Tugasan Kkp 1403

  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tugasan Kkp 1403 as PDF for free.

More details

  • Words: 1,090
  • Pages: 7
AGENSI-AGENSI TERLIBAT DI DALAM PERLAKSANAAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN DI MALAYSIA

a) Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Jabatan ini merupakan sebuah jabatan di bawah Kementrian Sumber Manusia. Jabatan ini bertanggungjawab untuk memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang sedang bekerja dan melindungi orang-orang lain daripada bahaya-bahaya keselamatan dan kesihatan yang berpunca daripada aktiviti pekerjaan pelbagai sektor iaitu:



Pengilangan



Perlombongan dan pengkuarian



Pembinaan



Hotel dan restoran



Pertanian, perhutanan dan perikanan



Pengangkutan , penyimpanan dan komunikasi



Perkhidmatan awam dan pihak berkuasa berkanun



Kemudahan gas, elektrik, air dan perkhidmatan kebersihan



Kewangan, insuran, hartanah dan perkhidmatan perniagaan

Objektif utama jabatan ini ialah:



untuk menggubal dan mengkaji dari masa ke semasa melalui proses tripatisme dasar, undang-undang, tata amalan dan garis panduan berkaitan dengan keselamatan, kesihatan dan kebajikan sebagai asas dalam memastikan keselamatan dan kesihatan semasa bekerja.



untuk memastikan melalui kegiatan penguatkuasaan dan galakan bahawa majikan, orang bekerja sendiri, perekabentuk, pembekal, pengimport dan pekerja sentiasa mengamalkan budaya kerja selamat dan sihat dan sentiasa mematuhi kehendak-kehendak undang-undang, tata amalan dan garis panduan yang sedia ada



untuk membantu dan memberi khidmat kepakaran dalam kegiatan galakan, latihan, penyebaran maklumat dan penyelidikan yang dikendalikan oleh agensi kerajaan dan bukan kerajaan, institusi pengajian tinggi, persatuanpersatuan majikan, pekerja dan profesional dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjaan.

Dasar jabatan ini ialah:



untuk menyedia dan menyenggara suatu tempat dan sistem yang selamat dan sihat



untuk memastikan bahawa semua kakitangan adalah diberi maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan berkenaan cara untuk menjalankan tugas dengan selamat dan tanpa risiko kepada kesihatan



untuk menyiasat semua kemalangan, penyakit, keracunan dan kejadian berbahaya dan mengambil langkah-langkah untuk memastikan kejadiankejadian tersebut tidak berulang lagi



untuk memenuhi kehendak-kehendak perundangan mengenai keselamatan dan kesihatan seperti yang ditetapkan di dalam Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, peraturan-peraturannya dan tata amalan yang diluluskan



untuk menyediakan kemudahan-kemudahan kebajikan bagi semua pekerja



untuk mengkaji semula dasar ini apabila perlu

b) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah ditubuhkan sebagai Jabatan Kerajaan pada 1 Januari 1971 bagi menguatkuasakan Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969 dan kemudian menjadi sebuah badan berkanun mulai 1 Julai 1985. PERKESO mentadbirkan skim keselamatan social yang memberi perlindungan kepada para pekerja terhadap beberapa kejadian luar jangka seperti bencana pekerjaan termasuk kemalangan semasa perjalanan, keilatan dan kematian. Objektif utama skim keselamatan social adalah untuk menjamin pembayaran faedah kepada pekerja dan tanggungannya apabila berlaku kejadian luar jangka kepada pekerja itu. Perkhidmatan

rawatan perubatan, pemulihan jasmani dan

vokasional juga disediakan disamping mengambil langkah mencegah kejadian kemalangan dan meningkatkan keselamatan pekerjaan. Kemudahan pemulihan bertujuan untuk membolehkan pekerja terbencana kembali bertugas secepat mungkin. Misi Perkeso adalah komited untuk memastikan keselamatan social dan ekonomi kepada semua rakyat Malaysia yang bekerja serta tanggungan mereka menerusi :



Prinsip Insuran Keselamatan Sosial.



Menyediakan perkhidmatan yang cepat, berkualiti serta cekap dan pada kos yang paling ekonomik dengan menggunakan teknologi canggih serta pembangunan sumber manusia.



Mengkaji sturktur faedah yang disediakan dari semasa ke semasa berdasarkan kepada kemampuan kewangan dan cara serta system pemberian faedah.



Seboleh-bolehnya tanpa memerlukan kadar caruman dinaikkan tetapi sebaliknya usaha-usaha diambil untuk memelihara serta meneguhkan lagi kumpulan wanga PERKESO melalui pengurusan kewangan dan pelaburan yang baik.



Memupuk serta menggalakan kesihatan serta keselamatan pekerjaan dikalangan yang pekerja/majikan.

c) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan atau ‘ Construction Industry Development Board (CIDB) ditubuhkan oleh kerajaan melalui persetujuan di dalam Parlimen

Negara

pada

tahun

1994

secara

rasminya.

Walaubagaimanapun

perlaksanaannya telah bermula sejak tahun 1987 berikutan pembangunan Negara yang pesat menjelang tahun 2020. Kerajaan menubuhkan satu badan bagi menyelia dan mengawal isu dan kesan yang berlaku di dalam industri pembinaan. Perkara yang menjadi perhatian oleh CIDB di dalam industri pembinaan adalah:



Kekurangan tenaga kerja/buruh/pakar



Permasalahan sumber dan pembekalan bahan



Produktiviti yang rendah



Peningkatan kadar kemalangan di tapak bina



Kelemahan pengurusan dan perlaksanaan projek



Kekurangan maklumat penting dan data di dalam projek pembinaan Objektif utama badan ini ditubuhkan adalah untuk membangunkan industri

pembinaan Negara menjadi sektor ekonomi bertaraf antarabangsa yang mempunyai kualiti produk dan perlaksanaan kerja pembinaan yang berkualiti tinggi dan nilai untuk sumber kewangan selaras dengan kehendak Negara.

Fungsi utama badan ini seperti terkandung di dalam akta perenggan 4(1) yang mengandungi:



Ke arah menggalakkan dan membangunkan industri pembinaan Negara ke arah keberkesanan perlaksanaannya



Sebagai penghubung antara kerajaan pusat dan kerajaan Negara di dalam memajukan industri pembinaan



Menggalakkan kualiti insuran dalam industri pembinaan



Memberi kredit dan kontraktor berdaftar dan membatalkan penyertaan serta sebarang pendaftaran kontraktor baru.



Memberi latihan dan kemahiran kepada pekerja pembinaan dan penyelia pembinaan.



Menentukan piawai dan kualiti pembinaan dan bahan



Sebagai perunding dan pembimbing di dalam memberi khidmat di dalam industri pembinaan.

d) Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH)

Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara atau ‘National Institute Of Occupational Safety and Health’ (NIOSH) ditubuhkan pada 1 Disember 1992 di bawah Kementrian Sumber Manusia sebagai kumpulan dari pelbagai pihak bagi menjaga keselematan dan kesihatan pekerja dan di tempat kerja. NIOSH bermula sebagai sebuah syarikat di bawah syarikat berdaftar pada tahun 1965. Kini ia merupakan badan organisasi di bawah kerajaan dan menjadi sektor penting bagi melaksanakan peranannya terhadap keselamatan dan kesihatan pekerjaan di Malaysia.

Tujuan dan objektif penubuhanya adalah untuk memberi khidmat di dalam latihan, sumber maklumat dan pusat penyelidikan dalam pelbagai bentuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Institut ini juga membantu pihak industri bagi membantu perlaksanaan dan penyelesaian permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Objektif utama institut ini diwujudkan oleh kerajaan adalah:



menjadi perancang dan penggubal utama dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan selain menyusun kurikulum dan latihan bagi pekerja, syarikat, dan mana-mana pihak yang ingin melaksanakan secara langsung atau tidak langsung untuk keselamatan dan kesihatan pekerjaan.



Menjadi pembantu industri, kumpulan dan pihak-pihak dalam menangani permasalahan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan



Membantu pihak-pihak yang terlibat di dalam perlaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dengan memberi maklumat berkembangan terkini yang berkaitan sama ada dalam dan luar Negara.



Menjadi pelaksana di dalam menjalankan kajian dan penyelidikan untuk jangka pendek dan panjang berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di negara

Antara aktiviti-aktiviti yang di laksanakan oleh pihak NIOSH adalah menyusun segala yang berkaitan dengan perlaksanaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dari segi tugas di pejabat, peranan organisasi, latihan dan bimbingan pekerja. Biasanya program yang dilaksanakan sejak dari 1993, latihan yang utama diberikan berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan adalah:



Keselamatan di tapak binaan



Keselamatan dalam penggunaan bahan



Pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan



Latihan dan bimbingan berterusan



Bimbingan Aktiviti perlombongan



Program perlindungan diri

Related Documents

Tugasan Kkp 1403
November 2019 2
1403
December 2019 14
1403 Elevations
June 2020 8
1403-pai
April 2020 8
1403 Floorplans
June 2020 13