Tips Menangani Pembantu Rumah Tangga

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tips Menangani Pembantu Rumah Tangga as PDF for free.

More details

  • Words: 5,267
  • Pages: 17
TIPS Menggaji Pembantu Rumah Indonesia

05 Oct 2009

Merapatkan jurang budaya di antara dua benua dan persehaman antara dua darjat adalah suatu tugas yang amat sukar. Namun toleransi dan persefahaman mampu meredakan tegangan. Tips-tips di bawah mungkin boleh membantu anda bagi memahami pembantu dan mengurangkan jurang persefahaman terutama dalam tempoh penyesuaian di tahun pertama.

"Ya Allah, jauhkan kami daripada majikan yang kejam kepada pembantu seperti menyisihkan pembantu kerana sombong, kikir dalam hal kebajikan dan makan minum, dan mengkhianati pembantu dalam apa jua bentuk. Jauhkan kami daripada pembantu yang berniat jahat dan tidak ikhlas untuk bekerja. Berikankan kepada kedua mereka keserasian dan keselesaan hidup. Hindarkan kami daripada mana-mana pihak yang khianat dan mengkhianati. Lapangkan dada semua pihak agar memudahkan segala urusan demi mencapai keredhaanMu. Amin" 1) Benarkan pembantu menghubungi keluarga di Indonesia apabila tiba memulakan kerja dirumah majikan. Kod panggilan murah Celcom 1310062xxxxxx Maxis 1320062xxxx. Digi 0062... Biasanya hp bermula dengan 8xxx . jika nombor yang diberikan bermula 08xx, abaikan 0. Contoh : 081375869008 ditukar kepada 132006281375869008 . Kod Indonesia ialah 0062 jika menggunakan Ring-Ring Card.

2) Pastikan makanan ruji (nasi) yang mencukupi untuk pembantu. Majikan selalu mengharapkan pembantu membuat seperti rumah sendiri. Sebaliknya pembantu biasanya segan untuk makan apa lagi dengan kehadiran majikan. Bertanyalah sekiranya pembantu belum makan dan suruhlah mereka makan dan rehat walaupun kadang-kadang mereka segan.

3) Pastikan rehat dan tidur yang mencukupi untuk pembantu. Pembantu biasanya segan untuk berehat dengan kehadiran majikan.Waktu bekerja yang lazim 5.30 am hingga 10.00 pm. Rehat sewajarnya dalam tempoh itu.

4) Cuti sehari seminggu seperti peraturan imigresen boleh diganti dengan bayaran ganjaran sewajarnya oleh majikan seperti pemberian bonus pada akhir tahun atau cuti bergaji penuh pada akhir tahun. (misalnya pembantu balik bercuti awal sebulan daripada tamat kontrak).

5) Majikan sebaiknya jangan membawa masalah dan tekanan ditempat kerja ke rumah sehingga bertindak kasar dengan pembantu kerana masalah di tempat kerja.

6) Pembantu adalah manusia biasa yang bersosial. Jangan menyisihkan pembantu dan anggap mereka sebahagian keluarga yang harmoni. Jika membeli jajan, jangan hanya dibeli untuk kita sekeluarga sahaja. Beri mereka makan apa yang kita makan. Jangan sampai kita kenyang mereka lapar, kita gembira mereka bersedih, kita makan mereka lihat sahaja. Contohi Rasullulah SAW melayani hamba abdi baginda.

7) Jangan mudah menengking dan meninggikan suara jika pembantu membuat kesalahan. Pembantu mungkin sensitif tetapi memendam rasa. Mereka manusia biasa yang ada perasaan dan perlu dihormati sebagai pekerja. Ajari dan teguri secara berhemah.

1

8) Selalu bertanya keperluan asas mereka seperti perubatan, ubat dan berus gigi, sabun, tuala wanita dan lain-lain. Mereka mungkin segan untuk memberitahu majikan. Jangan sampai sehingga mereka mencuri guna barang majikan. Perbelanjaan keperluan asas, perubatan dan urusan permit mereka adalah tanggunggan majikan.

9) Pastikan pembantu tidak terlalu bebas. Pantau pergaulan sesama mereka mungkin mereka selalu bercakap perkara buruk tentang majikan dan membanding-banding. Tidak digalakkan pembantu memiliki handphone kecuali dirasakan sangat perlu. Awasi penggunaan dan bil telefon rumah anda. 10) Awasi pembantu sekiranya terdapat pekerja Indonesia yang berhampiran biasanya pekerja kontrak. Pembantu boleh cepat terpengaruh dengan pujukan lelaki. Jangan mudah percaya jika pembantu mungkin menyatakan mereka adalah saudara terdekat.

11) Awasi jika ada sindiket yang mendekati pembantu menawarkan pendapatan yang lumayan, memujuk pembantu melarikan diri. 12) Keinginan untuk bersosial dan seks adalah naluri biasa manusia, namun pantau agar ianya berada di landasan yang dibenarkan syarak. Jangan sampai tindakan mereka melampaui batas seperti bergaul atau berkhalwat dengan bukan muhrim.

13) Jangan terlalu percaya kepada pernyataan pembantu rumah. Pembantu mungkin tidak bercakap benar demi menyembunyikan kesilapan dan kelemahan kerana mungkin takut kepada majikan. 14) Jangan menimbulkan kesangsian yang sembarangan kepada pembantu kerana ia akan menimbulkan ketidakselesaan untuk pembantu bertugas seterusnya. Sediakan bukti yang kukuh jika terdapat kes-kes kehilangan barang atau kes-kes lain.

15) Simpan passport dan buku bank pembantu ditempat yang selamat jangan sampai diambil oleh mereka. Passport jatuh ke tangan pembantu adalah peluang untuk berlakunya kes lari.

16) Majikan perlu membuka akaun bank, disarankan nama bersama majikan dan salah satu untuk transaksi. Tunjukkan resit kemasukan duit pada setiap bulan.

17) Jika pembantu menyatakan keinginan untuk pulang ke Indonesia kerana sebab-sebab yang dinyatakan, awasi, mungkin dia mempunyai masalah lain dengan majikan dan tidak akan kembali lagi.

18) Jika perlu pegang gaji pembantu sekitar 3 bulan gaji untuk mengelakkan kes-kes lari. Kadang-kadang pembantu memerlukan pinjaman daripada majikan untuk dihantar ke Indonesia, bersederhanalah dalam menghulurkan pinjaman tersebut.

19) Kebanyakan pembantu adalah daripada golongan miskin dan perantau mencari rezeki yang halal. Berlebih kuranglah dalam urusan kewangan dengan mereka, jangan terlalu berkira, semoga kita dimurahkan rezeki oleh Allah. Anggap yang kita terlebih beri sebagai sedekah atau sebahagian zakat.

20) Pembantu anda adalah manusia yang unik sifat-sifat dan kebolehan masing-masing. Elakkan membanding-bandingkankan dengan pembantu sebelumnya atau pembantu orang lain yang lebih baik. Jangan terlalu memikirkan sikap buruk pembantu sebaliknya

2

hargai sikap baik mereka dan manafaat yang kita perolehi. Terlalu memikirkan dan memperhatikan kelemahan tanpa memperbetulkannya hanya akan menambahkan masalah rumahtangga.

21) Pembantu biasanya adalah golongan yang kurang berpendidikan dan taraf sosio ekonominya rendah. Majikan harus faham keupayaan pembantu dan janganlah mengharapkan sesuatu yang melebihi kemampuan pembantu. Tatacara bekerja disetiap rumah juga adalah berbeza. Ajari pembantu dengan jelas dan sabar. Kadang-kadang pembantu perlu diajar berulang-ulang tentang sesuatu perkara.

22) Jangan memberi kepercayaan 100% kepada pembantu tentang perkara yang kritikal seperti keselamatan. Contohnya anda perlu sekali-sekala memantau adakah pintu atau pagar telah dikunci sebelum pergi tidur, penjagaan barangan elektrik dan aspek-aspek keselamatan lain.

23) Setengah pembantu kurang memahami bahasa Melayu terutama daripada Jawa. Kadangkadang mereka kurang memahami arahan majikan dan istilah bahasa Malaysia tetapi takut untuk bertanya. Perkataan tuala=anduk, sudu=cedok, tembikai=semangka, handphone=hape, perempuan=cewek, lelaki=cowok, teman=pacar, nakal=jahat, tak bertimbangrasa=jahat. Berhati-hati menggunakan istilah sedekah=mengemis. Teliti semasa komunikasi bagi mengelakkan salah faham.

24) Ajari pembantu tentang budaya kita Malaysia dan fahami perbezaan budaya mereka. Pegangan agama mereka kadang-kadang lebih longgar. Seperti bersalaman lelaki dan perempuan amalan biasa di Indon sebagai tanda hormat. Tunjukkan cara berpakaian yang sopan dan beli pakaian yang sesuai untuk mereka jika perlu. Awasi jika ada pengamalan tahyul dan syirik atau merokok.

25) Awasi tahap kebersihan dan ajari langkah keselamatan terutama dalam penggunaan barangan elektrik jika perlu. Setengah rumah pembantu di Indonesia tidak berelektrik. Awasi pintu kereta yang selalunya tidak bertutup rapat.

26) Jangan mendera secara fizikal,emosi atau mencabul, ia boleh memudaratkan majikan sekiranya laporan dibuat kepada konsulat atau polis.Penggunaan bahasa kesat dan ugutan oleh majikan adalah contoh penderaan emosi yang sering berlaku.

27) Jangan terlalu memandang rendah kepada mereka kerana kita memerlukan khidmat mereka. Anggap mereka sebagai pembantu dan bukan orang suruhan. Jangan menghina atau memperli bangsa mereka dihadapan mereka kerana ini akan menimbulkan kebencian mereka kepada kita. 28) Jangan meninggalkan kotoran peribadi seperti tuala wanita yang sudah dipakai untuk diuruskan pembantu. Pembantu mungkin merasakan kehinaan. 29) Jika boleh ajak pembantu makan bersama kita. Ini boleh mengeratkan perhubungan dan mempastikan beliau tidak memasukkan ramuan tambahan berupa ubat pengasih atau ubat penunduk dalam makanan. Kepercayaan tahyul amat berleluasa di setengah kawasan di Indonesia.

30) Layan pembantu dengan baik seperti mana kita mahu majikan kita berlaku baik kepada kita. Keseronakan mereka bekerja dan berkhidmat dengan kita harus dipupuk supaya

3

majikan dan pembantu sentiasa mempunyai hubungan yang baik ,balasannya kita akan rasa anak-anak dan hartabenda kita sentiasa selamat .

31) Pembantu mungkin terasa tersinggung dengan kata-kata kesat anak-anak kita walaupun masih kecil. Pembantu mungkin tidak berani menegur anak-anak sebaliknya memendam rasa. Tegur anak-anak jika perlu. Pembantu juga mempunyai hak perlindungan daripada majikan sepertimana anak-anak berhak mendapat perlindungan.

32) Barang berharga seperti barang kemas harus disimpan dengan baik bagi mengelakkan kes kecurian. Jika pembantu hendak pulang anda boleh memeriksa beg pembantu dan barang simpanan kita sebagai langkah keselamatan jika dirasakan perlu. Jangan terlalu percaya walaupun pada zahirnya pembantu nampak baik dan alim. Jangan pula terlalu mencurigai sehingga menimbulkan rasa tidak selesa bagi pembantu.

33) Kita tidak perlu menguji kejujuran pembantu, kebanyakan mereka adalah tidak jujur. Bayangkan mereka adalah daripada golongan bawahan dan anda perlu mengakui banyak kelemahan mereka. Namun kita tidak perlu risau akan sifat panjang tangan mereka selagi mereka masih berada di rumah kita. Namun kita perlu sentiasa mempastikan barangbarang berharga tersimpan baik. Kalau boleh jangan sampai mereka mengetahui tentang adanya barang kemas di rumah kita.

34) Majikan tidak digalakkan memberi pelepasan cuti pembantu dan bermalam ditempat lain. Rancang cuti bersama pembantu atau tinggalkan pembantu dirumah saudara terdekat jika perlu. Pergaulan pembantu yang luas biasanya mengundang masalah.

35) Pemberian hadiah adalah kaedah terbaik dalam memupuk kemesraan dan kasih-sayang antara seorang majikan dan pembantu. Lakukan yang anda fikirkan terbaik kerana pembantu adalah asset anda. Pemurahlah dengan orang yang sebenarnya banyak membantu kehidupan kita kerana mereka penjaga pada anak kita masa kita bekerja. Layani mereka sebagai seorang yang banyak berjasa kepada kita sekeluarga.

36) Elakkan pergaduhan dan pertengkaran yang berlanjutan dengan pembantu kerana ianya mengaibkan. Mereka kadang-kadang nekad untuk melarikan diri apabila terasa tersisih/tidak dihargai oleh majikan. Sebagai majikan gunalah kebijaksanaan dalam menyelesaikan sebarang masalah.

37) Majikan harus tegas dalam hal yang perlu tetapi mesti menjadi majikan yang penyayang dan berhati mulia bagi menimbulkan seseronakkan bagi pembantu bekerja dalam tempoh kontrak kerana ia suatu jangkamasa yang agak lama.

38) Bayaran perubatan di hospital kerajaan untuk pekerja asing adalah tinggi. Untuk kes kematian bayaran menghantar jenazah disekitar RM6000 atau lebih. Mengambil insurans akan mengurangkan beban majikan. Bayaran insurans Takaful Nasional adalah RM60 setahun.

39) Pembantu adalah manusia biasa yang mempunyai kelebihan dan kelemahan masingmasing. Amat sukar untuk mencari pembantu yang sempurna. Pembantu muda mungkin senang mengikut arahan tetapi mungkin cepat terpengaruh dengan lelaki. Pembantu tua mungkin kurang terpengaruh dengan lelaki tetapi kadang-kadang sukar untuk memahami arahan.

4

40) Tidak perlu memarahi pembantu dalam soal yang kecil atau remeh walaupun besar pada pandangan kita. Tegur dengan berhikmah contohnya jika pembantu menggunakan telefon atau barangan tanpa kebenaran kita. Ada kemungkinan pembantu melarikan diri kerana merasa bersalah atau kesalahannya akan diketahui. 41) Jangan memandang ringan soal hak pembantu kerana mungkin pada pandangan pembantu adalah suatu yang besar. Contohnya masalah gaji tidak dibayar dengan penuh atau dipotong tanpa hak, barangan dirampas dan sebagainya, kerana dikhuatiri pembantu akan berdendam dan mengambil tindakan yang diluar dugaan. 42) Dapatkan penilaian pembantu terhadap kita dengan mendapatkan maklumbalas orang yang dekat dengan beliau contohnya pembantu rumah saudara kita. Jika pembantu mengatakan majikan kejam, mungkin kerana beliau merasa tertekan kerana selalu dimarahi. Jika mengatakan majikan pelit (kedekut) mungkin majikan terlalu berkira dengan pembantu. Jika mengatakan majikan tidak bagi cukup makan bermakna majikan tidak pernah menjaga hal ehwal makan minum mereka atau mereka merasa sukar untuk mendapat masa yang sesuai untuk makan. 43) Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Pembantu merantatu ke sini kerana kesempitan dan keperitan hidup yang memaksa. Fahami masalah mereka dan kasihani golongan yang lemah, nescaya kita dirahmati Allah.

44) Berusahalah mendidik pembantu terutama tentang solat dan membaca alQuran..Kebanyakan pembantu agak daif dalam hal ini. Paling tidak bersama-samalah membaca Quran dengan ahli keluarga pada setiap malam jumaat.

45) Tunjukkan kasih saying dan perihatin anda kepada pembantu seperti mereka sebahagian daripada keluarga kita. Ambil berat tentang kesihatan dan kebajikan mereka.

46) Ingatlah segala pemberian,layanan,tuturkata dan perbuatan baik kita terhadap pembantu takkan sia-sia dan pastinya akan mendapat ganjaran yang sawajarnya di akhirat nanti. Sebaliknya juga. Pembantu adalah asset anda. Uruskan mereka dengan baik dan kita memperolehi pelbagai manafaat daripadanya. Sekiranya kita tidak menguruskan dengan baik tidak mustahil kita akan kehilangannya. Beristikarahkah semasa membuat pilihan sepertimana maksud ”….Sesungguhnya tidak akan menyesal orang yang beristikarah….”.

al-Hadith.

Jika mendapat kesenangan atau ditimpa kesusahan ingat maksud al-Hadith “Aku mengkagumi orang mukmin. Jika dikurniakan nikmat dia memuji Allah dan bersyukur. Jika dia ditimpa kesusahan, dia memuji Allah dan bersabar…..” Tiada beza darjat pembantu dan majikan. Orang yang paling mulia di sisi Allah ialah orang yang bertakwa. Semua ini hanyalah sebagai panduan sahaja. Ianya mungkin adalah berdasarkan pengalaman atau pengamatan semata-mata. Majikanlah orang yang paling sesuai menilai bagaimana cara terbaik menangani pembantu rumah masingmasing.Wallahua’lam.

5

Sifat Sifat Yang Perlu Dijauhi oleh Majikan Sikap Cerewet yang keterlaluan

Sombong yang melampau

Kikir Yang Berlebihan

Terlalu Berkira

Terlalu Garang Menganiaya Mencabul

Indikasi Majikan tidak menolong dan menunjuk ajar pembantu bahkan asyik memeriksa setiap gerakerja pembantu Majikan tidak menghiraukan kebajikan dan makan minum pembantu Contohnya majikan mengira berapa biji telur yang digunakan setiap hari dan bertanya pembantu ke mana pergi telur-telur tersebut. Biasanya berkaitan dengan profesyen seperti akauntan, perbankan dan audit. Majikan akan memotong gaji untuk pembantu menelefon yang perlu, membeli jajan, kerosakan harta benda yang tidak sengaja dan sebagainya. Pembantu selalu ditengking dengan suara yang tinggi Pembantu tidak dibayar gaji yang sepatutnya atau hak mereka diambil tanpa hak Pembantu dicabul sewaktu ketiadaan isteri

Implikasi Pembantu akan merasa stress dan tidak aman dengan kehadiran majikan. Pembantu kurang hormat kepada majikan terutamanya sewaktu ketidakhadiran majikan Pembantu akan merasakan tidak cukup diberikan makan kerana dikongkong keterlaluan.

Pembantu tidak selesa dan bercakap dengan jiran tentang majikan yang pelit. Menghitung hari untuk tamat kontrak Pembantu akan membenci majikan Pembantu mendendami majikan Boleh menjadi kes jenayah seksual

Sikap Biasa Pada Pembantu Kritikal Bagi Majikan Majikan mungkin sensistif dan serius bagi sikap-sikap berikut tetapi ianya adalah fenomena biasa di kalangan pembantu: Mencuri, Berbohong, Mereka Cerita, Merokok, Mengamalkan Tahyul. Doa Pelindung Sihir Dengan Nama Allah yang tidak memberi mudharat bersama namaNya sesuatu pun di langit dan di bumi. Dan Dia Maha Mendengar Lagi Maha 6 Mengetahui

Sifat-Sifat Dan Sikap Pembantu Sifat-sifat yang dimiliki pembantu yang perlu difahami oleh majikan. Pembantu biasanya tidak mempunyai kesemua sifat positif atau negatif, tetapi kombinasi kedua-duanya . Sifat Positif 1- Sifat Negatif 1-5 5 Berinisiatif, kerja yang tidak perlu Curi tulang disuruh-suruh Menghormati majikan Ego, merasakan diri lebih pandai Jujur Suka berbohong Amanah Panjang Tangan Suka Di Rumah Suka Merayau Pandai dan cerdik Agak lembab dan perlu diajar berulang kali Teliti dan bersih dalam pekerjaan Agak gelojoh dan kasar dalam pekerjaan Menjaga pergaulan Sosial dan bebas pergaulan Baik tutur kata Suka mengumpat Jumlah Jumlah Perbezaan latarbelakang mungkin menyerlahkan kebaikan dan kelemahan yang berbeza: Kebaikan Pembantu Muda - Senang diarah - Cergas

-

Senang terpengaruh dengan lelaki Terpengaruh dengan kawan2

Pembantu Berusia - Tidak terpengaruh dengan lelaki

-

Susah memahami arahan

-

Kemungkinan hendak kahwin

-

Mudah terpengaruh dengan lelaki

-

Sibuk dengan suami

Pembantu Bujang - tidak sibuk dengan komitmen di Indonesia Pembantu janda - Bekerja sungguh2 untuk anak2 - Tidak sibuk dengan suami Pembantu Bersuami - Tidak sibuk untuk kahwin

Kelemahan

7

Pembantu berpengalaman - Cekap bekerja - Tidak rindu kampong Pembantu tidak berpengalaman - Tidak langkah panjang

Suku Sumatra Aceh / Padang Jawa / Sunda Madura / Lombok / Batak

-

Langkah panjang ‘Demanding’

-

Tidak cekap bekerja perlu disuruh2 Rindu kampong di tahun pertama

Sifat Ketara Bahasa, kebudayaan dan masakan menghampiri kaum Melayu Malaysia Golongan yang suka berniaga, tidak suka di arah-arah Golongan yang rendah diri, menghormati majikan, rajin dan pembersih Biasanya sesuai untuk kerja-kerja keras seperti perladangan dan pembinaan.

Kebanyakan pembantu rumah Indonesia mempunyai tahap pendidikan yang rendah, berasal dari kampung yang mundur dan miskin. Tahap pendidikan yang rendah menyebabkan mereka tidak dapat memahami sesuatu arahan dengan tepat dan cepat. Mereka juga kurang mahami Bahasa Indonesia dan kebanyakan mereka menggunakan bahasa daerah sebagai bahasa utama. Tanda-tanda pembantu ingin melarikan diri: 1) Membuat pelbagai alasan seperti anak sakit, ibu atau bapa nazak, kenduri kahwin dan sebagainya. Pembantu mohon pulang sekejap dan mungkin tidak lagi kembali. 2) Barang-barang yang tersusun kemas dalam beg, bersedia untuk meninggalkan rumah. 3) Pembantu yang menjumpai dan mengetahui dimana pasport disimpan berkecenderungan untuk melarikan diri jika beliau memegang pasport kononnya akan lebih selesa dengan peluang kerja di tempat lain.

Wallahu’alam

8

Menilai Jurang Pembantu-Majikan PEMBANTU 1) Ingin Kebebasan 1 2

MAJIKAN 3

2) Kesediaan Mendengar 1 2 3 3) Tahap Kebersihan/Kerja 1 2 3 ∆ 4) Pegangan Agama 1 2 3 ∆ 5) Bebanan Kerja 1 2 3 ∆

4 ∆ 4

4

4

4

5

5 ∆ 5

5

5

6 ↑ 6 ↑

7

7

8

Ingin Mengawal 9 10

8

Ingin Ketaatan 9 10

6

Sensitif kepada Kebersihan/Kerja 7 8 9 10 ↑

6

Sensitif Urusan Agama 8 9 10 ↑

6

7

7 ↑

8

Inisiatif/Motivasi 9 10

Tahap Jurang Perbezaan = (6-4)+(6-5)+(9-2)+(9-2)+(7-3) = 26 Peratusan = 21/50 X 100% = 42% Jurang Perbezaan (%) Akibat 0 – 25% Amat bagus. Ikatan boleh bertahan lama dan boleh dianggap sebahagian keluarga. Biasanya pembantu tidak pernah dimarahi atau ditengking 26% - 50% Kadang-kadang berlaku perselisihan tetapi boleh di atasi dengan pertimbangan kedua pihak. Pembantu kadang2 ditegur kesilapannya dan pembantu tidak mengulangi kesilapan. 51% - 75% Keadaan agak tegang. Majikan tidak gembira dan pembantu tidak senang. Hampir setiap minggu pembantu dimarahi dan ditegur 75% - 100% Amat sukar untuk penyesuaian. Tindakan segera perlu diambil. Pembantu ditengking dan dimarahi hampir setiap hari Semua di atas hanyalah ilustrusi dan gambaran sahaja. Apapun yang penting adalah 9

toleransi kerana jurang persefahaman boleh diubah oleh masing-masing melalui latihan dan persefahaman. Jika anda ingin mencari pembantu yang ideal, mungkin anda perlu banyak mengorbankan masa, wang dan emosi. Jika anda asyik memikirkan masalah pembantu, anda menambah beban dalam hidup. Jika anda berpada dengan apa yang ada, insya Allah akan dipermudahkan Allah dalam banyak urusan. Jangan berlawan dengan pembantu, banyakkan berkawan nescaya rumahtangga kita lebih selesa. Berikut adalah kemungkinan faktor-faktor pembantu rumah melarikan diri: Faktor Majikan 1) Selalu dimarahi tanpa berhikmah oleh majikan atau penghuni rumah yang lain seperti ibu bapa dan mertua. 2) Pembantu selalu ditengking dan diarah dengan suara yang tinggi. 3) Keadaan kerja yang memenatkan dan majikan tidak pernah bertanya dan mengambil hirau keadaan tersebut. 4) Keadaan persekitaran kerja yang tertekan atau kehidupan seumpama tahanan di rumah. 5) Pembantu merasakan majikan tidak memberikan cukup makanan ruji untuk mereka melakukan kerja. Majikan tidak pernah menjemput pembantu makan dan tidak pernah mengambil berat tentangnya. Biasanya akibat pembantu merasakan kekok untuk makan lebih lagi dengan kehadiran majikan. 6) Tidak tahan dengan kerenah anakanak atau ahli rumah yang selalu menghina pembantu. 7) Majikan kurang berkomunikasi dengan pembantu menyebabkan pembantu merasa tersisih, terkongkong atau kesunyian. 8) Keadaan kerja yang terlalu terkongkong dan kadang-kadang tidak ada peluang langsung untuk bersosial. 9) Pembantu didera secara fizikal

Faktor Pembantu 1) Dipengaruhi oleh pembantu jiranjiran. 2) Pengaruh kenalan lelaki atau perempuan 3) Ditawarkan gaji dan kerja yang lumayan oleh kenalan atau sindiket. 4) Mengikut suami atau teman lelaki 5) Pengaruh dari keluarga di Indonesia. 6) Pembantu merasa tidak selamat akibat diancam atau khuatir tidak dibayar gaji. 7) Pembantu risau akan hilang kebolehan bercakap akibat terlalu jarang berkomunikasi. 8) Memang berniat untuk lari. Biasanya akan lari dalam tempoh beberapa hari dari ketibaan. 9) Pembantu menemui barang-barang berharga yang nilainya melebihi gaji mereka jika berkerja sehingga tamat kontrak. 10) Pembantu melakukan kesilapan besar dan takut berhadapan dengan majikan, contohnya merosakkan barang berharga. 11) Pembantu menemui passport merupakan peluang untuk membebaskan diri.

10

Adalah dianjurkan majikan membenarkan pembantu menghubungi agen jika mengkhuatiri pembantu mempunyai masalah penyesuaian di tempat kerja. Ini membolehkan kaunseling dibuat kepada pembantu bagi mengelakkan kes-kes lari.

Dipetik dari buku Koleksi Doa Salafus Soleh Terbitan Surau Madrasatul Falahiyah Subang, Shah Alam. Apa pun yang berlaku semoga kita redha dengan ketentuan Allah. Betapa besarnya pahala membebaskan seorang hamba, semoga dengan keikhlasan dan kesabaran, kita juga akan mendapat ganjaran yang sewajarnya.

11

Suatu Renungan Tentang Pembantu Rumah Tangga Oleh : Sigit Indrijono ''Mereka adalah saudara kalian, Allah menjadikannya di bawah kendali kalian, maka berikanlah kepada mereka makanan sebagaimana yang kalian makan. Berikanlah mereka pakaian seperti yang kalian pakai. Dan jangan kalian sekali-kali menyuruh sesuatu di luar batas kemampuannya. Dan bila kalian menyuruh sesuatu, bantulah pekerjaannya semampu kalian.'' (HR Muslim). Di dalam media cetak maupun elektronik, sering kita dapatkan berita tentang perlakuan yang tidak manusiawi terhadap pembantu rumah tangga. Apakah itu berupa perintah di luar kewajaran, diberi hukuman fisik karena kesalahan tidak berarti, atau tidak diberikan hak-hak mereka secara layak seperti gaji, istirahat, dan makan. Suatu tindakan zalim yang tidak disukai oleh Allah SWT. Hadis di atas memberikan peringatan, hak-hak pembantu rumah tangga harus diperhatikan. Sedangkan tugas yang diberikan harus wajar sesuai dengan kemampuan mereka. Harus disadari, di hadapan Allah SWT, posisi kita dan pembantu rumah tangga adalah sama, yaitu sesama hamba-Nya yang mencari keridhaan-Nya. Mereka telah memberikan manfaat cukup banyak dalam penanganan beban pekerjaan rumah tangga. Sehingga, sepantasnya mereka diperlakukan secara baik. ''Sesungguhnya Allah itu Mahalembut, dan menyukai kelembutan dalam segala perkara.'' (HR Muttafaq 'alaih). Rasulullah SAW, memberi contoh bagaimana berperilaku terhadap pembantu rumah tangga. Anas bin Malik menceritakan, selama sepuluh tahun menjadi pembantu di rumah Rasulullah SAW belum pernah dikasari. Apakah itu dengan perkataan ataupun tindakan. Bahkan, ia belum pernah mendengar Rasulullah SAW menegurnya, ''Mengapa kamu melakukan ini?'' (HR Muslim). Bahkan Rasulullah SAW mendoakan Anas bin Malik saat diantar ibunya menjadi pembantu di rumah beliau. ''Rasulullah, Anas ini pembantumu, doakanlah dia,'' kata ibunya. Kemudian beliau berdoa untuk Anas bin Malik. ''Wahai Allah, berilah dia harta dan anak yang banyak serta berkatilah apa yang Engkau berikan.'' (HR Bukhari). Kita wajib menempatkan pembantu rumah tangga pada posisi yang layak, dan tidak menganggap mereka pada status yang rendah. Semoga kita diberi kemampuan oleh Allah SWT untuk dapat memperlakukan mereka dengan baik.

Contoh Rasulullah memahami kelemahan budaya sesuatu kaum Hadis Anas r.a: Seorang arab kampung kencing di dalam masjid menyebabkan orang ramai segera mengerumuninya. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Biarkan dia, jangan kamu halanginya. Anas berkata: Sebaik sahaja orang tersebut berlalu, Nabi s.a.w meminta sebaldi air, lalu mencurah ke atasnya iaitu membasuhnya. Hadis Abu Hurairah r.a katanya: Aku pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda: Apabila seorang hamba

12

perempuan milik salah seorang di antara kamu melakukan perbuatan zina dan telah terbukti, maka hukumlah dia dengan merotannya dan janganlah kamu memakinya. Jika dia mengulanginya lagi perbuatan zina itu, maka rotanlah dia dan janganlah kamu memakinya. Dan jika dia mengulanginya lagi buat kali ketiganya dan terbukti, maka juallah dia walaupun dengan harga sehelai rambut.

Cerita Sedih >>>>Date: Fri, 14 May 2004 14:32:13 +0700 >>>>To: (Recipient list suppressed) >>>>From: Lenny Halim >>>>Subject: Fwd: FW: Cerita sedih dari Malaysia.doc Sepasang suami isteri - seperti pasangan lain di kota-kota besar meninggalkan anak-anak diasuh pembantu rumah semasa keluar bekerja. Anak tunggal pasangan ini, perempuan berusia tiga setengah tahun. Bersendirian di rumah dia kerap dibiarkan pembantunya yang sibuk bekerja bermain diluar, tetapi pintu pagar tetap dikunci. Bermainlah dia sama ada berayun-ayun di atas buaian yang dibeli bapanya,ataupun memetik bunga raya, bunga kertas dan lain-lain di halaman rumahnya. Suatu hari dia melihat sebatang paku karat. Dia pun mencoret semen tempat mobil ayahnya diparkirkan tetapi kerana lantainya terbuat dari marmer, coretan tidak kelihatan. Dicobanya pada mobil baru ayahnya.Ya... kerana mobil itu bewarna gelap, oretannya tampak jelas. Apa lagi kanak-kanak ini pun membuat coretan sesuai dengan kreativitasnya. Hari itu bapak dan ibunya bermotor ke tempat kerja kerana macet ada perayaan Thaipusam. Setelah penuh coretan yang sebelah kanan dia beralih ke sebelah kiri mobil. Dibuatnya gambar ibu dan ayahnya, gambarnya sendiri, lukisan ayam, kucing dan lain sebagainya mengikut imaginasinya. Kejadian itu berlangsung tanpa disadari si pembantu rumah. Pulang petang itu, terkejut pasangan itu melihat kereta yang baru setahun dibeli dengan bayaran angsuran. Si bapak yang belum lagi masuk ke rumah ini pun terus menjerit, "Kerjaan siapa ini?" Pembantu rumah yang tersentak dengan jeritan itu berlari keluar. Dia juga beristighfar. Mukanya merah padam ketakutan lebih2 melihat wajah bengis tuannya. Sekali lagi diajukan pertanyaan keras kepadanya, dia terus mengatakan 'Tak tahu... !" "kamu dirumah sepanjang hari, apa saja yang kau lakukan?" hardik si isteri lagi. Si anak yang mendengar suara ayahnya, tiba-tiba berlari keluar dari kamarnya. Dengan penuh manja dia berkata "Ita yang membuat itu abahhh.. cantik kan!" katanya sambil memeluk abahnya ingin bermanja seperti biasa. Si ayah yang hilang kesabaran mengambil sebatang ranting kecil dari pohon bunga raya di depannya, terus dipukulkannya berkali2 ke telapak tangan anaknya. Si anak yang tak mengerti apa-apa terlolong-lolong kesakitan sekaligus ketakutan. Puas memukul telapak tangan, si ayah memukul pula belakang tangan anaknya. Si ibu cuma mendiamkan saja, seolah merestui dan merasa puas dengan hukuman yang dikenakan. Pembantu rumah terbengong, tidak tahu hrs berbuat apa?.

13

Si bapak cukup rakus memukul-mukul tangan kanan dan kemudian tangan kiri anaknya.Setelah si bapak masuk ke rumah dituruti si ibu, pembantu rumah Menggendong anak kecil itu, membawanya ke kamar. Dilihatnya telapak tangan dan belakang tangan si anak kecil luka2 dan berdarah. Pembantu rumah memandikan anak kecil itu. Sambil menyiram air sambil dia ikut menangis. Anak kecil itu juga terjerit-jerit menahan kepedihan saat luka2nya itu terkena air. Si pembantu rumah kemudian menidurkan anak kecil itu. Si bapak sengaja membiarkan anak itu tidur bersama pembantu rumah. Keesokkan harinya, kedua-dua belah tangan si anak bengkak.Pembantu rumah mengadu. "Oleskan obat saja!" jawab tuannya, bapak si anak.Pulang dari kerja, dia tidak memperhatikan anak kecil itu yang Menghabiskan waktu di kamar pembantu. Si bapak konon mau mengajar anaknya. Tiga hari berlalu, si ayah tidak pernah menjenguk anaknya sementara si ibu juga begitu tetapi setiap hari bertanya kepada pembantu rumah. "Ita demam... " jawap pembantunya ringkas. "Kasih minum panadol ," jawab si ibu. Sebelum si ibu masuk kamar tidur dia menjenguk kamar pembantunya. Saat dilihat anaknya Ita dalam pelukan pembantu rumah, dia menutup lagi pintu kamar pembantunya. Masuk hari keempat, pembantu rumah memberitahukan tuannya bahwa suhu badan Ita terlalu panas. "Sore nanti kita bawa ke klinik. Pukul 5.00 siap" kata majikannya itu. Sampai saatnya si anak yang sudah lemah dibawa ke klinik. Doktor mengarahkan ia dirujuk ke hospital kerana keadaannya serius. Setelah seminggu di rawat inap doktor memanggil bapak dan ibu anak itu. "Tidak ada pilihan.." katanya yang mengusulkan agar kedua tangan anak itu dipotong kerana gangren yang terjadi sudah terlalu parah. "Ia sudah bernanah, demi menyelamatkan nyawanya kedua tangannya perlu dipotong dari siku ke bawah" kata doktor. Si bapak dan ibu bagaikan terkena halilintar mendengar kata-kata itu. Terasa dunia berhenti berputar, tapi apa yang dapat dikatakan. Si ibu meraung merangkul si anak. Dengan berat hati dan lelehan air mata isterinya, si bapak terketar-ketar manandatangani surat persetujuan pembedahan. Keluar dari bilik pembedahan, selepas obat bius yang suntikkan habis, si anak menangis kesakitan. Dia juga heran2 melihat kedua tangannya berbalut kasa putih. Ditatapnya muka ayah dan ibunya. Kemudian ke wajah pembantu rumah. Dia mengerutkan dahi melihat mereka semua menangis. Dalam siksaan menahan sakit, si anak bersuara dalam linangan air mata. "Abah.. Mama... Ita tidak akan melakukannya lagi. Ita tak mau ayah pukul. Ita tak mau jahat. Ita sayang abah.. sayang mama." katanya berulang kali membuatkan si ibu gagal menahan rasa sedihnya. "Ita juga sayang Kak Narti.." katanya memandang wajah pembantu rumah, sekaligus membuatkan gadis dari Surabaya itu meraung histeris. "Abah.. kembalikan tangan Ita. Untuk apa ambil.. Ita janji tidak akan mengulanginya lagi! Bagaimana caranya Ita mau makan nanti? Bagaimana Ita mau bermain nanti? Ita janji tidak akan mencoret2 mobil lagi," katanya berulang-ulang. Serasa copot jantung si ibu mendengar kata-kata anaknya. Meraung2 dia sekuat hati namun takdir yang sudah terjadi, tiada manusia dapat menahannya.

*"jika tidak dapat apa yang kita suka...belajarlah untuk menyukai apa yang kita dapat.." *SoMeTiMeS GoOd PeOpLe Do EvIl ThiNgs…. 14

PANDUAN JADUAL KERJA HARIAN PEMBANTU RUMAH Ini adalah cadangan jadual kerja harian pembantu. Walaubagaimanapun majikan mungkin mempunyai jadual kerja yang lebih bersesuaian dengan keluarga masingmasing.. Waktu Aktiviti Harian / tugasan 5.30am Bangun tidur, gosok gigi, mandi, kemas diri, solat subuh. Bersarapan dahulu di awal pagi sebelum bekerja. 6.00am Masak Air, Sediakan sarapan untuk majikan sekeluarga 6.30am Lap perabut ,Sapu dan mop lantai 7.00am Uruskan anak ke sekolah 7.30am Basuh dan sidai pakaian 9- 10 am Berkemas 10.00am Tidurkan anak 11.00 am Masak tengahari 12.00 pm Makan tengahari bersama anak2, kemas 1.00 pm Rehat, mandi jika perlu, solat zohor 2.00 pm Lipat kain, gosok pakaian,kemas 5.00pm Solat Asar, sapu halaman rumah ,siram bunga 6.30pm Siapkan anak-anak mandi dan untuk tidur. Mandi, Solat Maghrib 8.00pm Sediakan tempat tidur majikan dan anak-anak, spray ubat nyamuk jika perlu. Solat Isya 9.00pm Kemas rumah, Mop dapur, Basuh semua pinggan dalam sinki 10.00pm Masuk Tidur Kerja mingguan /bulanan Pembantu :

1. Mencuci tandas – 2 hari sekali 2. Menyusun pakaian di almari – 1 kali seminggu 3. Mencuci kereta ( jika perlu) – 1 kali seminggu 4. Mengemas rak buku – 1 kali seminggu 5. Kemaskan stor/ merumput – 1 kali seminggu 6. Menyapu sawang – sebulan sekali 7. Mengelap kipas – Sebulan sekali 8. Kerja-kerja lain yang perlu – mengikut keperluan Bahasa Malaysia <=> Indonesia tuala= anduk handphone=hape perempuan=cewek mop = empel cerewet=judis

lari = kabur gastrik = mah tandas= kamar mandi stor = gudang tak bertimbangrasa=kejam

saya=awak nakal=jahat elektrik=listrik kereta=mobil besar = gedik

15

sudu= sendok tembikai=semangka

tak tahan = tak kerasan degil = bandel

motorsikal= kereta lelaki=cowok

Tips / Panduan Untuk Pembantu 1. Bangun pukul 5.00 am atau sebelum subuh. Tidur selepas jam 10.00 pm 2. Pintu pagar rumah hendaklah sentiasa berkunci. Jaga kunci elok-elok jangan sampai kehilangan atau diambil orang. Jangan tinggalkan kunci di luar rumah. 3. Jangan benarkan sesiapa masuk ke dalam rumah tanpa kebenaran majikan samada orang yang dikenali atau tidak. 4. Jangan selalu menghubungi saudara di Malaysia atau Indonesia kecuali jika perlu. Minta kebenaran daripada majikan jika menggunakan telefon majikan. 5. Jangan banyak memikirkan hal keluarga dikampung. Banyakkan doa dan bertawakal, serta serahkan segalanya kepada Allah. 6. Tidak boleh memiliki handphone kecuali di izinkan oleh majikan. 7. Jika memiliki hand phone jangan sampai menggangu kerja dan tidak boleh menghubungi kenalan, saudara apatah lagi teman lelaki. 8. Jika ada masalah dengan majikan, minta majikan menghubungi agen atau hubungi agen sendiri. Jangan buat keputusan sendiri seperti melarikan diri. 9. Jika mengemaskan surat-surat dan dokumen, jangan dibuang kecuali dengan arahan majikan. Susun dengan rapi dan teratur. 10. Sentiasa menghormati dan menjaga hati majikan selain menjaga harta benda majikan. Jika terjumpa barang berharga majikan harus diberikan kepada majikan. 11. Lantai hendaklah sentiasa bersih dari habuk dan diempel (mop). 12. Jangan mencampur kain lap dengan pakaian lain semasa membasuh. 13. Asingkan pakaian sendiri dan pakaian majikan semasa membasuh. 14. Semasa menjemur pakaian pastikan bahagian dalam dijemur keluar untuk mengelakkan pakaian cepat pudar, jemur secara teratur dan rapi. 15. Jangan bertengkar dan jangan banyak menjawab teguran majikan. Hormati majikan sebagai tuan. Jika perlu beritahu masalah anda kepada majikan atau berikan cadangan di waktu yang sesuai. 16. Pembantu mesti meminta maaf jika melakukan apa jua kesilapan semasa bekerja. 17. Maklumkan kepada majikan jika anda ada menyebabkan kerosakan barangbarang majikan semasa bekerja. Berterus terang adalah lebih baik dalam apa keadaan sekalipun.Majikan biasanya tidak akan memarahi pembantu jika ianya berlaku tanpa disengajakan. 18. Kemalangan yang berlaku kepada anak-anak seperti terjatuh, terluka atau sebagainya perlu dimaklumkan kepada majikan secepat mungkin. 19. Jangan memukul anak-anak dan jangan ambil hati dengan kata-kata anak-anak. 20. Jangan biarkan anda dipukul atau dicabul. Jika berlaku minta bantuan atau hubungi agen. 21. Jangan mengamalkan jampi, tangkal atau ilmu hitam, mencampurkan sesuatu ke dalam makanan atau minuman untuk tujuan disayangi majikan .Majikan akan sayangkan pembantu yang rajin ,jujur dan amanah.

16

22. Pembantu tidak boleh meninggalkan solat lima waktu walau sesibuk mana sekalipun. 23. Jangan terlalu memaksa dalam bekerja. Rehat bila penat, makan bila lapar dan beritahu majikan jika sakit. 24. Kebanyakan rumah majikan dipasang dengan kamera yang dapat merakam semua perbuatan pembantu semasa bekerja tanpa dimaklumkan kepada pembantu. 25. Jangan mendahului majikan untuk makan kecuali diizinkan. 26. Ketuk pintu sebelum memasuki kamar majikan. Masuk setelah diizinkan masuk. 27. Pembantu tidak boleh merokok secara diam-diam atau terang-terang. 28. Jangan berbicara perkara buruk tentang majikan dengan tetangga, kenalan atau saudara mereka.Itu adalah sifat tercela. 29. Jaga aurat dan pakai kerudung bila ada lelaki / tetamu di rumah atau bila keluar dari rumah.Tutup kepala semasa memasak di dapur. 30. Berjimat dan berhemat dalam penggunaan air,listrik,sabun dan pencuci piring. Sifat membazir dilarang agama.Tutup lampu dan kipas jika tidak perlu.Jangan biarkan air melimpah semasa anda mencuci. 31. Sebelum tidur pastikan rumah dalam keadaan rapi,kemas dan tiada piring di sinki. 32. Kesalahan berikut adalah kesalahan jenayah: o Lari dari rumah dengan meninggalkan anak-anak bersendirian. o Mencuri. o Mencederakan anak-anak. 33. POTONGAN gaji biasanya 3 bulan dan tempoh kontrak kerja 2 tahun minima. Tiada beda darjat pembantu dan majikan di sisi Allah. Orang yang lebih mulia adalah orang yang bertakwa di sisi Allah. Jadilah orang yang bertakwa.Jika anda mempunyai masalah yang tidak dapat diselesaikan dengan majikan, hubungi 012-3777766 (Radzi) , 013-3333126 (Kamariah). Layari www.iklaneka.net.my Email : [email protected]

17

Related Documents