To Fall In Love With A Stranger

  • Uploaded by: atikah elliaziz
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View To Fall In Love With A Stranger as PDF for free.

More details

  • Words: 2,614
  • Pages: 10
To fall in love with a stranger “Hai,” Ridza menoleh. Ada seorang lelaki tinggi berdiri di belakangnya. Ridza mendongak. Mat Salleh agaknya. Matanya kelabu cair. “Yes, can I help you?” tanya Ridza. Wajah Mat Salleh itu agak terkejut namun dia pantas tersenyum. “I can talk Malay,” ujar Mat Salleh itu. Ridza meletakkan kasut yang dibelek tadi di atas raknya semula. Ridza menoleh belakang, memandang tiga orang kawannya yang keluar ke bandar bersama. “My name is Daniel,” “Hai,” takut-takut Ridza menjawab. “I’m..er… Ridza,” “I know,” mata Ridza membulat. Daniel berdehem. “Can I have lunch with her alone?” Daniel bertanya kepada ketiga-tiga kawan Ridza. Mereka masih terkebil-kebil. Mat saleh ajak Ridza makan bersama! “Awak semua boleh ikut,” ujar Daniel. Ridza membuntangkan mata. Cakap Melayu! “Awak pasti awak takkan buat apa-apa pada saya?” tanya Ridza, berjalan beriringan Daniel. Daniel menoleh ke sebelah, dan tersenyum. Senyuman bagaikan selebriti. “Ini saya,” Daniel menunjukkan satu poster pada tiang besar Gurney Plaza, itu iklan jeans. Entah apa jenamanya. Tapi, popular jugaklah! “Shooting ni kat Ireland,” “Awak tipu,” spontan kata-kata Ridza meluncur keluar dari bibirnya. Wajah dalam poster itu dan wajah Daniel begitu sama sekali. Daniel tersenyum. “I’ m a professional model,” “Awak orang Malaysia?” “I’m Irish,” balas Daniel. Ridza mengurut dagu. “Are you sure you won’t do anything to me?” sekali lagi Ridza bertanya. Kali ini versi bahasa Inggeris. Daniel mencekak pinggang. Kemudian, senyumannya melebar. “I’m serious,” senyuman seorang selebriti. “I won’t touch you, ok?” Daniel menggelengkan kepalanya. Nampak gembira. Ridza terpana. Model di hadapannya. Model yang bergerak, bukannya patung atau gambar. Ridza akhirnya tersenyum. “Ok, fine, jom,” Ridza berhati-hati sahaja menikmati Prosperity Burger di hadapan Daniel. Matanya tidak lari dari merenung Ridza. Ridza jadi rimas. Dia mengangkat kepala. Malu pula bila terpandang matanya.

“Masih tak berubah,” ujar Daniel dalam diam, walaupun masih dapat didengar Ridza. “Siapa awak?” “Saya orang asing, pelancong,” “Dan awak bercakap seolah-olah mengenali saya lama,” Daniel mengangkat sebelah kening. “Awak…jangan kata awak seorang psycho,” “Ya, saya,” Ridza terkejut. Psycho! “Saya gila,” “Saya nak pergi,” Ridza mahu beralih, namun sempat lagi dia menghirup minuman Orange Frizz. “Dari sini,” “I’m crazy over you,” terjatuh burger dari pegangan Ridza. Tergolek ke dalam talam. “It’s true, I’ m crazy over Ridza,” “Awak tipu,” “Do I look like cheating you?” “Emm…yes,”Ridza duduk kembali. Entah dengan tenaga apa dia duduk di atas kerusi itu balik. “Kot,” “Tak,” jari Ridza disentuh. Ridza pantas menampar tangan gergasi Daniel. “Oops, sorry,” Ridza membulatkan mata. Daniel tergelak. “Serious sikit,”Ridza tidak tahu hendak bercakap apa. Wajahnya merah bagaikan mahu meletup. “Ini baru saya belajar tadi,”bisik Daniel. Ridza merasakan bibir Daniel dekat dengan telinganya. “Saya cintakan awak,” “Suka?” Ridza terus berlari mendapatkan kawan-kawannya. Banyak betul barang yang dibelikan Daniel padanya. Setelah keluar dari Mc Donald tadi, Daniel mengajaknya membeli-belah. Daniel membawakannya ke dalam kedai hadiah dan membelikannya macam-macam. Daniel sangat baik. Dan sangat kacak juga. “Macam mana kau kenal dia?” tanya Jannah. Mengeluarkan sebuah anak patung beruang. “I love you,” “Oooo…” wajah Ridza terbakar terus kerana malu. Dia mengambil anak patung beruang itu. Memeluknya erat. Kawan-kawannya melihat sahaja Ridza merenung hadiah yang diterimanya. Ridza melambaikan tangan pada Daniel sebelum lelaki itu berlalu. Ridza tersenyum sendiri. “Awak cintakan saya?” tangannya dirasakan menggigil. Adakah lelaki di hadapannya serius? “Awak tipu,”

“Haha,” Daniel tersenyum. Ridza menggigit bibir. “Ever believing the quote love at the first sight?” Ridza bagaikan mahu ketawa. Daniel di hadapannya bermain rambut. “You loved me at the first sight?” Ridza tidak percaya. “As easy as that, awak ingat saya akan percaya? Awak ingat dengan perkataan ‘saya cintakan awak’ tu akan buat saya menyerahkan diri saya pada awak?” “What are you talking about?” “Entah-entah, you are one of the foreigner that cheat the Malayan girl and sleep with them!” pantas Ridza berkata. Daniel masih kelihatan tenang. “Saya tak tidur dengan kekasih saya,” “Ingat saya percaya?” “Saya sudah mengagak yang awak tidak akan percayakan saya,” Daniel bangkit. Ridza mengangkat kepala. Pelik, ke mana pula mat salleh ni nak pergi? “Awak masih tak kenal saya?” “Saya tak kenal awak,” Ridza menegaskan. Tiba-tiba dia merasakan dirinya bodoh kerana masih berada di hadapan mat salleh itu. Plannya tak menjadi, agaknya. Sebab tulah dia nak blah! “Awak dah nak keluar? Terima kasih untuk burger ni,” cakap Ridza kuat. Daniel menoleh oada Ridza kembali. “Saya nak ke kedai, saya akan bawa awak sekali,” “Dalam kedailah, dia ceritakan kat aku yang aku suka teddy bear warna perang tua, aku suka patung zirafah yang warna merah ni, dia tahu segalagalanya tentang apa yang aku nak waktu kecik dulu, aku suka getah rambut ni, dan juga koleksi kulit kerang warna-warni dalam botol!” dengan semangatnya Ridza mengangkat tinggi kulit kerang di dalam botol dan dipeluknya. Matanya bercahaya kegembiraan. “Benda ni pun kau suka?” tanya teman serumahnya, Ijah. Dia rasa pelik melihat Ridza begitu teruja dengan kulit kerang berwarna-warni dalam botol itu. “Nak buat macam mana, koleksi aku dulu kena curik,” “Ada orang nak curik? Nak curik benda macam tu?” Ijah ketawa. Ridza mencerlung tajam padanya. “Oh, okey tak cakap!” “Memang memahami,” “Kau kena hati-hati Ridza. Dia mat salleh,” “Model pulak tu!” sambung Ridza. “Yelah, aku hati-hati! Aku tak buat apa-apa pun dengan dia, ok?”

“Ridza!” Ridza terbangun dari tidurnya. Ada orang memanggilnya. Dia melihat jam tangan. Sudah pukul 11 pagi. Hari Sabtu. Disebabkan pada hari itu, dia cuti umum wanita, maka tidak perlulah bangun pagi awal sangat untuk solat Subuh. “Siapa tu?” “Entah,” Ijah menjengah. Ridza mengenakan tudung dan berlari ke balkoni. Ridza mengecilkan mata melihat siapa yang memanggil namanya. Ya Allah, Daniel! Ridza pantas berlari ke tangga untuk turun ke bawah namun naik semula. Teman serumahnya yang baru mahu bangun tidur terkebil-kebil. Ridza masuk ke dalam bilik air, mencuci muka dengan intensif sekali. “Apa awak buat kat sini?” tanya Ridza apabila turun dan telah mengenakan tudung. “Ini asrama perempuanlah, awak boleh buat saya didenda tau,” “Saya mintak maaf, saya cuma nak tengok awak,” Ridza mencekak pinggang. “Tengok saya?” Ridza buat-buat ketawa. “Tak payah, saya tak cantik,” “You are as beautiful as I imagine you will be,” ujar Daniel mendekati Ridza. Ridza terkedu. Terpana dengan kata-kata itu. “ I love you,” Merah lagi wajah Ridza. “Okaylah, apa awak nak?” Daniel tersengih. “Jom kita keluar, saya bawak,” “Tunggu saya mandi,” “Janji awak datang,” Daniel mengenyit sebelah mata. “Just know that I need you,” “Oh, shut up,” Ridza tersengih. Entah kenapa hatinya terasa berbungabunga. “Parents saya tak akan kenal awak,” ujar Ridza apabila Daniel memberitahunya yang dia mahu bertemu empat mata dengan ibubapa Ridza. Ridza duduk di sebelah Daniel di dalam Proton Perdana yang disewanya. Biasalah, mat salleh seperti Daniel tidak muat di dalam Perodua Kancil sahaja. Mahu terhantuk kepalanya nanti. “They will like me, trust me, you know, I’m a model,” “Oh sebab tu je?” Ridza bagaikan mahu ketawa. “Ya,” Daniel mengangguk. “Need anything else?” “Tak munasabah langsung,” gumam Ridza sendiri.

“Tak munasabah?” Daniel tidak sempat mengenali perkataan ‘munasabah’. Dia blah dulu. “Emm… nonsense, macam tu,” Ridza mengangguk-angguk. Daniel pun begitu. “So?” “So?” “Can I meet your parents?” “Listen,” Ridza mengangkat kedua tangannya. “Kita kenal tak sampai satu bulan, awak rasa parents saya akan berkenan kat awak…I mean, like you?” “Surely, they will,” dengan yakin sekali Daniel berkata. Ridza mengeluh. “Okey,” Ridza pelik. Semalam, ibubapanya datang melawat di asrama, dan dalam masa yang sama, Daniel turut datang. Ridza cuba untuk menyembunyikan perasaan takutnya itu, namun Daniel nampak tenang. Dia mendekati bapa Ridza dan mereka berbual tentang sesuatu. Ibu Ridza terkejut, namun selepas Daniel memberitahunya sesuatu, mereka bertiga ketawa. Cuma apa yang Ridza dengar… “You are big now,” kata bapanya. Ridza menilik koleksi kulit kerang berwarna warni di dalam botol di hadapannya. Lama direnungnya. Tak…kulit kerang yang dulu itu bukannya hilang! Kulit kerang tu tak hilang! Kulit kerang itu masih ada atas meja waktu aku 6 tahun…dan tiba-tiba benda tu dah takda. Orang curi? Tak..! takda orang curi! Ridza mengetuk kepalanya. Cuba mengingat sesuatu. Sesuatu yang sudah lama mahu dibuang dari mindanya. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Ridza tersentak. Dia melihat skrin dan melihat ada nama Daniel muncul. Ridza mencapai gaget itu. “Hello,” ada suara wanita muncul. Seksi dan menggoda. Darah Ridza tersirap. “He..hello,” balas Ridza, suaranya entah kedengaran atau tidak. “I heard you are dating Daniel,” suara wanita itu kembali berkumandang. “Are you really getting serious with him? Have you ever sleeping together?”

“I won’t sleep with him!” pangkas Ridza. Entah kenapa tangannya menggeletar. “Who are you? Stealing Daniel’s phone!” “So, you are not serious with him,” wanita itu seolah-olah mengabaikan soalan itu. Kedengaran dia ketawa. Ridza sakit hati mendengarnya. “He will sleep with everyone he likes,” “Shut up!” jerit Ridza. “Take good care of him,” Ridza terkejut mendengar suara Daniel di sebalik suara wanita itu. Hatinya tersentap. Kedengaran wanita itu melakukan satu bunyi pelik. Ridza mengetap bibir. “Excuse us,” Klik! Ridza bagaikan mahu pitam. Beraninya perempuan itu! “Ridza!” Ridza terbangun dari tidurnya apabila mendengar laungan itu. Sudah pukul 11 pagi, agaknya. Ridza mencuci muka dan bergegas turun. “Honey,” tegur Daniel. Wajahnya lebih kacak daripada biasa. “Apa honey-honey!?” herdik Ridza. Daniel terperanjat. “I’m not your honey no more!” marahnya lagi. “What’s happening?! What dear, tell me..” “Don’t touch me!” Ridza mahu sahaja mencucuk telinga Daniel dengan jari telunjuknya yang kurus. “Do I look like touching you?” Daniel memandang Ridza dengan muka tidak bersalahnya. Ridza mendengus. “Ok, fine,” Ridza tidak tahu mahu bercakap apa lagi. “I don’t want to talk to you anymore,” “Why?” sekali lagi muka tidak bersalah. Ridza mengalihkan wajah, tidak mahu memandang Daniel. Wajah itu mungkin akan menarik kembali kemarahannya. “Ridza, why?” “You know why!” hampir sahaja Ridza menjerit. Boleh pulak dia buatbuat tak tahu? Aku bagi flying kick karang! Masih dengan wajah innocent itu. “Awak tahu kan? Awak tahu, kan?!” desak Ridza. “What is it, dear?” “Don’t call me dear!” jerit Ridza. Tangannya sebelah terangkat. “Okay, what is it, Ridza?” sengaja nama Ridza ditekankan. “Yesterday, the phone call,” “What phone call?” “The woman on your phone, and…” kali ini Ridza mengeluh. Daniel tercengang. “..you know what happen right?”

“Let me explain,” Daniel mengangkat kedua tangan. Ridza sudah menduga. “You sleep with her, right? You fancy her? Fine!” “The only person I love in my entire life is you,” Ridza mahu beredar, pantas Daniel menghalang. “Listen Ridza,” Ridza menekap kedua-dua tangannya, mahu menjerit. “Ridza,” “Saya taknak dengar apa-apa! Saya dah agak, tak mungkin awak sukakan saya, cintakan saya, apa yang saya ada? you don’t even cannot touch my hand!” mata mereka berdua bertembung. Ridza pantas beralih. “Siapalah saya dibandingkan dengan awak? Sepanjang dua bulan kita macam ni, saya tak dapat nak kenal diri awak, dan diri saya sendiri!” “Ridza, tolong dengar dulu..” Daniel meminta belas kasihan. “Apa lagi?” “Awak cemburu?” “Shut up,” Ridza mahu berlalu namun dihalang lagi. “Saya tak cemburu, saya marah!” “Why?” “That woman said..you sleep with everyone you likes,” Daniel terdiam. Lama. Ridza memegang dahi. Nah, apa lagi yang kau nak jawab? “Listen, Ridza, I don’t like you,” Dush! Terasa ada satu tan berat jatuh ke atas kepalanya. “I love you, saya cintakan awak,” terpana Ridza. Tidak tahu mahu berkata apa lagi. hatinya terusik dengan perkataan itu. “Look, tapi Ridza, saya kena selesaikan satu perkara,” “Satu perkara?”tanpa mengulas lanjut,Daniel terus berlari ke keretanya, dan dalam sekelip mata sahaja, kereta dan dirinya hilang dari pandangan mata Ridza. Ridza tidak dapat menumpukan perhatian di dalam kelas sejak kebelakangan ini. Sudah dua bulan Daniel tidak menghubunginya. Tiada mesej. Tiada panggilan. Ego Ridza tidak memungkinkan dia menelefon. Alih-alih, hatinya pula yang resah. Dia bermain dengan pensel. Dilihatnya jari manisnya. Teringat pula janji Daniel untuk menghadiahkan sebentuk cincin padanya. Woi! Asyik ingat Daniel je, karang penuh lak kau punya memori! Nanti, ilmu hisab ni kau nak bubuh kat mana! “Mana mat salleh tu?” tanya Ijah apabila Ridza masuk ke dalam bilik tidur mereka. Ridza menjungkit bahu. Dia memang jarang bercerita tentang Daniel pada kawan-kawannya selain Ijah. Namun, kini dengan Ijah sekalipun,

dia malas mahu membuka mulut. Lagipun, Daniel bukannya siapa-siapa padanya. Hanyalah seorang stranger. Ridza mengulit hujung baju. Dia merenung hadiah-hadiah yang diberikan oleh Daniel. Entah kenapa, dia mengumpulnya semua di dalam tangan dan mencampakkannya ke dalam stor rumah mereka. “Geram! Geram aku!” Ridza menjerit-jerit sebelum akhirnya dia terduduk di ruang tamu. Ijah muncul. “Kau apahal?” “Kau tak nampak yang aku dah jadi gila?” “Gila?” “Aku dah gila! Aku dah gila!” “Elok-elok kau ada akal, kau kata kau dah gila, tak ke terasa orangorang yang menetap kat hospital Tanjung Rambutan tu?” Ridza tidak mahu ketawa. “Wei, kau jangan buat lawak tengahari buta macam ni, boleh tak?” “Dah tu, naik sakit kepala aku tengok kau macam ni, kalau jadi apa-apa kat aku, sapa nak tukar turn jaga aku kat hospital nanti?” bebel Ijah. Ridza muncung. Tidak mampu mendengar leteran Ijah lagi. “Dahlah tu..” “Eh, kau tengok tu,” tiba-tiba sahabat serumah mereka, Dila menyibuk. Kedua-duanya berpaling. “Bukan mat salleh tu, ke?” “Siapa, Daniel?” Ijah berlari ke hadapan televisyen. ridza turut sama berjoging ke hadapan televisyen. Sah, Daniel! “Inilah mat salleh yang suka kat kau tu, kan?” tanya Dila. Menanti jawapan Ridza. “Entahlah,” jawab Ridza. “RUpanya dia dah terlebih popular, sampai dah lupakan aku,” Ridza menggigit bibir. Ditatapnya wajah Daniel. Matanya, hidungnya, segala-galanya. Ah, sudah! Makin kacak pula Daniel ni! “Dia dah lupakan janji dia pada aku, dia buat aku menunggu macam orang bodoh!” “Laki tu?” Ridza tidak menjawab. “Ridza!!” ketiga-tiga mereka terperanjat. Ketiga-tiga mereka berlari ke balkoni namun berpatah balik dan mencapai tuala. Menyangkutkan tuala ke kepala menutupi rambut masing-masing. “Daniel,” serentak Ijah dan Dila menyeru. “Aku tahu,” selamba Ridza menjawab. “Apa lagi?” “Turunlah bawah jumpa dia,” agah Dila.

“Tak mungkin,” Ridza menggeleng kepala. “Aku tak mampu nak jumpa sorang selebriti macam dia,” Ridza menoleh, terkejut apabila telefon bimbitnya berdering. Ridza tahu datangnya dari Daniel. “Ridza, turunlah jumpa dia,” “Taknak,” “Kitorang tak boleh nak cakap apa-apa,” “Ridza!”Daniel memanggil lagi. “Ridza!!” “Baik kau turun, Ridza, dia bukan tau malu! Nanti Miss Suria tahu ada boyfriend student dia datang, mampus kau!” nasihat Dila. Menolak-nolak lagi tubuh Ridza. Ridza mendengus. Dia mengenakan tudung dan terus berlari turun. “Ridza,” senyuman Daniel mekar di bibirnya apabila terlihat gadis kecil molek itu muncul. “Awak pastinya sedar betapa rindunya saya pada awak,” “Dan awak tak tahu betapa bencinya saya pada awak!” Ridza mencekak pinggang. “Berani awak datang ke sini lagi!” “Saya hanya nak tengok awak,” “Tak payah, saya tak cantik, saya tak menarik, saya tak sesuai dengan untuk awak!” Daniel sudah bosan. “I’m bored to fall in love with a stranger!” kali ini wajah Daniel berubah. “Saya tak layak untuk awak, awak sedar semua tu, kan?” Daniel membisu. “Stop seeing me, Daniel,”lembut suara Ridza. “Awak jumpa saya baru sekali, dan awak katakan awak cintakan saya, dan awak layan saya dengan baik, tapi, saya…? Apa yang saya dah lakukan untuk awak?”keduaduanya melayan perasaan masing-masing buat beberapa ketika. “Awak dah berikan harapan untuk saya hidup kembali, Ridza,” perlahan Daniel mengeluarkan kata-kata. “Lihat ni,” Daniel menghulur keluar pergelangan tangan kanannya. Ada banyak bekas luka untuk cubaan membunuh diri. Ridza tersentap. “Saya dah lama mengenali awak, Ridza, cuma awak tak sedar saya berada di sisi awak selama ni,” sayu sekali suara Daniel. “Siapa awak?” kali ini Ridza rasa pelik. Banyak rupanya yang dia tidak tahu tentang Daniel. “Yang dalam TV tu awak, kan? Macam mana awak boleh berada di sini?” “Itu rakaman awal, Ridza,” Dush! Ridza malu sendiri. “Tak kisahlah, macam mana awak kata awak mengenali saya? Sedangkan..saya tak kenal pun awak,” “It all starts here,” Daniel meletakkan tangan ke dadanya. Ridza menggaru kepala. “Let me explain everything,” “No, no,” Ridza mengangkat tangan. Daniel tersentak. “Don’t ever think about the explaination,”

“Ridza, you are acting immature,” “Yes, I am immature, and you know that all along, right?” Daniel menggeleng kepala. “Saya turun ke bawah untuk jumpa awak, untuk minta awak pergi tanpa ada apa-apa penjelasan,” “Kenapa awak taknak dengar apa yang saya nak cakap?” “Saya takut...” nafas Ridza dirasakan tersekat. Dia mengangkat kepala memandang Daniel.

Related Documents

To China With Love
August 2019 36
To Moroni With Love
April 2020 11
I Just Fall In Love
October 2019 19
Boys Do Fall In Love
November 2019 12

More Documents from ""