Teknik Mengajar

  • May 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teknik Mengajar as PDF for free.

More details

  • Words: 3,484
  • Pages: 22
Persoalan kesesuaian kaedah pembelajaran moden serta susun atur fizikal sesebuah kelas pendidikan bahasa Arab era hari ini juga harus dikupas dengan jelas. Harus difahami bahawa mempelajari bahasa Arab jauh sekali perbezaannya dengan mempelajari bahasa Inggeris.Salah satu elemen yang penting untuk menguasai sesuatu bahasa itu ialah kemampuan bagaimana untuk berfikir dalam bahasa tersebut. Antara beberapa kaedah yang sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Arab ialah :

1. Kaedah Tematik. (Tariqah Al Maudu’iyah)

Kaedah tematik bermaksud proses sesuatu pengajaran itu adalah berasaskan satu idea besar sebagai tema sebelum dikembangkan kepada beberapa langkah kecil.Contohnya, dalam minggu pembelajaran tersebut, tema utama yang dipilih ialah berkaitan keluarga. Dalam satu slot pengajaran , ia boleh dipelbagaikan seperti nama anggota keluarga, aktiviti keluarga, perbualan bersama keluarga dan sebagainya.Bagi satu tajuk seperti keluarga ini, semua cabang pembelajaran Bahasa Arab boleh dipraktikkan melaluinya samada dari segi nahu (tatabahasa), maqal (penulisan) atau muthola’ah. Di samping itu ia juga boleh dikaitkan dengan kaedah-kaedah lain seperti perbualan dalam situasi keluarga atau rakan sebaya di sekolah.

2. Kaedah Mengeja (Tariqah Al Imla’iyah)

Nota Kaedah Pengajaran secara kuliah menggariskan beberapa kelebihan. Antaranya ialah cara ini berkesan untuk mendapatkan maklumat. Ia dapat menjimatkan masa dan tenaga kerana semua maklumat boleh disampaikan kepada sekumpulan murid yang bsear dalam masa yang singkat. Selain itu, cara ini dapat menyumbang bahan-bahan tambahan yang tidak boleh diperoleh oleh murid-murid melalui buku teks. Kelas lebih mudah dikawal dan sesetengah murid akan merasa lebih puas dengan bentuk penyampaian

yang

lebih

distrukturkan.

Mereka

lebih

mudah

menganalisa,

menginterpretasi, dan mensintesis bahan-bahan pembelajaran apabila disampaikan secara langsung. Dari segi kelemahan-kelemahannya pula, ia merupakan komunikasi satu hala. Interaksi antara pendidik atau guru dengan murid terhad. Pengajaran cara ini tidak menggalakkan murid-murid belajar secara aktif. Pembelajaran melalui penerimaan bahan-bahan kulih biasanya tidak lengkap kerana apa yang didengar atau dicatat secara tergesa-gesa itu akan mudah dilupai atau tidak difahami dengan sempurna. Oleh itu banyak masa diperlukan untuk membuat telahan selepas menerima kuliah. Pengajaran secara kuliah kadangkala tidak boleh mencapai sesetengah jenis objektif kerana ia tidak boleh menolong kita mencapai objektif pemikiran kritikal atau kreatif atau penguasaan sesuatu kemahiran psikomotor kognitif. Ia juga tidak berupaya mengubah nilai atau sikap dan tidak akan boleh menghasilkan penganut baru. Cara ini biasanya memerlukan guru yang pandai bercakap dan boleh bertutur dengan baik.

PENGAJARAN SECARA KUMPULAN Pengajaran secara kumpulan meminta pengajaran guru dihadkan kepada murid-murid dalam satu-satu kumpulan tertentu. Lazimnya bahan-bahan yang digunakan adalah berbeza di antara satu kumpulan dengan satu kumpulan yang lain, dan pengajaran dijalankan dalam keadaan kerusi meja yang disusun secara berkelompok.

Ada dua bentuk kumpulan yang boleh dilaksanakan dalam kelas. Pertama kumpulan mengikut kebolehan atau pencapaian, iaitu murid-murid yang lebih kurang sama taraf kebolehan mereka diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan ujian atau lain-lain cara pengukuran kebolehan otak murid-murid. Kedua, ialah kumpulan mengikut pelbagai kebolehan dan kecenderungan.

KUMPULAN MENGIKUT KEBOLEHAN a) Kumpulan jenis ini melibatkan murid-murid yang lebih kurang samam taraf kebolehan mereka. Mereka ini diletakkan dalam satu kumpulan berdasarkan keputusan penialaian. b) Pengumpulan murid-murid mengikut kebolehan biasanya digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran seperti lisan, membaca, dan menulis. Ini membolehkan guru memberi perhatian kepada satu-satu kumpulan murid yang hampir-hampir sama kebolehannya dalam usaha menanamkan satu-satu kemahiran. Guru dapat merancangkan jenis pemeringkatan bahan mengikut kebolehan murid-murid dalam kumpulan berkenaan. c) Kumpulan mengikut kebolehan harus dibentuk berdasarkan penilaian guru, sama ada pemerhatian atau ujian. Kebolehan murid-murid berbeza-beza mengikut mata pelajaran serta aspek-aspek tertentu dalam satu-satu mata pelajaran. Kebolehan mereka berubah-ubah dari semasa ke semasa. Oleh itu, ahli satu-satu kumpulan tidak semestinya sama sepanjang masa. Perhatian diberi kepada individu-individu hendaklah juga dijalankan. d)

Pada

amnya,

guru

- kumpulan cerdas (2 kelompok)

bolehlah

membentuk

3

kumpulan:

- kumpulan sederhana (5 kelompok) - kumpulan lemah (1 kelompok) Guru harus menyediakan bahan-bahan yang sesuai dan sewajarnya mengikut kelompok masing-masing.

KUMPULAN MENGIKUT PELBAGAI KEBOLEHAN a) Kumpulan mengikut pelbagai kebolehan boleh dilakukan setelah murid-murid

dapat menguasai kemahiran asas. b) Melalui kumpulan mengikut pelbagai kebolehan, murid-murid yang cerdas diminta membantu murid-murid yang lemah dan perkembangan emosi dan sosial yang sihat dapat dibina melalui aktiviti-aktiviti seperti lawatan, kerja projek, permainan, simulasi, dan sebagainya. c) Murid-murid juga berpeluang memainkan peranan mengembangkan bakat kepimpinan. Perkembangan sahsiah yang sihat dapat juga dibina. Begitu juga halnya

dengan

pemupukan

semangat

kerjasama,

mengukuhkan

sikap

bertimbang rasa, bertanggung jawab, bertolak ansur, dan sebagainya. Selain itu, semangat pertandingan yang sihat antara kumpulan juga boleh diadakan.

PRINSIP-PRINSIP PENGAJARAN KUMPULAN Berikut diperlihatkan beberapa perkara penting yang harus diberi perhatian oleh guru sewaktu hendak melaksanakan pengajaran secara berkumpulan :

a) Murid-murid harus dibiasakan dengan satu rutin atau tatakerja aktiviti kumpulan, iaitu apabila satu-satu aktiviti kumpulan hendak dilaksanakan, murid harus tahu tugas mereka. Misalnya, mengambil alat atau bahan, membahagikan bahan-bahan kepada setiap kumpulan, menjalankan aktiviti, mempersembahkan hasil aktiviti, menyimpan bahan dan alat, mengemas tempat, dan lain-lain. b) Guru harus bersedia dan boleh menerima suasana pelajaran yang agak bising yang ditimbulkan oleh murid-murid semasa mereka bersoal jawab. c) Guru harus dapat menentukan supaya tidak ada murid-murid yang merasa besar diri atau rendah diri berada di dalam sesuatu kumpulan. d) Perhatian juga hendaklah diberi kepada individu-individu tertentu walaupun mereka telah ditempatkan dalam kumpulan. e) Kerjasama dan pertandingan yang sihat hendaklah diwujudkan dalam kumpulan atau diri setiap individu. f) Sebelum menjalankan aktiviti kumpulan, guru hendaklah menyediakan murid-murid dan beri arahan dengan jelas. Guru hendaklah juga menyediakan tajuk-tajuk perbincangan. Setiap aktiviti yang hendak dijalankan hendaklah dirancangkan terlebih dahulu. Pastikan alat-alat dan bahan-bahan yang diperlukan tersedia. g) Semasa aktiviti-aktiviti dijalankan, guru hendaklah beredar daripada satu kumpulan ke kumpulan yang lain untuk membimbing dan menggalakkan murid-murid mendapat pengetahuan. Bagi melicinkan pengendalian gerak kerja kumpulan, guru bolehlah melantik beberapa orang murid daripada setiap kumpulan untuk memegang tugastugas tertentu. h) Di akhir pengajaran,guru hendaklah membincangkan hasil kerja murid bagi tiap-tiap

kumpulan. Ini memberi peluang setiap daripada mereka mengetahui tentang apa yang telah diperoleh oleh kumpulan-kumpulan tersebut. Guru boleh juga mempamerkan hasil kerja murid yang didapati baik. Ini dapat membantu meninggikan keyakinan murid. Di samping itu, mereka juga dapat merasakan diri mereka diberi penghargaan. Kadangkala cara ini dapat juga memberi panduan, galakan, dan dorongan kepada murid-murid lain. i) Sebelum pelajaran ditamatkan, guru dan murid perlu membuat rumusan tentang apa yang dipelajari. Selepas itu mereka diminta mengumpul, mengemas, dan menyimpan barang-barang.

PENGAJARAN SECARA INDIVIDU Pengajaran

secara

individu

biasanya

mengamalkan

cara

pengajaran

yang

menumpukan perhatian terus kepada seseorang murid tertentu dengan bahan-bahan pengajaran yang dikhaskan kepadanya. Pengajaran cara ini diasaskan kepada pengakuan bahawa seitap murid adalah berbeza dari segi intelek, minat, kecekapan, daya cipta, dan kebolehan-kebolehan lain. Kesemua pengajaran individu diwujudkan dengan mengambil kira perbezaan pencapaian serta kadar kepantasn murid. Pengajaran cara ini pada keseluruhannya bertujuan supaya murid-murid boleh belajar mengikut kemampuan sendiri. Pengajaran secara individu ini boleh dijalankan dalam dua bentuk mengikut tujuan dan objektifnya. Pertama ia boleh dilakukan seperti pengajaran biasa yang bertujuan untuk mengatasi masalah-masalah pembelajaran yang dihadapi oleh individu-individu tertentu. Biasanya, guru akan memberi perhatian yang teliti dan rapi kepada individu tersebut dan cuba membantunya untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Untuk satu pembelajaran yang lebih berkesan, pengajran bentuk ini tidak menggalakkan jumlah bilangan murid yang besar kerana perhatian tidak dapat dilakukan sepenuhnya. Pengajaran

secara individu

ini

amat

sesuai

untuk

pengajaran

pemulihan.

Bentuk kedua yang boleh dilakukan ialah terhadap murid-murid yang maju dalam pembelajaran

mereka.

Pengajaran

secara

individu

bukan

bertujuan

untuk

memperkayakan pengalaman pembelajaran mereka. Biasanya, murid-murid akan menggunakan kebijaksanaan mereka sendiri untuk belajar tanpa bergantung sangat kepada guru. Hubungan murid dengan guru adalah paling minimal. Segala sumber pembelajaran dirancangkan supaya setiap pelajar mengkaji objektif pembelajarannya dan bertindak sendiri untuk mencapai objektif-objektif ini. Bahan-bahan belajar sendiri disusun dengan tujuan supaya murid akan mencapai kemajuannya sendiri mengikut kebolehan dan keupayaan masing-masing, dan untuk membolehkan murid-murid mencapai objektif mereka pada lain-lain masa. sistem ini menegaskan fleksibiliti dari segi masa, aktiviti-aktiviti diagnostik dan pemulihan, pemilihan bahan-bahan mengikut kemampuan sendiri serta tempat belajar dan cara mempelajarinya. Dalam sistem yang lengkap, media seperti bahan-bahan bercetak, bahan-bahan tayangan, filem slaid atau strip, pita rakaman video, dan lain-lain boleh digunakan. Aktiviti pengajaran terancang atau pukal pembelajaran sendiri adalah amat penting.

PENGAJARAN SECARA KUMPULAN SEBAYA (PEER GROUP) Pengajaran secara kumpulan sebaya adalah satu lagi cara menyampaikan pelajaran yang boleh dilaksanakan oleh guru di dalam kelas. Ini tidak banyak berbeza dengan cara-cara kumpulan kaedah lain, cuma dalam kaedah ini seorang murid itu diperlukan mengajar atau membimbing rakan-rakannya yang lain. Kelas yang dikendalikan melalui cara ini biasanya mengandungi pelajar-pelajar yang hampir-hampir sama dari semua segi. Mungkin mereka berbeza dari segi kecerdasan. Walau bagaimanapun, dalam banyak hal, seperti umur, minat, kecenderungan, dan kepentingan, mereka adalah serupa. Sama seperti kumpulan pelbagai kebolehan, pelajar-pelajar dalam kumpulan sebaya digalakkan supaya memberi tunjuk ajar kepada

rakan-rakan dan ini boleh dilaksanakan pada bila-bila masa. Dalam pengajaran bahasa, galakan perlu diberi kepada murid-murid pandai supaya membimbing rakan-rakan mereka

yang

memerlukan

pertolongan

dalam

membaca

dan

menulis.

Pengajaran secara kumpulan sebaya, menggalakkan murid-murid berinteraksi sesama sendiri secara bebas. Ia memberi peluang kepada mereka belajar, mengkaji, dan menjalankan aktiviti bersama-sama. Cara ini biasanya menggalakkan perkembangan kemahiran-kemahiran interpersonal. Murid-murid diberi peluang untuk mendapatkan maklum balas daripada rakan-rakan mereka. Selain itu, melalui perbincangan atau aktiviti-aktiviti yang diadakan, pelajar-pelajar belajar bekerjasama, bertolak ansur, hormat-menghormati, rakan-rakan lain, dan sebagainya. Dari segi pengajaran, ia tidak banyak membebankan guru. Keadaan murid-murid yang tidak banyak berbeza itu memudahkan guru-guru membuat persediaan. Murid-murid yang pandai pula dapat membantu guru-guru menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh murid-murid lemah.

PENGAJARAN SECARA KELAS BERCANTUM Pengajaran secara kelas bercantum biasanya dilakukan dengan menggabungkan dua atau beberapa kelas menjadi satu kumpulan kelas. Murid-murid dalam kelas tersebut tidak mempunyai tahap pencapaian yang sama. Keadaan begini kerap berlaku di sekolah-sekolah rendah yang murid-muridnya terhad kepada bilangan yang amat kecil. Kemungkinan juga ia boleh berlaku jika sesebuah sekolah itu tidak mempunyai cukup guru untuk ditugaskan mengajar kelas-kelas tertentu. Kadangkala pengumpulan murid-murid dalam kelas bercantum tidak perlu mengiktu kumpulan kelas. Mereka boleh dikumpulkan mengikut minat, perbezaan pencapaian, dan sebagianya. mereka diperlukan saling membantu seperti satu pasukan. Pengajaran secara kelas bercantum, biasanya menggunakan kaedah kumpulan, iaitu murid-murid yang berkebolehan dan yang berada di tahap yang lebih kurang sama

dikumpulkan bersama. Setiap kumpulan akan diberi tugas dan mereka belajar serentak dalam masa yang sama. Bahan-bahan pengajaran biasanya diperingkatkan mengikut kebolehan mereka. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan juga mungkin berbeza antara kumpulan-kumpulan tersebut. Oleh yang demikian, pengajaran cara ini memerlukan guru-guru yang sanggup bekerja keras, rajin, berdedikasi, dan bertanggung jawab. Mereka juga harus bijak dan boleh menyesuaikan kaedah pengajaran dengan keadaan sebenar di dalam kelas.

STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Kementerian Pelajaran (1983 : 27), strategi pengajaran dan pembelajaran yang disarankan adalah untuk membina dan mengukuhkan minat murid-murid terhadap pembelajaran serta membimbing mereka supaya bersedia menerima pelajaran seterusnya dan berupaya pula meneruskannya sendiri. Mengikut strategi ini, setiap murid akan mengambil bahagian secara aktif di dalam pelbagai kegiatan meliputi pelbagai unsur daripada komponen-komponen kemahiran asas, kerohanian, nilai dan sikap,

kemanusiaan,

dan

persekitaran

serta

kesenian

dan

rekreasi.

Teknik pengajaran yang digunakan seharusnya sesuai dengan perkembangan diri dan kebolehan murid-murid supaya pembelajaran itu adalah menarik, berkesan, dan bermakna. Dalam menggunakan teknik-teknik yang sedemikian, guru-guru digalakkan menjalankan pelbagai kegiatan dan menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut kebolehan, keupayaan, bakat, dan minat murid-murid. Satu strategi yang telah disarankan untuk mencapai taraf pencapaian murid yang maksimum ialah penggabungjalinan. Strategi ini memainkan peranan penting dalam proses pengajran dan pembelajaran. Melalui proses penggabungjalinan ini beberapa

kemahiran dapat dikuasai serentak dan cara ini juga dapat mengelakkan rasa bosan dalam proses pembelajaran. Kemahiran-kemahiran boleh digabungjalinkan sama ada kemahiran-kemahiran yang terdapat dalam satu mata pelajaran atau kemahirankemahiran daripada satu mata pelajaran yang digabungjalinkan dengan lain-lain mata pelajaran. Bahan-bahan

program

bahasa

diambil

daripada

bidang

Kemanusiaan

dan

Persekitaran. Unsur-unsur daripada mata pelajaran seperti sains, geografi, sejarah, sivik, kesihatan, seni lukis, dan lain-lain ilmu pengetahuan telah diserapkan menjadi satu mata pelajaran yang diberi nama Alam dan Manusia.

Dalam kurikulum baru sekolah rendah, perkara yang ditekankan adalah kepada kemahiran asas. Untuk mencapai kemahiran asas dengan lebih berkesan dan untuk mendapatkan isi ilmu pengetahuan secara tidak langsung melalui kemahiran-kemahiran itu, maka sesuatu pelajaran itu haruslah disampaikan secara terpadu. Dengan berdasarkan program terpadu ini satu pengajaran melalui aktiviti yang menarik dan bermakna dapat diciptakan.

Program terpadu mengandungi 2 strategi, iaitu penggabungjalinan dan penyerapan. Program ini bertujuan :

i. membolehkan murid-murid menguasai beberapa kemahiran serentak dengan lebih bermakna ii. mengelakkan rasa bosan dan menimbulkan suasana yang lebih menarik iii.

menimbulkan

suasana

pembelajaran

iv. kemahiran-kemahiran saling memperkukuh.

PENGGABUNGJALINAN

yang

lebih

berkesan

Konsep penggabungjalinan dalam pengajaran bahasa Malaysia bukanlah suatu konsep yang baru. Dalam pengajaran bahasa, kemahiran bahasa merupakan satu keseluruhan yang melibatkan semua aspek kemahiran, sama ada mendengar, bertutur, membaca dan menulis atau sebagainya. Dalam hal ini, guru-guru bahasa sebenarnya sama ada sengaja atau tidak sengaja memang telah ada menggabungjalinkan aspk-aspek bahasa itu. Tetapi apa yang disarankan oleh sukatan pelajaran adalah supaya penggabungan itu dapat dilakukan dengan dengan cara yang lebih sistematik, teratur, dan lebih luas lagi. Penegasan penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan mengelakkan compartmentalization iaitu satu usaha untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa itu dengan memecah-mecahkan atau mengasing-asingkan bahagian-bahagian bahasa yang berkait rapat. Di sebaliknya, ia bertujuan untuk mengukuhkan satu aspek kemahiran bahasa itu dengan yang lain dan menjadikan sesuatu pengajaran lebih berkesan. Dalam konteks KBSR, penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran dibahagikan kepada 2 : i.

Penggabungjalinan

kemahiran-kemahiran

dalam

satu

mata

pelajaran

ii. Penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran. Dalam pengajaran bahasa, kita dapati ada 4 kemahiran yang sering dijalankan dalam kelas, dan kemahiran-kemahiran itu ialah kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan kemahiran menulis. Guru boleh menggabungjalinkan beberapa atau semua kemahiran itu dalm sesuatu pengajaran.

Perlu diingat bahawa susuanan atau cara penggabungjalinan itu adalah mudah berubah. Ia mungkin wujud sama ada kebetulan ataupun secara terancang. Sekiranya ia dirancangkan, maka guru hendaklah mengetahui :

a) Apakah objektif yang hendak dicapai?

b) Apakah kemahiran yang hendak digabungjalinkan?

c) Sebanyak mana penggabungjalinan dalam satu-satu masa hendak dilakukan? Gabungan dan susunan kemahiran di dalam sesuatu pelajaran boleh disampaikan berdasarkan kepada objektif, kebolehan pencapaian murid, dan masa yang diperuntukkan. Contohnya : Lisan



Membaca

membaca …

Lisan



Lisan



lisan



menulis



menulis

membaca



menulis



lisan membaca

|_____________________________________| | TATABAHASA Guru hendaklah merancang kemahiran fokus dan kemahiran-kemahiran sampingan yang mengukuhkan kemahiran fokus. Misalnya, jika bacaan dan kefahaman menjadi kemahiran

fokus

maka

kemahiran

menulis

sebagai

kemahiran

sampingan

mengukuhkan kemahiran bacaan. Masa yang lebih banyak ditumpukan kepada kemahiran membaca dan kefahaman. (i) Lisan Membaca

(ii) 45% 25%

(iii)

10% 40%

30% 25%

Menulis

20%

30%

15%

Tatabahasa 10% 20% 30% Dalam model (i), kita dapati pengajaran itu menitikberatkan apsek lisan (45%), dalam model (ii), ia menitikberatkan aspek membaca dan kefahaman (40%), dan model (iii) menitikberatkan aspek lisan dan tatabahasa masing-masing diperuntukkan sebanyak 30%. Penggabungan yang kedua ialah melakukan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam satu pelajaran. Misalnya, dalam pelajaran bahasa, kemahiran bahasa boleh digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa merupakan kemahiran fokus sementara kemahiran pendidikan seni dan muzik menjadi kemahiran sampingan. CONTOH : Tajuk : Kawan saya.

Kemahiran Bahasa : Membaca dan menulis tentang kawan saya.

Kemahiran Pend. Seni : Melukis dan mewarna gambar kawan saya.

Kemahiran

Muzik

:

Menyanyi

lagu

‘Kawan

Saya’

untuk

mengukuhkan

perbendaharaan kata yang digunakan dalam bacaan.

Penggabungjalinan beberapa kemahiran daripada beberapa mata pelajaran dalam beberapa pelajaran boleh juga dilakukan. Kemahiran-kemahiran dalam beberapa mata pelajaran

boleh

dikukuhkan

dengan

menggabungjalinkan

kemahiran-kemahiran

daripada beberapa mata pelajaran tersebut dalam beberapa pelajaran berdasarkan sesuatu tajuk atau tema tertentu.

Bahasa : a) Kemahiran lisan (mendengar / bertutur)

b) Kemahiran membaca

c) Kemahiran menulis

Pendidikan Seni : a)

Kemahiran

melukis

b) Kemahiran mewarna Pendidikan

Muzik

:

a)

Kemahiran

menyanyi

PENYERAPAN Penyerapan adalah strategi penyatuan isi pengetahuan daripada satu mata pelajaran dengan bidang-bidang kemahiran dalam mata-mata pelajaran lain. Dalam tahap (1) misalnya, isi daripada mata pelajaran Alam dan Manusia diserapkan ke dalam bidang kemahiran bahasa. Penyerapa ini boleh dijalankan di dalam mana-mana kemahiran atau aktiviti bahasa. Di samping itu, beberapa unsur daripada mata pelajaran lain seperti Pendidikan Seni, Pendidikan Moral, Pendidikan Agama, Matematik, Pendidikan Jasmani,

Muzik,

Biasanya

di

boleh

dalam

juga

sesuatu

diserapkan pelajaran

ke

dalam

bahasa,

pelajaran

terutama

pada

bahasa. tahap

(1),

penggabungjalinan dan penyerapan berlaku serentak. Guru mengajar dengan menggunakan isi daripada Alam dan Manusia dan menggabungjalinkan kemahirankemahiran

Bahasa,

Pendidikan

Seni,

dan

Muzik.

Di dalam rajah di bawah, berlaku penggabungjalinan antara kemahiran-kemahiran bahasa, pendidikan seni, dan muzik serta penerapan Alam dan Manusia. Mata pelajaran Alam dan Manusia meliputi unsur-unsur geografi, sains, sejarah, sivik, dan kesihatan, dan pengetahuan-pengetahuan lain tentang manusia dan alam sekitarnya. Mata pelajaran Alam dan Manusia tidak diajar secara bersendirian pada tahap (1), tetapi isi kandungan dan kemahiran-kemahiran diserapkan dan dipadukan dalam program

bahasa.

Pada tahap (2), barulah mata pelajaran itu diajar sebagai satu mata pelajaran yang tersendiri. Strategi penggabungjalinan dan penyerapan digunakan secara meluas bagi menyampaikan pengetahuan-pengetahuan Alam dan Manusia. CONTOH

PENGGABUNGJALINAN

BOLEH

DILAKUKAN

DAN

DENGAN

PENYERAPAN

YANG

KUMPULAN

PSR

(PENDIDIKAN SEKOLAH RENDAH)

Mata

Pelajaran

:

Bidang

:

Bacaan

Tajuk

:

Udara

Rasional

:

i. ii.

Konsep

Apakah

Bahasa

Malaysia

dan

kefahaman

dan Alam

angin dan

keperluan-keperluan

Bagaimanakah

manusia

Manusia manusia

mengubah

alam

iii. Bagaimana alam mengubah manusia Objektif

:

i.

Di

akhir

pelajaran ii.

Murid

dapat

pelajaran

murid-murid

dapat

dengan menjawab

soalan-soalan

menyatakan

isi

baik. yang

iii. Murid dapat membaca dengan baik(intonasi dan sebutan)

diesdiakan

Kemahiran

Bahasa

:

i.

Lisan

(mendengar

ii.

dan

bertutur)

dan

Angin’

Membaca

iii. Menulis Bahasa

Alat

:

i.

Petikan

‘Udara

ii. Kad perkataan, kad cantuman, dan lain-lain Penggabungjalinan

:

ii.

i.

Kemahiran

Kemahiran

bahasa

pendidikan

seni

iii. Kemahiran muzik Penyerapan

:

i.

ii.

Isi

Isi

iii.

mata mata

Isi

pelajaran

sains

pelajaran

mata

sejarah

pelajaran

geografi

iv. Isi mata pelajaran kesihatan Langkah-langkah

penyampaian

i.

:

Set

ii.

Langkah-langkah

iii.

Aktiviti

iv.

induksi perkembangan guru

Pendekatan,

isi

dan

kaedah,

murid

dan

teknik

v. Penilaian Huraian

Petikan

i. ada

-

dan

Sains

Udara -

‘Angin

(konsep) di

Bukti-bukti Angin

Udara’

ialah Angin

sekeliling

kita

adanya udara

udara yang

boleh

bergerak :

?

menyejukkan

benda

?

menggerakkan

benda

?

mengeringkan

benda

?

membesarkan

api

dan

ombak

? merosakkan benda ii.

Manusia

?

Ingin

?

sejuk

Ingin

? ?

(keperluan) (kipas)

bergerak

Ingin

(layar)

mengeringkan

Ingin

membesarkan

(kipas) api

(kipas)

? Ingin terpelihara daripada ribut (lari atau berlindung) iii.

Geografi

? ?

Dalam Wap

? ?

udara air

?

(cuaca) ada

jadi

embun,

Awan Angin

air kabus,

jadi bawa

hujan

sejuk

Angin

awan

dan

kuat

panas

merbahaya

? Arah tiupan angin iv.

Sejarah

?

Kenderaan

dan

?

layar

Kipas

?

Lawatan

?

ke

bulan

Tenaga

angin

? Alat-alat penyejuk, pengering, dan lain-lain yang digunakan dahulu dan sekarang v.

Kesihatan

?

Udara

?

Pencemaran

?

Udara

(bersih

dan

bersih udara

(debu, barsih

dan kuman, dan

kotor) pernafasan

dan

bahn-bahan tumbuh-tumbuhan

? Kesan udara ke atas badan manusia vi.

Muzik

? Menyanyikan lagu tentang udara dan angin

(nyanyian)

kimia)

vii.

Lukisan

? Melukis gambar yang menunjukkan manusia menggunakan kuasa angin untuk memenuhi keperluannya (misalnya kipas, kapal terbang, kapal layar, dll) viii. ?

Drama Melakonkan

cerita

PENGGABUNGJALINAN

PADA

‘Angin

dan

PERINGKAT

Udara’

SEKOLAH

MENENGAH

Penggabungjalinan bererti menggabungjalinkan beberapa aspek bahasa seperti lisan, bacaan, dan penulisan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Pengagihan gerak kerja yang menitikberatkan kemahiran tertentu itu, sama ada lisan, membaca, atau menulis, bergantung kepada matlamat semerta. Guru boleh menggunakan kebijaksanaannya, sesuai dengan masa dan sifat-sifat khusus pelajarpelajar

di

dalam

kelas.

Dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Malayisa, pengagihan kemahirankemahiran di dalamnya boleh dibuat seperti berikut : I Lisan

II 30%

Bacaan

100%

15%

20%

15% 100%

40%

40%

35%

Tatabahasa Jumlah

10%

20%

Penulisan

III

40%

30%

5%

100%

Pada peringkat menengah atas, pengajaran bahasa haruslah menitikberatkan penggunaan bahasa sejajar dengan matlamat sukatan pelajaran di mana bahasa Malaysia digunakan sebagai alat komunikasi.latihan tatabahasa adalah melalui penggunaannya dalam situasi atau konteks yang tertentu. Jika didapati penguasaan tatabahasa pelajar itu lemah, masa yang dikhaskan bolehlah diuntukkan bagi pelajaran itu secara mendalam. Walau bagaimanapun, pelajaran tatabahasa itu mestilah mentikberatkan penggunaannya dan bukan semata-mata tentang pengetahuan dan fungsi tatabahasa itu sahaja. Dalam pendekatan ini, tatabahasa diajar secara ‘incidental’ dan

dikuasai

oleh

pelajar-pelajar

secara

bersahaja,

iaitu

melalui

penggunaannya. Daripada penjelasa di atas tadi, dicadangkan pula beberapa model pelajaran bahasa berdasarkan konsep penggabungjalinan. Penggabungjalinan ini boleh dijalankan dalam satu waktu atau lebih. Model

(I)

:

Bacaan

?

lisan

?

penulisan

|_______| | tatabahasa Contohnya

:

Bacaan Membaca senyap Lisan

Latihan Latihan

kefahaman

bahasa

dan

tatabahasa

bertulis

Latihan

Memberi komen atau kritik Gerak

kerja Latihan

kefahaman

tatabahasa

Latihan meringkas Model

(ii)

Lisan

?

penulisan

| tatabahasa Lisan

Mendengar dan memahami sebahagian daripada petikan perbualan

Murid berlakon Penulisan

Model

Menuliskan

(iii)

Lisan

?

karangan

bacaan |________|

?

penulisan

| tatabahasa Contohnya Lisan

: Bersoal

jawab

atau

Mendengar

berbincang

petikan

tentang

pita

bacaan

rakaman

Mendengar bacaan murid dan guru Bacaan Murid-murid membaca senyap petikan Lisan

Latihan

kefahaman

Latihan perbendaharaan kata dan tatabahasa Penulisan

Latihan

tatabahasa, sama

Model

dan ada

(iv)

menjawab

soalan-soalan

latihan-latihan karangan,

Bacaan

bahasa

berita,

?

kefahaman yang

lain.

laporan,

lisan

?

dan

berdasarkan Latihan

isi,

menulis

sebagainya.

penulisan

?

lisan

|_________________| | tatabahasa Contoh

:

Bacaan Murid membaca senyap Lisan

Latihan

kefahaman



tatabahasa

dan

latihan

perbualan

atau

perbincangan. Latihan bahasa – bercerita dan mengkritik. Penulisan

Menyediakan

isi

untuk

forum,

dan sebagainya Lisan Berbahas, berceramah, bersyarah, dll.

ceramah,

syarahan,

wawancara,

Model

(v)

Lisan

?

penulisan

|__________| | tatabahasa Contoh

:

Lisan Mendengar dan memahami melalui pita rakaman Penulisan Mencatat isi-isi penting Lisan Memberi ceramah dan bersoal jawab

?

lisan

Related Documents