Telekom Malaysia Berhad) merupakan syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan kedua terbesar di Asia Tenggara. TM memegang hak monopoli untuk penyediaan rangkaian telefon talian darat serta mempunyai pegangan yang kukuh dalam pasaran komunikasi telefon mudah alih setelah mengambil alih Celcom Berhad dan menggabungkannya dengan perkhidmatan mudah alih sendiri, TMTouch. TM juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet (TM Net) yang menawarkan perhubungan jalur nipis dan jalur lebar. Perhubungan jalur lebar disalurkan melalui DSL di bawah jenama TMNet Streamyx. Oleh sebab hampir memonopoli kesemua perkhidmatan perhubungan pengguna akhir, TMNet juga merupakan satusatunya penyumbang jalur lebar DSL broadband di negara ini. Meskipun ia mempunyai ramai pelanggan, TM Net menghadapi kritikan pengguna yang amat lantang, terutamanya aduan mengenai perkhidmatan kurang memuaskan dan pengurusan pelanggan yang tidak tentu arah.
TM AKAN DIASINGKAN UNTUK PERTUMBUHAN DAN KECEMERLANGAN OPERASI Langkah ini akan mewujudkan peneraju jalur lebar domestik dan mudah alih serantau Lembaga Pengarah Telekom Malaysia Berhad (TM) telah meluluskan cadangan pengasingan perniagaan mudah alih dan talian tetap Kumpulan kepada dua entiti yang berlainan. Objektif disebalik cadangan pengasingan ini ialah untuk mempercepatkan peningkatan operasi dan pertumbuhan melalui fokus organisasi dan strategik yang lebih jelas dan seterusnya meningkatkan nilai pemegang saham. Langkah pengasingan ini akan mewujudkan dua syarikat peneraju telekomunikasi: RegionCo, yang akan merangkumi operasi mudah alih serantau TM di bawah TM International, dan operasi mudah alih domestik di bawah Celcom. RegionCo akan diasingkan dari Kumpulan TM dan disenaraikan secara berasingan FixedCo, yang akan terus mengekalkan perniagaan domestik yang disenaraikan dalam bidang talian tetap suara, data dan jalur lebar, dan perkhidmatan bukan telekomunikasi lain di bawah TM Venture Semasa satu sesi taklimat kepada media yang diadakan di Ibu Pejabat Korporat Kumpulan pada hari ini,
Pengerusi TM, Tan Sri Dato’ Ir. Md. Radzi Mansor berkata, “Ini merupakan satu pencapaian menarik dalam sejarah TM. Pengasingan ini akan meneruskan kejayaan TM melalui pengwujudan dua syarikat komunikasi yang disenaraikan, kedua-duanya berpotensi untuk menikmati status sebagai antara syarikat yang mempunyai permodalan pasaran terbesar di Bursa Malaysia. RegionCo akan muncul sebagai peneraju mudah alih serantau yang beroperasi di lebih 10 buah negara dan mengukuhkan kedudukannya di Asia sementara FixedCo akan memfokus kepada pertumbuhan pasaran jalur lebar domestik.”
RASIONAL DAN MANFAAT PENGASINGAN Rasional utama di sebalik langkah ini ialah untuk mewujudkan nilai pemegang saham melalui peningkatan operasi dan pertumbuhan yang kukuh. Manfaat operasi dan strategik utama yang bakal diperolehi daripada pengasingan ini akan membolehkan kedua-dua syarikat: Meraih manfaat tadbir urus yang akan mempercepatkan usaha-usaha peningkatan dan pertumbuhan sedia ada melalui ketelusan prestasi, fokus organisasi dan keupayaan pelaksanaan yang dipertingkatkan Cadangan pengasingan ini dijangka dapat memberi mandat pengurusan dan kebertanggungjawapan yang lebih jelas kepada setiap entiti perniagaan masing-masing dan pengurusan prestasi terkhusus. Ianya juga diharapkan dapat meningkatkan keupayaan pelaksanaan setiap entiti perniagaan melalui tumpuan yang lebih baik terhadap pengurusan bakat dan pembangunan insan. Justeru, setiap entiti akan berada dalam kedudukan yang lebih baik untuk melaksanakan strategi yang berbeza dengan cara yang lebih fokus. RegionCo boleh memberi tumpuan sepenuhnya bagi mewujudkan sebuah peneraju mudah alih serantau dengan kedudukan yang kian luas di pasaran-pasaran yang berkembang pesat. Sementara itu, FixedCo boleh terus mengembangkan perniagaan pengendali dan sambungan antarabangsa serta membangunkan operasi talian tetap domestiknya menjadi sebuah syarikat jalur lebar dan berorientasikan pelanggan. Cadangan pengasingan ini juga dijangkakan akan meningkatkan kadar ketelusan prestasi setiap entiti perniagaan yang membolehkan pasaran modal dan pihak berkepentingan yang lain untuk menilai prospek dan merit setiap entiti dengan lebih baik. Seterusnya ini akan menghasilkan pembangunan asas pemegang saham yang lebih fokus, yang dijangka akan memudahkan penilaian berorientasikan perniagaan terhadap entiti berasingan ini dan memberikan nilai kepada pemegang saham. Meraih manfaat pengasingan yang unik RegionCo sebagai sebuah peneraju mudah alih serantau berasingan akan mendapat manfaat daripada keupayaan penstrukturan perniagaan yang lebih baik dengan profilnya sebagai operator mudah alih sebenar yang berjaya dan kian berkembang. Penyenaraian berasingan ini juga memberikan RegionCo perolehan matawang yang lebih menarik dalam bentuk saham-sahamnya yang disenarai, dan capaian lebih baik kepada pasaran ekuiti dan pembiayaan yang lebih fleksibel. Ini membolehkan RegionCo berada di kedudukan yang lebih baik untuk melaksanakan strategi pertumbuhannya. Pengasingan ini juga akan memberikan setiap entiti tersebut, yang beroperasi dalam dua bidang perniagaan berbeza, peluang yang lebih baik dan inisiatif pengurusan modal yang lebih khusus. Ini akan membolehkan setiap perniagaan merangka struktur modal yang optimum melalui tahap penggearan (gearing level) yang berbeza serta membolehkan proses peruntukan modal untuk perbelanjaan modal yang lebih efektif. Setiap entiti juga akan mampu melaksanakan polisi dividen dan strategi hubungan pelabur yang spesifik.
Kebebasan untuk mempunyai aspirasi dan strategi yang berbeza di samping menyumbang kepada kemungkinan pencapaian objektif-objektif nasional Cadangan pengasingan ini akan membolehkan setiap perniagaan, RegionCo dan FixedCo, untuk memfokus terhadap aktiviti-aktiviti teras dan menjayakan aspirasi masing-masing. RegionCo akan memberi tumpuan untuk menjadi peneraju mudah alih serantau yang terbaik dengan agenda pertumbuhan yang aktif dan mewujudkan tanda aras antarabangsa dalam industri telekomunikasi. Hasilnya, RegionCo akan berada di kedudukan terbaik untuk menjadi satu lagi contoh dari Malaysia dalam mewujudkan sebuah syarikat antarabangsa yang berjaya dengan peluang-peluang menjalinkan hubungan global buat negara. Sementara itu, FixedCo bakal meletakkan Malaysia di barisan hadapan ekonomi digital, disokong oleh cadangan projek jalur lebar berkelajuan tinggi yang dibangunkan bersama kerajaan yang akan membolehkan Malaysia mencapai sasaran penembusan jalur lebarnya. Di samping itu, ianya juga akan menyumbang kepada mewujudkan hub protokol internet (IP) serantau dan akan menggalakkan sistem-eko digital yang aktif dalam negara. “Ini merupakan sebahagian daripada strategi peningkatan dan pertumbuhan berterusan yang telah kami usahakan sejak beberapa tahun lalu bagi meningkatkan nilai pemegang saham kita. Tahun lalu, kami telah melancarkan Program Peningkatan Prestasi (PIP) bagi meningkatkan keupayaan pelaksanaan perniagaan domestik dan ketelusan prestasi kepada pasaran luar. TM juga telah memulakan proses bagi menguruskan perniagaan talian tetapnya dengan lebih baik melalui struktur organisasi dan pengurusan di bawah satu unit perniagaan khas, Malaysia Business. Seperti yang dilaporkan dalam keputusan separuh tahun 2007 kami, langkah ini telah mula membuahkan hasil. Kini dengan cadangan pengasingan ini, kami akan mampu mempercepatkan peningkatan operasi dan pertumbuhan melalui manfaat-manfaat yang dinyatakan di atas,” kata Dato’ Abdul Wahid Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan.