•
Tawaran Arab Yathrib (Madinah) Berhijrah Ke Sana
1. Pada tahun ke-11 Rasulullah diutus menjadi rasul ,beberapa orang Arab Khazraj Madinah telah datang ke Mekah untuk mengerjakan haji .Mereka telah memberitahu keadaan permusuhan di Yathrib . Setelah itu mereka memperkenalkan Islam di Yathrib . 2. Pada musim haji tahun berikutnya seramai dua belas orang lelaki dan seorang wanita telah menemui Rasulullah di Aqabah . 3. Hsil pertemuan tersebut , telah termetrai Perjanjian Aqabah pertama . Perjanjian ini dinamakan juga sebagai Perjanjian Wanita , kerana ada seorang wanita yang turut serta dalam rombongan Madinahkerana ada seorang wanita yang turut serta dalam rombongan Madinah 4. Rasulullah telah menghantar Masa’ab bin Amar bersama mereka ke Madinah untuk mengajar agama Islam kepada penduduk Yathrib 5. Dalam perjanjian ini merka telah berikrar 1. 2. 3. 4. 5. 6.
tiadak akan menyekutukan Allah mereka tidak akan berzina tidak berzina tidak akan membunuh anak tidak akan membuat fitnah tidak akan menderhaka kepada Rasulullah
7. Pada tahun ke 13 Rasululluah diutus menjadi rasul , seramai tujuh puluh tiga lelaki dan dua perempuan yathrib menunaikan haji di Mekah . Dua belas orang wakil meraka telah mengadakan pertemuan dengan Rasulullah di Aqabah secara sulit . Dalam pertemuan itu telah termeterai Perjanjian Aqabah Kedua . Rombonagan Yathrib telah menyatakan hasrat untuk menjemput rasulullah berhijrah ke Madinah untuk menyebarkan Islam . Dalam perjanjian tersebut mereka berikrar : 1. menjadikan Rasulullah sebagai pemimpin mereka di Madinah . 2. sangup menjaga dan mempertahankan keselamatan rasulullah . 3. sanggup berjuang bersama-sama untuk menegakkan Islam . 4. sanggup bekerjasama dan member pertolongan 5. sanggup berkorban nyawa ,harta dan tenaga bagi mempertahankan kesucian Islam .
Rasulullah SAW meninggalkan mekah menuju madinah sebelum meninggalkan Mekah , baginda telah mempelawa Saidina Abu Bakar As-Siddiq untuk mengiringinya dalam perjalanan menuju ke Yathrib , manakala
Saidina Ali tanpa bantahan telah melakukan perintah Rasulullah iaitu menggantikan tempat tidurnya . pada malam penghijrahan , pemuda-pemuda Quraisy dengan satu tekad untuk membunuh Rasulullah telah mengepung dia .Dengan izin Allah baginda telah berjaya keluar dari rumahnya tanpa disedari . Rasulullah telah bertemu dengan Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan menuju ke Gua Thur . Mereka bersembunyi daripada buruan pemuda Quraisy selama tiga hari . Setelah tiga hari bersembunyi di Gua Thur , baginda bersama Abu Bakar telah dipandu oleh Abdullah bin Uraiqat menuju Yathrib . Sebelum sampai ke Yathrib , baginda telah singgah di Quba’ selama empat hari . Baginda membina masjid Quba’ . Masjid ini merupakan masjid yang pertama dibina dalam sejarah Islam . Setelah empat hari di Quba’,baginda dan rombongannya meneruskan perjalanan ke Yathrib . Sebelum sampai ke Yathrib , baginda singgah di suatu tempat bernama Lembah Ranun .Baginda bersama sahabat mendirikan sebuah masjid untuk didirikan Jumaat . Masjid ini dikenali sebagai masjid Jumaat .
Pada hari Jumaat , 12 Rabiul Awal bersamaan 2 Julai 622 Masihi , baginda dan rombongan telah sampai ke Kota Yathrib . Ketibaan baginda disambut dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan penduduk yathrib . Mereka telah menyambut ketibaan rombongan dengan alunan nasyid.