Teks_syarahan.doc

  • Uploaded by: Baju Pasar Rabu
  • 0
  • 0
  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks_syarahan.doc as PDF for free.

More details

  • Words: 716
  • Pages: 3
TEKS SYARAHAN (P) SRA DATO DR EUSOFF TEH, BUKIT BARU, MELAKA

Saudara, Saidina Umar Al-Khattab pernah ditanya oleh para sahabat, tentang apa yang diinginkan dalam kehidupan? Tatkala yang lain sibuk inginkan kemewahan, kebendaan, kekayaan, Saidina umar memberikan jawapan, “Aku inginkan sekumpulan anak muda yang hebat seperti Abu Ubaydah Al-Jarrah, Muaz Ibnu Jabal, dan Salim Maula Abi Hudhaifah untuk membantu aku mendaulatkan agama”

Jadi, mari bersama-sama saya, kita menaakul satu syarahan: “Sifat Taqwa Teras Kemurnian Aqidah”.. Assalamualaikum wbt... ‫صلنةَا منواَلمسلنمم نعنلىَ نسييعدنناَ ممنحممدد نونعنلىَ آلععه نوأن ي‬ ‫صنحاَبععه أنيجنمععيينن‬ ‫ نواَلنعاَقعنبةَ لعيلممتمقعيينن نواَل م‬, ‫ب اَلنعاَلنعميينن‬ ‫بعيسعم اع اَلمريحنمعن اَلمرعحييعم اَنيلنحيممد لع نر ي‬ Yang dihormati saudara pengacara majlis, barisan panel hakim yang menjunjung panji keadilan,penjaga masa yang setia dengan masanya, seterusnya warga dewan yang dirahmati Allah s.w.t. Hadirin, Menurut Professor Dr.Ahmad Ahtory Husiin, Pakar Perundangan Islam Malaysia menyatakan bahawa sifat taqwa ialah sikap atau akhlak orang mukmin yang boleh menambahkan iman seseorang mukmin itu. Manakala, Mahmud Qathim dalam tamsilnya yang berjudul Hikmah Islam menyatakan bahawa Kemurnian Aqidah ialah pegangan iman pada Allah yang bersih dan suci.

Muslimin dan Muslimat, Pertama" Insan Berakhlak Mulia Teras Kemurnian Aqidah’ Ini amat bertepatan dengan motif utama pengutusan Rasulullah ke muka bumi demi memurnikan akhlak manusia sebagaimana Sabda Baginda : ( ‫) إنماَ بعثت لتأمم مكاَرم اَلخألقا‬ Ertinya: Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia .

Terpancarlah keutuhan akhlak dan sahsiah terpuji Rasulullah melalui karektor beliau sebagai seorang pemimpin negara yang beretika, seorang sahabat yang prihatin serta ketua keluarga yang penyayang. Imbau sahaja keindahan akhlak Rasulullah dengan pemuda Yahudi yang kencing di dalam Masjid Nabawi, Baginda tidak memarahi pemuda tersebut bahkan baginda sendiri membasuhnya menyebabkan pemuda tadi memeluk Islam di hadapan Baginda. Lihatlah, saban hari kita disentak dengan berita kebejatan moral yang semakin menggila yang menidakkan nilai-nilai moral dan sosial dalam norma manusia. Pemuda dan pemudi asyik berkepit, seks bebas turut menyelit, natijahnya, bayi dihumban ke dalam parit. Lebih memilukan hati, bapa dicaci ibu dimaki. Itu belum ditambah lagi dengan kes sumbang mahram, harapkan pagar, pagar makan padi. Terrnyatalah dengan akhlak yang unggul mampu melahirkan taqwa yang berkualiti sekaligus mampu menjadi teras kemurnian aqidah.

Kedua, "Insan Bertaqwa dan Jujur Teras Kemurnian Aqidah". Dengan ketakwaan yang tinggi akan melahirkan rasa muraqabah Allah dalam segenap urusan hidup lantas tertegaklah konsep Al ihsan: ( ‫) أن تأعبد ا كأنك تأراَه وإن لم تأكن تأراَه فإنه يراَك‬ Yang bermaksud: Kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatnya, jika kamu tidak melihatnya, sesungguhnya dia melihat kamu. Imbau sahaja betapa jujur dan amanahnya seorang pemimpin bergelar Omar Abdul Aziz , yang sanggup bergelap bila membicarakan urusan keluarga kerana tidak mahu menggunakan harta kerajaan. Bilamana menyuburnya benih amanah dalam jiwa ummah maka lahirlah insan yang jujur kepada Allah, diri sendiri dan orang lain sekaligus terhindar daripada segala unsur penipuan, penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Ingatlah, tanpa jujur dan amanah rosaklah aqidah Konklusinya, tidak tertegak rumah tanpa tiang, tidak tertegak agama tanpa iman, dan tidak tertegak ummah gemilang tanpa peribadi unggul. Justeru hiasi diri dengan senyuman, hiasi masyarakat dengan peribadi unggul, pasti cerialah hidup.

Ketiga, ketinggian akidah nucleus solidariti dan pembina taqwa. Ukhuwwah dan perpaduan bukanlah satu isu lapuk yang dibiarkan diatas lantai sejarah, bahkan islam telah menobatnya mengisi tampuk keutamaan dan menjadi prinsip asas islam. Kerana itulah Allah menyeru umat islam agar terus mempertahankan kesatuan ummah yang ada sebagaimana firmannya dalam surah al hujurat ayat 10:

Sebenarnya orang-orang Yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu. Lihatlah betapa damai dan utuhnya perpaduan ini andai dibina atas paksi akidah yang jelas dan diukir dengan taqwa yang berkualiti. Marilah kita menyorot generasi awal para sahabat yang mendapat asuhan langsung dari rasul tercinta, berkumpul dibawah bumbung masjid nabawi dengan penug integrasi tanpa ada sekelumit rasa perbezaan taraf dan warna kulit. Begiulah kekuatan madinah yang dipersaudarakan nabi dalam elemen pembentukan kota bercahaya ini dan kiaskan lah bagaimana negara kita cuba mempraktikkannya dalam penubuhan sekolah wawasan yang berkongsi misi dan usaha untuk terus gemilang bersama perpaduan dan keamanan. Jelaslah, kemurnian aqidah menajdi benteng utuh sifat taqwa bagi merealisasikan nilai ukhuwwah. Akhir kalam, saya sedar, saya bukanlah orang yang layak untuk berbicara tentang apa itu taqwa. Namun percayalah, tatkala sifat taqwa menjadi suaka, tidak mustahil akan lahir satu negara sejahtera yang moden tetapi seimbang cacamarbanya tanpa sebarang kebobrokan politik, ekonomi, sosial dan pastinya kemurnian aqidah terus terpilhara. Assalammualaikum wbt.

More Documents from "Baju Pasar Rabu"