TIDUR ADALAH IBADAH Banyak kes-kes kemalangan dilapurkan berpunca drpd mengantuk kerana kurang tidur. Oleh itu, kerajaan amerika menubuhkan sebuah yayasan bernama yayasan tidur negara @ national sleep foundation bagi mengkaji kaitan antara masalah tidur dengan produktiviti negara. Lembaga keselamatan pengangkutan kebangsaan di amerika @ national transportation safety board mengenal pasti keletihan dan kurang tidur sebagai punca kemalangan laut yang melibatkan kapal tangki minyak exxon valdez mencemari 1770 km pd bulan mac 1989 dan world prodigy pada bulan jun 1989.
menurut bukhari dan muslim, Nabi Muhammad berkata “ Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya.
Apabila
seseorang
meneruskan
solat
ketika
mengantuk
berkemungkinan ketika sedang membaca istighfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.”
FAEDAH TIDUR Islam menyuruh penganutnya tidur dan berehat supaya dengan itu segala ibadah dan aktiviti dapat dilakukan dengan baik. Islam menganggap tidur sebagai satu ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan. Nabi Muhammad mementingkan kualiti ketika beramal dan tidur dapat membantu kearah itu. Menurut Bukhari dan Muslim, beliau pernah memasuki masjid dan ternampak seutas tali tali merentangi dua tiang. Selepas bertanya, nabi diberitahu tali itu adalah kepunyaan Zainab yang berpaut kepadanya ketika keletihan selepas melakukan solat. Lantas Nabi Muhammad berkata : “Buka tali ini! Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika cergas dan ketika mengantuk pergilah tidur.”
PEKERJA SYIF MALAM DAN KESAN PADA KESIHATAN Tidur yang penting adalah tidur pada waktu malam. Allah berkata dalam surah al-Furqan ayat 47 : "Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirahat, dan dijadikan siang untuk bertebaran mencari rezeki. " Pekerja-pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi menghidap sakit jantung. Pengkaji-pengkaji dari Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak bersedia menerima tekanan yang berlebihan pada waktu malam.
Hal ini disebabkan, hormone cortisol yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan pada waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu malam. Justeru, melemahkan konsentrasi dan tumpuan pekerja2 pada syif malam di samping membebankan jantung mereka.
TIDUR DAN METABOLISME KARBOHIDRAT Kerehatan yang cukup dapat menyihatkan badan, sekali gus meningkatkan produktiviti. Tidur penting bagi kelancaran proses metabolisme karbohidrat di dalam badan. Satu kajian dilakukan di Universiti Chicago melibatkan beberapa orang lelaki yang diizinkan tidur hanya untuk 4 jam pd setiap malam selama 6 malam berturutturut. Selepas itu pemeriksaan dilakukan ke atas mereka dan pakar-pakar mendapati keadaan mereka menyerupai keadaan pesakit-pesakit kencing manis dengan kadar insulin yang rendah dan hormone catisol yang tinggi. Di samping itu, kemampuan badan mereka memproses gula di dalam darah menurun sebanyak 30%. Apabila keadaan ini dibiarkan berlarutan, ingatan mereka menjadi terjejas dan mereka juga boleh menghidap penyakit darah tinggi.
TIDUR DAN MINDA YANG CERGAS. Tidur yang cukup memantapkan kecergasan minda. Pakar tidur, Colonel Gregory Belenky, mengkaji kesan kurang tidur ke atas tentera-tentera yang mengendalikan peralatan canggih ketenteraan. Beliau mendapati, fungsi otak terutamanya yang melibatkan bahagian membuat keputusan, perancangan dan konsentrasi, banyak terjejas apabila seseorang tidak dapat tidur dengan cukup dan otak akan mengambil masa yang lama bagi pulih seperti sedia kala.
TIDUR DAN MENYIMPANAN MAKLUMAT Penyimpanan maklumat jangka panjang@ long-term memory di dalam otak juga berlaku semasa tidur. Namun, mereka yang suka tidur lewat, sebagai contoh pelajar yang mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam, mengganggu proses menyimpanan maklumat. Menurut Penolong Profesor Carla B. Green dari Pusat Sains Kebangsaan Untuk Pusingan Biologi, mengulangkaji pelajaran sehingga lewat malam menjejaskan pusingan biologi seseorang dan ini menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula maklumat yang dibaca, disamping menyebabkan keletihan pada waktu yang tidak menentu di siang hari.
TIDUR TENGAH HARI DAN PRODUKTIVITI Tidur pada waktu tengah hari = qailulah seringkali dilakukan oleh Nabi Muhammad. Tidur di siang hari pernah dianggap sebagai lambang kemalasan. Namun, Islam menganggapnya sebagai satu kebaikan asalkan seseorang tidak berlebih-lebihan dengannya.
Menurut Imam Ghazali dalam kitab Ihya Ulumuddin : Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap di siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun dari tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur.
Baru-baru ini, hasil drpd satu kajian yang dilakukan selama 25 tahun berhubung kesan tidur : “92.5% pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengah hari mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi berbanding mereka yang lain. Daya kemampuan mereka menyelesaikan masalah juga meningkat dan hasilnya ialah peningkatan produktiviti kesan keseluruhan.”