Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan as PDF for free.

More details

  • Words: 437
  • Pages: 3
Teknologi Maklumat Dalam Pendidikan • • • • • • •

Teknologi Maklumat Kepentingan TM Matlamat TMK Isu dan Cabaran TMK Galeri Photo Ruangan Komen!!! Contact Me

ISU DAN CABARAN TMK

Antara isu dan cabaran yang dihadapi oleh Sistem Pendidikan Malaysia adalah seperti berikut:Untuk membekalkan kemudahan TMK yang cukup dan terkini dengan rangkaian internet kepada semua peringkat organisasi pendidikan bagi memperluas penggunaan TMK dalam P&P dan pengurusan pendidikan. Oleh itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) perlu menyediakan kemudahan peralatan yang terkini dan mencukupi kepada semua peringkat pengurusan KPM ke arah mengukuhkan infrastruktur TMK dalam pendidikan. KPM juga perlu menyediakan secara berterusan program latihan yang lebih berkesan kepada semua tenaga pengajar dan personel KPM yang terlibat. Keperluan mengintegrasikan TMK dalam P&P pada semua peringkat persekolahan kini semakin mendesak. Oleh itu, elemen celik komputer perlu dimasukkan dalam kurikulum

persekolahan serta perlu menggalakkan penggunaan TMK dalam pendidikan. Maka, pada peringkat rendah, TMK semakin menjadi satu kemestian untuk menarik minat murid kepada matamata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, dan Sains. Pada peringkat menengah, keperluannya adalah untuk melahirkan pelajar yang berpengetahuan dan berkemahiran TMK dan dapat menggunakan maklumat secara kritis dan kreatif bagi meningkatkan pemahaman dan pencapaian akademik mereka. Pada peringkat tertiari,penggunaan TMK perlu diperluas dalam semua bidang pengajian. Bagi pendidikan khas pula penggunaan TMK dalam P&P seharusnya boleh menarik minat kanak-kanak bermasalah penglihatan, pendengaran, dan pembelajaran. Malah, guru didapati masih kurang mengintegrasikan TMK dalam pengajaran mereka bagi menjadikan pengajaran lebih menarik dan berkesan. Semua sekolah perlu menyalurkan portal bagi membolehkan guru akses kepada portal untuk menyimpan bahan pengajaran dan maklumat yang berkaitan. Di samping itu, semua bentuk latihan dalam bidang TKM perlu diperkukuhkan bagi mengatasi masalah majoriti guru yang masih menggunakan kaedah pengajaran tradisional dan kurang menggunakan TMK. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyediakan kemudahan dan kepakaran ICT yang mencukupi di Pusat Sumber Pendidikan Negeri (PSPN), Pusat Kegiatan Guru (PKG), dan maktab perguruan bagi memberi

khidmat nasihat dan latihan kepada guru-guru dalam bidang TMK. Sebahagian besar Jabatan/Bahagian tersebut menghadapi masalah kekurangan sokongan teknikal dan kualiti aplikasi serta perkongsian maklumat yang sangat terbatas. Adalah menjadi cabaran kepada KPM untuk menyelaraskan dan menyepadukan pembangunan TMK dengan lebih berkesan kerana pada masa ini Jabatan/Bahagian KPM dan sebilangan JPN dan PPB/PPD membina aplikasi TMK masing-masing untuk keperluan pengurusan organisasi mereka. Satu lagi isu yang berkaitan dengan pembinaan aplikasi TMK dan menuntut KPM menanganinya segera adalah tentang penyenggaraan komputer dari segi kemudahan peralatan dan integriti sistem, aplikasi, dan maklumat. R&D pembangunan sistem, aplikasi, dan courseware yang bermanfaat kepada P&P dan pengurusan di KPM masih terlalu kecil dan wujud keperluan untuk meningkatkannya secara terancang dan lebih bersepadu.

{ParagraphsSidebar}

©2007

Create a free website at Webs.com

Related Documents