Topologi

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Topologi as PDF for free.

More details

  • Words: 1,191
  • Pages: 11
Topologi (Topology) Apabila pelajar melawat tempat saya berkerja, perkara yang pertama yang WAJIB ditanya adalah: “Encik, topologi apa yang digunakan di dalam sistem rangkaian pejabat ini, Bus, Ring atau Star?” Jawapan saya: “ Semua ada” Pelajar yang bertanya selalunya senyap seketika memikirkannya. Bila membicarakan mengenai sistem rangkaian, Terdapat tiga topologi utama yang digunakan untuk sistem rangkaian 1. BAS (BUS) 2. CECINCIN (RING) 3. BINTANG (STAR) Gabungan dari dua atau lebih tolopogi di atas akan menghasilkan dua jenis iaitu; 1. Mesh 2. Tree/Hybrid

Topologi Bas (Bus Topology) Topologi ini yang paling mudah dan selalu digunakan untuk mewujudkan rangkaian komputer dengan segera. Apa yang perlu hanyalah menyambung setiap alat seperti komputer dan mesin pencetak secara bersiri. Kaedah ini sangat mudah dipasang tetapi jika terdapat sebarang kerosakkan pada satu kabel maka semua alat atau komputer di atas segmen itu tidak boleh beroperasi. Sila rujuk rajah 1 dan 2.

35 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 1: Topologi Bas

Rajah 2: Topologi Bas Kebaikkan 1. Pemasangan amat mudah dan murah. Mudah untuk menambah nod (nodes) iaitu dengan menyambung nod baru secara bersiri 2. Sesuai untuk sistem rangkaian yang kecil Keburukkan 1. Sekiranya satu kabel mengalami kerosakkan, sistem rangkaian akan pincang 2. Setiap kali penambahan peralatan sistem rangkaian seperti PC akan menyebabkan gangguan sistem rangkaian. Ini kerana sambungan BUS perlu di cabut untuk menambah kabel dan penyambung (connector)

36 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

3. Hanya sesuai untuk sistem rangkaian yang kecil. Ini kerana apabila jumlah komputer telah bertambah, kita sering terlupa dimana mula dan akhirnya penamat (Terminator) 50 ohm. Sekiranya kita tidak mengetahuinya, maka proses baik pulih rangkaian akan mengambil masa yang lama.

Teknik Membaiki Sekiranya terjadi kepincangan di dalam sistem rangkaian, sila pastikan: 1. Anda mengetahui mana pangkal dan hujung sambungan kabel tersebut 2. Sekiranya mengunakan kabel RG58 (Thin Wire 10Base2) pastikan terminator 50-ohm dipasang dengan betul dikedua-dua hujung kabel 3. Sekiranya terminator dipasang dengan betul, kecilkan sistem rangkaian kepada dua buah komputer. Sila Rujuk rajah 3. Sekiranya sistem rangkaian pulih seperti sediakala, lakukan penambahan komputer satu persatu sehinggalah kita dapati berlakunya kepincangan dalam sistem rangkaian. Sebagai contoh: Sekiranya kita tambah komputer dari dua kepada tiga dan kita dapati berlakunya kepincangan dalam sistem rangkaian. Maka kabel RG58 yang menyambung dari komputer nombor B dan C telah rosak. Kita hanya perlu menukar kabel yang menyambung komputer B dengan Komputer C. Tetapi perlu diingatkan bahawa setiap kali kita menambah komputer, terminator 50 ohm perlu di pindahkan kepada penghujung kabel di komputer yang pertama dan yang terakhir

37 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 3: Teknik membaik pulih topologi bas Selain menggunakan kabel RG58 atau lebih dikenali dengan Thin wire atau 10Base2, kabel thick wire atau 10Base5 juga digunakan dalam topologi Bus. Tetapi kabel thick wire selalu digunakan sebagai tulang belakang (backbone) kepada segmen rangkaian yang lebih kecil. Penyambung (connector) yang selalu digunakan adalah jenis Vampire tap. Dipanggil Vampire tap kerana terdapat tiga jarum yang panjang macam taring Dracula. Sekiranya terdapat sebarang kepincangan dalam bas yang mengunakan thick wire, kita perlu mencabut satu persatu Vampire tap untuk mengetahui disegmen mana yang menyebabkan berlakunya kepincangan tersebut. Tidak perlu memeriksa kerosakkan pada kabel jenis 10Base2 kerana dari pengalaman saya kabel jenis ini tidak pernah rosak. Kerosakkan selalunya berlaku pada penghantar-terima (Transceiver) pada Vampire Tap.

38 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Topologi Cecincin (Ring Topology) Dengan topologi cecincin, setiap elemen komputer di disambung bersiri dan dibentuk dalam bulatan. Sekali lihat, ia hampir sama dengan topologi BAS. Tetapi kedua hujung kabel ditemukan untuk membentuk bulatan. Sila rujuk rajah 4.

Rajah 4: Topologi Cecincin Cecincin Token (Token Ring) and kabel appletalk menggunakan konsep cecincin. Kebaikkan 1. Mudah untuk memasangnya dan memerlukan kabel yang pendek sahaja 2. Sistem rangkaian akan menjadi lebih besar 3. Prestasi yang lebih baik sekiranya beban sistem rangkaian bertambah tinggi

39 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

4. Sesuai digunakan sebagai tulang belakang (back bone) sistem rangkaian Keburukkan 1. Setiap penambahan akan menyebabkan sistem rangkaian terganggu kerana terputusnya hubungan di dalam cecincin (ring) 2. Kepincangan berlaku mengalami kerosakan

apabila

MAU

(penyambung)

3. Prestasi kurang baik untuk sistem rangkaian yang kurang sibuk

Topologi Bintang (Star Topology) Topologi Bintang merupakan topologi yang menyambung segala elemen dalam rangkaian ke satu pusat. Segala kabel yang menghubung semua elemen rangkaian komputer berakhir di satu titik. Dengan topologi ini, kerosakkan fizikal pada satu kabel tidak akan menyebabkan segmen lain tidak berfungsi. Sila rujuk rajah 5. Kabel pasangan dawai kembar terpiuh tidak bertebat (Unshielded twisted pair)atau UTP merupakan jenis kabel yang popular mengunakan topologi bintang. Kebaikkan 1. Sesuai untuk sistem rangkaian yang besar dan amat mudah untuk membesarkannya 2. Prestasi sistem rangkaian boleh dipertingkatan dengan menggunakan mengantikan hab (hub) kepada suis (switch) 3. Boleh menggunakan berbagai jenis kabel UTP, STP dan sebagainya 40 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

4. Mudah melakukan kerja penyelenggaran dan pemeriksaan terhadap sebarang kepincangan sistem rangkaian. Ini dapat dilakukan kerana setiap kabel disambung terus ke peralatan.

Rajah 5: Topologi Bintang Keburukkan 1. Kos yang tinggi sedikit kerana memerlukan hab 2. Kerosakkan hab akan menyebabkan seluruh rangkaian akan lumpuh

41 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Topologi Mesh Apabila peralatan disambung kesemua nod sistem rangkaian yang ada. Dengan kata lain, sekiranya terdapat 10 peralatan di dalam sistem tersebut, maka satu peralatan akan disambungkan secara terus kepada 9 peralatan lain, begitu juga sebaliknya. Sila rujuk rajah 6

Rajah 6: Topologi Mesh

Tree/Hybrid (Campuran) Juga dikenali sebagai hybrid. Ia merupakan beberapa sistem rangkaian berbentuk bintang sambungkan kepada topologi Bas sebagai tulang belakang (back bone) sistem rangkaian. Seperti dua atau lebih hab disambungkan kepada peralatan cecincin token (token ring) atau kabel 10Base5. Sila rujuk rajah 7.

42 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Rajah 7: Topologi Hybrid Ringkasan 1. Terdapat 3 jenis topologi utama iaitu Bas, Cecincin dan Bintang. 2. Toplogi Bintang merupakan tolopogi yang mudah digunakan untuk syarikat-syarikat kecil. 3. Topologi Hybrid (Campuran) diantara 3 topologi. Apabila sistem rangkaian bertambah besar, topologi jenis ini sering digunakan. 4. Topologi Mesh selalu digunakan oleh ISP (Internet Service Provider) untuk memastikan kerosakkan satu talian tidak akan menganggu perjalanan sistem rangkaian.

43 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Soalan. 1. Sebutkan tiga jenis topologi asas. a) ______________ b) ______________ c) ______________ 2. Jenis kabel yang digunakan untuk topologi bas. a) RG58 b) UTP c) Fiber Optik 3. Jenis kabel yang sering digunakan di dalam topologi bintang. a) RG58 b) UTP c) Fiber Optik 4. Vampire Tap digunakan di topologi ________. a) Bas b) Bintang c) Cecincin 5. Jenis kabel yang digunakan untuk Vampire Tap a) Thin Wire b) Thick Wire c) UTP 6. Penggunaan Hab, menggunakan topologi ______. a) Bas b) Bintang c) Cecincin 7. Sistem 10Base2 dan 10Base5 menggunakan topologi ___. a) Bas b) Bintang c) Cecincin 8. Di dalam sistem rangkaian yang besar topologi jenis ___________ sering digunakan. 44 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

a) Hybrid (Campuran) b) Bintang c) Cecincin 9. Topologi _______selalu digunakan oleh ISP (Internet Service Provider) untuk memastikan kerosakkan satu talian tidak akan menganggu perjalanan sistem rangkaian. a) Hybrid b) Mesh c) Bintang 10. Kerosakkan kabel sambungan kepada peralatan komputer akan menyebabkan kepincangan kepada seluruh sistem rangkaian KECUALI menggunakan sambungan jenis… a) Bus b) Bintang c) Cecincin

Jawapan. 1. a) Bas, b) Cecincin c) Bintang 2. a) RG58 3. b) UTP 4. a) Bas 5. b) Thick Wire 6. b) Bintang 7. a) Bas 8. a) Hybrid 9. b) Mesh 10. b) Bintang

45 Rozaimy Baharuddin (www.komputer.com.my)

Related Documents

Topologi
April 2020 27
Topologi
May 2020 29
Topologi Jaringan
November 2019 37
Topologi Rangkaian
May 2020 20
Topologi Rangkaian
June 2020 15