BEBERAPA NAMA JAHANNAM
Dengan menyebut nama ALLAH Yang Maha Pengasih Maha Penyayang. Segala puji bagi ALLAH yang Maha Suci lagi Maha Agung, Tuhan alam semesta. Salam dan selawat semoga senantiasa dilimpahkan kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi wa sallam, beserta para isteri Baginda, dan keluarga Baginda. Neraka adalah suatu tempat penyiksaan yang dijanjikan oleh ALLAH subhanahu wa ta’ala sebagai tempat tinggal di negeri akhirat untuk orang-orang yang melakukan berbagai macam dosa kepada ALLAH Azza wa Jalla. ALLAH sudah sangat banyak menyebut Neraka di dalam Al-Qur’an, betapa mengerikan dan sadisnya azab Ilahi. Untuk itu ada baiknya kita mengenali tempat tinggal yang menakutkan hati orang-orang yang beriman. Dengan harapan semoga kita kembali mentaati kepada perintah ALLAH dan Rasul-NYA. Harap dimaklumi, beberapa image yang menyertai file ini berasal dari agama Hindu Thailand. Hanya ALLAH saja yang mengetahui pasti bagaimana azab itu DIA siapkan. Semoga ALLAH mengampuni dosa kita dan memasukkan kita ke dalam Syurga-NYA.
P E N GE R T IA N U M U M Neraka adalah tempat siksaan untuk manusia dan jin yang berdosa kepada ALLAH Subhanahu wa ta’ala. Para makhluk yang akan mendapatkan siksa iaitu sejak jin yang pertama kali diciptakan hingga jin yang terakhir sekali, begitu pula manusia, sejak Nabi Adam hingga manusia terakhir. Neraka adalah tempat tinggal abadi untuk orang-orang kafir kepada ALLAH dan Rasul-NYA, mereka tidak akan pernah dapat melihat ke Syurga. Sedangkan untuk orang-orang yang beriman kepada ALLAH dengan mengikuti Nabi dan Rasul yang terdahulu, jika ALLAH berkenan maka DIA akan mengampuni dan mengeluarkan mereka dari Neraka. Adapun kita sebagai pengikut Nabi Muhammad Sallallahu ‘alaihi wa sallam, dikhabarkan oleh beliau bahawa kita adalah umat yang paling pertama dihisab, ertinya kita yang pertama kali masuk surga dan Neraka. Orang yang dalam hisabnya sangat banyak amal ibadahnya niscaya akan langsung masuk ke Syurga. Dan orang yang dalam hisabnya bercampur antara amal kebaikan dan keburukan, maka ia akan dimasukkan ke Neraka untuk beberapa masa waktu, setelah itu dengan kehendak ALLAH nescaya DIA akan mengeluarkannya dari Neraka dan memindahkannya ke Syurga. Neraka tempat penyiksaan itu kemudian banyak disebut orang dengan nama JAHANNAM.
JA HA NNA M
[QS : 15. Al Hijr] 3. Dan sesungguhnya Jahannam itu benar-benar tempat yang telah diancamkan kepada mereka (pengikut-pengikut syaitan) semuanya. 4. Jahannam itu mempunyai tujuh pintu. Tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari mereka.
N A M A -N A M A P I N T U JA HA NNA M Beberapa nama Neraka yang disebut dalam Al-Qur’an antara lain : HUTHAMAH, HAWIYAH, JAHIM, SAQAR, SA’IR, WAIL dan LAZHAA
N E R A K A H A WIY A H P in t u k e -1 [QS : 101. Al Qaari´ah] 3. Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya,
6. maka tempat kembalinya adalah Neraka Hawiyah.
9. Tahukah kamu apakah Neraka Hawiyah itu? 11. (Iaitu) api yang sangat panas.
HAWIYAH diperuntukkan atas orangorang yang ringan timbangan amalnya, iaitu mereka yang selama hidup di dunia mengerjakan kebaikan bercampur keburukan. Orang Muslim laki-laki mahu pun perempuan yang perbuatan sehariharinya tidak sesuai dengan ajaran Islam, maka Hawiyah sebagai tempat tinggalnya. Mereka ini iaitu orang yang tidak mahu menerima syariat Islam, tidak mahu memakai jilbab (bagi wanita), memakai sutra dan emas (bagi lak-laki), mencari rezeki dengan cara tidak halal, memakan riba dan lain sebagainya. Wallahu a’lam.
N E R A K A J A H IM P in t u k e -2
[QS : 26. Asy Syu'araa] 3. Dan diperlihatkan dengan jelas neraka Jahim kepada orang- orang yang sesat“. 4. Dan dikatakan kepada mereka : "Di manakah berhala-berhala yang dahulu kamu selalu menyembah(nya). 5. Selain dari Allah? Dapatkah mereka menolong kamu atau menolong diri mereka sendiri?"
N E R A K A J A H IM P in t u k e -2
[QS : 37. Ash Shaaffaat] 3. Kemudian sesungguhnya tempat kembali mereka benar-benar ke Neraka Jahim. 5. Kerana sesungguhnya mereka mendapati bapa-bapa mereka dalam keadaaan sesat. 7. Lalu mereka sangat tergesa-gesa mengikuti jejak orang-orang tua mereka itu.
JAHIM adalah Neraka sebagai tempat penyiksaan atas orang-orang musyrik atau orang-orang yang menyekutukan ALLAH, maka sesembahan mereka akan datang untuk menyiksa mereka. Orang yang di dunia menyembah sapi (bangsa Hindu) maka sapi yang akan menyiksa orang itu. Orang yang menyembah patung berbentuk haiwan, maka patung itu yang akan menyiksanya. Dan demikian selanjutnya. Syirik disebut sebagai dosa yang paling besar menurut ALLAH, kerana syirik bererti menyengutukan ALLAH atau menganggap ada mahluk yang lebih hebat dan berkuasa sehebat ALLAH. Syirik dapat pula bererti menganggap ada Tuhan lain selain ALLAH. Wallahu a’lam.
NER A KA SA QA R P in t u k e -3 [QS : 74. Al Muddatstsir] 3. Kemudian dia berpaling (dari kebenaran) dan menyombongkan diri. 4. Lalu dia berkata : "(Al-Qur’an) ini tidak lain hanyalah sihir yang dipelajari (dari orang-orang dahulu). 5. Ini tidak lain hanyalah perkataan manusia." 6. Aku [ALLAH] akan memasukkannya ke dalam (Neraka) Saqar. 7. Tahukah kamu apakah (Neraka) Saqar itu? 8. Saqar itu tidak meninggalkan dan tidak membiarkan. 9. (Neraka Saqar) adalah pembakar kulit manusia. [1]. Yang dimaksud dengan tidak meninggalkan dan tidak membiarkan ialah apa yang dilemparkan ke dalam Neraka itu diazabnya sampai binasa kemudian dikembalikannya sebagai semula untuk diazab kembali.
SAQAR adalah tempat untuk orang-orang munafik, iaitu orang-orang yang mendustakan (tidak mentaati) perintah ALLAH dan Rasulullah. Mereka mengetahui bahwa ALLAH sudah menentukan hukum Islam melalui lisan Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam, tetapi mereka meremehkan syariat (hukum) Islam. Maka dibakar dalam api adalah hukuman untuk mereka. Wallahu a’lam.
NER A K A LA ZHA A P in t u k e -4 [QS : 70. Al Ma´aarij] 3. Sekali-kali tidak dapat, sesungguhnya neraka itu adalah Ladzaa (api yang bergolak). 6. Yang mengelupas kulit kepala. 9. Yang memanggil orang yang membelakang dan yang berpaling (dari agama). 12. Serta mengumpulkan (harta benda) lalu menyimpannya[1]. [1]. Maksudnya : Orang yang menyimpan hartanya dan tidak mahu mengeluarkan zakat dan tidak pula menafkahkannya ke jalan yang benar.
HUTHAMAH itu disediakan untuk orang yang suka mengumpulkan harta, serakah dan menghina orang-orang miskin. Mereka berpaling dari agama, tidak mau bersedekah dan tidak mahu pula membayar zakat. Mereka juga memasang wajah masam apabila ada orang miskin yang meminta bantuan. Maka ALLAH membalas dengan menyiksa mereka dengan cara menguliti dan mengelupaskan kulit muka mereka. Serta membakar mereka semahu yang ALLAH mahu. Wallahu a’lam.
NER A KA HUTA M A H P in t u k e -5 [QS : 104. Al Humazah] 3. Kecelakaanlah bagi setiap pengumpat lagi pencela. 4. Yang mengumpulkan harta dan menghitung-hitung[1]. 5. Dia mengira bahawa hartanya itu dapat mengkekalkannya. 6. Sekali-kali tidak! Sesungguhnya dia benarbenar akan dilemparkan ke dalam Huthamah. 7. Dan tahukah kamu apa Huthamah itu? 8. (Iaitu) api (yang disediakan) Allah yang dinyalakan. 9. Yang (membakar) sampai ke hati. [1]. Maksudnya mengumpulkan dan menghitung-hitung harta yang kerananya dia menjadi kikir dan tidak mahu menafkahkannya di jalan Allah.
Huthamah disediakan untuk gemar mengumpulkan harta berupa emas, perak atau platina, mereka serakah tidak mengeluarkan zakat hartanya dan mencela menghina orang-orang miskin. Maka di Huthamah harta mereka dibawa dan dibakar untuk diminumkan sebagai siksa kepada manusia pengumpat pengumpul harta. Wallahu a’lam.
N E R A K A S A ’I R P in t u k e -6
[QS : 33. Al Ahzab] 3. Sesungguhnya Allah melaknati orang-orang kafir dan menyediakan bagi mereka Sa’ir (api yang menyala-nyala dalam Neraka). 4. Mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; mereka tidak memperoleh seorang pelindung pun dan tidak (pula) seorang penolong.
N E R A K A S A ’I R P in t u k e -6
[QS : 4. An Nisaa‘] 2. Sesungguhnya orang-orang yang memakan harta anak yatim secara zalim, sebenarnya mereka itu menelan api sepenuh perutnya dan mereka akan masuk ke dalam api Sa’ir (yang menyala-nyala).
[QS:4. An Nisaa‘] 10. Maka di antara mereka (orang-orang yang dengki itu), ada orang-orang yang beriman kepadanya, dan di antara mereka ada orang-orang yang menghalangi (manusia) dari beriman kepadanya. Dan cukuplah (bagi mereka) Jahannam Sa’ir.
NE R A K A S A ’IR P in t u k e -6
[QS : 48. Al Fath] 2. Dan barangsiapa yang tidak beriman kepada Allah dan Rasul-Nya maka sesungguhnya Kami menyediakan untuk orang-orang yang kafir iaitu Sa’ir (neraka yang bernyala-nyala).
[QS : 31. Luqman] 11. Dan apabila dikatakan kepada mereka : "Ikutilah apa yang diturunkan Allah." Mereka menjawab : "(Tidak), tapi kami (hanya) mengikuti apa yang kami dapati bapak-bapak kami mengerjakannya." Dan apakah mereka (akan mengikuti bapa-bapa mereka) walaupun syaitan itu menyeru mereka ke dalam siksa Sa’ir?
SAIR diisi oleh orang-orang kafir. Dan orang yang memakan harta anak yatim. Kafir berasal dari kata kufur yang bererti ingkar atau menolak. Sehingga kafir dapat diertikan menolak adanya ALLAH atau dengan membantah perintah ALLAH dan Rasul-NYA. Jadi manusia kafir itu terdiri dari : Orang yang tidak beragama Islam atau orang yang tidak mahu membaca syahadat. orang Islam yang tidak mahu solat. orang Islam yang tidak mahu puasa. orang berzakat.
Islam
Wallahu a’lam.
yang
tidak
mahu
N E R A K A WA IL P in t u k e -7 [QS : 83. Al Muthaffifin] 2. Wail (Kecelakaan) besarlah bagi orang-orang yang curang[1]. 3. (Iaitu) orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi. 4. Dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi. 5. Tidaklah orang-orang itu menyangka, bahawa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan. 6. Pada suatu hari yang besar. 7. (Iaitu) hari (ketika) manusia berdiri menghadap Tuhan semesta alam? [1]. Yang dimaksud dengan orangorang yang curang di sini ialah orangorang yang curang dalam menakar dan menimbang.
A sba bu n Nu zu l Dalam suatu riwayat dikemukakan bahawa ketika Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi wa Sallam sampai ke Madinah, diketahui bahwa orang-orang Madinah termasuk yang paling curang dalam takaran dan timbangan. Maka Allah menurunkan ayat ini (QS. 83 Muthaffifin : 1,2,3) sebagai ancaman kepada orang-orang yang curang dalam menimbang. Setelah ayat ini turun orangorang Madinah termasuk orang yang jujur dalam menimbang dan menakar. (Diriwayatkan oleh an-Nasa'i dan Ibnu Majah dengan sanad yang sahih yang bersumber dari Ibnu Abbas.)
N E R A K A WA IL P in t u k e -7
[QS : 52. Ath Thuur] 3. Maka Wail (kecelakaan) yang besarlah di hari itu bagi orang-orang yang mendustakan. 5. (Iaitu) orang-orang yang bermain-main dalam kebathilan.
WAIL disediakan untuk para pengusaha dan pedagang yang culas, mengurangi timbangan, mencatu barang dagangan untuk mendapatkan keuntungan yang berlipat. Maka dagangan mereka dibakar dan dimasukkan ke dalam perut mereka sebagai azab atas dosa-dosa mereka. Wallahu a’lam.
Wallahu ta’ala a’lam…
Host by:
[email protected]