TAWAF WADA' Tawaf Wada' adalah tawaf selamat tinggal kerana memuliakan dan menghormati Baitullah bagi mereka yang hendak meninggalkan Mekah sejauh 2 marhala (91 km) atau lebih. Hukumnya adalah wajib Jika uzur dikecualikan daripada Tawaf Wada' Tidak berdosa dan tidak dikenakan Dam 1. Perempuan haid/nifas atau Mustahadah 2. Sakit Salsalbaul (kencing tidak lawas) 3. Orang luka yang darahnya tidak berhenti 4. Dipaksa meninggalkan Tawaf 5. Takut kepada orang zalim 6. Takut ditinggalkan teman sepemergian 7. Takut dari peminta hutang kerana tiada upaya menjelaskan 8. Takut harta/keselamatan/kehormatan terancam 9. Tiada air dan tanah untuk bersuci Jika ditinggalkan tanpa uzur Tidak dikenakan Dam dan tidak berdosa 1. Orang yang masih belum menyempurnakan mana-mana rukun haji 2. Orang yang keluar dari kota Mekah kemudian dengan tidak semena-mena bermusafir Berdosa tapi tidak dikenakan Dam Orang yang meninggalkan dengan sengaja lagi tahu hukum wajibnya. Kemudian belum sampai 2 marhala ia berpatah balik dan melakukan Tawaf. Berpatah balik itu menggugurkan dam tetapi tiada gugur dosa Berdosa dan wajib bayar Dam Meninggalkan dengan sengaja tanpa uzur syarie Jika jahil atau terlupa Dikenakan Dam dan tidak berdosa