Syarat Pemohon :
1. TIDAK TUTUP AURAT “ Ada 2 golongan yang akan menjadi penghuni neraka…Kedua, wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang”. ( H.R Muslim )
2. TIDAK SEMBAHYANG “Apakah menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?” Orang-orang yang bersalah itu menjawab: “Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang solat”. ( Al Muddaththir: 42-43 )
3. SOMBONG BERIBADAT “Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari beribadat kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam”. ( Al Mukmin: 60 )
4. GOLONGAN MUNAFIQ “Sesungguhnya orang-orang munafiq itu di tempatkan pada tingkatan yang paling bawah dari neraka”. ( An Nisaa’: 145)
5. GOLONGAN SYIRIK “Sesungguhnya orang-orang kafir yakni ahli Kitab dan orang-orang musyrik akan masuk ke neraka Jahannam”. (Al Bayyinah: 6 )
Kriteria Utama : -Pakai tudung tapi baju lengan pendek. -Pakai scarf nampak leher. -Pakai tudung & baju lengan panjang tapi baju ketat menampakkan tubuh badan. -Dan lain-lain fesyen yang tidak menepati syarak. -Solat seminggu sekali (Jumaat sahaja). -Tak cukup 5 waktu fardhu dalam sehari. -Solat dalam keadaan jahil sehingga melakukan perkara yang membatalkan tanpa disedari. -Sombong dari belajar yang fardhu ain. -Tidak hadir majlis-majlis ilmu. -Malas beribadat. -Malas solat berjamaah. -Tutur kata hendak Islam tetapi perbuatan sebaliknya. -Memberi kemudahan pada jalan maksiat. -Memberi halangan pada jalan kebaikan. -Percaya manusia yang memberi rezeki dan boleh membawa keamanan, keselamatan & kemakmuran. -Menolak hukum Allah, menerima pakai hukum manusia.
Pendaftaran dibuat automatik oleh Raqib & Atid. Perjalanan boleh dinikmati sejurus selepas ajal kematian tiba. Pembatalan tiket boleh dibuat dengan taubat nasuha.