TUGAS, TANGGUNGJAWAB DAN PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 1. PENGENALAN Pendidikan Pemulihan adalah satu cabang pendidikan khusus bagi mengatasi serba sedikit tentang masalah pendidikan yang timbul pada masa kini, khasnya bagi kanak-kanak yang nyata sekali menghadapi masalah pembelajaran serta tecicir dan ketinggalan dalam alam pendidikan jika dibandingkan dengan tingkat kebolehan lahiriah mereka.
2. PERANAN GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS Guru Pendidikan Pemulihan Khas memainkan Lima Peranan Penting seperti berikut: 2.1 Peranan Sebagai Penilai ( An Assessment Role ) 2.1.1 Menyedia dan menjalankan ujian saringan untuk mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan khas. 2.1.2 Menjalankan Ujian Diagnostik untuk mengenal pasti masalah pembelajaran yang khusus yang dihadapi oleh murid-murid. 2.1.3 Menjalankan penilaian berterusan dan merekodkannya dengan rapi dan tersusun. 2.2 Preskriptif ( Presciptive Role ) 2.2.1 Merancang dan menyelia serta melaksanakan program individu bagi kanak-kanak yang mempunyai masalah pembelajaran yang tertentu. 2.2.2 Mengadakan bengkel atau demonstrasi pengajaran pemulihan di mana keadaan memerlukan.. 2.3 Peranan Pengajaran (A Teaching Therapentik) 2.3.1 Mengajar dan membantu murid-murid yang lambat dan menghadapi masalah kemahiran asas 3M. 2.3.2 Mengajar bersama-sama dengan guru mata pelajaran sebagai “ team teaching ” / “ guru pendamping ” sekiranya perlu. 2.4 Peranan Khidmat Bantu ( A Supportive Role ) 2.4.1 Membantu guru-guru merancang dan penambahbaikkan aktiviti-aktiviti dan bahanbahan pengajaran dan pembelajaran. 2.42 Membimbing guru-guru melaksanakan teknik dan kaedah mengajar murid-murid
yang menghadapi masalah 3M. 2.5 Peranan Perhubungan ( A Liaison Role ) 2.5.1 Berbincang dengan ibu bapa atau penjaga murid untuk mendapatkan maklumat dan latar belakang murid. 2.5.2 Mengajukan cadangan-cadangan kepada ibu bapa bagaimana mereka membantu demi kepentingan pembelajaran anak-anak mereka. 3. TUGAS GURU PENDIDIKAN PEMULIHAN KHAS 3.1 Menjalankan kerja-kerja pemulihan khusus untuk murid-murid lemah yang terpilih dari Tahun 2 hingga Tahun 6. Keutamaan hendaklah diberi kepada murid-murid Tahun 1 hingga 3. 3.2 Membantu guru-guru asas dalam hal: 3.2.1 Mengenalpasti murid-murid lemah yang memerlukan pengajaran pemulihan sama ada di kelas biasa atau kelas khas. 3.2.2 Merancang dan menyediakan aktiviti-aktiviti serta bahan-bahan pemulihan. 3.2.3 Mengatur jadual waktu untuk pengajaran pemulihan khas. 3.2.4 Mengajar sebagai guru pembimbing untuk membantu guru mata pelajaran asas sekiranya keadaan memerlukan. 3.3 Berjumpa dan berbincang dengan guru , ibubapa, doktor, pegawai kebajikan dan pihak-pihak lain yang boleh membantu untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang tingkah laku, kesihatan dan keterangan lain mengenai latar belakang murid. 3.4 Melaksanakan penilaian dan merekodkannya secara berterusan untuk mengetahui prestasi muridmurid yang mengikuti kelas pemulihan. Isi-isi rekod hendaklah mengandungi: 3.4.1 3.4.2 3.4.3 3.4.4
Laporan prestasi murid. Latar belakang murid. Laporan kesihatan murid. Hasil-hasil temubual dan rujukan
3.5 Menyediakan fail diri bagi setiap murid pemulihan. Fail diri murid mengandungi: 3.5.1 3.5.2 3.5.3 3.5.4 3.5.5 3.5.6 3.5.7
Borang Pencalonan. Borang Latar belakang Murid Pemulihan. Borang Pengumpulan Maklumat. Ujian Saringan dan Diagnostik Lembaran Kerja Hasil Penilaian yang telah dijalankan. Catatan-catatan lain yang berkaitan dengan murid.
3.6 Membentuk jawatankuasa Program Pemulihan Khas serta menjadi ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. 3.7 Mengadakan bengkel di peringkat sekolah atau daerah di mana keadaan memerlukan.
http://sklu1.tripod.com/pemulihan.html
ISU DAN MASALAH 1. MURID * Masalah yang menghalang pembelajaran murid-murid ini termasuklah : i) Peribadi * Kekurangan diri * Selalu ponteng sekolah ii) * * *
Psikologi Konsep kendiri yang rendah dan kurang keyakinan diri Gangguan emosi – krisis keluarga Tiada keyakinan diri untuk berjaya dalam pelajaran
iii) * * *
Kecerdasan Lambat berfikir dan bertindak Mudah lupa Sukar memahami dan lemah pengamatan
iv) * * *
Sikap Tidak minat belajar Pasif dan mudah putus asa Pendiam, pemalu dan sukar bertindak
2. GURU i) Guru Mata Pelajaran * Guru melabelkan murid yang dianggap lemah. * Bahan pengajaran yang berasingan tidak disediakan untuk murid yang lemah. * Guru menganggap masalah murid yang lemah dalam menguasai kemahiran 3M adalah tugas Guru Pemulihan Khas sahaja. ii) Guru Pemulihan Khas * Tidak ada panduan khas yang sistematik dalam mengoptimumkan peranannya. * Kurang mendapat pendedahan dalam P & P yang berkaitan. 3. Pentadbiran dan Pengurusan Sekolah. * Pihak pentadbiran sekolah memberikan sepenuh tumpuan kepada pencapaian cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR/PKSR. * Kurang program berkesan yang dirancang untuk menangani masalah penguasaan kemahiran 3M . * Peruntukan yang terhad membataskan pelaksanaan program yang dirancang 4. Kemudahan i) Fizikal * Tiada peruntukan kelas khas untuk melaksanakan program Pemulihan Khas. ii) Kewangan * Tiada peruntukan khusus dalam melaksanakan Program
Pemulihan Khas. iii) Bahan-bahan rujukan. * Bahan rujukan yang sesuai untuk guru dan murid amat berkurangan. iv) Buku Teks. * Tiada buku teks yang khusus untuk murid pemulihan khas. 5. * * *
Keluarga Ada dikalangan keluarga/ibu bapa/penjaga yang buta huruf. Latar belakang keluarga yang bermasalah. Latar belakang sosio ekonomi yang rendah.
6. Kurikulum * Program Pemulihan Khas tidak menjadi agenda utama dalam Mesyuarat Panitia/Kurikulum sekolah ( perbincangan ringkas sahaja mengenai pemulihan ). * Pengetua dan Guru Besar diharap mengambil inisiatif utama untuk memperbaiki kurikulum di sekolahnya dengan memasukkan agenda pemulihan seperti juga pentingnya agenda-agenda yang lain. * Beri perhatian kepada Tahun 1, 2 dan 3. Sekiranya perkara ini diambil perhatian khusus oleh sekolah itu sendiri maka mudahlah murid sebegini ditangani maka pembelajaran seterusnya di tahun - tahun yang berikutnya tidak menjadi masalah lagi.