Rawatan Semula Air 1. China Kekurangan air bersih ialah masalah serius akibat pertambahan penduduk Kerajaan china mengarahkan semua bandar raya (penduduk >0.5 juta penduduk) merawat semula sekurang0kurangnya 60% sisa air pd 2005 Bawah Rancangan Lima Tahun Ke -10, memperuntukkan AS$85 bilion untuk program rawatan semula air (Tumpuan utama ‘Tiga Sungai’ (Huaihe, Liaohe, Haihe) dan ‘Tiga Tasik(Dianchi, Taihu dan Chaohu) Pd tahun 2000, ada kira-kira 65 800 buah loji merawat air sisa industri di seluruh China 2. Singapore Mengalami masalah kekurangan air semula jadi 2 langkah untuk menambahkan bekalan air tawar ialah a. menyahgaram air laut b. merawat semula air sisa - contoh : NEWater (dihasilkan drp air terpakai melalui 3 proses iaitu penapisan mikro, osmosis terbalik dan pembasmian kuman melalui cahaya ultra ungu. - 4 loji NEWater ialah di Kranji, Seletar, Bedok dan Ulu Pandan. 3. Jerpun merawat air sisa air dirawat untuk digunakan untuk air siraman (membasuh dan tandas) dan industri menggunakan sistem moden dan canggih untuk rawat air sisa spt : a. rawatan biologi b. ozonisas (mengeluarkan bau dan rasa yang tidak diingini drp air terpakai)
Pencemaran udara. Punca Berlakunya Pencemaran Alam Sekitar Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mengandungi peruntukan yang bertujuan mencegah, menghapus, mengawal pencemaran serta memperbaiki kualiti alam sekeliling dan dari aspek yang sering dikaitkan dengan alam sekitar iaitu pencemaran yang membawa kepada maksud apa-apa perubahan secara langsung dan tidak langsung terhadap sifat-sifat fizikal, haba dan kimia termasuk kesan biologikal terhadap alam sekeliling yang meliputi pencemaran air, udara, bunyi, tanah dan laut dan untuk masalah ini, pelbagai punca telah dapat dikenal pasti yang menyumbang kepada pencemaran alam sekitar. Antara punca yang telah dapat dikenal p asti yang membawa kepada masalah pencemaran alam sekitar ini ialah masalah sikap individu d an organisasi yang tidak bertanggungjawab. Hal ini jelas kerana tiada kesedaran sivik dalam diri mereka untuk menjaga alam sekitar kerana bagi sesetengah individu, mereka akan sewenang-wenangnya membuang sampah merata-rata tanpa menghiraukan keadaan persekitaran dan mungkin mereka merasakan itu adalah perkara remeh apabila mencampakkan secebis tisu atau sisa makanan di tepi jalan. Walhal, jika direnungkan andai ada seratus orang pengguna yang bersikap sedemikian sudah semestinya jalan raya akan menjadi kotor dan dipenuhi dengan sampah-sarap. Manakala untuk organisasi seperti kilang yang menjalankan operasi pengeluaran yang melibatkan sisa toksik dalam penghasilan keluaran mereka, pada kebiasaannya kilang itu akan mengambil langkah mudah apabila membuang sisa toksik tersebut terus ke dalam laut dan sungai jika kilang itu didirikan berdekatan dengan kawasan tersebut. Ini akan mengakibatkan pencemaran air dan kilang yang melepaskan asap tanpa pemasangan alat penapis udara akan menyebabkan terjadinya pencemaran udara. Hal ini berikutan sikap individu dan pemilik kilang yang tidak bertanggungjawab dan peka pada persekitaran sekeliling hasil dari pencemaran alam sekitar yang mereka cipta sendiri. Pencemaran darat pencemaran ini biasanya disebabkan oleh: kebocoran limpah air atau bahan kimia industri atau fasilitas komersial;penggunaan pestisida ; masuknya air permukaan tanah tercemar ke dalam lapisan sub-permukaan;kecelakaan kenderaan pengangkutan minyak,zat kimia atau limbah;air limbah dari tepat penimbunan sampah serta limbah industri yang langsung dibuang ke tanah secara tidak memenuhi syarat(illegal dumping). Ketika sesuatu berbahaya/beracun telah mencemari permukaan tanah, maka ia dapat menguap,tersapu air hujan dan atau masuk ke dalam tanah. Pencemaran yang masuk ke dalam tanah kemudian terendap sebagai zat kimia beracun di tanah. Zat beracun di tanah tersebut dapat berdampak langsung kepada manusia ketika bersentuhan atau dapat mencemari air tanah dan udara di atasnya