Teks Pertandingan Bercerita 20152.docx

  • October 2019
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teks Pertandingan Bercerita 20152.docx as PDF for free.

More details

  • Words: 734
  • Pages: 5
TEKS JURUACARA MAJLIS PERTANDINGAN BERCERITA SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH LANGKAWI TAHUN 2015 BIL 1

AGENDA TEKS Barisan Hakim mengambil Daun layu di tengah gurun tempat Nampak jalur pohon cemara Tradisi melayu turun temurun Pantun ditutur pembuka bicara

Bismillahirrahmanirrahim Yang Arif lagi Bijaksana Barisan Panel Hakim Yang dihormati Ahli-ahli jawatankuasa pertandingan, guru-guru pengiring dan yang dikasihi para peserta yang mengambil bahagian Assalamualaikum warahmatuhhai wabarakatuh dan salam sejahtera. Selamat datang ke Pertandingan Bercerita Sekolah-sekolah Rendah (TAHAP 1) peringkat Daerah Langkawi bagi tahun 2015 2

Peraturan Pertandingan

Hadirin yang dihormati sekalian Sebelum Pertandingan Bercerita Sekolah-sekolah Rendah peringkat daerah Langkawi dimulakan, izinkan saya membaca syarat-syarat pertandingan untuk makluman para peserta. (baca peraturan)

3.

Selepas membaca peraturan

Hadirin yang dihormati sekalian

TINDAKAN

Pertandingan Bercerita Sekolah-sekolah Rendah peringkat daerah Langkawi bagi tahun 2015 dihakimi dan diadili oleh: (perkenalkan seorang demi seorang) 4

Pertandingan dimulakan

Anak cina mengail ikan Mengail ikan di tepi kuala Masa jangan kita tangguhkan Gelanggang dibuka pertandingan bermula Barisan hakim seakan sudah tidak sabar untuk memberi markah, murid-murid seakan teruja untuk membuat persembahan. Dengan itu majlis mempersilakan peserta pertama untuk menyampaikan persembahan. Demikianlah tadi persembahan daripada adik (______) dengan tajuk cerita (_______) (Sehingga pasukan terakhir) Seterusnya dijemput peserta yang memegang nombor giliran (____) untuk naik ke pentas, majlis mempersilakan. Dengan berakhirnya persembahan bercerita daripada peserta itu tadi maka berakhirlah pertandingan bercerita Bahagian Satu.

5.

Hakim berehat

Pertandingan bercerita kita masih belum selesai, para peserta akan bercerita secara spontan. Majlis akan berehat seketika selama 30 minit sehingga jam……….. Pada jam…………, semua peserta dikehendaki mengambil semula tempat di dalam Dewan ini untuk sesi bercerita secara spontan berdasarkan cabutan tajuk nanti. Guru pengiring diminta memastikan muridmurid dalam keadaan bersedia. Barisan Hakim, guru pengiring dan peserta dijemput ke kantin.

6

Sambung cerita spontan

Hadirn yang dihormati sekalian Pertandingan bercerita diteruskan dengan peserta bercerita secara spontan. Eloklah kiranya saya membaca syarat-syarat pertandingan bercerita spontan. (baca peraturan) Dijemput peserta yang memegang nombor giliran (____) untuk membuat cabutan. Majlis mempersilakan (seterusnya sehingga peserta terakhir) Dengan berakhirnya persembahan peserta itu tadi maka berakhirlah Pertandingan Bercerita bahasa melayu (tahap 2) Sekolah-sekolah Rendah peringkat daerah Langkawi bagi tahun 2014. Majlis akan berhenti rehat seketika untuk memberi laluan kepada Jemaah Hakim mengira markah

7.

Majlis penutupan

Yang berusaha Tn Hj Marzuki b Hj Daud, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi Yg Berusaha En Ahmad Solan Bin Mat Shah, Guru Besar SK Penghulu Ahmad Yang Berusaha En Ronizam Sairizal bin Mohamad Sani Pen. Pegawai Pendidikan Dearah (Koakademik) Yg Arif lagi bijaksaan barisan Panel hakim Yg Dihormati barisan AJK Pelaksana, guru-guru pengiring , serta para peserta sekalian Assalamualaikum w.w.b dan Salam sejahtera Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yg Berusaha Tn Hj Marzuki bin Hj Daud , Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi di atas kesudian Tuan

hadir ke majlis penyampaian hadiah Pertandingan Bercerita (Bahasa Melayu) Sekolah-sekolah Rendah peringkat Daerah Langkawi bagi tahun 2014 pada tengahari ini. 8.

Penyampaian hadiah

Hadirin hadirat sekalian Belayar kapal milik juragan Sarat berisi dengan sagu Keputusan sudah berada di tangan Apa dinanti apa ditunggu Bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yg Berusaha En Ahmad Solan bin Mat Shah, Guru Besar SKPA, bagi menjemput dan mengiringi Yang Berusaha Tuan Hj Marzuki bin Hj Daud, Pegawai Pendidikan Daerah Langkawi untuk menyampaikan hadiah dan sijil kepada para pemenang. Dimulakan dengan penyampaian cenderahati kepada para Hakim. (baca nama)

Seterusnya dijemput wakil dari setiap sekolah untuk naik ke pentas bagi menerima sijil penyertaan dan sijil guru pembimbing bagi Tahap 1 Dimulakan dengan Sk….. Kini tiba saat yang dinanti-nantikan, Kategori tahap 1 Diumumkan pemenang Tempat ketiga: disandang oleh adik__________________Tempat kedua: disandang oleh adik _________________ Johan: disandang oleh adik________________________ Seterusnya dijemput wakil dari setiap sekolah untuk naik ke pentas bagi

menerima sijil penyertaan dan sijil guru pembimbing bagi Tahap 2 Kategori tahap 2 Diumumkan pemenang Tempat ketiga: disandang oleh adik__________________ Tempat kedua: disandang oleh adik __________________ Johan: disandang oleh adik _________________________ 9.

Penutup akhir

Demikianlah penyampaian hadiah kepada para pemenang pertandingan bercerita sekolah-sekolah rendah peringkat daerah langkawi bagi tahun 2014 Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Hj Marzuki b Hj Daud di atas kesudian menyampaikan hadiah kepada para peserta sebentar tadi. Majlis merakamkan segulung syabas dan tahniah kepada yang berjaya manakala yang kurang bernasib baik , cuba lagi pada tahun hadapan.

10.

Akhir

Saya selaku pengacara majlis mewakili seluruh ahli jawatankuasa kerja menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf sekiranya kami ada terkasar bahasa atau ada kekurangan sepanjang pertandingan ini dijalankan. Sehingga kita bertemu lagi dilain masa. Wabillahittaufik walhidayah Wassalamualaikum w.b.t

Related Documents