Tazkiyatun Nafs Bil. 1_2007

  • Uploaded by: mjamils
  • 0
  • 0
  • July 2020
  • PDF

This document was uploaded by user and they confirmed that they have the permission to share it. If you are author or own the copyright of this book, please report to us by using this DMCA report form. Report DMCA


Overview

Download & View Tazkiyatun Nafs Bil. 1_2007 as PDF for free.

More details

  • Words: 2,384
  • Pages: 4
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SEKOLAH SUKAN BANDAR PENAWAR 81900 KOTA TINGGI, JOHOR DARUL TAKZIM

BIL. 1

Penyuci Jiwa Ke Arah

MUHARAM 1428 / JANUARI 2007

EDISI MAAL HIJRAH

HIJRAH SUATU PERMULAAN KEGEMILANGAN ISLAM Dari segi siasah atau politik, jika dulunya umat Islam di Makkah dipulaukan dan tiada hak dalam hal dalam atau luar negeri, selepas hijrah mereka mempunyai negara berdaulat. Selaku penguasa, Nabi Muhammad saw telah mengasaskan perlembagaan demokratik pertama di dunia iaitu Piagam Madinah yang memberi perlindungan kepada minoriti beragama. Dari Madinah, Nabi mengutus banyak surat yang mengajak para raja dari Rum hingga Parsi agar memeluk Islam atau berlaku adil kepada rakyat mereka. Hijrah telah menjayakan impian menjadi kenyataan sebagaimana maksud hadis: 'Sesungguhnya setiap amalan itu bermula dengan niat. Sesungguhnya balasan bagi setiap orang itu mengikut apa yang diniatkannya. Barangsiapa yang berhijrah kerana hendak mendapatkan dunia maka ia akan memperolehinya dan barangsiapa yang berhijrah untuk mendapatkan wanita maka ia akan mengahwininya. Balasan hijrahnya mengikut (Riwayat Imam Al-Bukhari) apa yang diniatkan pada nya.' Umat Islam seluruh dunia kini sedang menyambut peristiwa hijrah yang bermula 1428 tahun yang lampau. Peristiwa agung ini berasaskan tindakan Rasulullah s.a.w dan umat Islam berhijrah dari Makkah yang majoriti penduduknya memusuhi mereka, ke Yathrib (kemudian dinamakan Madinah An-Nabi atau Kota Nabi). Hijrah di zaman Nabi bermaksud 'meninggalkan tempat yang dimusuhi ke tempat yang aman demi memelihara agama Allah'. Ia dilakukan dengan penuh bijaksana (hikmah) dan perancangan serta persiapan rapi. Peristiwa hijrah membawa kesan yang besar kepada pembangunan dan kestabilan Islam. Bahkan, hijrah merupakan titik permulaan kuasa Islam dari segi sosial, ekonomi dan politik. Dari segi sosial, hijrah meluaskan bilangan penganut Islam daripada beberapa ratus penganutnya di Makkah menjadi ratusan ribu orang di Madinah. Justeru itu, Islam berkembang daripada agama yang kecil menjadi agama yang besar dengan terbinanya sebuah negara di Madinah. Dari segi ekonomi, umat Islam yang berhijrah ke Madinah (dikenali sebagai kaum Muhajirin) giat bekerja dalam pertanian, seni dan berdagang. Mereka yang menumpang berteduh dengan keluarga kaum Ansar yang asalnya dua suku kaum Arab yang bermusuhan iaitu Aus dan Khazraj. Maka muncullah ekonomi Islam yang kuat dan berkembang di seluruh semenanjung Arab sehingga ke Rom dan China.

Jarak jauhnya Madinah dari Makkah ialah sekitar 300 kilometer. Bayangkanlah kesukaran umat Islam melalui jalan gurun yang bergunung-ganang, kontang dan panas terik serta diganggu binatang dan dikejar musuh. Namun berkat kesabaran tinggi dan kegigihan berusaha, Islam telah berkembang pesat sehingga menjadi tamadun besar dunia selama 700 tahun (abad ketujuh hingga ke-14 masehi). Kini terdapat 1.3 bilion umat Islam di seluruh dunia. Namun, keadaan majoriti umat Islam kini daif dan lemah walaupun Negara Islam kaya dengan hasil bumi seperti minyak dan pertanian. Kedaifan atau kelemahan itu adalah disebabkan sikap umat Islam sendiri yang tidak mahu berubah atau berhijrah untuk membentuk sebuah kesatuan sebaliknya saling bertelagah dan berselisih faham antara satu sama lain. Maka wajarlah kita kembali merenung erti sebenar mesej hijrah sebagaimana pesanan Rasullulah s.a.w: 'Seorang Muslim yang sebenar ialah orang Muslim yang terselamat daripada kejahatan lidah dan tangannya dan orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan apa yang dilarang oleh Allah s.w.t.' (Riwayat Imam Al-Bukhari) Oleh itu, marilah kita sama-sama hijrahkan diri ke arah kebaikan untuk menuju ketaqwaan kepada Allah s.w.t. Sesungguhnya hijrah dalam diri itu memerlukan jihad dan pengorbanan yang tinggi.

Bil. 1

Edisi Maal Hijrah

2

Kelebihan Bulan Muharam AMALAN MULIA DI BULAN MUHARAM

PERISTIWA YANG BERLAKU PADA 10 MUHARAM

Keistimewaan Muharam adalah pada hari ke-10 yang dikenali sebagai Hari Asyura diterangkan dalam hadis ra Abu Hurairah, bahwa Allah SWT. telah mewajibkan Bani Israil berpuasa sehari dalam satu tahun, yakni pada hari Asyura. Oleh sebab itu Nabi Muhammad saw menganjurkan umatnya dan melapangkan keluarganya pada hari itu. Karena orang yang melapangkan keluarganya pada hari itu akan dilapangkan oleh Allah kehidupannya sepanjang tahun. nabi juga bersabda, "Hari Asyura adalah hari puasa bagi orang Quraisy di zaman jahiliyah, dan Rasulullah saw berpuasa pada hari tersebut. Ketika tiba di Madinah, beliau berpuasa dan menyuruh umatnya berpuasa." Oleh yang demikian berpuasa pada hari Asyura adalah satu sunnah RasuluLlah s.a.w.

10 Muharram dianggap hari besar Islam karena pada hari ini banyak terjadi peristiwa penting, dan hari kemenangan para pejuang penegak kebenaran. Di antara peristiwa yang berlaku pada hari itu ialah : ƒ Allah SWT menjadikan 'Arasy. ƒ Allah SWT menjadikan Malaikat Jibril a.s. ƒ Allah SWT menjadikan Lauh Mahfuzh. ƒ Hari Pertama Allah SWT menciptakan alam. ƒ Hari Pertama Allah SWT menurunkan rahmat. ƒ Hari Pertama Allah SWT menurunkan hujan dari langit. ƒ Nabi Adam as. bertaubat kepada Allah SWT, dan taubatnya diterima sehingga ia bersih dari dosa. ƒ Nabi Idris as diangkat oleh Allah SWT ke tempat yang lebih tinggi. ƒ Nabi Nuh as diselamatkan oleh Allah SWT ketika banjir merendam umatnya yang zalim. ƒ Nabi Ibrahim as diselamatkan oleh Allah SWT dari pembakaran Raja Namrud. ƒ Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa a.s. ƒ Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara Mesir, setelah meringkuk beberapa tahun akibat fitnah Siti Zulaikha. ƒ Kesalahan Nabi Daud as diampuni oleh Allah SWT.

Perkara yang sunat dilakukan pada Hari Asyura ialah : 1. Puasa sunat 5. Menyapu kepala anak yatim 2. Bercelak mata 6. Bersedekah kepada fakir miskin 3. Meluaskan perbelanjaan keluarga 4. Memperbanyak bacaan berikut :

Soal Jawab Agama Saya mempunyai kemusykilan berkaitan tentang solat jamak dan qasar, bolehkah ustaz terangkan hal-hal yang berkaitan dengannya? Daripada : Insan Musafir

Solat jama' dan qasar adalah suatu kemudahan atau keringanan yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t kepada hambaNya yang bermusafir dengan syarat-syarat yang tertentu. Solat jama' ertinya menghimpunkan dua solat dalam satu waktu dan ia terbahagi kepada dua iaitu jama' taqdim dan jama' takhir. Apabila solat zohor dengan asar ditunaikan dalam waktu zohor, dan solat maghrib dengan isyak ditunaikan dalam waktu maghrib maka ia dinamakan jama' taqdim.Solat jama' takhir pula ialah apabila solat zohor dengan asar ditunaikan dalam waktu asar, dan solat maghrib dengan isyak ditunaikan dalam waktu isyak. Manakala solat qasar adalah memendekkan solat yang empat rakaat menjadi dua rakaat. Apabila seseorang itu bermusafir maka ia dibolehkan melakukan di antara salah satu yang berikut : i) Menjama'kan dua solat fardu dan qasar. ii) Menjama'kan dua solat fardhu tanpa qasar. iii) Mengqasarkan solat tanpa jama'. Permulaan musafir seseorang itu dikira setelah ia keluar daripada kawasan dimana ia tinggal dan pengakhiran musafirnya setelah ia kembali semula ke kawasan tempat tinggalnya. Para ulama berselisih pendapat mengenai penentuan jarak perjalanan seseorang musafir yang diharuskan solat jama' dan qasar. Maka untuk lebih meyakinkan adalah dikira dua marhalah itu sebagai 60 batu atau 100 km. Orang yang bermusafir kurang dari tiga marhalah (90 batu atau 150 km) adalah lebih afdal (baik) menunaikan solat secara biasa. Manakala bagi bermusafir melebihi tiga marhalah (150 km) adalah lebih afdal menunaikannya secara jama' dan qasar.

Di antara dua solat jama' tidak boleh dipisahkan dengan jarak yang sangat lama. Oleh itu, selepas sahaja salam hendaklah diteruskan sahaja solat yang kedua dengan hanya diselangi oleh iqamat. Bagi orang yang melakukan solat qasar maka dia tidak boleh berimamkan dengan orang yang solat empat rakaat. Apabila seseorang itu telah sampai ke kawasan tempat ia bertolak untuk bermusafir maka ia tidak boleh lagi melaksanakan solat secara qasar dan jama'. Apabila seseorang itu bermusafir dan berhenti pada suatu tempat selama empat hari atau lebih, maka tidak lagi dinamakan sebagai musafir. Tetapi sekiranya hanya berhenti selama tiga hari (tidak termasuk hari ia sampai dan keluar) maka selama itu ia boleh menunaikan solat secara qasar dan jama'. Sekiranya seseorang itu berhenti di suatu tempat dengan niat akan berada disitu selama tiga hari namun kerana urusannya tidak selesai dari sehari ke sehari maka ia diharuskan jama' dan qasar selama 18 hari. Bagi seseorang yang bermusafir kerana sesuatu maksiat atau tidak tahu ke arah mana tujuan bermusafirnya maka ia tidak diharuskan menunaikan solat secara jama' dan qasar. Manakala bagi mereka yang hendak menunaikan solat secara jama' takhir hendaklah berniat lebih awal, jangan sampai di akhir waktu baru hendak berniat.

Bil. 1

Edisi Maal Hijrah

3

Kisah Teladan KISAH LIMA PERKARA ANEH Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku.

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqah yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat:1. 2. 3. 4. 5.

Apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah Engkausembunyikan Engkau terimalah Jangan engkau putuskan harapan Larilah engkau daripadanya."

Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya. Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalananya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini." Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa : 1.

2. 3.

Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'. Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu, mangkuk emas itu keluar semula dari tempat ia ditanam.

4.

5.

Engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."

Kelima-lima peristiwa tersebut hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu." Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengatangata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi katamengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Bil. 1

Edisi Maal Hijrah

4

Pesanan RasuluLlah s.a.w 15 AZAB SEKSAAN ORANG YANG MELENGAHKAN SOLAT FARDHU

3 jenis azab ketika hendak mati, iaitu :1. 2. 3.

Mati dalam keaiban (kehinaan). Mati dalam kelaparan. Ruh dicabut ketika dia di dalam keadaan yang sangat haus walaupun ia telah meminum seluruh air laut.

3 jenis azab semasa berada di alam kubur ialah :Dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W telah mengingatkan umatnya berkenaan 15 jenis ancaman dan azab seksaan yang akan diterima oleh mereka yang melengahkan solat fardhu :

1. 2. 3.

Kuburnya akan menghimpit sehingga semua tulang rusuknya berceragah (seperti jari bertemu jari). Diguling-gulingkan di atas bara api siang dan malam. Dipukul oleh ular yang berbisa sehingga hari kiamat.

5 jenis ancaman semasa di dunia ini ialah :1. 2. 3. 4. 5.

Kehidupannya tidak diberkati oleh Allah. Allah S.W.T mencabut nur (keserian wajah) orangorang mukmin daripadanya. Segala amalannya yang baik tidak diterima oleh Allah. Doanya tidak diperkenankan oleh Allah. Tidak mendapat bahagian dalam doa orang-orang yang soleh.

3 jenis azab pada hari kiamat, ialah :1. 2. 3.

Hisab (perhitungan amalan) ke atasnya menjadi sangat sukar. Allah S.W.T sangat murka kepadanya. Dicampakkan ke dalam api neraka.

AL-QUR'AN SEBAGAI PEMBELA PADA HARI AKHIRAT

Telah bersabda Rasulullah S.A.W : "Belajarlah kamu akan Al-Qur'an, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya." Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, " Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab: "Siapakah kamu?" Maka berkata Al-Qur'an : "Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca AlQur'an itu : "Adakah kamu Al-Qur'an?" Lalu Al-Qur'an mengakui orang yang pernah membaca mengadap Allah S.W.T. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya.

Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah S.A.W telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Qur'an, setelah itu Rasulullah S.A.W memberitahu tentang kelebihan Al-Qur'an.

Pada kedua ayah dan ibunya pula, yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?" Lalu dijawab : "Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Qur'an."

Related Documents


More Documents from ""