Teknik Drama

  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Teknik Drama as PDF for free.

More details

  • Words: 1,293
  • Pages: 11
DEFINISI •

Menurut Kamus Dewan (edisi ketiga), teknik adalah kaedah mencipta sesuatu hasil seni seperti muzik, karang-mengarang dan sebagainya.



Menurut Edward M. Anthony mendefinisikan teknik adalah satu muslihat atau strategi atau taktik yang digunakan oleh guru yang mencapai hasl segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu.



Mengikut Kamaruddin Hj. Husin & Siti Hajar Hj. Abdul Aziz dalam bukunya Pengajian Melayu III : Komunikasi Bahasa, teknik boleh didefinisikan sebagai pengendalian suatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif.



Teknik merupakan suatu alat yang digunakan oleh guru bahasa bagi menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk pelajarpelajarnya. Teknik yang dipilih haruslah sejajar dengan kaedah yang digunakan dan seirama dengan pendekatan yang dianuti.

TUJUAN TEKNIK 1. Menarik Minat murid 2. Mengekalkan perhatian 3. Membangkitkan ras ingin tahu TEKNIK DRAMA •

Sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual.



Tujuan utama adalah untuk melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi) dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan dll) dengan berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa atau perbuatan.



Penggunaannya dapat mendorong dan merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dengan matapelajaran yang dipelajarinya.



Pelajar bebas meluahkan sesuatu, membuat penemuan, memberi dan berkongsi sesuatu.



Drama berperanan sebagai ragam pembelajaran iaitu sebagai salah satu alat bantu pengajaran dan pembelajaran.



Dapat menimbulkan keseronokan dan keberkesanan pembelajaran kepada pelajar, disamping dapat menyuburkan sahsiah pelajar.

11.2 Teknik Berlakon / Drama

Berlakon atau berdrama ialah satu teknik yang melibatkan tubuh badan. Ia merupakan segala bentuk perlakuan yang meliputi segala kegiatan hidup manusia . Ia dilakukan oleh watak-watak tertentu sebagai mencerminkan keadaan sebenar atau meniru cara dan bentuk kegiatan-kegiatan yang berlaku dalam hidup masyarakat. Di sekolah , berlakon merupakan satu aktiviti yang amat digemari oleh pelajar kerana ia dijalankan dalam bentuk bermain dan bersukaria. Mereka diberi peranan untuk berkata-kata secara bebas, melahirkan pandangan dan pendapat , bergaya dan beraksi sesama sendiri, berhibur dengan telatah dan gaya rakan-rakan sebaya, melibatkan diri , bekerja bersamasama dan sebagainya. Aktiviti seperti ini, walaupun berjalan dalam keadaan yang tidak formal , pasti dapat membantu menambahkan kemahiran bahasa pelajar. Berlakon bagi pelajar-pelajar di dalam darjah sebenarnya tidak begitu memerlukan persediaan dan

persiapan.Alat perhiasan atau latar belakang seperti yang digunakan dalam lakonan pentas sebear tidak diperlukan. Pelajar hanyalah diperlukan beraksi atau melakukan sesuatu pergerakan sambil bercakap. Aktiviti bermain seperti yang sering dilakukan oleh kanak-kanak , misalnya bermain guli, bermain layang-layang, bermain pondokpondok, menjadi askar dan sebagainya boleh dijadikan bahan lakonan.. Begitu juga dengan hal-hal bersangkutan dengan pengalaman mereka seperti berjumpa doktor, berbual di pasar, membeli kasut, meminta duit daripada ibu bapa , dan sebaginya menjadi menarik jika ia dilakonkan. Antara bentuk lakonan yang boleh dijalankan ialah :( i ) Lakonan Bisu Lakonan ini bertujuan melatih pelajar memahami serta menggambarkan maksud dan perasaan melalui penggunaan unsur-unsur bukan linguistik seperti mimik muka, gerak tangan, kepala , badan dan lain-lain. ( ii ) Lakonan Spontan

Lakonan spontan pula bertujuan untuk melatih pelajar-pelajar berlakon secara spontan bagi menggambarkan maksud dan perasaan yang ingin disampaikan melalui penggunaan unsur-unsur bahasa dan bukan linguistik yang berkesan. ( iii ) Lakonan Berskrip Tujuan pengajaran bahasa melalui penggunaan teknik lakonan berskrip atau dialog drama bukanlah untuk membolehkan pelajar-pelajar mementaskan persembahan lakonan tersebut tetapi hanya untuk membolehkan pelajar-pelajar membaca, memahami serta menghayati dan kemudian melakonkan skrip tersebut dengan menggunkan unsur-unsur paralinguistik dan bukan lingustik yang betul. 11.3 Teknik Bercerita 1. Teknik ini bukanlah suatu teknik yang baru malahan pernah dilakukan oleh ibu bapa sewaktu menyampaikan suatu pengajaran kepada anak-anak. Teknik ini dapat menarik minat anak-anak.

2. Keadaan yang sama boleh dilakukan semasa guru-guru menyampaikan pengajaran kepada murid-murid. Murid akan lebih cepat menumpukan perhatian dan akan menjadikan pengajaran dan pembelajaran berlaku dalam keadaan yang menyeronokkan. 3. Murid-murid khususnya di sekolah rendah amat menggemari cerita. Walaupun mereka masih kecil tetapi apa yang diceritakan kepada mereka akan segera difahami dan kadangkala dapat pula sekali gus memahami maksud cerita itu. Oleh hal yang demikian, jkika murid-murid tadi diberi peluang belajar dalam suasana yang menyeronokkan, pasti proses pengajaran pembelajaran akan lebih berkesan. 4. Walaupun begitu, terdapat perbezaan antara teknik bercerita dengan pengajaran cerita. 5. langkah yang perlu diambil oleh guru dalam persediaan teknik cerita: i. Pilih cerita yang sesuai dengan

umur, kecerdasan dan minat murid. Kemudian sesuaikan pula dengan isi pengajaran yang hendak disampaikan. ii. Kaji cerita itu dan cuba masukkan aspek-aspek bahasa yang hendak disampaikan itu ke dalam cerita tersebut. iii. Hafaz frasa-frasa atau ayat-ayat yang penting atau lain-lain aspek bahasa yang hendak disampaikan. iv. Latih bercerita seolah-olah guru berada di hadapan murid-murid sekurang-kurangnya sekali sebelum menggunakan teknik ini. v. Guru bercerita dalam keadaan yang selesa dan berikan penekanan kepada aspek-aspek bahasa yang hendak diajarkan. vi. Guru boleh menggunakan gambar, objek sebenar atau lain-lain alat bantu. vii. Sediakan kad-kad perkataan, frasa-frasa atau ayat-ayat dan lainlain yang berkaitan dengan aspek bahasa yang hendak disampaikan untuk pengajaran dan penerangan selanjutnya.

Teknik Main Peranan Main peranan ialah satu lagi teknik yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembeelajaran bahasa. Melalui teknik ini pelajar dapat gambaran atau contoh pengalaman secara spontan. Biasanya , teknik main peranan melibatkan gambaran-gambaran pelajar terhadap sesuatu situasi atau keadaan tertentu dan kemudian melakonkannya tanpa bantuan sebarang skrip. Main peranan kadangkala disebut juga sebagai ‘ ambil peranan’ atau ‘ sosiodrama’ yang mementingkan interaksi individu serta kumpulan dan dikelolakan dalam situasi kumpulan. Main peranan boleh dikehendalikan sama ada dalam satu kumpulan kecil atau besar . Proses main peranan ini biasanya bermula dengan pemilihan masalah yang sesuai. Masalah itu dikemukakan kepada pelajar dengan cara membacakannya atau memperlihatkannya melalui fillem, televisyen, mendengar rakaman dan sebagainya.selepas itu , pelajar

diminta melakonkannya. Teknik ini boleh digunakan di sekolah dengan panduan guru menyediakan situasi tertentu seperti contoh yang di bawah:Situasi 1 Seorang pekebun ( Pak Ali ) telah berjumpa dengan penghulu kampung ( Tok Mat ) dan membuat aduan bahawa kambing jiranya ( Baba ) telah memakan dan merosakkan sayursayur yang ditanamnya. Situasi 2 Seorang jaga sekolah ( Hassan ) telah dipanggil oleh guru besar ( En . John Henry ) kerana dua mesin taip dari pejabat sekolah telah dicuri orang pada malam kemarin. Pencuri tersebut ( Muthu ) telah ditangkap polis pada malam itu juga di Pekan, sewaktu sedang memikul dua buah mesin taip dalam sebuah guni.

Berdasarkan situasi di atas,

beberapa orang pelajar disuruh main peranan atau simulasi menghidupkan situasi tersebut dengan menggunakan imaginasi dan kreativiti masing-masing secara spontan. Soalan; Cuba fikir beberapa contoh aktiviti main peranan yang boleh dilaksanakan dalam bilik darjah oleh para pelajar . 9.2 Teknik Menghafaz Dan Latih Tubi Teknik menghafaz dan latih tubi ialah satu teknik pengajaran yang telah lama digunakan sejak beribu-ribu tahun sebelum masihi. Teknik ini digunakan oleh orang-orang Yahudi untuk mengajar agama dan perkaraperkara yang bersabit dengan Tuhan mereka . Pada masa itu teknik ini dapat digunakan secara yang amat berkesan sekali. Teknik menghafaz biasanya memerlukan empat langkah berikut : ( a ) Memikirkan bahan yang dipelajari : Bermaksud pelajar diminta menumpukan perhatian kepada isi kandungan yang harus diingat.

( b ) Mengulang bahan yang dipelajari : Bermaksud pelajar dilatih berulang kali sehingga apa yang dipelajari itu menjadi sebati dan pelajar tidak teragak-agak untuk menyebutnya. ( c ) Mengucapkan bahan di hadapan guru : Bermaksud supaya orang lain dapat menyemak atau membentulkan kesalahan yang mungkin berlaku. ( d ) Mengingtkan bahan yang dipelajari: Merupakan peringkat terakhir dalam proses menghafaz . Pelajar diminta mengingatkan secara bersendirian bahan yang telah dipelajari itu supaya ia menjadi lebih kekal. Latih tubi ialah pengulangan faktafakta atau kecekapan yang dipelajari. Tujuannya adalah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran tersebut, dan di samping itu menjamin kekekalannya. Teknik latih tubi amat sesuai dilaksanakan untuk pengajaran bahasa kedua, dan ia juga boleh digunakan untuk mencapai sesuatu kemahiran, misalnya kemahiran melukis,

menyebut perkataan, membina ayatayat atau meningat fakta-fakta yang penting. http://mazriibnrahman.blogspot.com/ 2009/10/teknik-pengajaran.html

Related Documents

Teknik Drama
July 2020 14
Drama
April 2020 41
Drama
June 2020 27
Drama
November 2019 49
Drama
October 2019 47
Drama
November 2019 55