Ti Bi

  • June 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Ti Bi as PDF for free.

More details

  • Words: 290
  • Pages: 2
Sunday, April 12, 2009 Penyakit TIBI TIBI ialah sejenis penyakit yang merbahaya yang boleh membawa maut jika tidak mendapat rawatan sempurna. Disebabkan oleh bacteria TIBI (Tubercle Bacilli) dan hanya boleh dilihat dengan mikroskop. Bakteria ini biasanya menjangkiti paru-paru dan boleh menyerang organ-organ lain seperti selaput otak, tulang, kelenjar leher, buah pinggang, kulit dan lain-lain. Bagaimana TIBI Merebak ? Bakteria TIBI disebarkan melalui udara. Pesakit TIBI yang menderita akan mengeluarkan berjuta-juta bacteria TIBI terawang-awang di udara seketika apabila bersin atau batuk. Individu yang menyedut udara tercemar ini mempunyai peluang dijangkiti bacteria TIBI. Biasanya pesakit TIBI boleh menyebarkan bacteria TIBI kepada individu yang berhubung rapat dengannya. Tanda-Tanda TIBI



Batuk yang berterusan lebih dari 2 minggu



Kahak yang mungkin mengandungi darah



Demam dan berpeluh di sebelah petang dan malam



Susut berat badan dan hlang selera makan



Mengalami sakit dada apabila batuk atau semasa menarik nafas panjang



Mudah menjadi letih

Cara Mengesan Penyakit TIBI Jika anda mengalami batuk yang berterusan atau tanda-tanda yang disebutkan tadi hendaklah :-

a. mendapatkan pemeriksaan doktor b. melakukan pemeriksaan kahak untuk mengenalpasti bakteria TIBI c. menjalani pemeriksaan x-ray dada Rawatan Penyakit TIBI mengambil masa 6 bulan di bawah penyeliaan anggota-anggota kesihatan yang dilantik.



2 bulan pertama dengan 4 jenis ubat diambil setiap hari



4 bulan berikutnya dengan 2 atau 3 jenis ubat yang diambil 2 kali seminggu

Pencegahan



Bayi-bayi yang baru dilahirkan mestilah diberikan suntikan BCG. Dapatkan suntikan dos ke 2 sekiranya tiada bekas parut dna pada umur 12 tahun.



Sekiranya batuk yang berterusan lebih daripada 2 minggu, segeralah berjumpa doktor



Kontek iaitu ahli keluarga atau sesiapa sahaja yang tinggal sebumbung dengan pengidap TIBI dalam tempoh yang lama hendaklah datang membuat pemeriksaan di klinik atau di hospital kerajaan

Related Documents

Ti Bi
May 2020 3
Ti Bi
June 2020 0
Ti Bi
June 2020 0
Bi Ti A
June 2020 1
Bi
April 2020 43
Bi
November 2019 59