TOPOLOGI RANGKAIAN Mempelajari Topologi-Topologi untuk rangkaian jenis LAN. Jenis-jenis Topologi Fizikal 1. Bas (Linear Bus) 2. Bintang (Star) 3. Cincin (Star-wired Ring) 4. Tree i. Bas (Linear Bus) Semua nod (file server, workstations and peripherals) terhubung ke kabel tulang belakang (Backbone) secara bersiri. Maklumat yang dihantar akan bergerak secara dua hala melalui semua nod pada kabel tersebut. Kelebihan • Senang untuk menambah atau
mengurangkan komputer dan nod tanpa mengganggu operasi yang telah dijalankan. • Kurang kabel dan jarak LAN tidak
terbatas. • Murah. • Sesuai untuk rangkaian yang kecil.
Kelemahan • Jika kabel tulang belakang (Backbone)
atau mana-mana nodnya bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi. • Memerlukan terminator untuk kedua-
dua hujung kabel tulang belakang . • Sukar mengesan kerosakan. • Perlu pengulang (repeater) jika jarak
LAN juah. • Perisian tambahan diperlukan untuk
mengelakkan perlanggaran (collision) data
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk Kabel: Coaxial, Twisted- pair, Fiber Optic Terminator: Terminater 50 ohm Connector: BNC, BNC T-Connector, RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet , LocalTalk
ii. Bintang (Star) Semua nodnya disambung terus ke hab di pusat rangkaian. Maklumat akan melalui hab sebelum sampai ke destinasinya. Hab akan mengawal semua fungsi dalam rangkaian dan bertindak sebagai pengulang (repeator) juga. Jika sebuah komputer pelayan (file server) digunakan maka data akan dihantar ke kepada komputer pelayan selepas melalui hub. Kelebihan • Mudah dipasang dan dirangkaikan.
Tidak mengganggu rangkaian semasa penyambungan atau mengalihkan peranti. • Tiada perlanggaran (collision) data. • Mudah untuk mengesan kerosakan .
Kelemahan • Penggunaan banyak kabel. • Jika terdapat kerosakan pada hab atau
sambungannya, nodnya tidak dapat berfungsi. • Lebih mahal berbanding dengan linear
bus.
• Mudah dikembangkan.
Jenis NIC : Ethernet Card, LocalTalk Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet , LocalTalk Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports , Ethernet Hub 8 ports , Ethernet Hub 16 ports iii. Cincin (Star-wired Ring) Topologinya sama dengan topologi bintang. Sambungannya adalah secara bersiri dan kedua-dua hujungnya ditemukan untuk membentuk bulatan. Datanya dikawal oleh MAU (Multistation Access Unit). Data dihantar secara sehala jadi ia akan melalui setiap nod serta komputer sehingga sampai ke destinasinya. Kelebihan • Penghantaran data laju.
Kelemahan • Jika kabel utama bermasalah rangkaian tidak dapat berfungsi.
• Dapat melayan lalu lintas data yang
padat.
• Penambahan atau pengurangan
terminal sangat sukar. • Masa untuk mengakses data optimal. • Sukar mengesan punca kerosakan. • Komunikasi antara terminal
mudah.Tiada perlanggaran (collision)
data
Jenis NIC : Token Ring Card Kabel: Twisted- pair Connector: RJ-45, Protocol: Token Ring Alat lain: MAU (Multistation Access Unit) untuk menghantar maklumat melalui cincin (Ring) iv. Tree Topologi tree merupakan gabungan topologi bas dan topologi bintang. Di mana topologi bintang disambung kepada kabel tulang belakang bas Kelebihan
• Penulisan titik ke titik (point-to-point
writing) untuk bahagian idividu • Disokong oleh sebilangan pembekal
perkakasan dan perisian.
Kelemahan
• Penjang keseluruhan terhad kepada
jenis kabel yang digunakan. • Kerosakan pada kabel tulang
belakang akan menggagalkan bahagian lain. • Sukar dalam configurasi dan
pendawaian Jenis NIC : Ethernet Card, Kabel: Twisted- pair, Fiber Optic, Coaxial Connector: RJ-45, ST Connector, SC Connector Protocol: Ethernet Hub: 10Base 8 ports , 10Base 16ports PENGGUNAAN KABEL RANGKAIAN DAN SPESIFIKASINYA 10 BaseT cabling digunakan untuk sambungan rangkaian yang menggunakan topologi bintang. Amat sesuai bagi rangkaian yang memerlukan flexibiliti dan realibiliti dalam penggunaanya. Bagi UTP cabling ini setiap PC mempunyai network card yang disambungkan dengan kabel UTP ini ke hub atau switch. Secara amnya sambungan rangkaian UTP
adalah lebih "reliable" jika hendak dibandingkan dengan sambungan coaxial dimana penggunaan hub/switch banyak membantu dalam memperbaiki "data errors" dalam sambungannya. Selain dari itu UTP cabling tidak akan mengakibatkan seluruh rangkaian "down" jika salah satu komputer atau sambung cabling rosak (berbanding dengan sambungan coaxial yang akan menyebabkan seluruh network "down" hanya disebabkan oleh satu sambungan rosak) Dari segi sejarah pada awal penggunaan sambungan 10Base-T, kabel kategori 3 (Cat 3) digunakan untuk sambungan 10Mbs. Kabel Cat 3 ini hampir sama dengan kabel telefon yang kita gunakan di rumah. Tetapi sekarang kabel Cat 5 adalah lebih banyak digunakan kerana kualiti signal yang lebih baik dihasilkan untuk kegunaan sistem 10Base-T. Huruf T pada perkataan 10Base-T adalah membawa makna "twisted" iaitu jenis sambungan UTP(unshielded twisted pair) kabel yang digunakan. Biasanya ada dua jenis cabling yang digunakan untuk sambungan 10Base-T seperti berikut:• Straight through cable • Crossover cable
Straight through cable digunakan untuk sambungan seperti berikut :• Sambungan dari router kepada hub/switch. • Sambungan dari server kepada hub/switch. • Sambungan dari workstation kepada hub/switch
Crossover cable pula digunakan untuk sambungan seperti berikut :• Sambungan uplink antara switch. • Sambungan hub kepada switch. • Sambungan hub kepada hub lain. • Sambungan network terus antara dua komputer (tanpa hub/switch). • Sambungan router interface kepada router interface yang lain. PIN WARNA PIN 11 2 Hijau 2 3 Putih / Oren 3 4 Biru 4 5 Putih / Biru 5
6 Oren 6 7 Putih / Coklat 7 8 Coklat 8 PIN WARNA PIN 1 Putih / Oren 1 2 Oren 2 3 Putih / Hijau 3 4 Biru 4 5 Putih / Biru 5 6 Hijau 6 7 Putih / Coklat 7 8 Coklat 8 Type A Type B
PIN 1 2 3 4 5 6 7 8
WARNA Putih / Hijau Hijau Putih / Oren Biru Putih / Biru Oren Putih / Coklat Coklat
PIN 1 2 3 4 5 6 7 8
PIN 1 2 3 4 5 KONSEP 6 7 8 PENYAMBUNGAN
WARNA Putih / Oren Oren Putih / Hijau Biru Putih / Biru Hijau Putih / Coklat Coklat
PIN 1 2 3 4 5 6 7 8
DTE – Data Terminal Equipment adalah perkakasan seperti Network Interface Card (NIC). DCE – Data Communication Equipment adalah perkakasan seperti hub, switch atau router. Apabila penyambungan jenis DTE ke DCE dilakukan, penyambungan Straight Cable akan digunakan manakala penyambungan DCE ke DCE memerlukan penyambungan Cross Cable. Contohnya, Straight Cable digunakan apabila penyambungan daripada komputer ke hub atau switch. Manakala Cross Cable digunakan apabila penyambungan hub ke hub atau switch dilakukan (menggunakan port biasa). Tetapi apabila switch atau hub mempunyai port uplink, penyambungan menggunakan port ini adalah menggunakan Straight Cable.