Tugasan Laras Bahasa

  • December 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Laras Bahasa as PDF for free.

More details

  • Words: 1,381
  • Pages: 8
Pengenalan

Asmah Hj.Omar dalam bukunya Kaedah Pengajaran Bahasa (1984) menyatakan laras bahasa adalah kelainan atau variasi bahasa yang digunakan mengikut disiplin ilmu bahasa yang berbeza-beza. Setiap disiplin ilmu mempunyai istilah khusus yang menandai laras bahasanya. Dalam Pengantar Siri Pedoman Bahasa , laras ditakrifkan sebagai konsep yang digunakan untuk merujuk kepada ragam sesuatu bahasa daripada aspek sistem dan struktur bahasa yang digunakan. Laras merujuk kepada kata-kata atau ungkapan-ungkapan khusus serta juga struktur-struktur ayat tertentu yang lebih digemari oleh sesuatu ragam bahasa berbanding dengan sesuatu bahasa yang lain.

Laras bahasa ditakrifkan juga sebagai satu petunjuk kepada genre. Ini bermakna bahawa sesuatu teks itu dapat dikenalpasti penggolongannya berdasarkan larasnya. Dalam sesuatu genre, ada pembahagian berdasarkan subbidang yang memperkatakan subbidang ilmu tertentu, dan tiap-tiap subbidang itu mempunyai laras bahasa tersendiri yang berbeza dengan laras bahasa dalam subbidang yang lain walaupun dalam bidang yang sama.

Tiap-tiap bidang ilmu, dari segi laras bahasa, mempunyai sejumlah perkataan yang khusus yang merupakan cirinya tersendiri. Perkataan-perkataan khusus ini dinamakan istilah, merupakan sebahagian kecil sahaja dari keseluruhan

1

jumlah kata-kata yang digunakan dalam satu-satu wacana (discourse) dalam bidang ilmu tersebut.

Perbezaan Antara Laras Bahasa Sains Tulen Dengan Laras Bahasa Sains Sosial

Laras Bahasa Sains Laras bahasa Sains merupakan gaya bahasa yang digunakan khusus untuk pembinaan dan penyambung ilmu dan teknologi. Ia berbeza dengan laras bahasa dalam bidang lain. Penggunaan istilah atau kata dalam laras ini tidak mempunyai ketaksaan yang terlalu tinggi kerana ia lebih mementingkan ketepatan makna dan fakta.

Laras bahasa Sains juga dihubungkan dengan laras ilmiah dan dianggap sebagai bahasa moden kerana bersifat formal dan tidak menggunakan bahasa basahan. Perenggan yang berikut ini dipetik dari buku Modul Asas Biologi Molekul (UKM, 1999 halaman 66). Tiga fungsi utama gen adalah replikasi, penyimpan maklumat dan mutasi. DNA menjalani replikasi mengikut model separa konservatif; di mana bebenang induk akan terpisah dan masingmasing menjadi templat kepada pembentukan lembaran baru yang melengkap dengannya. DNA menjalani pereplikaan di bawah kawalan satu tapak permulaan replikasi yang dikenali sebagai replikon. Kromosom sistem genetik yang mudah, seperti plasmid, virus dan bakteria mempunyai hanya satu replikon. Replikasi DNA dalam kebanyakan sistem genetik adalah dwiarah. Replikasi bermula pada replikon di mana dua canggah replikasi bergerak pada arah yang berlawanan meninggalkan replikon. Replikasi DNA pada prokariot dan

2

eukariot adalah separa selanjar. Bebenang pendahulu memanjang secara berterusan, dari arah 5’ ke 3’, sejajar dengan arah canggah replikasi. Manakala lembaran yang satu lagi, bebenang mengekor, memanjang secara tidak selanjar, secara kepingan (serpihan Okazaki) juga dalam arah 5’ ke 3’ tetapi bertentangan dengan canggah replikasi. DNA polimerase I tidak mampu memulakan tindakbalas permulaan sintesis DNA secara sendiri. Tetapi sebaliknya ia memerlukan primer untuk membekalkan tapak 3’ –OH yang kosong untuk mengikat nukleotida yang baru. Peranan primer ini dimainkan oleh serpihan kecil RNA. Selepas serpihan Okazaki terbentuk, primer dibuang dan tapak yang dikosongkannya diisi. Apabila helikase membuka heliks dua bebenang induk pada tapak replikasi, ia menyebabkan peningkatan tekanan kepada rantai DNA tersebut. Tekanan tersebut dibuang oleh DNA girase untuk membolehkan replikasi berjalan lancar. Seperti enzim-enzim lain DNA polimerase bukanlah enzim yang sempurna. Sebarang kesilapan yang mungkin berlaku akan diperbaiki semasa replikasi sedang berjalan. Perenggan di atas itu dipilih secara rawak dan mempunyai kira-kira 232 patah perkataan. Dari kira-kira 232 patah perkataan ini, hanya 35 patah perkataan sahaja (tidak termasuk lambang 3’ –OH) yang khusus merupakan istilah kata dalam bidang yang diperkatakan ini, iaitu bidang biologi, iaitu 15 % sahaja dari keseluruhan jumlah perkataan dalam perenggan tersebut. Di antara 35 patah perkataan itu, ada yang merupakan ulangan dari istilah yang sama. Dari itu jika hendak diperhitungkan penggunaan istilah-istilah yang khusus biologi dalam perenggan tersebut, maka jumlahnya jauh lebih kecil, kerana istilah-istilah tersebut hanyalah 18 perkataan (8%) iaitu gen, DNA, replikasi, replikon, kromosom,

genetic,

plasmid,

virus,

bakteria,

prokariot,

polymerase, sintesis, RNA, helikase, heliks, girase dan enzim.

3

eukariot,

Kalau diteliti lagi perenggan di atas itu, maka akan didapati beberapa patah lagi perkataan yang boleh dijeniskan sebagai “kata sukar” kerana tidak digunakan dalam bahasa biasa yang kurang teknikal sifatnya. Kata-kata sukar adalah sebagai berikut: mutasi, konservatif, templat, pembentukan, pereplikaan, dwiarah, selanjar, peningkatan, model, sistem, primer dan tekanan. Jumlah bilangannya Cuma 12 patah perkataan iaitu 5% daripada keseluruhan petikan. (Asmah Hj.Omar.Bahasa Malaysia Saintifik.1987.Halaman 7)

Kata-kata ini tidak merupakan milik biologi secara khusus kerana bidangbidang ilmu lain juga menggunakannya, termasuk bidang-bidang Sains Sosial dan Kemanusiaan. Padanan-padanan bagi kata-kata itu dalam bahasa Inggeris seperti increase (peningkatan), model, system(sistem), dan pressure (tekanan) sudah tidak lagi dianggap sebagai kata-kata teknikal iaitu istilah dalam bahasa tersebut. Dalam bahasa Inggeris, kata-kata itu sudah biasa didengar penggunaannya dalam bahasa bukan teknikal, bahkan dalam bahasa basahan sekalipun.

Contoh wacana Sains yang diperturunkan di atas itu memperlihatkan kadar berlakunya bilangan patah kata-kata istilah, peratusan istilah dan peratusan kata sukar. Wacana ini juga menunjukkan bahawa sebahagian besar dari bahasanya itu diwujudkan oleh perkataan dari perbendaharaan kata am.

Laras bahasa sains mementingkan kejelasan istilahnya. Sesuatu istilah yang digunakan biasanya diterima sebagai satu istilah tepat yang tidak boleh diberi makna dalam apa bentuk sekalipun. Hanya bahasa sains yang boleh menginterpretasikannya. Dengan kata lain, istilah mempunyai kejelasan makna dan dengan itu sesuatu istilah lebih mudah ditakrifkan daripada perkataan biasa. (KamaruddinHj.Hussin.Laras Bahasa.1995.Halaman 46)

4

Laras Bahasa Sains Sosial

Wacana bukan Sains juga mempunyai laras bahasanya sendiri, dengan istilah-istilah yang mendukung konsep-konsep yang hanya boleh difahami oleh orang yang mengkhusus dalam bidang berkenaan. Sebagai bahan perbandingan, di bawah ini diturunkan perenggan dari buku Fikih Sunnah, Jilid 3, ditulis oleh Saiyid Sabiq dan dialihbahasa oleh Mahyuddin Syaf; 1990. Halaman 143 -145.

Dan dari Abu Dzar al-Ghaffari r.a katanya: Telah bersabda Rasulullah S.A.W: yang bererti: “Pada setiap hari yang disinari oleh cahaya matahari, diwajibkan bagi tiap-tiap diri untuk bersedekah untuk dirinya peribadi.” Lalu saya tanyakan: “Ya Rasulullah, dari mana saya peroleh yang akan disedekahkan itu, padahal kami tidak mempunyai harta?” Ujarnya: “Kerana di antara pintu-pintu sedekah ialah membaca takbir, subhanallah, alhamdulillah, laa ilaaha illallah, dan astaghfirullah. Juga bila anda menyuruh berbuat baik dan mencegah yang jahat, menghindarkan duri, tulang dan batu dari tengah jalan, menuntun orang yang buta, mengajari yang tuli dan bisu hingga ia mengerti, menunjuki orang yang menanyakan sesuatu keperluan yang anda ketahui tempatnya, dengan kekuatan betis berjalan membantu orang yang malang meminta tolong, dan dengan kekuatan lengan mengangkat barang orang yang lemah, semua itu merupakan pintu-pintu sedekah, yakni dari dirimu untuk dirimu peribadi. Juga dalam mencampuri isterimu, kamu akan beroleh pahala.” Sampai akhir hadis yang

5

diriwayatkan oleh Ahmad, sedang lafaznya menurut versinya. Dengan makna yang serupa hadis ini juga diriwayatkan oleh Muslim). Selanjutnya pada riwayat Muslim mereka bertanya: “Ya Rasulullah bagaimana seseorang memuaskan syahwatnya, lalu ia diberi pahala?” Ujar Nabi: “Bagaimana pendapat tuan-tuan, bila ia melakukannya pada yang haram, apakah ia mendapat dosa? Nah, demikianlah bila dipenuhinya pada yang halal, maka ia akan beroleh pahala.”

Dalam perenggan di atas itu, istilah-istilah yang khusus agama ialah bersabda, Rasulullah S.A.W, takbir, subhanallah, alhamdulillah, laa ilaa hailallah, astaghfirullah, pahala, hadis, diriwayatkan, lafaznya, dosa,halal dan haram. Terdapat 14 patah perkataan daripada 191 patah perkataan dan menunjukkan peratusan istilah-istilah agama cuma 7% sahaja. Walaubagaimana pun, dosa, pahala, halal dan haram sudah merupakan kata am. Dengan itu dapat dilihat penggunaan istilah teknikal jauh lebih kurang dalam perenggan ini dibandingkan dengan perenggan-perenggan yang merupakan wacana sains.

KESIMPULAN

Laras bahasa sains dapat dibezakan dengan laras bahasa bukan sains pada penggunaan istilah khususnya. Kadar penggunaan istilah dalam bahasa sains jauh lebih tinggi daripada bahasa bukan sains. Walaupun demikian , sebahagian besar daripada bahasa yang mengungkapkan ilmu sains ialah bahasa am disamping selain istilah yang mempunyai pelbagai bidang. Sama ada bahasa sains ataupun

6

bahasa am, kedua-duanya dibina dengan menggunakan perbendaharaan kata yang sama pada asasnya. Bezanya ialah bahasa sains mempunyai sejumlah perkataan yang tidak digunakan dalam bahasa am kerana memang tidak diperlukan. Sedangkan bahasa am pula menggunakan ungkapan-ungkapan yang tidak sesuai dengan bahasa sains kerana kekaburan makna atau mempunyai kelainan makna yang sukar ditakrifkan.

Istilah khusus ini kadangkala tidak bersifat kekal penggunaannya. Walaubagaimanapun istilah-istilah tersebut telah dianggap sebagai istilah yang diterima secara umum tanpa sebarang bantahan. Keunikan dan kekhususan inilah yang menentukan bidang tertentu sesuatu laras bahasa itu.

7

BIBLIOGRAFI

1.

Asmah Haji Omar(1987). Bahasa Malaysia Saintifik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

2.

Kamaruddin Haji Husin(1994). Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

3.

Istilah Sains Universiti Kebangsaan Malaysia.Siri Buku Bentuk Sementara 8(1985), UKM Bangi

4.

Ruslan Abdullah dan Ismanizan Ismail(1999). Asas Biologi Molekul. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi

5.

Saiyid Sabiq, (1990), Fiqih Sunnah, Jilid 3.

8

Related Documents

Tugasan Laras Bahasa
December 2019 17
Laras Bahasa
November 2019 25
Laras Bahasa
April 2020 18
Laras Bahasa
May 2020 13
Ragam Dan Laras Bahasa
December 2019 22