Temu Bual.docx

  • Uploaded by: Ikhwan Shafiq Puro
  • 0
  • 0
  • November 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Temu Bual.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 2,030
  • Pages: 12
ISI KANDUNGAN 1.

LAPORAN TEMUBUAL .................................................................................................. 2

2.

RUJUKAN ...................................................................................................................... 5

LAMPIRAN ............................................................................................................................ 6

1. LAPORAN TEMUBUAL

Mentadbir merupakan salah satu bidang perkerjaan yang meliputi kepakaran dan kemahiran intelek serta kemahiran mentadbir yang cekap oleh seorang guru atau pentadbir yang diperoleh melalui latihan khas yang cukup dan diiktiraf dalam satu tempoh masa tertentu berdasarkan kod etika yang telah ditetapkan dalam sistem pendidikan.

Pentadbir pula

merupakan individu yang menjayakan sesuatu institusi berbekalkan kepada ciri-ciri seorang yang profesional yang memiliki pengetahuan yang mendalam tentang bidang tugasnya, menguasai pelbagai kaedah dan strategi di dalam bidang pentadbiran, disamping mematuhi kod etika perguruan supaya mereka dapat menjaga imej profesion perguruan.

Pentadbir bukanlah individu yang bertanggungjawab dalam menyampaikan ilmu semata-mata. Namun, menurut Siti Aida (2011), tanggungjawab guru adalah jauh lebih daripada itu iaitu menjadi seorang boleh memimpin organisasi pendidikan ke arah meningkatkan pembelajaran murid dengan berbekalkan khidmat kepakaran yang mereka miliki. Sehubungan dengan itu, saya telah menemu bual seorang guru yang terlibat dalam pengurusan pentadbiran sekolah di sebuah sekolah di Kuala Muda tentang peranannya sebagai seorang pemimpin professional. Guru tersebut ialah Puan Faridah iaitu Guru Besar Sekolah Kebangsaan Haji Sulaiman (SKHS).

Antara perkara yang ditemu bual ialah berkaitan aspek-aspek kepimpinan dan beberapa soalan berkaitan gaya kepimpinan turut diberikan. Soalan temu bual boleh dirujuk di lampiran 1. Hasil temu bual yang dijalankan, dapat saya simpulkan bahawa guru besar SKHS seorang pentadbir yang sangat mementingkan kesefahaman dan keakraban bersama guru-guru lain. Faridah (2019), persefahaman di dalam satu organisasi sangat penting dalam meingkatkan motivasi dan mutu kerja. Selain itu, beliau turut menekankan beberapa nilai teras di dalam pentadbirannya iaitu, kasih saying (love), Kegembiraan (Happiness), dan saling menghormati (Mutual Respect). Ini selari dengan amanat yang disampaikan oleh YB Dr Maszlee Malik (2019), di dalam Majlis Amanat YB Menteri Pendidikan pada 14 januari 2019 yang lalu.

Meskipun kesefahaman dan kasih saying yang ditunjukkannya adalah sangat meluas, terdapat juga ketegasan di dalam pentadbirannya apabila berkaitan dengan gerak kerja.

Menurut beliau sikap ini perlu ada agar setiap arahan yang diberikan diambil series oleh guru lain. Ketepatan masa di dalam menyempurnakan sesuatu tugasan amat ditititkberatkan oleh beliau. Selain itu, gerak kerja yang sistematik turut diamalkan oleh beliau. Ini dapat dilihat apabila soalan berkaitan gerak kerja dijelaskan oleh beliau dengan bahan bukti dan cekap. Beliau turut serta dalam pembinaan buku perancangan sekolah dalam memastikan gerak kerja mencapai objektif yang ditetapkan. Dalam membahagikan tugas beliau mengatakan bahawa terdapat beberapa langkah awal perlu diambil iaitu, analisis bidang tugas terlebih dahulu. Kemudian, tugas diberikan mengikut kepakaran, minat dan kecenderungan guru atau staf serta sering menghantar gurunya ke PLC dan LDP bagi memantapkan pengetahuan dan kemahiran. Menurut beliau ini adalah bertujuan untuk meningkatkan keakraban diantara ahli organisasi dan mutu kerja yang dihasilkan.

Selain itu, dalam memastikan kualiti penghasilan kerja dan budaya kerja cemerlang dikekalkan di sekolah beliau, aspek kerja kumpulan diutamakan. Dalam erti kata lain berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Beliau sendiri berusaha menjadikan dirinya sebagai role model kepada gurunya di samping menekankan aspek disiplin dan etika kerja. Di sebalik ketegasan beliau turut meraikan gurunya dengan memberikan penghargaan kepada ahli organisasinya seperti perkhidmatan cemerlang peringkat sekolah dan sambutan hari jadi. Selain itu, beliau turut mengatur beberapa kembara ke tempat pelancongan di dalam dan luar Negara bagi mengurus tekanan kerja ahli organisasinya.

Seterusnya, gaya kepimpinan beliau adalah kepimpinan demokratik. Memimpin secara demokratik, dimana setiap seuatu perkara diputuskan melalui suara majoriti, Faridah (2019) dalam pengurusan atau pentadbiran sekolah saya banyak mengamalkan cara ini, rasionalnya adalah agar guru-guru dan staf merasakan pandangan mereka diterima, dan secara tidak langsung mereka akan mempunyai semangat kekitaan atau kepunyaan. Dari sini belaiu mengharapkan mereka akan menjalankan tugas dengan lebih berkesan dan cemerlang. Kebanyakan tindakan diambil berdasrkan keputusan mesyuarat, ini bermakna pandangan semua pihak diambil kira. Ini kerana menurut beliau setiap keputusan yang dibuat akan mendapat kepuasan apabila sesuatu program yang dilaksanakan itu berjaya kerana datangnya daripada idea bersama.

Akhir sekali, menurut beliau dalam setiap pengurusan dan pentadbiran pasti ada masalah dan kekangan yang berlaku. Perkara ini diuruskan berdasarkan tahap betapa

seriesnya masalah itu. Antara punca masalah berlaku adalah, wujudnya staf yang kurang bermotivasi, kurang memberikan komitmen dan selalu berpandangan negatif terhadap keuputusan dan amalan yang dibuat. Oleh itu, beliau telah menekankan beberapa langkah utama bagi mengelakkan perkara ini menjadi isu utama di dalam pentadbirannya. Antaranya ialah, menjelaskan dahulu secara jelas tujuan amalan yang dijalankan bagi memberi penjelasan yang menyeluruh. Selain itu, bimbingan secara berpanjangan turut diberikan kepada staf yang bermasalah dari segi tingkah laku dan kemahiran. Beliau turut menyelesaikan masalah di peringkat awal dan tidak dibiarkan berpanjangan. Jika masalah berlaku cara utama yang menjadi pilihan ialah dengan perbincangan bersemuka. Ini kerana menurut beliau, ia dapat mengelakkan salah faham antara dua pihak.

Sebagai kesimpulannya, banyak peranan yang telah dilaksanakan oleh beliau dalam memainkan peranan guru sebagai pemimpin. Oleh itu, seorang pemimpin yang berkualiti mestilah sentiasa menunjukkan dan mengamalkan nilai –nilai positif dalam diri kerana ia merupakan satu elemen penting yang boleh meneguhkan prinsip diri sebagai seorang pendidik yang menjadi inspirasi kepada warga sekelilingnya baik di peringkat pentadbir, rakan sejawat mahupun murid-murid. Pentadbir yang hebat dalam memimpin ini juga sentiasa bersedia baik dalam aspek fizikal, mental, rohani, emosi dan sahsiah bagi menghadapi setiap cabaran dan rintangan sepanjang memikul tanggungjawab dalam profesion keguruan ini demi mencapai hasil kemenjadian murid.

2. RUJUKAN

Ciulla, J. B. (2004). Ethics and leadership effectiveness. Dalam J. Antonakis, A. T. Cianciolo, & R. J. Sternberg,The nature of leadership. Thousand Oaks, CA: Sage. Dr. Norasmah Othman, Kamaruzaman Moidunny. Kepimpinan Pendidikan Dan Pengurusan Pendidikan: Cabaran Kepada Guru Besar Dan Pengetua . [Online] . [Diakses pada : 29 MAC 2019] boleh didapati : http://kamaruzamanmoidunny.blogspot.com/2012/09/kepimpinan-pendidikan-danpengurusan.html Hailan Salamun, Rahimah Hj. Ahmad, Zuraidah Abdullah & Rofishah Hj. Rashid. (2013). Pengupayaan Kepemimpinan Guru Ddi Sekolah. Harun, A., Basri, R., Pehei, Z. A. L., & Asimiran, S. (2017). Amalan kepemimpinan guru di sekolah menengah zon timur semenajung malaysia. JuPiDi: Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 3(4), 124. Hussein Mahmood. (2008). Kepimpinan dan Keberkesanan Sekolah (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Siti Aida. (2011). Kepimpinan Guru dalam Meningkatkan Kualiti Pegajaran dan Pembelajaran di Sebuah Sekolah Mengah Harian di Shah Alam. Tesis Sarjana Kepengetuaan. Institut Pengajian Kepengetuaan: Universiti Malaya. Sarvinder Singh, Ahmad Bin Esa, Dr. Kepimpinan dalam menghadapi isu-isu semasa pendidikan. [Online] . [Diakses pada : 29 MAC 2019] boleh didapati : http://eprints.uthm.edu.my/2712/1/21._PKPGB_2008_1.pdf Faridah Md Noor. (21 Februari 2019). Gaya dan Strategi Kepimpinan. Sekolah Kebangsaan Haji Sulaiman.Kuala Muda, Kedah YB Dr Maszlee Malik (2019), di dalam Majlis Amanat YB Menteri Pendidikan pada 14 januari 2019.

LAMPIRAN

LAMPIRAN 1 Transkrip temu bual Guru besar merupakan orang Yang Terutama di sekolah untuk menyokong dan memastikan kejayaan pelaksanaan teras yang berkaitan di peringkat sekolah. Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi Melahirkan generasi berkualiti.

Saya

: Puan guru besar, dalam kepimpinan mengurus pentadbiran, guru besar penting dalam meningkatkan motivasi guru-guru. Antara faktor yang meningkatkan motivasi guru ialah kesefahaman dengan guru besar, sokongan dari guru besar, persekitaran kerja yang sihat dan hubungan baik guru besar dengan rakan sekerja. Adakah Puan bersetuju dengan kenyataan ini? Jika ya, bagaimana ia dapat meningkatkan motivasi guru?

Guru Besar

: Pada pendapat saya, saya rasa saya setuju dengan pendapat ini. Di dalam pentadbiran perlu wujudnya persefahaman antara warga sekolah dan perlu ada hubungan baik yang Terjalin antara guru besar dan barisan pentadbiran serta guru-guru. Ini kerana ia akan menjadi pemangkin dan penyuntik semangat bagi guru-guru menjalankan tanggungjawab dengan komited ke arah perkembangan sahsiah guru, tanggungjawab dalam perkhidmatan seterusnya merealisasikan Misi dan visi pendidik yang cemerlang.

Saya

: Selain daripada meningkatkan motivasi guru, apakah cara lain yang dilakukan oleh Puan untuk menjaga hubungan dengan rakan sekerja?

Guru besar

: Dalam menjaga hubungan dengan rakan sekerja dan ahli organisasi sekolah saya telah mengamalkan tiga nilai teras yang telah ditekankan oleh YB Datuk Maszlee di dalam ucapannya, yang mana saya menekankan aspek kasih sayang, kegembiraan, dan saling hormat menghormati. Dengan nilai teras yang diamalkan saya dapat menjaga hubungan dengan rakan sekerja.

Saya

: Selain daripada menjaga hubungan pemimpin dengan ahli agar sentiasa baik, guru besar juga perlu menumpukan kepada aspek-aspek berkaitan dengan struktur tugasan seperti penyusunan serta pembahagian tugas. Bagaimanakah Puan melakukan pembahagian tugas?

Guru besar

: Saya membuat pembahagian tugas berdasarkan buku perancangan sekolah yang telah dibina. Sebelum membahagikan tugas, saya menganalisis Bidang tugas agar ia sesuai mengikut kepakaran serta minat dan kecenderungan mereka. Selain itu, PLC serta LDP (latihan dalam perkhidmatan) juga sering diberikan bertujuan untuk memantapkan pengetahuan dan kemahiran agar mereka sesuai untuk semua Bidang tugas.

Saya

: Dari aspek penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah dan menghayati serta mengamalkan peraturan-peraturan atau arahan yang ditetapkan pula bagaimana?

Guru besar

: Dalam mencapai matlamat sekolah dan menghayati peraturan atau Arahan yang yang ditetapkan, saya telah mengamalkan kepimpinan melalui teladan iaitu (role model). Selain itu, penekanan terhadap disiplin guru serta staf juga diambil berat. Etika di dalam bekerja juga sentiasa dipantau bagi menjamin pencapaian matlamat yang digariskan.

Saya

: Boleh Puan ceritakan sedikit tentang strategi atau peranan puan dalam memastikan penghasilan berkualiti dan budaya kerja cemerlang guru di Sekolah?

Guru besar

: Saya menekankan dan mengutamakan strategi teamwork atau kerja berkumpulan. Ini bagi memastikan kualiti kerja yang dihasilkan. Selepas itu dalam memastikan budaya kerja cemerlang guru di Sekolah, saya turut memberi penghargaan kepada staf dan guru-guru berdasarkan prestasi mereka dari semasa ke semasa. Dalam memastikan

mereka sentiasa bermotivasi saya sering mengatur Kembara ke tempat-tempat perlancongan di dalam dan luar negara. Selain itu, sambutan hari jadi mengikut bulan turut dilaksanakan bagi memastikan guru tidak berada dalam keadaan tertekan.

Saya

: Gaya kepimpinan merupakan batu asas dalam menentukan hala tuju sesuatu organisasi. Gaya kepimpinan juga perlu disesuaikan dengan persekitaran organisasi, boleh Puan ceritakan sedikit tentang gaya Kepimpinan yang Puan gunakan.

Guru besar

: Saya telah mengamalkan kepimpinan demokratik sebarang keputusan dibuat secara kolaboratif tiada gerak kerja individu bagi melahirkan kerjasama berpasukan dan hubungan serta keakraban yang mesra. Ini kerana keupayaan sesebuah organisasi memerlukan nilai kebersamaan yang tinggi.

Saya

: Berdasarkan gaya Kepimpinan yang Puan Nyatakan tadi, iaitu gaya kepimpinan demokratik. Apakah rasional pemilihan media yang tersebut?

Guru besar

: Ia adalah untuk memberi peluang kepada guru-guru untuk merancang serta melaksana dan menilai perancangan yang dibuat. Rasa kebersamaan dalam melaksanakan tugas dan membuat keputusan dapat meningkatkan motivasi guru. Kepimpinan demokratik juga, guru dapat bekerja dalam keadaan selesa dan berlapang dada serta bertanggungjawab terhadap tugas yang diberikan.

Saya

: Seperti Kita semua tahu, bekerja dalam satu organisasi Tidak kira besar atau kecil memerlukan kepada gerak kerja bersama dan juga sikap tolak ansur yang tinggi. Sejauh manakah gaya kepimpinan puan mampu untuk merialisasikan hasrat ini?

Guru besar

: Dalam kepimpinan demokratik, semangat kebersamaan sangat penting. Kebersamaan dalam merancang melaksana dan seterusnya membuat sebarang keputusan. Hal ini kerana, semua yang terlibat akan merasai kepuasan apabila sesuatu program yang

dilaksanakan itu berjaya kerana datangnya daripada idea bersama. Sebagai contoh, pencapaian UPSR dapat mencapai Sasaran yang ditetapkan hasil usaha bersama.

Saya

: Menjadi lumrah kehidupan, perkara-perkara baik mesti akan ada ujiannya. Sepanjang menerapkan gaya kepimpinan ini, apakah kekangan dan halangan yang dihadapi?

Guru besar

: Dalam apa-apa sahaja bentuk pengurusan, kekangan nya pasti ada. Yang membezakannya hanyalah serius atau tidak masalah yang berlaku. Bagi saya, kekangan utama nya ialah sikap segelintir kakitangan yang kurang bermotivasi dan tidak menunjukkan komitmen yang tinggi. Perkara ini memang diberi perhatian yang khusus dengan cara memberi nasihat dan bimbingan yang berterusan. Kadangkala terdapat staf yang sentiasa berfikiran negatif, terhadap sebarang Arahan yang diberikan.

Saya

: Soalan yang terakhir ya puan, dalam memastikan organisasi Sentiasa berada di tahap terbaik, bagaimanakah cara Puan merangka penyelesaian untuk menghadapi kekangan dan halangan seperti yang dinyatakan tadi?

Guru besar

: Antara langkah yang diambil ialah, dengan memberi kefahaman yang jelas tentang hala tuju organisasi yang dibina. Selain itu saya turut memberi Penerangan dan bimbingan kepada staf yang bermasalah. Saya juga menyelesaikan masalah di peringkat awal dan tidak dibiarkan sehingga berpanjangan. Perbincangan secara bersemuka menjadi pilihan utama saya dalam menyelesaikan sesuatu masalah yang berlaku bagi mengelakkan salah faham antara dua pihak.

Saya

: Terima kasih kerana memberi kerjasama ya puan.

Guru besar

: Sama-sama. Semoga anda menjadi guru yang baik pada masa depan.

LAMPIRAN 2

BIODATA RESPONDEN

Nama

: Faridah Bt Mohd Noor

Umur

: 56 thn

Tempat kelahiran : Kota Kuala Muda, Kedah Tempoh pengalaman dalam pentadbiran : 34 Tahun Gred

: DG38

LAMPIRAN 3

Gambar 1

Gambar 2

Gambar 3

Temu bual bersama Guru Besar SK Haji Sulaiman

Related Documents

Temu Lawak
October 2019 52
Temu Lawak.docx
November 2019 26
Temu Manten
October 2019 55
Temu Ramah
June 2020 32
Temu 6_mwd.pdf
May 2020 20
Temu Bual.docx
November 2019 25

More Documents from "Ikhwan Shafiq Puro"

Temu Bual.docx
November 2019 25
June 2020 17
Sutus Product Brochure
June 2020 17
Tugasan Final.docx
April 2020 19