang kemudiannya dikenali sebagai bidang komunikasi
dan teknologi maklumat (ICT) memungkinkan
pembelajaran dijalankan tanpa perlu menghadirkan diri di bilik-bilik darjah atau di bilikbilik kuliah. Pelajar boleh belajar melalui kaedah pembelajaran secara elektronik yang ikenali sebagai electonic learners (e-learners)1 atau secara pendidikan jarak jauh (PJJ). Melalui 1
E-learning definition: Schank (2002), Roffe (2002), Sambrook (2003) and Tsai & Machado (2002) refer to e-learning as“communication and learning activities through computers and networks (or via electronic means)”. To be more specific, Fry(2000) defines e-learning as “delivery of training and education via
1
kaedah ini pelajar selalunya tidak bersemuka secara langsung dengan pengajar. Hanya interaksi melalui sidang video, forum, chat room, akses kepada learning management system (LMS)2 dan pembelajaran3 atas talian dan sebagainya menjadi perantara antara pelajar dan pengajar untuk berlakunya proses pengajaran dan pembelajaran. Secara umumnya perisian LMS adalah kemudahan infrastruktur untuk merancang,menghantar dan menguruskan program E-Pembelajaran menggunakan format yang telah tersedia atau memilih format masa depan (Evangelisti, 2002). Mengikut American Society for Training & Development (ASTD, 2002), perisian LMS perlu mempunyai ciri-ciri berikut: a. Sistem yang boleh menyokong pelbagai prinsip pembelajaran b. Sistem yang dapat diintegrasikan dengan Sistem Maklumat Sumber Manusia c. Sistem yang berperanan mentadbir aktiviti pengajaran
Sebelum membicarakan masalah-masalah yang dihadapi oleh e-learners atau pelajar PJJ wajarlah kita mengetahui sejarah dan jenis-jenis PJJ yang ada dewasa ini. Secara umumnya sejarah PJJ moden bermula apabila Issac Pitman mengajar trengkas di Great Britain melalui surat pada tahun 1840an. Perkembangan ini sejajar dengan perkembangan dalam bidang perkhidmatan pos yang bermula dengan meluas pada awal abad ke 19. networked interactivity and a range of other knowledge collection and distribution technologies.” Wild, Griggs & Downing (2002) also had the same definition as Fry’s – they defined e-learning as the creation and delivery of knowledge via online services in the form of information, communication, education and training. Bleimann (2004) stated that e-learning is a self-directed learning that is based on technology, especially web-based technology. He also stressed that e-learning is collaborative learning. (Dominic Wong, School of Management & Information Technology, UCSI) 2
Platform yang menyediakan pangkalan data untuk pelajar berhubung dengan tutor atau sesama pelajar. LMS juga merupakan platform untuk pihak universiti menyampaikan sebarang maklumat terkini kepada para pelajar, memudahkan tutor menjawab sebarang persoalan berkaitan kursus, mengadakan perbincangan atas talian dan sebagainya. ( Dato’ Dr. Zaiton Osman et
al.,2008:55) 3
Pembelajaran atas talian merujuk kepada perbincangan atas talian menggunakan“buletin board“ dan kemudahan lain yang terdapat dalam LMS. Dengan menggunakan kemudahan LMS ini, pelajar boleh mengemukakan sebarang soalan atau membincangkan soalan-soalan akademik dengan tutor mereka. Tutor akan menjawab soalan-soalan daripada pelajar mereka. Perbincangan pelajar dengan tutor secara atas talian ini tidaklah “real-time”. Maksudnya, pelajar tidak akan mendapat maklum balas segera dari tutor mereka. Pelajar mungkin akan mendapat maklum balas dari tutor selepas beberapa jam atau hari bergantung sejauh mana tutor berkenaan bersemangat menggunakan LMS.
2
Universiti Of London merupakan universiti pertama yang menawarkan ijazah secara PJJ pada tahun 1858. Ini diikuti pula oleh Universiti of South Afrika pada tahun 1946. Sementara itu, Universiti Fern di Hagen Jerman pula telah memulakannya pada tahun 1974. Sejarah elearners di Malaysia hanya bermula selepas penubuhan Universiti Terbuka Malaysia
pada 10 Ogos 2000 di bawah Akta IPTS 1996 walaupun lama
sebelum itu telah ada universiti yang mengadakan pendidikan secara jarak jauh terutamanya oleh Universiti Pertanian Malaysia yang sekarang dikenali sebagai Universiti Putera Malaysia,Universiti Sains Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia dan beberapa buah universiti lagi .Sejak penubuhan OUM bermula dari tahun 2000 sehingga kini, OUM telah berjaya menawarkan 51 program, iaitu 8 program di peringkat Diploma, 28 program di peringkat Sarjana Muda, 10 program pengajian di peringkat Sarjana dan 5 program pengajian di peringkat Doktor Falsafah. Sebanyak 17 program pengajian ditawarkan menerusi kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia khusus untuk guru-guru bukan siswazah. Buat masa kini, enrolmen OUM adalah lebih daripada 67,000 orang. (http://www.oum.edu.my)
Masalah Pembelajaran Di Kalangan Pelajar OUM
Boleh dikatakan bahawa keseluruhan pelajar-pelajar di Open University Malaysia (OUM) adalah mereka yang telah berkerjaya kerana antara matlamat penubuhan Oum adalah untuk menyediakan peluang kedua belajar dan peningkatan kerjaya kepada mereka yang telah bekerja. Jadual belajar yang fleksibel, kemudahan di pusat-pusat pembelajaran
wilayah
(PPW)
serta
di
pusat-pusat
pembelajaran
lain,
modul
pembelajaran yang padat dan menarik, kaedah pembelajaran yang komprehensif, yuran yang berpatutan, pengiktirafan Malaysian Quality Agency (MQA) dan Jabatan
3
Perkhidmatan Awam (JPA) dan sebagainya telah menjadikan OUM sebagai salah satu universiti pilihan dewasa ini. Namun begitu, di sebalik keghairahan untuk mengejar segulung ijazah, pelbagai asam garam kehidupan sebagai “pelajar” perlu ditempuhi oleh setiap individu. Komitmen yang berterusan serta disiplin diri yang tinggi amatlah ditagih kerana setiap pelajar perlu mengimbangkan kehidupan seharian antara kerja yang menjadi sumber rezeki seharian, keluarga yang menjadi nadi kehidupan dan pembelajaran yang menjamin peningkatan hidup di masa akan datang. dengan
kejayaan
Adakah segala yang akan diusahakan nanti berbaloi
yang akan dikecapi?. Adakah pembelajaran yang diikuti
sememangnya berkesan dan bermannfaat untuk kerjaya?. Disebabkan faktor ini jugalah kebanyakan pelajar tidak sanggup meneruskan pembelajaran mereka sehingga akhir. Ramai yang berhenti separuh jalan sahaja. Pelbagai kajian telah dijalankan oleh pelbagai pihak mengenai masalah ini seperti yang telah diperkatakan oleh Keith Tyler-Smith (2007). The issue of attrition in eLearning courses is important for two reasons: First, it is important in assessing the relative effectiveness of the cost of online learning compared to traditional classroom-based teaching as this affects educational planning and the value of investment in distance online learning by learners, educational institutions, corporations and government agencies. Secondly, it is also important in determining what approaches might increase the student engagement with and learning effectiveness of online distance learning itself, as this affects opportunities for access, learning outcomes and the perceived value and credibility of eLearning programmes and qualifications.
(Keith Tyler-Smith, 2007:2) Sememangnya keberkesanan pembelajaran secara atas talian bagi elearners wajar dikaji dan justeru itu masalah utama kepada elearners perlulah dikenal pasti terlebih dahulu dalam usaha menanganinya. Gaya atau corak pembelajaran bagi elearners perlu diteliti dan diperhalusi sebaik mungkin. Stephen Brookfield dalam Adult Learning: An Overview telah menggariskan empat permasalahan bagi elearners iaitu pembelajaran kendiri, refleksi kritikal, pengalaman pembelajaran dan belajar untuk belajar. Beliau telah mengemukakan
sepuluh isu yang memerlukan kajian lanjutan 4
termasuklah isu berkaitan gender dan kecerdasan emosi.(Stephen Brookfield,1995:110) Kebanyakan elearners merupakan mereka yang berumur di antara 25 hingga 50 tahun (kadangkala ada yang lebih dari itu). Tentunya mereka memerlukan gaya pembelajaran yang lain berbanding gaya pembelajaran yang biasanya kepada pelajar biasa. Teori pengajaran elearners biasanya dirujuk kepada teori yang telah dikemukakan oleh Malcolm Knowles iaitu “andragogy” yang menngabungkan sains dan seni sebagai salah satu cara membantu pelajar dewasa belajar. Beliau telah menyatakan bahawa pelajar dewasa mempunyai jurang dan ciri yang berbeza. Disebabkan jurang dan ciri yang berbeza inilah statistik menunjukkan bahawa ramai yang hanya belajar separuh jalan sahaja. Keith Tyler-Smith (2007)menjelaskan bahawa: ...... reported attrition from eLearning as high as 70 - 80% (Flood 2002, Forrester 2000, in Dagger & Wade, 2004). Parker (1999) argues that “With the growth of distance education has come the problem of exceedingly high attrition rates”. Citing Carter (1996), she suggests that eLearning student attrition in some institutions is exceeds 40%, while others (Frankola, 2001). Diaz (2002), put it at between 20 - 50%, and Carr (2000), estimate it to be 10% - 20% higher than for traditional oncampus education. Antara masalah yang dikenal pasti sebagai punca kebanyakan pelajar tidak meneruskan pengajian mereka ialah komitmen terhadap pembelajaran, keluarga dan tanggungjawab sosial (Kember,1989:294 dalam Keith Tyler-Smith, 2007). Selain itu Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Adanan Mat Junoh, Mohd Fauzi Othman, et al. (2003) dalam Ting Kung Shiung (2007) menyatakan bahawa masalah utama dihadapi oleh siswazah semasa menggunakan e-pembelajaran adalah kekurangan kemudahan internet iaitu mencatat bacaan yang paling tinggi iaitu min sebanyak 4.0680. Nisbah bilangan komputer dengan bilangan siswazah masih pada tahap yang rendah. Masalah kedua adalah faktor luaran (min 3.3159) seperti kurang galakan daripada pengajar, kolej, keluarga, pentadbir atau kakitangan teknikal universiti. Diikuti pula masalah bahan pembelajaran. Bahan pembelajaran yang sukar difahami, tidak interaktif, tidak dikemaskini dan masalah untuk memindahkan data ke storan komputer. Masalah5
masalah ini mencatat min 3.2613. Masalah terakhir adalah masalah yang berkaitan dengan peribadi siswazah iaitu mencatat min 2.7257 seperti tidak minat terhadap aplikasi komputer, tidak selesa dengan ICT, tidak memiliki komputer sendiri dan kemudahan internet di tempat kediaman mereka. Berdasarkan kepada beberapa masalah yang telah dikenal pasti oleh penyelidik dan melalui perbicangan di dalam sesi tutorial, saya ingin mengemukakan tiga masalah utama yang difikirkan perlu iaitu bebanan tugas di tempat kerja, tanggungjawab terhadap keluarga dan gaya pembelajaran di OUM itu sendiri yang berkait rapat dengan kecekapan dalam bidang ICT serta sokongan terhadap keberkesanan penggunaanya sebagai platform yang efektif untuk tujuan pembelajaran. Bebanan tugas yang berlebihan di tempat kerja serta jadual kerja harian yang padat kadang kala menjadi satu tanggungjawab yang tidak berkesudahan. Mungkin ada kerja yang perlu dibereskan pada hari-hari tertentu menyebabkan kadang kala pelajar ini terpaksa membuat kerja lebih masa atau lebih senang dipanggil overtime. Karenah birokrasi, masalah dalaman jabatan atau mungkin kadangkala masalah dengan pihak pentadbiran menjadikan sebahagian pelajar ini amat tertekan. Ditambah pula dengan kerja adhoc secara tiba-tiba yang berkehendakkan penyelesaian segera memerlukan kekuatan diri yang amat tinggi. Mesyuarat atau kursus di luar waktu pejabat serta di luar jangkaan juga menggangu proses pembelajaran sebahagian pelajar-pelajar ini terutamanya masa yang telah diperuntukkan untuk membaca atau membuat kerja kursus. Banyak masa terbuang kerana terpaksa membuat perjalanan untuk menghadirkan diri ke tempat kursus atau mesyuarat sedangkan masa itu sebenarnya telah
dikhaskan untuk
membuat kerja kursus atau membaca modul serta melayari LMS. Selain bebanan tanggungjawab di tempat-tempat kerja yang tidak berkesudahan dan kadangkala seperti tidak berpenghujung sehinggalah tamat perkhidmatan atau berpencen,
tanggungjawab terhadap keluarga juga menuntut perhatian yang tidak
kurang sedikit. 6
Rutin harian pengurusan keluarga (sekiranya telah berkeluarga), terutamanya segala urusan berkaitan suami atau isteri, anak-anak, ibu dan bapa, mertua dan sebagainya merupakan suatu tanggungjawab yang perlu diperhalusi oleh setiap elearners. Tanggung jawab terhadap keluarga tidak boleh diabaikan atau berkurangan sekiranya seseorang individu itu mengambil keputusan untuk menjadi seorang pelajar kembali. Masa yang selama ini sentiasa diperuntukkan untuk bersama sepatutnya tidak berkurangan atau jika berkurangan hendaklah mendapat restu dari keluarga. Walau bagaimanapun tanggungjawab terhadap keluarga ini sering kali menjadi alasan untuk seseorang elearners itu menampung kekurangannya dalam menghadapi corak pembelajaran di OUM yang memerlukan pengurusan masa yang efektif antara tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap pembelajaran. Tanggungjawab terhadap suami atau isteri dan anak-anak yang berbagai-bagai kerenah menuntut pengobanan sepenuh masa dan tumpuan yang berbelah bagi. Sering kali juga mengganggu proses pembelajaran kendiri terutamanya masa yang sepatutnya digunakan untuk membuat tugasan atau membaca nota. Justeru itu elearners seringkali terperangkap antara memenuhi tanggungjawab terhadap keluarga dan tanggungjawab terhadap pembelajaran di OUM. Selain masalah keluarga, corak pembelajaran di OUM itu sendiri juga boleh menjadi satu faktor yang menyebabkan ramai pelajar tidak meneruskan pembelajaran mereka.
Blended
modules
yang
menggabungkan
pembacaan kendiri dari modul-modul
gaya
pembelajaran
melalui
yang telah disediakan oleh pihak OUM,
perbincangan dengan tutor-tutor dalam kuliah-kuliah yang telah disediakan jadualnya serta akses kepada LMS telah menjadi penghalang kepada sebahagian pelajar-pelajar ini. Modul-modul yang disediakan pihak OUM sepatutnya membantu dalam memahami isi kandungan sesuatu kursus. Namun begitu, kelemahan penguasaan Bahasa Inggeris oleh
sebahagian besar pelajar-pelajar ini menyebabkan kesukaran
untuk memahami apa sebenarnya tersurat dalam modul-modul berkenaan. Salah 7
intepretasi juga sering kali berlaku kerana tidak memahami apa sebenarnya yang tersirat sewaktu mengulangkaji modul-modul ini secara bersendirian. Perkara ini juga berlaku semasa membaca rujukan lain seperti buku-buku ilmiah dan jurnal serta artikel dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris yang digunakan sebagai bahasa perantara dalam kebanyakan sesi tutorial juga menjadi masalah kerana kesukaran memahami apa yang ingin disampaikan oleh para tutor. Kemahiran mendengar dan menyalin nota yang kurang berkesan juga menjadikan sesi tutorial sesuatu yang membosankan. Ketidakpastian apa yang disampaikan, ditambah pula dengan kelemahan dalam menyalin nota yang efektif telah memburukkan lagi keadaan. Selain itu fobia terhadap ICT, tahap literasi komputer yang rendah di kalangan para pelajar, kekurangan kemudahan jaringan dan akses kepada internet di kediaman juga semakin menyukarkan sebahagian pelajar ini dalam mengejar kecemerlangan mereka di OUM. Takut kerana tidak pernah menggunakan komputer dalam tugasan seharian atau takut kerana tidak biasa dengan internet menyebabkan mereka sukar untuk melayari LMS dan seterusnya sukar untuk memuat turun bahan yang diperlukan bagi membuat kerja kursus. Ini dibuktikan dengan kajian yang telah dijalankan oleh Kirkwood (2006) ke atas seramai 1,017 pelajar dan dapatannya adalah seperti berikut: creating and manipulating images(61%), finding and using information effectively (60%), using electronic resources (e.g., libraries; 60%),understanding more about information computer technology generally (59%), building a website (53%),and using a computer for studying (52%). This same population was most experienced with wordprocessing (73%), communicating with other people using email(61%), and getting information from the Internet (54%). (Kirkwood (2006) dalam Mona P. Ternus, George F. Shuster, 2008:25) Selain itu, ada juga sebahagian dari pelajar ini yang menghadapi masalah kemudahan jaringan internet di kawasan tempat tingal. Talian sering terputus kerana kabel kerap dicuri merupakan masalah biasa yang sering kali menghantui pelajar terutamanya menjelang tarikh penghantaran kerja kursus. Liputan broadband 8
juga
masih kurang menyeluruh sekiranya pelajar ingin menggunakan perkhidmatan itu. Alternatif yang ada hanyalah mencari kawasan yang mendapat liputan dan melayarinya di situ. Kebanyakannya hanyalah di kafe cyber dan ini tentunya menambahkan kos yang diperuntukkan untuk tujuan pembelajaran di OUM. Kesemua masalah di atas merupakan sebahagian dari penyebab yang menjadikan mengapa ada di kalangan pelajar-pelajar di OUM yang juga merupakan mereka yang berkerja mengambil keputusan untuk tidak meneruskan pengajian masingmasing. Justeru itu, wajar dicari jalan penyelesaian yang memungkinkan pelajar-pelajar ini meneruskan pembelajaran mereka sehingga berjaya memperoleh segulung ijazah.
Cadangan Kepada Masalah-Masalah Pelajar OUM
Pelbagai cadangan dan pandangan telah dikemukakan oleh pelbagai tokoh akademik menggenai cara pembelajaran yang paling efektif
bagi menyelesaikan
masalah pembelajaran oleh elearners. Masalah tempat kerja misalnya masih boleh diatasi dengan mengadakan perbincangan
antara
elearners
dengan
pihak
pengurusan
secara
profesional
terutamanya mengenai skop kerja yang memerlukan keputusan dibuat serta-merta seperti mesyuarat dan kursus yang melibatkan kerja di luar pejabat dan waktu pejabat. Perancangan unit atau jabatan perlu diberi perhatian yang sewajarnya
serta
penjadualan kerja perlu dibuat agar segala kerja yang perlu disiapkan dapat disempurnakan dalam masa yang telah ditetapkan. Masalah dalaman seperti kerenah birokrasi dan masalah pentadbiran juga boleh diatasi dengan mengadakan perbincangan melalui saluran yang betul. Segala ketidakpuasan hati dan masalah yang berbangkit sehingga menjejaskan prestasi kerja boleh disuarakan terutamanya semasa mesyuarat unit atau jabatan dan seterusnya boleh dipanjangkan kepada pihak pentadbiran. Diharapkan dengan adanya luahan dari 9
elearners ini, masalah dalaman dan kerenah birokrasi yang dihadapi boleh dikurangkan atau diselesaikan terus. Masalah kedua yang dibincangkan di sini ialah masalah keluarga yang dihadapi oleh
kebanyakan
elearners.
Masalah
ini
boleh
diatasi
dengan
mengadakan
perbincangan dalam keluarga dengan menerangkan mengenai proses pembelajaran yang sedang diikuti dan kepentingannya kepada elearners khususnya serta keluarga amnya. Setiap ahli keluarga perlu difahamkan mengenai skop pembelajaran terutamanya mengenai blended modules yang memerlukan elearners banyak membaca dan membuat rujukan kendiri kerana corak pembelajaran yang diikuti tidak sama dengan corak pembelajaran di dalam kelas tradisional yang banyak diamalkan selama ini. Ahli keluarga juga perlu dijelaskan mengenai masa yang perlu diperuntukkan kepada mereka yang berkemungkinan akan berkurangan disebabkan persediaan yang perlu dibuat oleh setiap elearners sebelum dan selepas mengikuti setiap kelas tutorial. Perkara ini akan mengelakkan perselisihan faham antara ahli keluarga. Tanggungjawab terhadap keluarga juga boleh dibincangkan dan mungkin perlu dikongsi bersama antara suami dan isteri serta anak-anak dan mungkin juga bersama ahli keluarga yang lain. Ini tentunya akan memudahkan proses pembelajaran elearners kerana seluruh keluarga memahami apa yang sedang dilalui oleh seseorang elearners. Kemungkinan juga dorongan dan sokongan dari seluruh ahli keluarga akan meningkat. Masalah seterusnya ialah corak pembelajaran di OUM itu sendiri. Masalah penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan elearners boleh diatasi dengan cara mengadakan kursus yang berkaitan dengan literasi Bahasa Inggeris. Elearners juga perlu digalakkan membaca rujukan dan berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris sama ada semasa sesi tutorial atau semasa sedang bekerja. Fobia terhadap komputer pula boleh diatasi dengan pelbagai cara dan pendekatan. Salah satunya ialah dengan mengambil kursus yang berkaitan dengan cara-cara melayari internet untuk mencari bahan rujukan dan pembelajaran melalui 10
search engine . Elearners juga mungkin boleh meminta pertolongan dari suami atau isteri malahan anak-anak untuk mengatasi masalah ini kerana dewasa ini anak-anak merupakan individu yang memang celik ICT dan kadangkala kehebatan mereka dalam bidang ini melebihi dari apa yang mampu kita bayangkan. Selain itu orientasi kepada sistem pembelajaran yang dipraktikkan perlu di tekankan dan difahami sepenuhnya oleh setiap elearners sebelum pembelajaran dimulakan. Melanie Wilson dalam kajian menjelaskan bahawa: Online students require a different set of learning skills than those required for face to face learning, orientationevents designed for this group need to be geared towards this different skill set. Motteram andForrester's (2005) qualitative investigation of online student experiences of orientation events, suggests that orientation should take place online, but some students may need facetoface interaction to quickly resolve issues. A new technology that may help to address this need to develop online orientation events is webinar4 technology. (Melanie Wilson,2008:75) Banyak membaca bahan-bahan berkaitan ICT juga merupakan satu pendekatan yang mampu membantu elearners lebih memahami apa itu ICT, peranannya dalam bidang pendidikan
dan bagaimana untuk menggunakannya sebaik mungkin dalam
pengurusan pembelajaran seseorang elearners. Selain itu, mengikuti setiap saranan yang diberikan dalam modul yang disediakan oleh pihak OUM akan lebih membantu elearners untuk memahami ICT dengan lebih baik. Pihak universiti juga dicadangkan memperuntukan waktu pembelajaran yang khas untuk pengaksesan e-pembelajaran dan kehadiran siswazah adalah diwajibkan. Ini dapat mengalakkan pengaksesan epembelajaran. (Ting Kung Shiung, 2007:139) Masalah berkaitan capaian internet bagi mereka yang tinggal di luar kawasan liputan broadband mungkin boleh diatasi dengan menggunakan perkhimatan internet 4
Webinars (webbasedseminars), are online synchronous events that use multimedia technology to hostonline seminars. Webinars run on a participant's computer, after they download the multimedia application and connect to a secure server. Webinar software typically includes the following features: a list of participants in the webinar (viewable by all participants); a forum for text chats; a twoway audio and video feed; and a presentation area which is typically used to show slides (e.g. from a PowerPoint™presentation).
11
secara talian. Walau bagaimanapun kelajuan capaian mungkin tidak setanding dengan perkhidmatan internet wireless. Perkara ini mungkin sekali sesuai dibincangkan dengan pengendali talian yang menyediakan perkhidmatan internet seperti Telekom, Celcom, Digi dan Maxis. Mungkin ada penyelesaian lebih baik yang mungkin boleh ditawarkan oleh pengendali-pengendali ini untuk mengatasi masalah capaian internet di kawasan yang mengalami gangguan capaian.
Penutup Sebagai kesimpulannya, kesemua masalah elearners yang telah dikemukakan di atas tadi sebenarnya masih boleh diatasi dengan iltizam, komitmen dan semangat yang jitu. Terpulang kepada setiap individu sama ada ingin meneruskan pembelajarannya atau tidak. Penjadualan kerja dan bagaimana pengurusan masa dilaksanakan memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan tahap kesediaan untuk belajar. Selain itu dorongan dan sokongan keluarga amat membantu elearners khususnya dalam menyiapkan tugasan yang diberi dan masa yang diperlukan untuk menelaah pelajaran dan melayari internet. Kemudahan teknologi ICT yang lengkap juga merupakan sokongan kepada pembelajaran yang berkesan khususnya dalam mencari rujukan tambahan di internet dan melayari LMS untuk mendapatkan maklumat semasa, berkomunikasi serta berkongsi maklumat dengan rakan, menghantar soalan pada tutor dan lain-lain lagi. Adalah diharapkan dengan masalah yang dikemukakan dan cadangan yang telah diberikan dapatlah membantu elearners sedikit sebanyak dalam menyelesaikan masalah yang mereka hadapi.
Rujukan:
12
Buku 1. Dato’ Dr. Zaiton Osman et al. (2008). OUMH1103 Learning Skills for Open and Distance Learners. Open University Malaysia, Kuala Lumpur. Artikel dan Jurnal dari internet. Abdullah Mohd Zin dan Nantha Kumar Subramaniam, ( ) Pengajaran dan Pembelajaran Pengaturcaraan DalamPendidikan Terbuka: Suatu Pengalaman OUM Universiti Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur. http://www.ftsm.ukm.my/irpa/programming/bengkelC/22-NanthaFPsv.pdf diakses pada 02 September 2008 Hashim Asman.Azizah Aziz, Mohd. Hidzir Abdul Rashid, Samudin Kassan. (2002) Educational Learning Management System (ELMaS) : Model Generik Sistem Pengurusan Pembelajaran Berasaskan-Web Untuk Latihan Perguruan. Institut Perguruan Darul Aman, Kedah. http://www.ipbl.edu.my/inter/penyelidikan/2002/hashim.PDF diakses pada 02 September 2008 Melanie Wilson (2008). An Investigation into the Perceptions of Firsttime Online Undergraduate Learners on Orientation Events, McGill University,Montreal, QC Canada. http://jolt.merlot.org/vol4no1/wilson0308.pdf diakses pada 02 September 2008 Mona P. Ternus, George F. Shuster. (2008) Computer Literacy in a Traditional Nursing Program: A 7Year Study to Identify ComputerBased Skills Needed for Success University of New Mexico,College of Nursing Albuquerque, NM USA http://jolt.merlot.org/vol4no1/ternus0308.pdf diakses pada 02 September 2008 Stephen Brookfield in A. Tuinjman (ed.) (1995). Adult Learning: An Overview ,International Encyclopedia of Education. Oxford, Pergamon Press. (Forthcoming) http://www.nl.edu/academics/cas/ace/facultypapers/StephenBrookfield_AdultLearnin g.cfm akses pada 02092008
Tesis Ting Kung Shiung (2007) . Kajian Mengenai Penggunaan E-pembelajaran (e-learning) Di kalangan Pelajar Jurusan Pendidikan Teknik Dan Vokasional Di Institusi Pengajian Tinggi(IPTA) Negeri Johor. Universiti Teknologi Malaysia. Johor. Laman Web. http://jolt.merlot.org/vol4no1/dinov0308.pdf diakses pada 02 September 2008 13
http://jolt.merlot.org/vol4no1/treadwell0308.pdf diakses pada 02 September 2008 http://jolt.merlot.org/vol4no1/mcelrath0308.pdf diakses pada 02 September 2008 http://www.iupui.edu/~josotl/VOL_8/No_1/v8n1fathyshawer.pdf diakses pada 02 September 2008 http://www.iupui.edu/~josotl/VOL_8/No_1/v8n1walker.pdf diakses pada 02 September 2008 http://www.iupui.edu/~josotl/VOL_8/No_1/v8n1stucky.pdf diakses pada 02 September 2008 http://www.und.nodak.edu/dept/ehd/journal/Joram.pdf diakses pada 02 September 2008
14