Ariel Sharon (1928- ) November 21, 2006 Sejak koma akibat diserang angin ahmar pada 4 Januari 2006, bekas pemimpin Israel yang terkenal dengan kekejaman dan sikap tidak berperikemanusiaan itu sudah menjalani pelbagai pembedahan besar di bahagian otak serta bahagian lain tubuhnya. Bagaimanapun, tidak banyak perubahan positif berlaku. Kini sepanjang masa, dia hanya terlantar, tidak sedarkan diri, tidak mampu langsung untuk menggerakkan badan malah tidak berupaya walau untuk sekadar menggerakkan mata. Dia juga tidak mengetahui apa yang berlaku di sekelilingnya. Malangnya pada masa sama maut masih belum mahu mengakhiri riwayatnya dan Sharon terpaksa melalui hari dengan penuh kesengsaraan dan kesakitan. Jun lalu, sebuah majalah di Jeddah melaporkan sekumpulan doktor terpaksa mengusung Sharon ke bilik pembedahan selepas luka dialaminya menjadi busuk dan mengakibatkan jangkitan teruk. Pembedahan itu adalah untuk memotong dan menyambung semula ususnya yang busuk dan mengelak jangkitan itu merebak ke bahagian tubuh yang lain.
Pertahanan. Pada awal 1982. Dia merancang melakukan pencerobohan terhadap Lubnan menerusi dasar 'Keamanan untuk Galilee' dengan menempatkan ribuan tentera di sempadan supaya dapat menceroboh Lubnan. Dalam serangan dari udara dan darat, sebahagian Lubnan musnah manakala 14,000 orang awam terbunuh. Pada 12 Ogos tahun sama, tentera Zionis sekali lagi melancarkan serangan meriam besar-besaran selama 11 jam ke atas Lubnan menyebabkan 500 penduduk tempatan dan pelarian Palestin terbunuh. Kejadian ini dikenali sebagai 'Black Thursday'. Sebulan kemudian dia mengarahkan tenteranya menyerang Beirut dengan alasan mahu mengusir 2,000 pejuang Palestin dari bandar raya itu. Sharon juga yang mengarahkan serangan ke atas kem pelarian Palestin di Sabra dan Shatila yang berlaku pada 18 September 1982, menyebabkan kira-kira 3,500 orang terbunuh. Pertubuhan hak asasi manusia menyatakan angka korban lebih daripada 3,000 orang. Ramai wanita diperkosa dan diseksa sebelum dibunuh. Inilah kekejaman paling dahsyat pernah dilakukan Sharon dan dosa besarnya tidak akan sedikit pun dilupakan umat Islam.
Demikianlah nasib seorang bekas pemimpin yang ketika sihat begitu angkuh, kejam, tidak berperikemanusiaan dan terkenal dengan pelbagai tindakan kejam di luar jangkauan pemikiran manusia waras. Ketika itu dia seperti terlupa akan putaran hidup insan yang tidak selamanya berada dalam keadaan sihat dan mampu melakukan apa saja. Umat Islam terutama rakyat Palestin sama sekali tidak melupakan bagaimana pemimpin kejam itu menyebabkan mereka kehilangan tanah kelahiran, tempat tinggal dan anggota keluarga tercinta.
Namun begitulah hakikat putaran hidup manusia yang gemar menumpahkan darah ini. Saluran ke otak yang tersumbat menyebabkan seluruh sistem tubuhnya rosak dan dia lumpuh seluruh badan, tidak lagi dapat berbuat apa-apa.
Dia memulakan kerjayanya di bidang ketenteraan dengan menyertai unit komando utama Israel, Haganah yang bertanggungjawab melakukan keganasan dan kekejaman sehingga memaksa penduduk Palestin melarikan diri dari tempat tinggal mereka.
Jelas seperti apa dinyatakan dalam al-Quran surah Fusilat ayat 53, Allah berfirman yang maksudnya: "Kami akan memperlihatkan mereka tandatanda kekuasaan kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri sehingga jelaslah kepada mereka bahawa al-Quran itu benar."
Tuhan memperlihatkan kekuasaannya untuk menjadi teladan manusia lain apabila jasad Sharon mula membusuk satu demi satu sedangkan dia masih hidup. Kini hanya masa menentukan bila riwayat Sharon berakhir.
Pada 1953, dia mengasaskan Unit 101 yang melancarkan serangan terhadap kawasan pelarian dan perkampungan Palestin. Pada tahun sama dia menyerang Kampung Qibya di Jordan dan mengarahkan anggotanya meletupkan bangunan, memusnahkan pintu dan tingkap sebelum melontarkan bom tangan, menyebabkan 69 orang awam terbunuh, sebahagian besarnya wanita dan kanak-kanak. Pada 1971, dalam usahanya menawan Gaza, Sharon mengambil tindakan meletupkan rumah orang awam, memenjarakan dan menyeksa beratusratus penduduk Palestin. Pada 1977, dia dilantik sebagai menteri pertanian selepas menyertai Parti Likud dipimpin Menahem Begin bertanggungjawab mewujudkan penempatan haram Yahudi di Palestin. Pada masa sama dia juga menjadi penyokong kuat Gush Emunim, pergerakan pelampau Yahudi yang mendesak supaya menyekat penubuhan sebuah negara Palestin dan memperluaskan penempatan haram. Kekejamannya semakin ketara selepas dilantik menjadi Menteri
Hulurkan sumbangan Anda ke akaun AMAN PALESTIN Terbitan:
Aman Palestin Berhad, No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor. Tel: +603 89267019 Fax: +603 89259963 e-mail:
[email protected] Laman WEB: www.amanpalestin.org
BIMB 12029010047880 MayBank 562263010787
Sheikh Ahmed Yassin (1938- 2004) Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di al-Jora, daerah Majdal di dalam wilayah Asqalan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga tahun 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza. Membesar sebagai seorang pelajar yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah menyebabkan beliau mengalami lumpuh. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walaubagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Sekembalinya ke Gaza beliau bergerak aktif memperjuangkan Islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di masjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejim Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967. Selain daripada dua tugas utama tersebut, beliau juga menjalankan kerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan Islam. Sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza sehingga beliau telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga kebajikan pelarian Palestin yang diberikan nama ‘Mujamma al-Islam’. Beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai ‘al-Mujahidun al-Filastiniyun’ pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan ‘Kataib Syuyukh’ yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis di atas tuduhan memilki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan. Beliau dan rakan-rakannya menubuhkan HAMAS pada tahun 1987. HAMAS telah memulakan corak baru penentangan dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid-masjid dari kalangan orang-orang muda yang dikenali dengan nama ‘Atfal Hijarah’ (Kanak-kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai ‘Intifadah’. Kesan dari ‘Intifadah’ ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan HAMAS. Kesannya pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar
itu, mahkamah tentera Israel pada 16/10/1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis. Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-parunya dan perutnya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Pada 1/10/1997, hasil dari perundingan pertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan HAMAS yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis. September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Cubaan membunuh Syeikh Ahmad Yassin berlaku pada 6/9/2003 bilamana sebuah helikopter Apache milih tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Namun, pada subuh 22/3/2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.
Dr Abdul Aziz Rantisi (1947-2004) Sedikit sekali di kalangan para doktor yang hafal Al-Qur'an dan merindukan syahid di jalan Allah, di antara yang sedikit itu adalah doktor Abdul Aziz Rantisi. Dr Abdul Aziz Rantisi dilahirkan pada 23 Oktober 1947 di desa Bina, terletak di antara Askalan dan Yafa. Memiliki nama lengkap Abdul Aziz Ali Abdul Hafidz Ar Rantisi merupakan seorang doktor pakar kanak-kanak yang pernah bertugas di Hospital Naser, di Khan Yunis, Gaza pada tahun 1976. Beliau aktif dalam berbagai organisasi di antaranya sebagai Ahli JAwatankuasa, Kesatuan Doktor Arab di Gaza. Menjadi pensyarah di Universiti Islam Gaza sejak dibuka pada 1987 dengan memberikan syarahan di bidang genetik dan parasitologi. Abdul Aziz Rantisi adalah murid Syeikh Ahmad Yassin, tokoh spiritual, qiyadah/ pemimpin pejuang Palestin. Di bawah bimbingan Syekh Yasin, Abdul Aziz Rantisi dapat memahami arti kehidupan dan perjuangan untuk meraih kejayaan yang sesungguhnya, tabah dalam menghadapi cobaan, tidak terbuai dengan godaan dunia dan yang lebih penting lagi adalah bercita-citanya untuk mati syahid.
Beliau pernah dipenjara di Kaffar Yunah bersama Gurunya, Syeikh Ahmad Yassin dan beberapa pejuang Palestin lainnya dari Hamas. Di penjara tersebut Abdul Aziz Rantisi melakukan muraja'ah (mengulang) Al-Qur'an yang sudah hafal diluar kepalanya sejak tahun 1990. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam surga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Untuk merealisasikan cita-citanya untuk mati syahid, selain berdo'a, beliau berjuang dengan ikhlas, tidak cinta dunia, tidak takut kepada siapapun kecuali kepada Allah, tidak mau berkompromi dengan Zionis Israel, penjajah yang akan menghancurkan masjid Al-Aqsha, kiblat umat Islam pertama. Ketika Syeikh Ahmad Yassin syahid, Isnin, 22 Mac 2004 maka kepemimpinan Hamas diserahkan kepadanya dengan penuh tanggung jawab dan amanah. Syekh Abu Bakar Al-'Awawidah, anggota Rabithah Ulama Palestin di Syria ketika bercerita kepada tentang saat-saat terakhir kehidupan Dr. Abdul Aziz Rantisi setelah dihentam roket penjajah Zionis Israel, ketika badannya dipenuhi darah, keadaanya sudah agak lemah, beliau (Abdul Aziz Rantisi) sempat menunjuk ke poket seluarnya. Pengawalnya tidak paham apa yang dimaksudkannya. Setelah tangan pengawalnya dimasukkan ke poket seluar beliau nampaklah sejumlah wang. Beliau dengan keadaan tubuh yang sudah lemah meyampaikan pesan kepada pengawalnya, supaya memberikan wang tersebut kepada si fulan. Subhanallah, Allah memberikan kesempatan dan peluang kepada Dr. Abdul Aziz Rantisi untuk meninggalkan dunia tanpa beban dan hutang serta menunaikan amanah untuk disampaikan kepada yang berhak. Bahkan sehari sebelum ditembak roket penjajah Zionis Israel, beliau sudah mengambil wang simpanan gajinya selama mengajar di Universiti Islam Gaza dan mengira hutang yang akan dilunasinya. Termasuk beliau memberikan bantuan untuk belanja pernikahan anaknya, Ahmad. Setelah itu beliau berkata, "Sekarang, jika saya menemui Tuhan, maka saya dalam keadaan bersih. Saya tidak memiliki apa-apa dan tidak ada tanggungan apa-apa." Pada hari Sabtu, 25 Shafar 1425/ 17 April 2004, doktor yang rindu syahid, Dr. Abdul Aziz Rantisi dibom oleh zionis Israel, Innalillahi wainna ilaihi raji'un (Sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali), (Al-Baqarah/2: 156), maka tercapailah keinginannya seperti kalimat yang pernah dia ucapkan: Kita akan mati suatu hari nanti, tiada apa yang dapat mengubahnya. Antara maut disebabkan Apache (helikopter tempur buatan Amerika) atau serangan jantung, saya lebih rela memilih Apache..." Janganlah kamu mengira bahwa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; bahkan mereka itu hidup di sisi Tuhannya dengan mendapat rezki. (Ali Imran/3: 169).